Ahad, 15 November 2009

LUASNYA KEAMPUNAN-MU, ALLAH

Bismillah
Assalamualaikum

wah.life as a medical student sungguh mencabar.serius.
ceh,amik course medic manchester yang balik pukul 2.30 (paling lambat nie) ad banyak masa terluang sementara menanti hari esok.
terpulang pada kita nak pilih untuk sibukkan diri dengan benda berfaedah atau tidak.

simple 'ilmu' for today..tapi penuh dengan perkara tersirat
"Allahumma faqihna fiddin" (ya Allah, faqihkan kami dalam agama-Islam)

ya Allah..ya membolak balikkan hati kami,
tetapkanlah hati kami pada jalan agama-Mu dan ketaatan pada-Mu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Anas r.a berkata,
Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman,


" Wahai anak Adam selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi.

Wahai anak Adam jikalau dosamu menggunung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku, pasti engkau Ku-ampuni.

Wahai anak Adam andai engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikit pun, pasti Aku mendatangimu dengan ampunan bumi pula"

(hadis riwayat Tirmidzi dan ia berkata bahawa hadis ini hasan sahih)

teringat nasyeed kumpulan RAIHAN:
bila selangkah ku rapat pada-Mu, seribu langkah Kau rapatku

pesanan 1:
saya rindukan family dan warga sekolah hidayah.

pesanan 2:
post kali nie sikit sbb masa ada..namun hati sukar untuk mengarahkan jari menulis apa yang terdetik di dasar hati.

15 november 2009
3.47 petang --waktu mesir--
samenoudi,syari' jihan
mansoura,mesir

0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan