Bismillah
Pertamanya, minta maaf sekiranya tajuk post kali ni macam tak kena.
Ini muhasabah pendek. Muhasabah itu mengikut kamus definisi saya bererti refleksi diri. Kita duduk sebentar di mana-mana tempat yang tiada gangguan dan kita berfikir (nak tulis pun boleh) satu demi satu perbuatan yang kita dah buat lantas kita fikirkan baik atau tidak perbuatan yang kita dan buat. Paling penting, agak-agaknya perbuatan kita tu mampu tak nak melamar rahmat dan redha Allah?
Daie' itu maksudnya penyeru. Menyeru orang buat baik dan mencegah orang buat kemungkaran :)
Seringkali saya mendengar cerita pegajaran daripada akhawat mengenai dua perkara yang selalu menghantui diri saya. Pertama, kisah hamba-hamba Allah yang masih thabat atau dalam erti lain 'bertahan' di jalan dakwah. Kedua, kisah hamba-hamba Allah yang gugur di pertengahan jalan dakwah. Gugur itu selalunya membawa maksud dah tak ikut usrah (ini apa yang saya tahu berdasarkan pertanyaan saya pada akhawat ).
Saya terus dihantui sama ada saya akan berada di kisah pertama atau kisah kedua.
Saya pernah mendengar kisah daie' yang cemerlang dalam dakwahnya dan cemerlang juga dalam akademiknya. Saya juga pernah mendengar kisah daie' yang cemerlang dalam dakwahnya tetapi akademiknya tidak bagus. Masing-masing ada ujian yang Allah mahu berikan.
Saya sendiri akan rasa tak sedap hati bila melihat daie' yang pandai berkata-kata tetapi amalnya tiada.Berkata;
- Kita perlu menepati masa.. tapi daie' itulah orang yang paling tidak menepati masa
- Kita perlu membaca al-Qur'an sehari satu juzu'.. tapi daie' itulah yang tidak pernah berusaha menghabiskan 1 juzu' sehari tetapi boleh online berjam lama-lama di internet.
- Kita perlu menjaga solat.. tapi daie' itulah yang tidak menjaga solatnya
- Kita perlu contact mak ayah sekurang-kuranya sekali seminggu.. tapi daie' itulah yang ada masalah dengan mak ayahnya -_-
- Kita jangan mengumpat,berkata peribadi orang lain.. tapi daie' itulah yang suka mengumpat orang
- Kita perlu itu,perlu ini..tapi daie' itu tidak buat apa yang dia nasihatkan pada orang lain
Pernah seorang kakak nasihatkan pada saya, apa-apa perkara yang kita nak sampaikan pada adik-adik kita seperti buat solat dhuha, baca al-qur'an 1 juzu' sehari, buat solat sunat, puasa sunat hari isnin dan khamis dan lain-lain..pastikan kita sudah buat dan amalkan dahulu! Paling kurang pun seminggu sebelum kita sampaikan pada adik-adik kita,kita sudah buat.
Tak takutkah kita menjadi golongan yang dibenci oleh Allah? Bercakap sesuatu yang kita tak buat. Tak salah mahu mengajak, tetapi diri kita (daie') ini perlu mengamalkan benda yang kita suruh orang buat.
Bila si daie' tidak mengamalkan segala amalan-amalan baik yang selalu cakap dalam bulatan gembira atau nama lainnya 'usrah', jangan terkejut bila orang melabel daie' itu sebagai 'cakap tak serupa bikin'
Kerana daie' itu bukan malaikat, daie' juga mestilah ada buat silap. Tapi jangan gunakan alasan "daie' bukan malaikat" sebagai satu ayat yang membolehkan daie' untuk terus bercakap tanpa henti tapi amalannya zero.
Penulisan saya ini adalah muhasabah untuk setiap daie' yang mahu muhasabah diri. Memang selalu benda yang benar itu pahit untuk ditelankan :)
Wassalam.
dr-wani,
Malaysia.
nota kaki: muhasabah ini muhasabah versi ganas. huhu. Nak sedarkan diri yang mungkin diulit angan-angan "oh..akulah calon penghuni syurga" sedangkan amalan tiada.zero.nothing


