Khamis, 30 Julai 2009

DEBAT (3)

pesanan:
kemerepekan untuk debat (3).
sebab tidak ingat secara overall apa yang berlaku.
dan kerana semangat untuk menulis post debat (4) yang mungkin lebih menarik -bagi saya-

Hari Kedua (25 April 2o09)

Pagi2 selepas sarapan, ada bengkel debat..
Bengkel debat ini adik2 kontijen yang dengar. Saya keluar berlari ke tempat debat English untuk bawa logo sekolah dan pin kerana ada blazer pendebat yang belum berjahit logo sekolah.
Bagus kan? Buat kerja saat2 akhir (nada sinis)

Straight t0 the point.
Ok.Format debat tahun 2009 berlainan sikit.
Tahun ini ada beberapa perubahan.

2007 dan 2008 (tahun sebelumnya)
+Ada 7 pusingan debat yang wajib dilalui oleh semua pasukan
+Pasukan top 24 selepas pusingan wajib akan mara ke pusingan menang mara
+Top 8 akan terus melangkah ke octo final
+Manakala top 9-top 24 perlu melalui pusingan double octo final dahulu

2009
+Ada 6 pusingan debat yang wajib dilalui oleh semua pasukan
+Pasukan top 32 selepas pusingan wajib akan mara ke pusingan menang mara
+Kesemua top 32 perlu melalui pusingan double octo final.yeah! adil!

Selepas solat Zohor akan bermulalah perjuangan para pendebat seluruh Malaysia yang menyertai debat UIA 20o9.

Pusingan pertama bermula..
Tema usul : Politik

Gulp! 0_o
MCKK dan MTD?? Ada apa dengan sekolah ini?
Dalam dunia perdebatan, kedua-dua sekolah ini dikira gergasi debat
Mengimbau kenangan tahun 2007 ketika saya satu team dengan Muhammad,Talhah dan Daeng Saifullah..ya! kami dapat kalahkan kedua pasukan ini.
Namun, itu tidak bererti bahawa kami akan menang juga sekiranya tidak berwaspada.
Agak terkesima bila perlawanan pertama sahaja perlu menentang mereka
Sewaktu ini, ramai ibu bapa pendebat datang..
Family Ili Syazwani, Ilham Nasharuddin, anas Kamarul Baharin
Ada juga penyokong yang sudi datang.
Happy ^_^

oh.Ya~
Daeng Saifullah a.k.a ustaz juga sampai laa juga waktu ini dari kolej beliau.
Abang Auzan juga datang.


Saya menyaksikan pasukan SMIH A..melawan gergasi debat sekolah, MCKK.
Ustazah Hawanis ulang alik antara sidang SMIH A dan SMIH B
Alhamdulillah..inilah keputusannya

SMIH A vs MCKK
keputusan: MENANG

SMIH B vs MTD
keputusan: MENANG


Selepas makan dan solat Asar..
Pusingan kedua pula menyusul..
Saya mengambil keputusan untuk melihat sidang SMIH B
Sebab lawan mereka..SMAP Labu! Saya kalah dengan mereka tahun lepas
Mogahan tahun ini junior2 dapat tebus =)

H0ho..saya agak berdebar sewaktu sidang SMIH B vs SMAP Labu sebab mereka ada peny0kong yang ramai.SMIH pula cuma ada saya dan Zubayr Aizaini (reserve SMIH B). Apa lagi..saya cepat2 SMS ustazah hawanis minta datang ke sidang SMIH B.Ustazah Hawanis pun datanglah 10 minit kemudian bersama dengan ustazah Juhanita.

wokeh~
keputusannya

SMAP Labu vs SMIH B
keputusan: SMIH B menang

MRSM Taiping B vs SMIH A
keputusan: SMIH A menang

Malamnya pula ada perlawanan yang ke-3
Ok.sepatutnya saya menyaksikan perlawanan junior bergilir..mula2 SMIH A,kemudian SMIH B..dan sepatutnya SMIH A..tetapi,disebabkan ada hal yang tidak b0leh dielakkan. Saya bersama dengan ustazah hawanis menyaksikan perlawanan SMIH B sekali lagi dimana mereka menentang MRSM Kuching.

Woh00~ MRSM Kuching semangat mereka memang kuat.Malam-malam masik aktif! tabik!
Saya hanya menyaksikan suku perdebatan sahaja kerana ada hal bersama dengan ustazah hawanis.

keputusan bagi perlawanan ke-3
SMIH A menang dengan SMK Jitra A
SMIH B menang dengan MRSM Kuching

alhamdulillah~
untuk perlawanan hari ini.
SMIH A dan SMIH B memenangi tiga-tiga perlawanan.

Hari Ketiga (26 April 2o09)


Saya tidak berapa ingat apa yang berlaku untuk tempoh 3 perlawanan ini.Tetapi ada beberapa kenangan yang saya tidak mungkin lupakan

Match ke-4

Saya menyaksikan SMIH A vs Sek Seri Putri B
saingan sengit~
Manakala SMIH B vs KISAS A
saya tidak tengok.Namun daeng saifullah kata, ini perlawanan paling best untuk SMIH B.

Hmm.untuk SMIH B saya sempat dengar pengumuman keputusan sahaja.
Saya tidak ingat siapa jurinya,namun saya tertarik dengan kejujuran juri tersebut.Saya masih ingat..dia ada bercakap
"Sukar untuk saya buat keputusan ini.kerana seperti mana yang kalian maklum..KISAS merupakan satu sekolah yang namanya besar dalam dunia perdebatan. sekolah islam hidayah pula..ops,sorry..ini kali pertama saya mendengarnya..bla3..keputusannya,kemenangan saya berikan pada SMIH dengan margin 1"

okey,kepada warga KISAS..anda memang hebat! memang sukar untuk percaya SMIH menangkan? Ya.Saya tahu...apa je laa sekolah kami (humble nye~)
tidak terkenal.tidak hebat seperti sekolah anda.
Namun kami akan buktikan yang kami mampu ^_^.
(itu luahan hati ketika itu.sekarang dah ok!)
Saya tidak menyaksikan perlawanan tersebut..jadi saya tidak berani comment ^_^

keputusannya?
SMIH A kalah dengan SSP B
SMIH B menang melawan KISAS A

Match ke-5
SMIH A vs SMS Sultan Abd Halim A
SMIH B vs Sek Agama Men Tinggi Tengku Ampuan Rahimah

Kali ini saya menyaksikan SMIH B pula.
Keputusannya?
Alhamdulillah~ 2-2 menang.

Match ke-6
Waktu ini yang saya ingat family Ili datang.
Lebih menarik? Mak Ili hadiahkan saya t0p up RM 30 ^_^
Mula2,saya menolak,namun Dr.Raha (Mak Ili) suruh ambik juga.
ngee~ saya pun ambillah..rezeki =)
Tq Dr.Raha

Match ke-6 saya menyaksikan SMIH A
dimana SMIH A vs SMS Selang0r
SMIH B vs Sek Seri Puteri A

Untuk 5 pusingan sebelum ini.
SMIH A telah menang 4,kalah 1
SMIH B pula menang 5

Akhirnya..

SMIH A menang
SMIH B kalah dengan margin 8
woh00~ dahsyatnye..saya tidak berani k0men sebab saya tidak tengok.Namun,saya menenangkan pendebat-pendebat agar sabar dan bergembira ^_^
Sebab apa2 hal pun, SMIH A dan SMIH B dengan rasminya menang 5,kalah 1. Dan secara logiknya,mereka bakal ke pusingan kalah-mati es0k.

em.apa ye yang berlaku selepas ini?
em.em.em
ada sesiapa yang nak bantu untuk mengingatkan apa yang terjadi?
yang saya ingat..uh,tak ingat.

tetapi kesimpulan yang saya dapat daripada sikap depikir club di debat UIA ialah:-
+ apabila menang sesuatu perlawanan,bersyukur..kalau sempat,buat sujud syukur

+letakkan pergantungan yang tinggi pada Allah ^_^! wajib..doa sebelum memulakan perdebatan
"Ya Allah,sekiranya kemenangan ini adalah hak kami,maka Engkau berikanlah kepada kami.Namun sekiranya kemenangan ini bukan hak kami..maka Engkau redhakanlah hati kami dengan ketentuan-Mu"
Terima kasih Zubayr (reserve SMIH B,ketua pelajar 2008/2009) kerana kehadiran anda mengubah sedikit sebanyak matlamat yang sebenar depikir club.


+fokus pada apa yang ditarget! tidak membuang masa. Masa lapang diisi dengan buat research,berbincang,membaca al-Qur'an/al-Mathurat dan mungkin juga TIDUR??

+sentiasa betulkan kesilapan dan improve kannya untuk setiap match.

+menunjukkan akhlak yang hasanah (baik).Walaupun ada sekolah yang pertikaikan kemenangan junior2ku,namun mereka bersabar.

+ rasa kebersamaan itu tetap ada.tidak kira debat BM atau BI.kami sentiasa update perkembangan antara 1 sama lain.Saiful Islam atau Jannah bagi pihak BI akan memberitahu perkembangan mereka kepada saya..begitu juga sebaliknya.Bagi memastikan momentum pendebat kedua-dua bahasa cemerlang.Yelaa~ selama ini asik English je yang hebat.BM pun nak hebat juga =)

wokeh~
nantikan post debat (4) sekiranya sudi ..
saya suka dengan post $)
kerana apa?
nantikan...

Selasa, 28 Julai 2009

DEBAT (2)

“InsyaAllah, kalau antum dapat mara ke double octo..( x habis cakap lagi)” saya cuba untuk berkata
“Kak Wani, apa pula kalau..kita memang akan mara ke double octolaa..”jawab salah seorang junior saya.
Speechless..
tidak sangka mereka memang hammasah(semangat) dan mempunyai misi dan visi tersendiri.

Tahun 2o09 saya telah mendapat title baru,jika sebelum ini pergi ke pertandingan debat sebagai "PENDEBAT" Bahasa Melayu namun tahun ini sebagai "GURU PENGIRING" Bahasa Melayu
(tq kepada pihak sekolah yang memberi kepercayaan)
Tahun ini,amanah besar teralas di pundak kerana tahun lepas kami (pendebat2 Bahasa melayu) mendapat TOP 60. Adakah kami mampu menaikkan kembali ranking ini??
setelah hampir 4 bulan berlatih tanpa mengenal erti lelah.dengan pelbagai ujian yang datang.kini pergantungan pada Allah adalah yang terbaik.


pertandingan:
8th IIUM Interscho0l Debating Championship
tarikh:
24-29 April 2o09

tempat:
Uni Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Gombak,Malaysia


Alhamdulillah..

Hari pertama


Kami bertolak sekitar 12.45 tengah hari selepas melakukan solat sunat hajat 2 rakaat secara berjemaah dan solat sunat musafir
Juga selepas menempuh cabaran menyusun barang-barang yang begitu banyak ke dalam 4 buah bonet kenderaan (4 kederaan =22 orang, barang untuk 6 hari.ngee~padat macam tin sardin)
Terima kasih kepada ustazah norizah yang kreatif membantu kami menyusun barang yang menggunung di bonet kenderaan.

Setibanya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kami diuji dengan ujian yang tidak pernah kami terima sebelum ini.
Walaupun sampai di UIA pada pukul 6 petang, habis mendaftarkan diri sekitar 6.45 petang..namun masalah penginapan yang benar2 menguji kesabaran dan tenaga.

Membawa beg yang beratnya hanya Allah yang tahu termasuk barang-barang debat ditambah lagi dengan jarak office untuk mengambil kunci bilik dengan blok penginapan umpama dari car park belakang sekolah sehingga bangunan tingkat 3 yang paling atas sekolah menengah.
sabar, sabar dan sabar..berulang-alik sehingga 4 kali..bertukar-tukar kunci lantaran penginapan yang ada macam2 cerita
Kami terpaksa berkongsi 1 bilik pada mulanya bagi bersiap untuk menghadiri dinner.Alhamdulillah,kami sempat menghadiri dinner namun dalam keadaan yang memenatkan.



Selepas dinner, pendebat2 English sudah ada bilik penginapan.
Pendebat2 BM+ustazah kamaliah+saya..bawa turun semula beg mereka..berpindah dari mahallah asiah ke mahallah maryam. (kalau jalan kaki..agak jauh)
Beg berat, penat sudah tidak terkata, ngantuk yang teramat..beg dari tingkat 3 (bilik penginapan pendebat English), dibawa turun ke bawah..berjalan jauhnya seperti yang saya katakana seumpama dari bangunan 3 tingkat sek men sehingga car park belakang sekolah(dalam 700 meter)..


Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam..
Salah seorang debater sudah menitiskan air mata.
Namun Ustazah Kamaliah menenangkan kami..saya diam seribu bahasa, semoga Allah mengganjari nilai kesabaran kami..
Kerana bukan kami sahaja yang diuji, ada sebuah sekolah lagi seperti kami.
Secar tiba-tiba,Liyana bersuara
“Inna ma’al ‘usri …..”
“Yusraa” yang lain menyahut
Sungguh terharu, tidak sangka dalam keadaan genting sebegini..penat yang tidak terkata..meraka masih mampu menghiburkan hati2 teman dengan janji Allah
“Disebalik kesulitan pasti ada kemudahan”itulah maksud janji Allah dalam surah yang dibaca

Setibanya di mahallah maryam,saya bergegas ke pondok yang ada pihak committee..
Alhamdulillah..sangat lancar..dalam masa 5 minit sahaja (kurang rasanya)
Di tangan saya ada 2 kunci..cepat2 mengambil 6 sarung bantal dan 6 cadar dan 6 bantal..hantar dalam kereta..minta adik2 pegang sebentar
Saya bergegas ke tingkat 3..membuka bilik..
Ya Allah, tempat yang selesa Allah kurniakan..1 bilik ada 4 katil.
2 bilik?? alhamdulillah..8 katil
Tidak perlu berkongsi dengan sekolah lain..mudah untuk membuat halaqah (perbincangan) dan research.
Hikmahnya nilai kesabaran
Akhirnya, masing2 sudah penat..kaki kepenatan..terlelap
.



Nantikan sambungannya.
dalam pr0ses meng'edit" ^_^

POST DEBAT SUDAH BERMULA (1)

"...dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana." [3:126]

Saya ingin melengkapkan amanah saya.
Harapan dan permintaan insan-insan yang ingin saya menceritakan tentang D.E.B.A.T
selagimana tidak complete cerita tentang debat UIA 2o09 dan debat MUSLEH 2o09
saya tidak akan buka topik baru melainkan tazkirah sahaja ^_^
Sudah ada mo0d dan hati untuk menulis, saya akan tulis.

amanah tetap A.M.A.N.A.H !


pesanan 1:
diharapkan bersabar bagi membaca post tentang debat.
tidka mahu baca pun tidak mengapa.
namun rugi anda sekiranya ada ibrah (pengajaran) dalam cerita debat ini, namun anda tidak mahu ambil tahu.

-------------------------------------------------------------------------------



i still remember every morning before we start debating, we will read the quran and having some tazkirah from me LOLn i almost cry like baby during the dinner when the song titled "HANYA DI MERCU" was sang.i cant put into words how much i really love my teamates so much. alhamdulilah ALLAH Maha Adil and by winning until quarter, you guys will until the UIA db8 next year --pendebat di salah sebuah sekolah di Joh0r (tapi bukan sekolah Islam Hidayah)

kenapa saya suka berk0ngsi cerita debat 2o09 kepada kamu.anda.mereka.kalian?
bukan niat riya'.bukan niat bangga. tiada niat-niat yang negatif pun.
hakikatnya saya tidak mahu cerita kerana biar menjadi kenangan terindah saya.
saya mahukan kalian rasa apa yang saya rasa.betapa kemenangan yang hakiki itu hanyalah daripada Allah SWT.
walaupun anda seorang yang tidak berpengalaman, namun dengan usaha..strategik dan pergantungan yang tinggi pada Allah..maka Kejayaan pasti menjadi hak milik anda ^_^
dalam sejarah Islam pun ketika peperangan pertama dalam ISLAM,peperangan Badar..
jumlah umat Islam serama 313 mampu menewaskan tentera kafir seramai 1o0o orang.
sedangkan umat Islam tidak berpengalaman!
bukan saya menyatakan sekolah2 yang melawan SMIH itu n0n-muslim.bukan!!
namun bagaimana pergantungan kita pada Allah.akhlak kita.itu yang menambahkan lagi rasa umphh pada kejayaan.

setiap kali mana2 pendebat daripada mana2 sek0lah menyoal saya tentang rahsia kejayaan.
saya terangkan pada mereka..mana2 pendebat satu dunia akan usaha kuat.namun apa yang membezakan?
1.akhlak yang baik
2.pergantungan yang tinggi kepada Allah
seperti itulah yang saya cuma bimbing pendebat2 di salah sebuah di Johor.Saya fahamkan mereka.ALhamdulillah~ walaupun mereka tidak bergelar JUARA..namun AKHLAK dan peningkatan mereka sangat memberangsangkan.

mereka sudah rasa.anda??
terimalah coretan khas daripada saya tentang perjalanan debat SM Islam Hidayah daripada sudut pandangan seorang yang membimbing dan menjaga debaters tahun ini.
agar ibrah(pengajaran) anda dapat.
kerana inilah tujuan depikir club (debate club SMIH) ditubuhkan untuk menyebarkan haruman akhlak dan pemikiran ISLAM ^_^

Ya Allah, sampaikanlah kepada mereka apa yang sebenarnya yang ingin aku sampaikan. Buangkan sifat2 yang menghalang pengajaran daripada ilmuku ini.ameen~

9.57 pagi
Johor Bahru,Johor
Noor Shazwani binti Md Nasir
Debater (BM) SM Islam Hidayah,Johor 2006-2008

DEDIKASI KHAS BUAT SAHABAT.TEMAN


Bismillah

Assalamualaikum wmt wbt
Selamat pagi!Siang!Petang! Malam ^_^
Alhamdulillah~ kita masih lagi diberi peluang hidup di atas muka bumi Allah ini.

mo0d: bila memikirkan lagi 2 bulan lagi di Malaysia.asik nak menyatakan penghargaan pada orang aje.kenapa ye?rasa nak jumpa semua orang yang dikenali.

Sekadar berkongsi sesuatu untuk menyatakan tentang sahabat.
Dedikasi ini ditujukan buat mereka yang pernah menjadi sahabat.teman.kawan ku tidak kira warga Xgen,kakak2 senior,adik2 junior,familydebatku ^_^.sesiapa sahajalaa

tetapi

khususnya buat:-
1) Norfadzilah Zainal
2) Nadhirah Mohd Khairudin
Terima kasih kerana menjadi teman setia dan memahami situasi diri.Menegur diri ini dikala kealpaan dan menyokong diri bila memerlukan bantuan.Salinkan homework bila saya pergi latihan debat.Buat sama-sama jambatan masa pertandingan di UTM Ogos 20o7.Bertanyakan prestasi akademik dan diri saya saban waktu. Saya rindu akan sikap kalian berdua yang tenang dan sabar.Sama tarikh lahir pulak tue ^_^
3) Kak Fiza
Thanks al0t ^_^ sebab sudi beri nasihat dalam mencapai cita-cita. Share cerita sama-sama walaupun baru je jumpa April 2009 (hanya pendebat memahami pendebat..time tuelah).Susah nak dapat kawan yang hadir tatkala kesusahan =) Bina semangat keyakinan diri.Cepat-cepat call bila saya rasa down.Angkat handphone,balas SMS..hehe~
Saya hargai pengalaman akak.Saya hargai sangat2.
4) Kak Wan Khairunnisa' dan Khadijah Husni
Terima kasih kerana memberi saya SMS yang menguatkan diri saya..tautan ukhwah adakalanya tidak memerlukan perjumpaan sebagai pertemuankan? Terima kasih kerana concern tentang saya walaupun kalian berdua berada di Egypt.Oh.Ya, terima kasih kerana sentiasa mengingatkan hati saya bila terlalai =) dan menguatkan hati saya dengan janji-janji Allah
5) nie memang special. Family debatku!!! semua sekalilaa ;) nak tulis nama ramai
kalian semua memang bijak simpan rahsiakan?
terutama adik2 didikku yang sangat memahami jiwaku (ceh!)
ili.liyana.nadiyah.raihana.ilham.hanif.anas.najat
kalian insan2 yang paling sukar dilupakan..kerana faham apa yang akak nak sampaikan dan bekerjasama menaikkan ranking BM yang jatuh menjunam tahun lepas kepada JUARA debat UIA 2o09! dengan cabaran yang mencabar sangat.susah nak cari pengganti diri kalian (T_T)..bimbing junior antum baik2 eh ^_^

6) my future h0usemate di EGypt nanti!!!!!!!!
Farawala.Farihah.Hani.Lubaina.Ain.Huda
susah senang..kita bersama ye!
kalau tergaduh,tersalah faham..buat-buat tak tahu je.
target 5.5 years dah HABIS..MUMTAZ always~ ameen..
6) dia.mereka
terima kasih ye ^_^


p.s: jangan terkilan sekiranya nama anda tiada.anda juga saya hargai.namun orang di atas ini ada special case ^_^. kawan di kala kesedihan pasti akan lebih diingati,kan? sekarang mungkin nama anda tidak tercatat...tidka mustahil pada masa akan datangkan..mungkin juga kerana saya bukan sahabat yang baik..sehingga anda saya lupakan. siapakah 'anda'? orang2 yang terkilan kerana namanya tiada =)

---------------------------------------------------------------------------

terimalah coretan di bawah ini
saya ambil daripada buku Tarbiatuna keluaran Pembimbing Rakan Sebaya di bekas sekolah saya,Sekolah Menengah silam Hidayah.Tarbiatuna edisi ke-2 :-



Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu jugalah dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu,terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk meceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?




Ikhlaskah
kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila rasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.








Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.



Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.



apa2pun yang berlaku,

teman.sahabat.kawan kita yang hakiki adalah ALLAH

kerana DIA yang lebih memahami jiwa kita..cuma kita sahaja tidak sedar,kan? ^_^

DIA berikan ujian supaya kita menjadi kuat.

Seperti semasa kita belajar untuk berjalan..selalu jatuh jugakan mula-mula.

Dalam apa jua keadaan, kita pasti akan meminta pertolongan daripada Allah sepertimana firman Allah


kepada Engkaulah (Allah) kami sembah dan kepada Engkau (Allah) jualah kami memohon pertolongan.(Al-Fatihah:5)


Allah tidak pernah berjanji untuk memberikan apa yang kita minta.Namun dia berikan apa yang sebenarnya kita perlukan =)




7.57 pagi

Johor Bahru,Johor

Isnin, 27 Julai 2009

BERTAMBAH NIKMAT..ADAKAH BERTAMBAH KESYUKURAN JUGA ?


Dengan Nama ALlah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang (Al-Fatihah:1)


Kenangan dididik di Sekolah Rendah Islam Hidayah selama 6 tahun dan di Sekolah Menengah Islam Hidayah selama 5 tahun menggamit kenangan.
Bumi Hidayah yang indah.Di dalamnya tersirat 1001 kenangan yang sukar diluah oleh kata-kata.


Untungnya sekolah di sini? macam2 ;)
Kami bukan sekadar diajar A untuk Ayam, tetapi juga Allah ^_^
Malahan,satu benda yang UNIK..kami dididik untuk melihat dunia daripada kacamata yang lain dimana tidak semua yang dapat.
Sebab itu,kadang-kala ada kawan-kawan di luar pelik..mengapa kami berbicara tentang
isu umat Palestin?
isu tarbiyah (didikan)?
isu umat Islam sejagat?
isu khilafah Islam?
kerana..kami dididik dan diajar untuk melihat sesuatu benda daripada pelbagai aspek.
Aspek yang paling penting..yang jarang ditemui ialah didikan jiwa,didikan ruh.
Kami diajar qiammulail,amalan-amalan sunat,Majlis Diskusi Pelajar a.k.a Usrah dan pelbagai..
Supaya tetap hammasah (semangat) dalam menjalani kehidupan di dunia fana ini.


Oh.Ya.
Gambar-gambar di bawah ini sekadar mengimbau kenangan memori.
Saya ketika ini dilantik menjadi AJK Pendaftaran dan Cenderamata.
Cerita di belakang tadbir?? hmm..
ingat saat tidak tidur satu malam kerana ingin menyiapkan beg kecil untuk tetamu di dataran ;)
bersama dengan kak nuha iffah,kak amalina,kak zulaiqa,kak khadijah,faizah (tak ingat lagi siapa.maaf)
saya pasti ingat saat ini.
dan pelbagai lagi kenangan lain.


pada awal 2o07,surau lama dirobohkan untuk membina kompleks tahfiz dan surau.
mahal jugalah nak bina.
untuk meringankan beban sekolah..maka Malam Galaksi Hidayah pun dibuat.
inilah antara kenangan-kenangannya ;)




MALAM GALAKSI HIDAYAH


pelajar cemerlang SPM 20o6, Nadiah Amirah yang dapat 18 A,1B (14 A1,4A2,1B3) turut hadir pada program Malam Galaksi Hidayah (MGH)
Ya.Tetamu nasyid kegemaran saya, Raihan, turut memeriahkan majlis.

Dihadapan pintu dewan.
Alhamdulillah~ tidak jangka sambutan sehangat ini ^_^
Gambar ini selepas program tamat.
Best3.


KETIKA PROSES PEMBINAAN KOMPLEKS TAHFIZ&SURAU



ngee~ gambar ikhwah batchku.
walaupun ketika itu suasana seperti tidak stabil,namun kami tetap happy.
bunyi bising itu kami anggap seperti nyanyian sahaja.

ini untuk tatapan generasi Hidayah.
kami generasi sebelumnya pernah rasa saat susah.
ketika surau dalam proses pembinaan,kami solat di dataran.
kalau hujan,pandai2lah..kalau panas,tahan2lah rasa panas.
bersyukurlah dengan kemudahan yang ada di sekolah sekarang.
usah jadi hamba yang kufur nikmat-Nya.

ha..ini dia kompleks surau&tahfiz ketika proses pembinaan.
Bahaya juga lalu di kawasan nie.



paling saya ingat!
kelas2 tingkatan 4 (my batch) kenalah merempat selama hampir 5 bulan di makmal-makmal yang ada di sekolah.
mengeluh? oh.tidak sama sekali.
sebab itu saya sayang batch saya. "Xgen bersama menggegar dunia!"
ingat lagi pesan ustazah norizah apabila kami tahu bahawa hanya 4 imtithal sahaja yang dapat duduk di bangunan baru.sedangkan kami,kelas2 tingkatan 4 yang selama ini bekorban tempat kelas hanya duduk di bangunan lama apabila bangunan telah siap..ustazah berkata, "sebab itu Allah mengajar kita sifat REDHA kan? ada sebab kenapa antum(kamu semua) tidak dapat duduk di bangunan baru"
ya.terbukti! semakin jauh kelas tingkatan 4,kami semakin rapat

inilah antara orang-orang yang merasai saat-saat yang perit namun manis pada tahun 2007.


kenangan manis lagi?
ketika solat,mestilah buka kasutkan? saya buka kasut di depan bilik guru.tinggalkan di situ.entah macam mana, sekali bila nak pakai..tertukar kasut dengan seseorang.orang itu siap buat pengumumant.em,last2 baru sedar sayalah orang yang tertukar kasut itu.agak malu.
minta kawan pulangkan kasut yang saya terambil dan ambilkan kasut saya.lalala~


kenangan..kenangan..
kita perlu memandang ke depan,
namun ada saatnya perlu menoleh ke belakang sebentar untuk mengambil ibrah (pengajaran).
persoalan yang berputar di minda saya.
adakah semakin bagus dan banyak kemudahan awam di sekolah,
akan semakin mendekatkan diri kita kepada Allah?
akan menambahkan kesyukuran?
atau..
akan semakin kufur kita pada nikmatnya?


hakikatnya..mana yang lebih baik..
kesusahan atau kesenangan?




hanya generasi terdahulu dan generasi terkini di Bumi Hidayah yang mampu menjawab.
dimana akhlak pasti menjadi SALAH SATU ukuran bagi menjawab persoalan ini ^_^.




4.33 pagi
Johor Bahru,Malaysia

CERITA SEORANG SAHABAT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wmt wbt

mo0d: terharu dengan ketelusan seorang teman.






suatu hari sahabat yang menjadi tempat anda meluahkan perasaan,berkongsi cerita menjauhkan diri daripada anda.anda keliru.dia tiba-tiba:-
-dia tidak lagi membantu anda
-dia tidak bertanya khabar anda
dalam masa yang sama anda perlu menggalas amanahnya yang ditinggalkan.

apakah perasaan anda?
-ya.pasti terkilan namun anda buat2 tersenyum
-ya.anda pasti akan rasa sakit hati
-ya.anda pasti akan buktikan yang anda mampu hidup tanpa sahabat anda itu walaupun hakikatnya anda terseksa kerana tiada tempat meluahkan rasa.
Anda hanya sekadar membaca coretan2 yang pernah diberikannya dan mengimbau kenangan anda bersamanya

lalu anda mengambil tindakan menjauhkan diri daripada dia.
anda tidak mapu membencinya namun anda buat-buat benci.
kerana anda tahu,sahabat itu banyak membantu anda saat anda lemah dahulunya

namun.
anda langsung tidak pernah dari mulut dia,mengapa dia tiba2 hendak menjauhkan diri daripada anda.

tiba satu saat,semua rahsia terbongkar.

rupanya dia buat demi kebaikan anda.
-untuk menjaga maruah anda.
-untuk menjaga diri anda daripada terus diperlekehkan orang.
-untuk mengelakkan anda tertekan kerana dia sering membuat masalah

apa perasaan anda ketika itu.bilamana anda tahu sahabat anda itu buat ini demi kebaikan anda.sedangkan ketika dia menjauhkan diri daripada anda?

-anda pasti terharu,bukan?
-and apasti rasa sebak,bukan?

jika and atidak rasa seperti di atas.tidak mengapa.
Namun..
begitulah apa yang saya rasa sekarang..terharu,sebak dan bahagia ;)

terima kasih buat si dia.saya berbahagia,saya bergembira menjadi rakan awak ^_^!
terima kasih Allah kerana memberikan saya sahabat yang baik.

Perlu diingat.
Serendah-rendah tahap dalam ukhwah ialah BERSANGKA BAIK
manalakala yang paling tinggi ialah ITHAR (mementingkan orang lain berbanding diri sendiri)
sekiranya,tahp paling rendah pun sukar dikecapi..apalagi yang tinggi.
peringatan buat saya.awak.kamu.dia.mereka.kalian ;)

-cerita sebenar yang cuba disembunyikan rahsianya-

1.55pagi
Johor Bahru,Johor

Ahad, 26 Julai 2009

GAMBAR DEBAT DI PENDRIVE MERAHKU MENGGAMIT KENANGAN~


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang (Al-Fatihah:1)

"Ya Allah,moga lahir pendebat dari sekolah menengah islam hidayah,johor ini mampu menerbarkan haruman akhlak ISLAM dan lahirnya tokoh-tokoh ISLAM seperti Ahmad Deedat yang mampu berhujah tentang agama..dan Dr.Asri Zainal Abidin yang tangkas dan berani berfatwa"
beginilah detik hati saya tiap kali melatih junior-junior debatku.
adakalanya saya memang rasa d0wn ketika bimbing mereka.
namun,agama memerlukan mereka.agama memerlukan pelapis yang hebat berfikir.
kerana itu saya kuatkan diri dalam bimbing junior-junior saya.
ops~ bukan setakat saya..malahan senior-senior saya juga termasuk guru2 ^_^

ngee~
pen drive merahku TERhampir hilang.
alhamdulillah jumpa kembali.
seperti biasa, kalau sudah jumpa..
cucuk pen drive di lapt0p kak nana-->scan,mana tahu ad virus-->teng0k gambar dan artikel2 ketika zaman muda di sekolah

berikut adalah antara gambar-gambar yang menggamit mem0ri silamku.
membuatkan saya tersengih.tersenyum.terhiba kerana rindukan kenangan itu.
dulu-dulu masa masuk debat..seksa nak jadi great debater!
tetapi,kesannya..hanya anda.kamu.kita yang masuk debat sahaja yang tahukan? ^_^
bak kata pengetuaku di sek men islam hidayah.
"sekali kamu seorang pendebat,kamu pendebat selamanya"
ya.terbukti!
ex-debaters sekolah saya semua turun untuk train junior-juniornya.termasuk saya! (ceh,nak jugak tu)
kalau tidak dapat bimbing junior-junior,kami akan ke tournament nye~
cukup bebelan~ kita cuci mata sebentar.

my bel0ved team 2o07
mananya tak sayang pada abang2 yang agak 'baik' ini.
ada yang ketua pelajar,ketua pengawas,ketua pembimbing rakan sebaya,ketua asrama.
mereka memang sibuk.lebih sibuk daripada PM Malaysia ;)
tapi, result SPM mereka gempak2 tue.
nak tahu siapa? saya tidak mahu kenalkan.
kerana mereka mahal untuk diperkenalkan. (kedekut!)




yeah~ team hebat Bahasa Melayu&English 2o08!
cerita suka.duka.tawa.nangis.bergaduh.tikam lidah.salah faham.
biar kita-kita sahaja yang mengerti dan tahu.
biar Dia yang mendidik jiwa.
apa yang saya belajar ketika duduk bersama debate club?
banyak-banyak..biar saya listkan beberapa:-
+saya belajar untuk ikhlas dalam setiap pekerjaan
+saya belajar untuk redha menerima sebarang keputusan
+saya belajar untuk tabah hadapi sebarang perkara mendatang
+saya belajar untuk berfikir dengan pantas
+saya belajar untuk tahu isu semasa (umat ISLAM kena tahu isu semasa!)
+saya belajar cara bergerak dalam kumpulan
+saya belajar untuk bersaing menjadi yang terbaik (banyak saingan...)
+saya belajar untuk menjadi leader yang baik (saya pernah gagal jadi leader yang baik)
+saya belajar untuk jadi adik didik yang baik (saya nakal.suka cari pasal dengan sifu sendiri)
+saya belajar untuk tidak berputus asa
(sifu a.k.a ustaz kata rasa putus asa dalam debat kerana penat nak impr0vekan diri adalah satu temb0k yang kita kena lepas.then,kita akan rasa enj0y dengan debat!)
+saya belajar untuk susun masa belajar dengan ko-kurikulum
+saya belajar untuk bersosial
+saya belajar untuk mengenal erti kehidupan
+saya belajar untuk menerima sebarang kritikan dan balas dengan senyuman paling manis biarpun rasa pahit
+matlamat utama kami dalam debate club bukan untuk menang semata-mata. Namun kami rasa bangga apabila dapat mengangkat nama ISLAM sepertimana yang tercatat di nama rasmi sekolah kami sekolah menengah islam hidayah dan menunjukkan akhlak yang soleh dan musleh
+banyak lagi laa...
dimana kesemua ini menjadikan saya
seorang insan BERJIWA BESAR!
tak percaya? nak rasa?
j0inlaa debat ^_^
gambar debat 2o09?
nanti2 jelaa..
junior-juniorku masih tidak beri lagi padaku.
oh.ya..ini bl0g family debatku
jemput singgah~
~selingan pen driveku~
3.40 am
Johor Bahru,Malaysia
pesanan 1:
dah kurang rasa rindu pada debat dah.
post ini hanya selingan yang menggamit memori.
namun saya tetap rindu akan kenangan ini.
pesanan 2:
saya mahu bimbing juni0r2 debat, boleh lagi tak? agaknya bila ye ;)









IZINKAN HATI AKU TUMPU PADA-MU

Bismillah
Dengan Nama Allah

Assalamualaikum wmt wbt

Saya adalah manusia biasa
Berusaha untuk mejadi diri saya walaupun dunia kini penuh cabaran.
Saya berusaha untuk menjadi diri saya mengikut rentak masyarakat semasa yang mememerlukan saya bergaul dengan mereka, bukan sekadar berdiam diri.


Sedang berjalan-jalan di alam maya.
Saya terhenti di satu lama yang memaparkah sepotong hadis
Saya benar-benar tersentak.
Saya terkedu




Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita (Bukhari)

+ adakah saya.awak.kamu.mereka.kalian pernah menjadi fitnah kepada lelaki.
+ jika YA.mengapa saya.awak.kamu.mereka.kalian melakukan sedemikian rupa? Apa yang saya.awak.kamu.mereka.kalian inginkan daripada seorg lelaki



Tidakkah jiwa saya.awak.kamu.mereka.kalian sudah penat untuk melayan jiwa yang melihat dunia semata-mata?
Tidakkah jiwa saya.awak.kamu.mereka.kalian sudah penat untuk cemburu,sakit hati,ambil hati,kecil hati dengan perkara yang remeh temeh?

Kini..
Izinkanlah jiwa saya.awak.kamu.mereka.kalian untuk menghadap Tuhan Sekalian Alam sepenuhnya.
Sudah cukuplah hati kita kotor.
Sudah tiba masanya untuk dibersihkan.
Dengarkanlah bisikan hati itu yan memerlukan ketenangan

Sekiranya saya.awak.kamu.mereka.kalian berasa enjoy dengan apa yang dilakukan sekarang..
Adakah benar2 saya.awak.kamu.mereka.kalian berasa tenang?

Sedangkah pencipta hati ini,Allah SWT telah mencoretkan dalam warkah cinta-Nya,Al-Qur'an..
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2).





12.12 malam
Johor Bahru,Malaysia


Sabtu, 25 Julai 2009

MARWA EL-SHERBINI.MEMBUKA MATAKU DENGAN PERSOALAN PRINSIP AGAMA!


Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang (Al-Fatihah:1)

Assalamualaikum wmt wbt


Kerana itu,hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat (orang-orang mukmin yang mengutamakan kehidupan akhirat atas kehidupan dunia ini)
berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar. (An-Nisa' :74)




Beberapa minggu yang lepas.
Saya menyela akhbat Harian Metr0.
Tiba-tiba,tangan saya terberhenti pada satu berita:-
Kisah Marwa El-Sherbini benar-benar menyentak jiwa
kerana mempertahankan perintah ALlah agar menutup aurat sepertimana yang termaktub di dalam al-Qur'an, surah an-nuur ayat 31 yang bermaksud:-
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
dia telah diperlakukan kejam sedemikian rupa.

+Marwa Al-Sherbini
+seorang ibu yang punya seorang anak
+sedang mengandung tiga bulan
+mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.






+Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya.

- jari yang luka akibat terhiris dengan pisau ketika memotong pun pedih~ apalah rasanya Marwa yang ditikam 18 kali??


KISAHNYA..
Marwa, 32 tahun tinggal berjiran dengan Alex W, seorang immigran Russia berketurunan Jerman yang sangat membenci Islam. Pada Ogos setahun lalu, Marwa memfailkan saman terhadapnya lantaran kebiadapannya mencerca Marwa Terrorist gara-gara dia memakai hijab. Malah, Alex pernah mencuba beberapa kali untuk menanggalkan tudung yang dipakai Marwa. Rentetan itu, Alex telah diputuskan bersalah dan didenda 780 Euro


Di pagi 1 Julai itu, Alex mengemukakan rayuan terhadap kesnya.Ruang sidang mahamah yang kecil itu hanya dihadiri oleh beberapa orang bahkan tiada polis yang bertugas di sekitar ruangan kerana kes ini bukan kes besar, hanya sebuah sebutan semula kes pengaduan Marwa terhadap penghinaan yang diterimanya. Polis yang membawa masuk Alex ke ruang sidang terus keluar selepas itu.
Tatkala giliran Marwa memberikan kesaksian terhadap penghinaan dan gangguan Alex kepadanya, tiba-tiba lelaki itu bangun berlari ke arah Marwa lantas membenamkan pisau ke tubuhnya sambil berteriak 'Kamu tidak layak untuk hidup'. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali, tetapi 18 kali! 18 tikaman selama 8 minit tanpa interupsi di sebuah mahkamah, tempat mendapat keadilan menurut undang-undang manusia bertamadun di sebuah negara maju! Ya Allah...Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .



Berita ini mengambil masa 2 hari sebelum ianya dipaparkan di dada akhbar tempatan. Itupun tajuknya yang tidak menggambarkan perkara pokok yang menjadi isu, 'pergaduhan bermain buaian' atau 'mahkamah perlu dipertingkatkan keselamatan'. Kerajaan German pula mengambil masa 10 hari untuk mengeluarkan penyataan maaf kepada keluarga mangsa.
saya sedih.
kerana saya ulas isu ini lambat sedangkan saya tahu.
saya kecewa.
kerana kisah Marwa ini tidak dihebahkan.Sedangkan dia mempertahankan agamanya!
MICHAEL JACKSON vs MARWA EL-SHERBINI
mana satukah yang benar2 memberikan ibrah (pengajaran) kepada anda?
kisah michael jackson tidak perlu saya ulas
kerana anda sendiri sudah tahu kematiannya yang diheb0hkan seluruh dunia~
melainkan jika anda seperti katak di bawah tempurung ^_^ (nada sinis)
5.54 pagi
johor bahru,johor
pesanan 1:
apakah sumbangan saya.awak. kepada agama?
pesanan 2:
apakah pengakhiran hiduplu di dunia? adakah dalam keadaan baik atau sebaiknya~
pesanan 3:

MARWA EL-SHERBINI VS MICHAEL JACKSON

Marwa El-Sherbini
vs
Michael Jackson

nantikan post seterusnya!
saya tertarik untuk mengulas tentang perkara ini

marwa..
seorang wanita yang syahid lantaran mempertahankan jilbabnya-agamanya

michael jackson..
seorang artis yang meninggal dunia dimana punca sebenarnya masih belum diketahui

antara dua
mana satu kisah yang anda tahu sepenuhnya..
mana satu kisah yang mampu menginsafkan anda..
mana satu kisah yang seharusnya anda jadikan sebagai motivasi..


pesanan 1:
sedih kerana media tidak banyak buat liputan tentang Marwa

pesanan 2:
seharusnya kita perlu membaca surat khabar setiap hari.

pesanan 3:
kalau media tidak mahu buat liputan, tidak mengapa..
ada bl0g! alhamdulillah~

SAYA REDHA ^_^


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang (Al-Fatihah:1)

Assalamualaikum wmt wbt
(tautlah ukhwah.sekencang dakwah.)

"ustazah, bila boleh rehlah (jalan-jalan) dengan adik2 debat.Kalau boleh ana nak sebelum ana fly 29 september nie." saya menyoal guru debatku.
"ada 3 cadangan tarikh..1&2 agos, (1 cadangan tepat2 selepas PMR),(1 cadangan lagi seminggu selepas PMR). tapi..kalau buat bulan ogos, tingkatan 3 dan 5 tak b0leh ikut.mereka nak tumpu pada PMR dan SPM" jawab beliau.
"owh..ok2,kalau gitu..buat oktober nanti je laa" (nada saya berubah ke arah sedih sedikit)
"ok je..nanti kita plan aktiviti ---------------------"
"hurm,kalau gitu..ana just buat kertas kerja dan draft aktiviti.Tarikhnya ana kosongkan.nanti ustazah tinggal isi tarih sahaja" saya akhiri perbualan.
(dengan pantas saya pun SMS ex-debater yang telah saya inform pada dia lebih awal tentang rehla ini.maafkan saya)

Rehlah ini bertujuan sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada pencapaian adik-adik debat saya yang memberangsangkan tahun ini
Dalam masa yang sama, saya ingin jumpa adik2 debat&ex-debaters buat kali terakhir
Namun, sekalipun saya memperjuangkan tarikh 1&2 ogos ini..maka adik2 tingkatan 3&5 tidak dapat ikut..sedangkan tujuannya untuk menghargai pengorbanan dan usaha mereka.
Maka,saya kini mendidik jiwa untuk bersikap ITHAR (mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri)
memang pahit, tetapi manis apabila melihat saudara seislam kita bergembira ^_^




Diwajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah:216)

Pernah anda rasakan perancangan yang anda impikan supaya terlaksana
akhirnya, terpaksa ditunda atau dibatalkan?
Saya pernah.banyak kali..
Namun, perancangan kali ini benar-benar menguji saya
Kerana perancangan ini saya buat buat mereka yang saya sayangi.amat sayang.
Dan saya sudah jauh daripada mereka ketika perancangan ini dilaksanakan
(moga2han,perancangan ini terlaksana oktober nanti! amen~)


Saya mahu bergembira bersama kalian
Saya mahu mencurahkan ilmu yang ada bersama kalian
Saya mahu menunjukkan rasa penghargaan saya kepada kalian
Namun,
Takdir dan perancangan Allah itu sebaiknya ;)
Saya terima dengan hati yang terbuka
Apakah gambar di atas? Ada apakah dengan gambar tersebut?
Nanti kalian akan tahu dan merasai pengalaman di tempat itu.


Kini saya akui
Debat UIA 2o09 dan debat MUSLEH 2o09 merupakan tempat terakhir saya membimbing adik2 debate club dan berjumpa seta berkongsi cerita dengan ex-debaters
Saya telah menghargai saat-saat itu
Maka saya tidak menyesal
Saya sempat berborak dengan mereka walaupun pada hari terakhir
Saya sempat bertanya khabar terkini mereka saat itu
Saya sempat membimbing ketiga-tiga bahasa (melayu,english,arab) walaupun sedikit


Biar jasad saya tiada di situ ketika kalian bersuka ria
Panggilan Allah untuk saya menuntut ilmu di Ardhul Kinanah, Mesir lebih utama ketika itu
Cukup kertas kerja dan perancangan sebagai tanda saya sayangkan kamu
Sebagai tanda saya ingin kalian menjadi insan yang hebat
Perancangan Allah itu lebih teliti


cukup.
saya redha dengan ketentuan ini.

6.57 petang
Johor Bahru,Johor

pesanan 1:
belajarlah untuk sabar dan redha dalam menerima takdirnya ^_^

pesanan 2:
kepada adik2 depikir club, saya sayang kalian
kepada ex-debaters depikir club,saya rindu kenangan bersama kalian
Namun DIA (Allah) lebih tahu yang terbaik =)

Jumaat, 24 Julai 2009

YA ALLAH,AJARI AKU UNTU MENGERTI UJIAN-MU


Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang (Al-Fatihah:1)


Assalamualaikum wmt wbt..







Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman. ( Al- 'Imran:139)

Begitulah titipan cinta daripada Rabbul 'Izzati..Tuhan sekalian Alam, Allah SWT. Kasih sayang-Nya..cinta-Nya pada hamba-Nya tidak bertepi. Malahan, Dia menjadikan ujian untuk hamba-Nya sebagai tanda cinta-Nya agar hamba-Nya ditingkat iman dan menjadi hamba yang berjiwa besar ;)

Adakalanya hati kita dicengkam pelbagai persoalan.
*Mengapa aku terseksa bila diuji?
*Mengapa mesti aku yang tercampak sorang2-sorang dalam masyarakat yang kurang akhlaknya?
*Mengapa mesti aku yang kena?
*Adakah Allah tidak sayangkan aku?



Allah SWT sentiasa memilih yang terbaik untuk diri kita. Adakah patut kita mendahului Allah SWT dalam setiap pilihan-Nya?
Kita berkata dalam hati, "Alangkah eloknya jika begini dan begini."

Adakah ita sebagai manusia itu mengetahui seperti mana Allah SWT Mengetahui? Yang sehelai daun gugur di serata bumi ini pun tidak akan gugur kecuali dengan pengetahuan-Nya? Alangkah naif manusia jika ia merasa dirinya lebih tahu apa yang terbaik buat dipilih.


Dan kunci-kunci smeua yang ghaib ada pada-Nya,tidak ada yang mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut.Tidak ad asehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering,yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata Lauh Mahfuz (Al-An'am:59)


Saya yakin,anda mampu berfikir secara matang dalam meghadapi ujian ;)
Usah terlalu menekan diri,
Hadapi ujian dnegan tenang dan sabar..usah lari daripada ujian tersebut.

Berd0alah:

"Ya Allah, ajari aku mengerti ujian-Mu ini"

kerana ada hikmah di sebalik ujian yang melanda. Hanya bila hikmahnya datang? Itu kita tidak tahu.

Wassalam.

pesanan:
peringatan buat diri yang alpa

7.48 pagi
Johor Bahru,Malaysia

"Ya Allah , di atas kesedihan ini hamba memuji-Mu, Engkau memberiku tujuh orang anak, lalu Engkau mengambilnya satu. Aku tidak menyesal, bukankah Engkau tinggalkan untukku enam orang lagi? Kaki dan tanganku semuanya empat dan Engkau hanya ambil satu saja daripada mereka. Bukankah ada tiga lagi yang sepatutnya aku syukuri? Kalau Engkau yang mengambil maka Engkau juga yang memberi. Kalau Engkau yang menurunkan bala, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan." (Saidina Urwah bin al-Zubair )

mampukah saya.kamu.mereka.kalian setabah pejuang Islam ini?

