Assalamualaikum wmt wbt
Alhamdulillah
1st week telah berlangsung dengan jayanya ;)
course yang saya ambil nie dia belajar melalui case.
every week akan ada satu case yang diberikan (untuk 1st sem, 1st case : the structure of the cell)
kami akan keluarkan objective yang perlu dicari melalui case tersebut
(objective:benda apa yang kita nak belajar melalui case tersebut daripada aspek anatomy, hostology,biochemistry,etc)
balik rumah aje, aktiviti membuat research bermula.
course saya jadual dia TIDAK PADAT. tapi ASSIGNMENT dia..hmmm...nak kata banyak tue boleh laa, nak kata sikit tak boleh. :)
saya berminat untuk mengambil medic kerana bagi saya medic merupakan satu course yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah SWT
bila kita melihat penciptaan Allah yang terlalu sempurna, kita akan sedar bahawasanya Allah itulah yang Maha Hebat dan Maha Berkuasa
saya ada satu cerita.. ^_^
nak cerita dalam English..risau ada yang tak faham
maka saya ceritalah dalam bahasa melayu
Ada seorang lelaki tua berusia 70 tahun.
Dia mengalami satu penyakit sehingga menyebabkan beliau tidak boleh kencing (macam tersumbat laa).
Lalu, lelaki tua ini pergi ke hospital untuk menjalani rawatan..doktor yang merawat lelaki tua tersebut mengatakat bahawa lelaki tua tersebut perlu menjalani pembedahan bagi membolehkan lelaki tua tersebut kencing semula.
Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjalan dengan lancar
Setelah duduk berehat selama beberapa hari di hospital, akhirnya tibalah masa untuk lelaki tua itu untuk keluar dari hospital
Lalu, doktor pun memberikan bil bayaran keseluruhan penginapan di hospital dan kos pembedahan
Tiba-tiba
Lelaki itu menangis teresak-esak
Doktor itu bertanya, "kenapa pak cik menangis? bil terlalu mahal ke sehingga pak cik tak mampu bayar?"
Lelaki tua itu menjawab, "saya menangis bukan kerana melihat bil ini. Saya menangis kerana selama 70 tahun dapat kencing, Allah tidak memberikan saya bil langsung untuk buang air kecil (kencing)"

inilah kesimpulan yang amat bermakna yang saya dapat simpulkan melalui case pertama yang saya dapat melalui course medic manchester dengan tajuk 1st week yang diberikan iaitu "the structure of the cell"
tapi kami lebih banyak berbincang tentang kidney and urine (urine formation,urine analysis)
urine (air kencing) adalah waste product (bahan buangan) yang kita perlu singkirkan daripada badan. Kalau tak buang, bahayalaa... yang membuat kerja ini adalah buah pinggang. Buah pinggang adalah terlalu kecik umpama sebuah penumbuk tangan kita.
Dalam buah pinggang terdapat berjuta nephron. Nephron inilah yang menjalani proses filtration,reabsorption and secretion for urine formation. Buah pinggang juga berperanan untuk maintain hemeostasis.. (hee~ kalau cerita banyak, nanti anda tak faham. dia kena baca buku baru faham atau tanya guru atau buat research ^_^)
alhamdulillah..disebalik setiap kepahitan hidup yang kita lalui, Allah itu masih menyayangi kita. Diberikan segala nikmat dengan percuma.
Andailaa nilai sehembus nafas, denyutan jantung, gerakan kaki, gerakan tangan perlu dibayar..adakah kita mampu membayarnya.
ya Allah betapa besarnya nikmat yang Engkau berikan.
bersyukurlah wahai manusia sekalian.
And He gives you of all that you ask Him; and if you count Allah’s favors, you will not be able to number them; most surely man is very unjust, very ungrateful.- Noble Qur’an (14:34)
24/10/2009
6 petang --waktu mesir--
dalam rumah,
Samenoudi,Syari' Jihan
Mansoura, Egypt
0 lontaran pandangan:
Catat Ulasan