Rabu, 25 November 2009

BILA CUTI DATANG..

Bismillah
Assaamualaikum.
Bukan mudah untuk menceritakal hal peribadi dalam blog. Walaupun ada orang yang suka..
Namun,semenjak hidup di perantauan..hanya blog yang jadi perantara antara saya dan family serta kawan2 tercinta di Malaysia untuk mengetahui keadaan semasa selain call dan SMS.
Buat family tercinta di Johor,buat family housematesku,buat family GMN..ALhamdulillah,kami di sini baik2. Bukan setakat sihat malah terlebih sihat :) --musim sejuk katakan


Orang kata medic tue susah. Bagi saya medic tue susah kalau MALAS.
Medic nie best sebenarnya, tak susah mana pun..susahnya sebab BANYAK...

Banyak apa? banyak kena mendalami semua kejadian ALlah dalam badan manusia.
Takpelaa..banyaklaa macam mana sekalipun.. namun kalau ini yang boleh mendekatkan saya pada Allah, inilah yang terbaik ^_^

Alhamdulillah,dengan rasminya untuk tahun pertama perubatan tak kira medic konvesional
atau medic manchester..Hari ini (Rabu,25/11/2009)..Kami dah mula BERCUTI!
Alhamdulillah..Alhamdulillah..boleh bernafas sekejap untuk 'cover' topik yang kurang faham.

Alhamdulillah juga kerana cuti di universiti saya selama 2 MINGGU :) Sebelum nie ikut asal 5 hari sajaha sebab Hari Raya AidilAdha jatuh pada hari Jumaat,27/11/2009
Tahun ini juga merupakan tahun pertama beraya tanpa FAMILY TERCINTA (T_T)


cuti 2 MINGGU?
Hee~ banyak case yang kene cover.
Siapa kata medic manchester lebih senang dari medic konvesional.

(medic manchester=belajar ikut case, medic konvesional = belajar ikut silibus buku)
Haih..sedar tak sedar dah banyak benda kena menghafal.
Sedar tak sedar dah habis sampai 6 case ^_^
Sepanjang belajar itulah banyak benda yang dapat. Melihat satu demi satu kekuasaan Allah.
Betapa lelahnya,penantnya (ceh,macam susah je nak hafal)..itulah menunjukkan betapa Maha Hebatnya Allah dalam menyusun dan mengatur ciptaan-Nya dengan teliti.
Subhanallah.



Sepanjang cuti..
CAIRO menjadi tempat destinasi paling utama utuk berjumpa dengan sisters tersayang di sana :)

Jadi untuk study week+Raya nie hanya ke CAIRO. ALex,Tanta..insyaAllah akan menyusul cuti yang lain.


Bukan tak nak beraya sakan untuk Raya AidilAdha (di Mesir Raya AidilAdha paling meriah berbanding Raya Aidilfitri) ..
TAPI
kami..pelajar2 medic manchester ada mid sem exam 8 DISEMBER o_0
pelajar medic konvesional dah habis exam semalam (T_T) -- bestlaa mereka raya kali nie
Boleh je tak nak belajar,kan?
Tapi kejayaan bagi umat Islam itu adalah SATU KEWAJIPAN bukanya satu pilihan.
Untuk menguasai bumi ni kembali dalma mengembalikan khilafah Islam, sudah tentu KEJAYAAN daripada pelbagai aspek perlu dijaga..
Selain itu, nak dapat pangkat MUMTAZ, kena kerja lebih sikit :D

25 November 2009
10.13 pagi
Samenoudi,Syari' jihan
Mansoura,Mesir


0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan