Assalamualaikum =)
Sehingga kini Wani masih belum mengerti
Mengapa perlu sedih atas sesuatu yang Allah telah takdirkan dimana perkara itu tidak kita senangi?
Bukankah Allah itu al-Khaliq? maka Dia lebih mengetahu apa yang terbaik buat hamba-Nya..bukankah begitu? ^_^
Wani sering berd0a:-
" Ya Allah Ya Tuhanku, serikanya kegagalan kami akan membawa kepada fitnah..maka Engkau cemerlangkanlah kami dlm setiap perkara. Namun sekiranya kejayaan kami akan menjauhkan diri kami daripada-Mu, maka Engkau lebih Mengetahui yang sebaiknya.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu"
Doa ini di SMS oleh Kak Atiqah Kusiani, seniorku di Sek Men Islam Hidayah (batch 9) dalam bulan 6/7 2o08. Semenjak mendapat kiriman SMS ini, Wani sentiasa mengamalkan d0a ini.
Yap,apalah gunanya kita berjaya sekiranya kita jauh daripada Allah kan?
Qadak dan Qadar
Satu isu yang Wani amat tertarik untuk k0ngsi bersama ^_~
Berpandukan syrat khabar Didik (untuk pelajar UPSR,tahun 6) Wani cuba mengamati kembali apa yang telah Wani pelajari selama 11 tahun di bumi Hidayah
Hikmah beriman dengan Qadak dan Qadar:-
1-Segala yang berlaku di dunia ini adalah di atas kehendak dan ketentuan Allah
2-Beriman hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini
3-Menyedari bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala
4-Seseorang hamba itu hendaklah sentiasa berusaha dan taat kepada-Nya
Manusia diberi akal fikiran untuk BERFIKIR,BERIKHTIAR dan BERUSAHA.Kita tidak boleh hanya berdiam diri tanpa berikhtiar dan berusaha dan hanya menyerah kepada nasib dan takdir seumpama menunggu rezeki berg0lek.
Ini kerana Qadak dan Qadar Allah terhadap makhluk terbahagi dua:-
1-qadak mubram : pasti berlaku seperti mati dan rupa bentuk
2-qadak mua'llaq : qadak yang boleh berubah dengan ikhtiar dan d0a
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Tidak b0leh dit0lak qadar Allah Taala melainkan d0a. Dan tiada yang b0leh memanjangkan umur melainkan berbuat baik kepada ibu bapa."
(Riawayat Hakim,Ibnu Hibban dan Tarmizi)
Setelah kita berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh maka kita iringlah dengan bertawakal kepada Allah Taala (berd0a dan berserah kepada-Nya) sem0ga segala apa yang diusahakan membawa kesan yang baik kepada kita.
Dalam riwayat Imam Al-Qudha'i disebutkan:-
Amr bin Umayah r.a berkata "Aku bertanya, Wahai Rasulullah apakah aku ikat dulu unta (tungganganku) lalu aku bertawakal kepada kepada Allah, atau aku lepaskan begitu sahja lalu aku bertawakal? Baginda menjawab, Ikatlah kenderaan (untamu) lalu bertawakkallah"
(Musnad Asy-Syihab,Qayyidha wa Tawakkal)
Sebagai umat Islam yang beriman kita harus yakin bahawa segala yang berlaku maka itu adalah ketetapan Allah.
Sekiranya kita membuat sesuatu amalan itu semata-mata kerana Allah, maka akan menjadi ibadah. Dna kita perlu tahu bahawa Allah adalah CE0 kita
Usah sedih bagi yang berduka
Usah leka bagi yang gembira.
Wani Nasir
11.02 malam
30 Mac 2o09
Taman Pulai Utama, Johor
0 lontaran pandangan:
Catat Ulasan