Khamis, 9 April 2009

PENDIDIK

Assalamualaikum

Setiap kali membaca sajak ini, pasti hati Wani akan diselubungi rasa terharu
Guru..satu kerjaya yang orang pandang enteng
Namun, sekiranya anda telah merasai betapa hebatnya cabaran sebagai seorang guru, pasti anda akan mengakui sama dengan Wani bahawa kerjaya guru amatlah mencabar

Alhamdulillah, pada 31 Mac 2009 Wani telah mendapat tawaran menjadi guru Sek.Ren.Islam Hidayah
Wani memulakan tugas sebagai guru ganti secara rasmi pada 1 April 2009

Ya Allah,
Setelah menjadi guru..baru Wani faham dan rasa apa yang guru-guru rasa
Sekiranya ada yang mengatakan tugasan sebagai seorang guru satu kerjaya yang mudah, lupakanlah
Wani benar-benar respect dengan pendidik2 di Sekolah Hidayah
Masih tetap bertahan mendidik anak-anak generasi Islam di bumi Hidayah biarpun penatnya hanya Allah yang tahu

Hormatilah guru anda

Itu yang mampu Wani taip buat setakat ini
Ketahuilah anda bahawa kerjaya seorang guru amat murni
dan bukanlah satu kerjaya yang mudah

Sajak Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan