MISI UTAMA : MELAHIRKAN PENDEBAT2 YANG BERWIBAWA
Wani akui..
Wani mengambil keputusan tidak apply Darul Qur'an (DQ)dan tidak menyertai Program Pasca SPM, Road To Jawa 3 (R2J3) serta tidak mendaftar lagi untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (masih dalam pertimbangan) di INTISAR kerana...
Wani mahu menjadi trainer debate!
Dan Wani tidak akan sesekali menyesali tindakan yang Wani ambil ini kerana Wani yakin sekiranya tindakan yang Wani ambil ini betul, maka itu merupakan kurniaan kegembiraan buat Wani.Sekiranya tindakan Wani ini salah, maka Wani perlu terus maju ke hadapan dan jadikan kesalahan yang lalu sebagai iktibar
Ada kawan&junior bertanya..kenapa tak masuk DQ/join R2J3
Ya, Wani akui..Dengan masuk DQ, kita dapat menghafaz ayat-ayat Al-Qur'an
Tapi, bagi Wani tugasan menghafaz Qur'an adalah wajib bagi setiap Muslim, maka tidak kira kita masuk DQ/tidak, menjadi tugas kita untuk menghafaz ayat2 al-Qur'an agar memudahkan kita berhujah mengenai ilmu agama dan menjadi pemangkin bagi meningkatkan keimanan kita.
Ya, Wani akui juga..dengan join R2J3, Wani akan rasai pengalaman berdakwah di dunia luar dan melakukan misi kemanusiaan di negara orang. Kita akan dapat merasakan betapa jalan dakwah ini tidak lah seindah sentuhan mata.
Tapi, bagi Wani..perjalanan tarbiyah akan berterusan.Walaupun Wani tidak mengikuti program R2J3, tapi Wani dapat merasai nikmat membina&mempertahankan prinsip Wani berdasarkan ilmu2 yang Wani dapat selama 11 tahun belajar di bumi Hidayah.Bukan perkara yang mudah dalam mempertahankan prinsip.Pengalaman belajar memandu di sebuah institusi memandu di Johor sudah cukup mengajar diri mengenai soal prinsip
Mengapa Wani tetap mahu menjadi coach debate walaupun tidak mendapat sebarang gaji/elaun?
Sesungguhnya soal ikhlas itu merupakan rahsia antara Tuhan dan hamba-Nya, maka memang setiap perkara kita perlu ikhlas agar kita tidak kecewa pada pengakhirannya.
Memang cita2 utk menjadi coach debate nagi junior di SMIH telah wani tekadkan dalam hati sebelum peperiksaan SPM lagi. Bagi Wani, inilah masanya untuk Wani menebus segala kesalahan Wani di atas kegagalan Wani menjadi leader yang terbaik untuk debat BM tahun 2008 sehingga ranking debat BM sekolah Wani jatuh merudum
Ya, mungkin ada orang pertikaikan bahawa itu bukan salah Wani tentang kejatuhan ranking debat sebab guru penasihat cuti bersalin, coach debate (ALUMNI) yang mengundang 1001 dugaan pada kelab dan lain2.Tapi, bagi Wani..sekiranya Wani tegas semasa menjadi leader tahun lepas, sudah tentu tiada sebarang masalah akan berbangkit.Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tahun lepas, tahap keikhlasan dan kesabaran Wani diuji. Dan Wani akui Wani GAGAL dalam kedua-duanya. Dan sekali lagi Allah memberi peluang untuk Wani memperbaiki diri Wani dan menebus kesalahan Wani dengan menjadi coach debate.
Wani akui..adakalanya Wani agak down bila memikirkan tentang debat. Kerana Wani perlu melahirkan minimum 3 daripada 5 pendebat BM tingkatan 5 dimana kesemuanya lelaki (target Wani!)
Allah menguji Wani..kesemuanya adalah fresh..tidak tahu walau sedikit pun asas debat apatah lagi struktur speaker setiap pendebat.Ya, Allah sedang mengajar Wani erti kesabaran. Bukanlah mudah dalam tempoh 3 BULAN untuk Wani lahirkan real&best debater. Tapi Wani YAKIN bahawa bilamana Allah menurunkan ujian, maka pasti akan ada jalan penyelesaian.
Wani juga mengambil langkah untuk menjadi coach debate kerana:
1. memperjuangkan visi SMIH bg melahirkan insan Rabbani dimana pelajar yang dilahirkan dari bumi Hidayah mempunyai ciri2 holistik dari segi shahsiah, kurikulum dan ko-kurikulum
2. Untuk melahirkan generasi Islam terutama lelaki yang mahir berdebat dan bercakap di khalayak ramai.Ilmu perdebatan snagat penting terutama apabila kita hendak berhujah dengan non-muslim/muslim mengenai agama/apa sahaja. Ilmu sahaj tidak mencukupi sekiranya kita tidak tahu cara untuk menyampaikan ilmu tersebut dan cara membidas ilmu yang salah di sisi Islam
3. Menunaikan janji pada guru debatku untuk menebus kembali kesalahanku
4. Peluang terakhirku untuk berbakti pada sekolah kerana selepas ini tidak tahu apa akan jadi pada kehidupan dan masa depan
5.(rahsia..rahsia)
Wani tulis berjela macam mana sekalipun, takkan ada yang dapat memahami~
Tapi Wani yakin dan optimis yang Wani mampu lakukannya!
"Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang hamba melainkan berdasarkan kemampuannya sahaja.." (Al-Qur'an)
0 lontaran pandangan:
Catat Ulasan