Ahad, 10 Mei 2009

10 MEI 2009

10 MEI 2009

suatu petang, 8 mei 2009
"Wani, lepas subuh esok kita berangkat ke KL"

....masuk bilik...

*sebak

teringat semula kenangan dari awal tahun 2o09
train adik2 debat....sehingga menggapai najah yang tidak dijangka
JOHAN 8TH INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP
subhanallah! alhamdulillah! allahu akbar!
astaghfirullah..

Jumaat malam (8 mei 20o9)
pergi ke Jusc0, Taman Universiti
adik2 debat perempuan (Ili, Nadiyah,Liyana dan Raihana)
mereka belanja makan di SEDAP CORNER
sungguh sedap!
dan..mereka hadiahkan Wani...
satu hadiah yang Wani telah,sedang dan akan gunakan
itulah hadiah yang Wani rasa adik2 itu berada di samping Wani

terlalu sukar untuk berpisah dengan debat..
namun, cepat2 sahabat seperjuanganku
Nur Jannah Mohd Radzi (debater english,satu batch)
nasihatkan wani melalui sms:-
"mmg tu hakikat hidup. x mungkin selamanya kite dgn depikir. Life needs give and take. La tahzan sbb ni aturan Allah yang terbaik utk anti..teruskn perjalanan dgn hati yg terbuka" (9 mei, 9.40 pagi)

-oh ye, crite tentang kejayaan adik2 debat telah siap..tinggal nak publish!-
bila nak publish??
-nanti, bila kes orang yang tidak puas hati SMIH menang reda-
ada juga yang tidak puas hati?
-ada-
kenapa?
-sebab mungkin SMIH tidak ternama-
laa..kenapa mcm tue pula?
-no comment..biar kami ahli kelab debat SMIH sahaja yang tahu-

insyaAllah,
2 petang nie dah start daftar di UKM
september atau oktober fly ke Egypt

ALhamdulillah
rezeki bertimpa-timpa tahun ini
seelah pelbagai kesulitan dialami
"disebalik kesulitan pasti ada kemudahan"

hari ini 10 mei

hari yang sangat special:-

1. My birthday ke 18
2. Hari Ibu Sedunia
3. Hari pendaftaran foundati0n di UKM sebelum fly ke Egypt

semoga semuanya berjalan lancar. ameen~

p.s: benarlah kesabaran kunci bagi meraih kejayaan

Ahad, 3 Mei 2009

FACE THE TRUTH!

Masih lagi dalam proses menerima kenyataan
Masih dalam proses untuk mencari ruh hati, ruh jiwa untuk menaip pengalaman sepanjang mendidik adik2 debat

Hakikatnya, bukan kejayaan yang ingin Wani megahkan namun perkara yang telah kaMi lakukan itulah yang ingin dikongsikan
Benarlah, hanya ALlah tempat kita bergantung..redha ALlahlah yang dicari
Bumi ini milik ALlah dan akan diwariskan pada mereka yang bertaqwa


keratan akhbar ini dipetik daripada blog keluarga keduaku
KELAB DE'PIKIR
http://debatsmih.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim



" Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". [3:126]






Buat sesiapa yang membeli akhbar Berita Harian , 01/05/2009 , bolehlah merujuk Bahagian Pendidikan , m/s 14 untuk melihat gambar.

PENDIDIKAN
SM Islam Hidayah muncul juara debat antara sekolah
01/05/2009
Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my

SEKOLAH Menengah (SM) Islam Hidayah, Johor Bahru membuat kejutan apabila memenangi Pertandingan Akhir Debat Antara Sekolah-sekolah kali ke-8 kategori bahasa Melayu, di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, kelmarin.

Dalam persaingan merebut Piala Tun Sri Lanang, sekolah yang pertama kali mara ke pertandingan akhir menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star), Ipoh.

SM Islam Hidayah bertindak sebagai pasukan kerajaan berjaya menarik perhatian panel hakim dengan mengemukakan hujah bernas menerusi perdebatan ‘Undang-undang Jawapan Terbaik Kepada Masalah Kebejatan Moral’.

Membariskan Ili Syazwani Shairi, Nur Liyana Zakaria, Ilham Nasharuddin dan Abdullah Zubayr Mohd Aizaini, sekolah berkenaan pada peringkat suku akhir menewaskan SM Agama Persekutuan Kajang dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka (separuh akhir).

Penguasaan SM Islam Hidayah turut menyerlah dalam kategori Bahasa Inggeris apabila mara ke peringkat akhir dengan berdepan pendebat SM Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, yang diwakili Png Ning, Sean Law Li Hao, Ida Thien Feng Feng dan Julie Chow Yew Li.

Bagaimanapun, sekolah itu terpaksa menerima kenyataan apabila tewas kepada SMK Green Road yang akhirnya muncul juara sekali gus membawa pulang Piala Munsyi Abdullah.

SMK Green Road menundukkan SM Islam Hidayah dalam perdebatan bertajuk This House Would Allow Shorter Prison Sentences For Prisoner In Exchange For Donating Their Organs.

Juara bagi kedua-dua kategori berjaya membawa pulang Piala Pusingan, wang tunai RM3,000, piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.

Manakala naib juara kedua-dua kategori menerima wang tunai RM2,000 piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.

Pendebat Star, Mohamad Asyraf Che Ibrahim diumumkan peserta terbaik pertandingan akhir kategori Bahasa Melayu, manakala Ida Thien (Bahasa Inggeris).

Pendebat terbaik keseluruhan kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (berdasarkan kedudukan individu selepas enam pusingan awal) masing-masing diraih Ahmad Ashraf Ahmad Shaharudin dan Mohd Reza Abadi, sekali gus menerima wang tunai RM300 dan piala.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Hadir sama, Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid.

Sementara itu, ketua pasukan SM Islam Hidayah, Nur Liyana ketika ditemui mengakui tidak menjangka kemenangan terbabit, tambahan pula ini adalah kali pertama bertanding di pertandingan akhir.

Sebelum ini, katanya, pasukannya sekadar mara sehingga peringkat okto final dan kejayaan diraih disifatkan mengejutkan kerana berjaya menewaskan pasukan berpengalaman.

--------------------------
*Pembetulan ya di 2 perenggan terakhir [kesilapan di akhbar]
1) Ketua pasukan SM Islam Hidayah ialah Ilham Nasharuddin.
2) Pasukan ini tidak pernah mara ke peringkat okto final pada tahun lepas.



" Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " [6:165]

Benarlah , Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi- AllahuAkbar!
-Nantikan majalah e@siswa Julai 2009

Terasa baru semalam join kelab debat sekolah
Terasa baru semalam mendidik adik2 debat
Terasa baru semalam mendengar gelak ketawa mereka
Terasa baru semalam bersama2 dengan team debat 2007&2008

Ya Allah..
begitu besar anugerah-Mu
benarlah..hanya masa pengubat duka

Yang ada mood untuk menulis..

Kepada adik2ku di debate club
Ili, Liyana, Nadiyah, Raihana, Ilham, Anas,Hanif dan Zubayr
Terima kasih kerana sudi berkorban bersama dengan akak bagi menaikkan ranking debat BM yang jatuh menjunam tahun lepas
juga menaikkan nama SM ISLAM HIDAYAH di mata dunia
serta menunjukkan akhlak yang sangat2 baik
.................(no idea)

terukkan penulisan di atas..
sebab menulis bukan berdasarkan hati, tetapi emosi
*sebak* rindu akan mereka!
rasanya dah 5 draft dibuat tapi memang tak dapat tulis sehingga habis
insyaAllah, semoga Wani dapat menerima kenyataan ini..
face the truth! (salman Mat Hussin)

p/s: Wani mahu tulis berdasarkan hati!

TAG yang dinantikan oleh EZZAH

P/s: sape yang kena tag, sila copy and paste soklan di bawah dan masukkan ke blog anda serta jawab dengan tenang

1. What is the most important thing in your life?
Allah s.w.t

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Jeli Kelapa Muda (RM 1.60x2)..beli di Senibong. Celebrate birthday my mom

3. Where do you wish to get married?
Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor
Nak sambut dengan budak2 SM Islam Hidayah
*suami = SM Islam Hidayah, bonus :ex-debater
boleh turun train adik2 debat ^_^

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
27

5. Are you in love?
Nope!

6. Where was the last restaurant you had dinner?
Restoran*******(x ingat), Senibong

7. Name the latest book that you bought?
Pesanan Zainab Al-Ghazali buat puteri-puteri

8. What is your full name?
(seperti di pr0file blog)

9. Do you prefer your mother or father
both. 2-2

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
ramai sangat. tidak terkata

11. Christina or Britney?
b0th
manalah tahu bila jumpa, tunjuk akhlak dan personaliti yang baik
mereka akna tertarik pada Islam. kan,kan,kan?

12. Do you do your own laundry?
masukkan baju dlm mesin basuh., dikira own laudry x?

13. The most exciting place you want to go?
Mansoura University, Egypt (I'm coming!! october 2o09-oct 2015..maybe)

14. Hugs or kisses?
hurm..soalan apakah ini?

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
1) Perempuan
2)Orang yang sangat meminati filem korea
3) Sangat sensitif
4) Anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik
5) Accountant-to-be..insyaAllah.ameen~

16. 3 things I am passionate about
1) Dalam masa 6 tahun, tamaty pengajian dalam ijazah sarjana muda perubatan di Mansoura University. Mesti! Wajib!
2) Mentafsirkan sebuah buku ke dalam Bahasa Melayu
3) Jadi doktor pakar bius A.S.A.P then nak join MERCY..nak bantu umat Islam di Palestin

17. 3 things I say too often
- ana (saya in arabic)
- kak wani
- kakyang

18. Book I’ve read recently
Kerjaya Dalam Bidang PERUBATAN

19. 8 songs I could listen to over and over again
jujur, dah lama x dengar lagu. serius nie.

20. 3 things I learned last year
S.A.B.A.R
I.K.H.L.A.S
T.A.B.A.H

21. 8 people to tag
sesiapa yang melawat blog ini, dan dia mempunyai blog
silalah jawab

-------------------------------------------------------------------------------------

penulis masih dalam proses untuk menerima kenyataan bahawasanya kontijen SMIH bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris layak ke pentas final 8th IIUM Interscho0l Debating Championship

InsyaAllah, penulis akan post secepat mungkin pengalaman mendidik adik2 debater dan mungkin juga rahsia kejayaan mereka

Maaf, kerana tidak post seawal mungkin kerana pemulis sendiri masih tidak percaya akan rezeki yang Allah berikan

Sohihlah (benarlah), nothing is impossible (Ili Syazwani, Finalist IIUM Interscho0l)