Khamis, 31 Disember 2009

NIKMAT ITU.NIKMAT TERINDAH :)

Bismillah
STATUS:
gembira ^_^.

AHLAN WASAHLAN KE MESIR KAK ATIQAH HAMID & kawan2 (belajar di ireland now)
-blog kak atiqah-
suka3!
Pernah tak anda borak-borak dengan sisters dan dalam masa yang sama anda tidak pernah lihat wajah dia? (untuk lelaki br0thers laa ye.)
Sekadar berbual melalui YM,blog mahupun facebook?
macam mana boleh kenal? rahsia.yang penting saya percaya itulah takdir ALlah :)
ALhamdulillah,saya telah mengalaminya.


bukan untuk seorang,bukan dua orang,namun lebih dari itu ^_^
Alhamdulillah juga kerana kesemuanya telah saya berjumpa pada tahun 2009 kecuali kak atiqah sahaja belum =(
Ada yang kenal hampir 2 tahun tanpa bertemu wajah..akhirnya jumpa juga di tahun 2009.
Terima kasih Allah.
Doakan moga saya boleh berjumpa dengan kak atiqah paling lambat Jumaat minggu depan di Cairo.Ameen~

kadang-kadang orang yang baru 10 minit kita kenal dah rapat sampai boleh share cerita macam2 benda :)
kadang-kadang kita akan menangis apabila berpisah dengan orang yang kita baru kenal
kerana apa?
kerana kita dapat rasakan wujudnya kehangatan ukhwah yang tidak boleh dirungkai dengan kata2.
anda belum merasainya? pelik dengan apa yang saya tulis?
Saya doakan moga anda dapat merasakannya..
merasakan betapa indahnya nikmat ukhwah yang berdiri atas kalimah
'tiada Tuhan melainkan Allah,Nabi Muhammad pesuruh ALlah'

ukhwah yang berdiri atas dasar aqidah!

setiap kali saya mendengar nasyeed ini 'rabithah'..saya pasti akan terharu dan sebak tatkala menghayati disebalik makna lirik ini.saya pasti mereka yang sebaris dengan saya juga merasakan benda yang sama,rite?

Rabithah ini merupakan satu doa.Anda tak pernah dengar?
ok.saya cadangkan anda pergi mana-mana kedai buku dan minta pada tuan kedai buku yang anda mahukan AL-MA'THURAT
dan di belakang al-ma'thurat ada satu doa dinamakan 'doa rabithah'..doa untuk menghubungkan hati2 yang berdiri dan bersatu atas dasar aqidah :)

kepada sisters around the world.
MESIR
JORDAN
MALAYSIA
UNITED KINGDOM (UK)
IRELAND
AUSTRALIA
NEW ZEALAND
INDONESIA
dan mana2 sahaja
dan juga untuk pembaca yang sama-sama mendokong perjuangan Rasulullah SAW, saya hadiahkan doa ini untuk anda.
mungkin ada antara kita tidak pernah bersua,namun hati kita diikat atas dasar aqidah dan perjuangan yang sama.
Selama ini baca dalam bahasa arab rite? ayuh,baca dalam bahasa melayu pula ^_^
rasa ZUUUUP,menyucuk jiwa.
video

saya sendiri masih lemah untuk mengolah apa itu makna ukhwah fillah.
atau sekadar ukhwah sahaja?
namun saya google..dan terjumpa blog yang mungkin boleh sedikit sebanyak kita tahu tentang ukhwah fillah.silakan baca :)
BAGAIMANA DIKATAKAH UKHWAH FILLAH?



Allah telah berfirman: “sesungguhnya di antara kamu itu bersaudara,maka damaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah itu.Jadi peliharalah hubungan persahabatan itu”.

Salah satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah s.w.t di akhirat kelak adalah pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah, iaitu persahabatan yang diredhai Allah yang berdasarkan ketaqwaaan kepada Allah.

31 disember 2009
6.41 petang

0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan