Sabtu, 19 September 2009

(POST 1) KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN ITU, SAUDARA!

bismillah.
assalamualaikum wmt wbt

suatu masa dahulu (tapi takdaa laa lama sangat, dalam setahun dua)
saya suka dan gemar membicarakan tentang hal-hal yang membina jiwa.

namun sampai satu ketika..

saya FUTUR
ya Allah~ bangkit itu amatlah sukar!
ditambah lagi untuk memupuk kembali pemahaman terhadap kepentigan ISLAM
kini, izinkan diri saya yang sebenar..yang ada saat jatuh bangunnya..
MEMBICARAKAN KEMBALI MASALAH UMMAH.
izinkan saya membicarakannya agar hati saya TIDAK TERIKAT DENGAN DUNIAWI
yang menyesakkan dada saya.
izinkan saya kembali pada diri saya. salam mujahadah ye empunya blog ^_^

tahun 2020
sudah 100 tahun dunia ini tanpa KHILAFAH!
sudah 3 kali saya dengar kata-kata ini diucapkan, dan setiap kali itulah bulu roma saya meremang.

1. apakah itu khilafah Islam?
2.sejarah Islam sebelum nie ada ke khilafah?
3.penting sangat ke khilafah nie?
4.apa kesan kalau tak daa?

cukuplah 4 persoalan utama ini akan saya cuba rungkaikan dan cuba terangkan di dalam blog.
perlu diketahui ;

1. sekalipun anda benci dengan sejarah, harapan saya agar anda ketahuilah sedikit sejarah ISLAM (terutama buat mereka yang beragama ISLAM).baca2 gitu pun tak mengapa..at least anda tahu.

saya pun bukanlaa minat sejarah
namun ada beberapa peristiwa yang menyentak saya (mungkin hidayah daripada Allah. Alhamdulillah~ ) dimana saya tiba2 terminat dan terdetik membaca buku dan laman2 web yang menceritakan sejarah ISLAM

dan melaluinya saya mengetahui bahawa;
ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM akan tiba, pasti akan tiba!
dimana KHILAFAH ISLAM akan tertegak kembali.
negara2 ISLAM tidak akan bercakaran.
UMAT ISLAM tidak akan ditindas
persoalannya, adakah anda sama2 berjuang ketika ini?

sejarah akan berulang..dan pasti akan berulang.
masih ingat aman sebelum ISLAM datang ke dunia?
bagaimana keadaannya?
zina berleluasa, arak berleluasa, pembunuhan berleluasa, pergaduhan puak berleluasa,judi berleluasa..
sama tak dengan keadaan sekarang? SAMA kan..

tak faham lagi?
saya juga seperti anda pada awalnya.
saya akan cuba untuk terangkan versi biasa2 punya sebab saya pun baru nak fahamkan.
saya ingin kongsikan perkara ini bersama kerana..
SAYA RASA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEDARKAN KEPENTINGANNYA KEPADA ANDA agar...... (anda akan tahu bila anda faham ^_^)

pesanan 1:
jazakumullah diucapkan kepada;
ustazah kamaliah,ustazah fauziah,ustazah normah,ustaz hairozi dan prof termizi atas bantuan ini.dalam menyedarkan saya, memberi bimbingan dan sokongan.


pesanan 2:
teringat naqibahku,ustazah kamaliah ada pesan baru2 ini (lebih kurang)
Kita ketahui menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara'. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama MENEGAKKAN ISLAM.

teluk intan,perak
1 syawal 1430 H (lupa daa tarikh dalam masihi, kes ingat raya)

0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan