Selasa, 27 Januari 2009

BUKAN UNTUK SI MANJA

Assalamualaikum :)

Wani cukup terkesan dengan post yang Wani dapat dari sini

Jujur, selepas membaca post ini..Wani sangat bersemangat! hammasah!

Teringat pesan Ustazah Suhana sewaktu Wani tingkatan 3, ketika itu Wani mengikuti Daurah Pembimbing Rakan Sebaya di SMIH.

"REHAT itu adalah apabila langkah kaki kanan kita melangkah ke syurga"

Betul, Wani betul2 semangat nak menghadapi pelbagai ujian dan tekanan yang sedang Wani hadapi sekarang.Bukan nak menunjuk. Tetapi, apabila kita tahu bahawa Allah timpakan ujian adalah untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya. Kita pasti akan tempuhinya dengan sabar dan tabah, right?

"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (Al-Qur'an)



Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,


-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.


-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong


-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.


Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

- jzklh n.a.l dari jepun

Ahad, 25 Januari 2009

TANPA-MU, ALLAH

Tanpa-Mu
In-Team



Cukup nasyeed ini yang gambarkan resah hati Wani sekarang..
Tanggungjawab didik adik2 debat
Coach debat BM tahun lepas kini jadi president council di kolejnya
Semakin tipis harapan untuk ajak dia turun
Dengan menjaga tarbiyah SMIH yang kian suram tarbiyahnya, tetapi ada masa untuk mengubah
Rindu pada rakan2 seperjuangan yang benar2 mahu menolong

Debat..
Hanya berbekalkan melahirkan pemimpin yang berwibawa dan kerana Allah sahaja yang menjadi kekuatan
SMIH, sekolah kesayanganku..
Hanya menunaikan amanah sekolah dan harapan untuk melihat masih ada generasi Islam yang terpelihara menjadi kekuatan

Benar,
Diri ini betul2 hilang kekuatan
Hanya bila teringatkan Allah sahaja diri akan menjadi KUAT
Ujian yang Wani hadapi hanyalah kecil jika dibandingkan rakyat Palestin

Ya, Wani kene kuat
Begitu juga dirimu

Ayuh, kita serahkan dan gantungkan segala pengharapan kita hanya kepada Allah
Ya, hanya pada Allah SAHAJA! bukan manusia lagi!



Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur
TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora
Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu
Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan
Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu
Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

Isnin, 19 Januari 2009

CUKUPLAH ALLAH BAGIKU

WheN u Says Its ImpoSsibLe..
Allah SayS All ThingS ArE PosSiblE..
WheN u Says I CanT MaNaGe..
Allah SayS I WiL SuPpLy All Ur NeEds..
WheN u Says I CanT Go On..
Allah SayS My GrAcE Is SuFfIciEnT..
WheN u Says I CanT FiGuRe ThinGs OuT..
Allah SayS I WiL DireCt Ur StepS..
WheN u Says I CanT Do It..
Allah SayS U CaN Do All ThinGs..
WheN u Says Im NoT AbLe..
Allah SayS Im AbLe..
WheN u Says Im AfRaiD..
Allah SayS I HavE NoT GivEn u A SpiRiT oF FeaR..
WheN u Says Im OweZ woRieD n FruStaTed..
Allah SayS CaSt All Ur CarEs On Me..
When U SayS I CanT 4GiV MySelF..
Allah SayS I 4GiV u...
WheN u SayS NoBodY ReallY LovEs me..
Allah SayS I LUV u..
WheN u SayS I DonT Hav EnouGh FaiTh..
Allah SayS I hAv GiveN EvRy1 A meAsuRE of FAITH...
ALLAH IS ENOUGH FOR US!!!


dalam riak wajah ada pancaran dakwah. dalam tutur bicara ada gema tarbiah. dalam gerak langkah ada semangat mujahidah. kita lupakan wajah yang layu. kita tinggalkan bicara pilu. kita kuburkan langkah yang lesu. BANGKIT MENJULANG PERJUANGAN!!

Khamis, 15 Januari 2009

COACH DEBATE..DARUL QUR'AN..R2J3

MISI UTAMA : MELAHIRKAN PENDEBAT2 YANG BERWIBAWA

Wani akui..

Wani mengambil keputusan tidak apply Darul Qur'an (DQ)dan tidak menyertai Program Pasca SPM, Road To Jawa 3 (R2J3) serta tidak mendaftar lagi untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (masih dalam pertimbangan) di INTISAR kerana...

Wani mahu menjadi trainer debate!

Dan Wani tidak akan sesekali menyesali tindakan yang Wani ambil ini kerana Wani yakin sekiranya tindakan yang Wani ambil ini betul, maka itu merupakan kurniaan kegembiraan buat Wani.Sekiranya tindakan Wani ini salah, maka Wani perlu terus maju ke hadapan dan jadikan kesalahan yang lalu sebagai iktibar

Ada kawan&junior bertanya..kenapa tak masuk DQ/join R2J3

Ya, Wani akui..Dengan masuk DQ, kita dapat menghafaz ayat-ayat Al-Qur'an

Tapi, bagi Wani tugasan menghafaz Qur'an adalah wajib bagi setiap Muslim, maka tidak kira kita masuk DQ/tidak, menjadi tugas kita untuk menghafaz ayat2 al-Qur'an agar memudahkan kita berhujah mengenai ilmu agama dan menjadi pemangkin bagi meningkatkan keimanan kita.



Ya, Wani akui juga..dengan join R2J3, Wani akan rasai pengalaman berdakwah di dunia luar dan melakukan misi kemanusiaan di negara orang. Kita akan dapat merasakan betapa jalan dakwah ini tidak lah seindah sentuhan mata.

Tapi, bagi Wani..perjalanan tarbiyah akan berterusan.Walaupun Wani tidak mengikuti program R2J3, tapi Wani dapat merasai nikmat membina&mempertahankan prinsip Wani berdasarkan ilmu2 yang Wani dapat selama 11 tahun belajar di bumi Hidayah.Bukan perkara yang mudah dalam mempertahankan prinsip.Pengalaman belajar memandu di sebuah institusi memandu di Johor sudah cukup mengajar diri mengenai soal prinsip

Mengapa Wani tetap mahu menjadi coach debate walaupun tidak mendapat sebarang gaji/elaun?

Sesungguhnya soal ikhlas itu merupakan rahsia antara Tuhan dan hamba-Nya, maka memang setiap perkara kita perlu ikhlas agar kita tidak kecewa pada pengakhirannya.

Memang cita2 utk menjadi coach debate nagi junior di SMIH telah wani tekadkan dalam hati sebelum peperiksaan SPM lagi. Bagi Wani, inilah masanya untuk Wani menebus segala kesalahan Wani di atas kegagalan Wani menjadi leader yang terbaik untuk debat BM tahun 2008 sehingga ranking debat BM sekolah Wani jatuh merudum

Ya, mungkin ada orang pertikaikan bahawa itu bukan salah Wani tentang kejatuhan ranking debat sebab guru penasihat cuti bersalin, coach debate (ALUMNI) yang mengundang 1001 dugaan pada kelab dan lain2.Tapi, bagi Wani..sekiranya Wani tegas semasa menjadi leader tahun lepas, sudah tentu tiada sebarang masalah akan berbangkit.Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tahun lepas, tahap keikhlasan dan kesabaran Wani diuji. Dan Wani akui Wani GAGAL dalam kedua-duanya. Dan sekali lagi Allah memberi peluang untuk Wani memperbaiki diri Wani dan menebus kesalahan Wani dengan menjadi coach debate.



Wani akui..adakalanya Wani agak down bila memikirkan tentang debat. Kerana Wani perlu melahirkan minimum 3 daripada 5 pendebat BM tingkatan 5 dimana kesemuanya lelaki (target Wani!)

Allah menguji Wani..kesemuanya adalah fresh..tidak tahu walau sedikit pun asas debat apatah lagi struktur speaker setiap pendebat.Ya, Allah sedang mengajar Wani erti kesabaran. Bukanlah mudah dalam tempoh 3 BULAN untuk Wani lahirkan real&best debater. Tapi Wani YAKIN bahawa bilamana Allah menurunkan ujian, maka pasti akan ada jalan penyelesaian.

Wani juga mengambil langkah untuk menjadi coach debate kerana:

1. memperjuangkan visi SMIH bg melahirkan insan Rabbani dimana pelajar yang dilahirkan dari bumi Hidayah mempunyai ciri2 holistik dari segi shahsiah, kurikulum dan ko-kurikulum

2. Untuk melahirkan generasi Islam terutama lelaki yang mahir berdebat dan bercakap di khalayak ramai.Ilmu perdebatan snagat penting terutama apabila kita hendak berhujah dengan non-muslim/muslim mengenai agama/apa sahaja. Ilmu sahaj tidak mencukupi sekiranya kita tidak tahu cara untuk menyampaikan ilmu tersebut dan cara membidas ilmu yang salah di sisi Islam

3. Menunaikan janji pada guru debatku untuk menebus kembali kesalahanku

4. Peluang terakhirku untuk berbakti pada sekolah kerana selepas ini tidak tahu apa akan jadi pada kehidupan dan masa depan

5.(rahsia..rahsia)

Wani tulis berjela macam mana sekalipun, takkan ada yang dapat memahami~

Tapi Wani yakin dan optimis yang Wani mampu lakukannya!

"Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang hamba melainkan berdasarkan kemampuannya sahaja.." (Al-Qur'an)

Jumaat, 2 Januari 2009

PERJUANGAN DI BUMI BERDARAH

Perjuangan menuntut darah di tanah gersang ini
Tanah yang dulunya suci kini berubah menjadi tanah kotor
Tempat berkumpulnya rasa benci

Pihak manakah yang akan kau bantu wahai musafir?
Pihak yang menumpahkan darah atau pihak yang bermandikan darah untuk membela sebidang tanah?
Teruskan perjalananmu wahai musafir
Di sini bukan tempat untuk berpesta

Bukan juga tempat untuk bersuka-ria
Inilah tempat di mana..
Semua Mujahidin berhimpun
Berdiri atas kaki sendiri mengekang musuh-musuh mereka
Menyekat dengan semua kudrat dan kekuatan

Berbekalkan keimanan dan ketaqwaan
Bersama-samalah dengan kami andai kamu mahu berjuang
Namun tinggalkan kami sekiranya kamu enggan
Kami akan menunggu kedatangan bantuan dari ALLAH
Kami yakin ianya akan tiba
Apabila tiba masanya

*Penulis puisi ini, Abu Hurairah, merupakan seorang remaja yang mengalami masalah pendengaran. Ia mengisahkan perjuangan Palestin dan siapa yang akan membebaskannya

sumber: www.iluvislam.com