Ajari aku untuk mengerti ujianMu

Khamis, 23 Julai 2009

2 KEGEMBIRAAN DALAM 1 HARI

Assalamualaikum wmt wbt


Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad:7)

Pagi tadi (Khamis) ada reunion di SM Islam Hidayah secara kecil-kecilan oleh batch 1o ;)


kawan2 Xgen ku yang menuntut ilmu di tamhidi USIM,asasi UIA dan matrikulasi bercuti
sudah lama tidak bertemu sama mereka
(boleh tahan RINDU lagi)
sudah lama tidak hidup dalam suasana bi'ah (suasana) yang soleh wa musleh
(nie nak start sebak)
sudah lama tidka melihat syabab (pemuda) yang berdiri di depan kawan2 1 kuliah untuk memberikan tazkirah..mengingatkan diri pada ALlah, yang ada hanyalah pengumuman-pengumuman sahaja
(memang terus sebak.terharu)



ikhwah dan akhawat Xgen.Dimanakah harusku cari pengganti bagi diri mereka?
Halim sudah jadi ketua kelas
'Uzma pula penolong ketua kelas
MAjidah pun sama pemolong ketua kelas
(*kelas di tamhidi..besar jumlah penuntutnya)
Majidah rapat dengan Nadhirah MK kerana satu course
Kawan2 di KMJ antara ikhwah dan akhawat pernah berbincang sama2 membincangkan hal semasa agar mereka tidak tersasar
Sarah ada Jabir yang menemaninya di Perlis walaupun lain2 tempat menuntut ilmu
Rupa2nya, tamhidi USIM di NIlai dekat sahaja dengan asasi UIA di nilai. Siap selalu lalu depan UIA nilai setiap hari.Alahai~ dekatnya

saya tidak sanggup menceritakan secara overall cerita ^_^
Nanti saya sebak, awak.kamu.kalian sanggup nak pujuk ?
Saya R.I.N.D.U mereka
kawan-kawan sebatch saya, batch 10 SM Islam Hidayah
atau lebih dikenali sebagai Xgen!
mot0 kami:
Xgen bersama menggegar dunia
bl0g kamu:
http://dakwahcircle.blogspot.com (nak pr0mote juga!)


nak tahu kisah lawatan dan jejak kasih kami?
nantikan..biar kawanku,si Ow-nie menyiapkan artikelnya tentang lawatan kami ini ;)
saya masih terharu sangat10ox sampai headache-BI/suda'-BA/pening-BM dibuatnya lantaran rindukan kawan awi2 (sangat2) ^_~


-------------------------------------------- -------

OMG!
Saya ternganga..1o minit untuk menerima kenyataan berita tersebut
Saya hanya tahu dia berjaya dalam auditi0n debat BM
bila di pertandingan debat MUSLEH 2 minggu lepas, saya tahu dia berjaya masuk debat BI Uni Malaya
Namun, tidak tahu akan diserapkan sehingga peringkat antarabangsa.ALhamdulillah~
Ada hikmahnya dia masih di Malaysia.
Berita gembira untuk ahli keluarga depikir lagi ;)

http://www.hidayah.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=198&Itemid=1


ALUMNI SMIH CEMERLANG DI UM

((gambar rahsia.x boleh tunjuk.tengok dalam laman web SMIH sendiri.Coach BI ini mahal harganya.))


13 Julai 2009 (Isnin): Bekas pelajar Sekolah Islam Hidayah yang juga bekas pendebat Bahasa Inggeris SMIH telah dinobat sebagai best speaker dalam debat Bahasa Inggeris antara kolej mahasiswa Universiti Malaya.


Muhammad Saiful Islam bin Ahmadon (SPM 2007) telah mendaftar di Universiti Malaya untuk mengikuti kursusMathematic Actuary and Finance baru-baru ini.
Sebagai antara program minggu haluan siswa, pertandingan debat antara kolej mahasiswa telah dianjurkan. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Muhammad Saiful Islam telah mewakili Kolej Mahasiswa Ke 10 ke pertandingan debat Bahasa Inggeris antara kolej mahasiswa UM.
Di peringkat akhir, Kolej ke 10 telah menjadi johan dengan Muhammad Saiful Islam dinobatkan pendebat terbaik. Dengan pencapaian tersebut, beliau telah diserapkan ke dalam kumpulan pendebat UM untuk persiapan debat peringkat antarabangsa.
Walaupun telah meninggalkan SMIH, beliau masih aktif melatih pendebat-pendebat SMIH. Di samping itu, beliau juga turut dijemput untuk melatih pendebat-pendebat sekolah sekitar Kuala Lumpur.
Sebelum ini, seorang Alumni SMIH, Mohd Faiz bin Arshad, pernah cemerlang di arena perdebatan antara bangsa. Beliau yang mengikuti kursus Mass Com di UiTM Shah Alam telah mewakili UiTM dalam beberapa siri perdebatan Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa. Beberapa kejayaan cemerlang juga telah diperlolehi. Mohd Faiz telah lulus dari UiTM dan kini bekerja dengan Khazanah Holdings.


Muhammad Saiful Islam banyak membantu SMIH dan MUSLEH dalam arena perdebatan
.



Kenapa saya bangga?
Sebab..
Dia adalah c0ach yang terbaik pernah saya jumpa.(ala,coach BM saya pun sama.)
Dia merupakan ALUMNI SMIH (proud to be warga SMIH)
Saya yakin ada hikmahnya dia masih di Malaysia dan ALlah masih menyimpan hasratnya untuk menyambung bidang perubatan.
(ambil medic, mana sempat nak berdebat dah.)


maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya.Sungguh, DIa Maha Penerima Taubat (Al-Nasr :3)



Tahukah anda? (tidka mahu tahu pun,tidak mengapa)


Sekalipun saya yang menjaga depikir club (debate club) pada tahun ini. Namun saya tidak kuat pada mulanya untuk menjaga.Bayangkanlah daripada seorang debater kepada seorang coach (yang tidak bertauliah).
Orang cakaplah ribuan terima kasih kepada saya macam mana banyak sekalipun, namun saya percaya sekirnaya bukan kekuatan daripada Allah juga pertolongan daripada Saiful Islam serba sedikit..saya tidka tahu memacu debate club untuk ke arah kejayaan ;)
Alhamdulillah~ perjumpaan pertama dia turun.Malahan menolong debat Bahasa Melayu sekali (bahasa yang saya kena beri tumpuan lebih kerana saya pendebat Bahasa Melayu)
Dia membantu menjaga debat Bahasa Melayu sehingga saya rasa benar-benar kuat untuk menjaganya. Dalam 4 kali yang dia jaga (dalam catatan note bo0k debat saya)


Dia juga yang menasihati saya agar tidak berputus asa dalam mengejar cita-cita untuk mengambil bidang perubatan.Ada juga yang lain.Dia salah satunya.



Satu keistimewaan dia, dia sering mengingatkan junior2nya (sayalah yang selalu terkena.ya,saya memang nakal!) bahawa akhlak dan shahsiah itu penting. Dan dia memberi kami 1 f0rmula dimana apa2 hal sekalipun, dia akan mengingatkan perkara ini.Dan formula dia sentiasa saya ingat:-


IBADAH= niat kerana ALlah+mengikut syariat ISlam


Dia juga menjadi tempat guru debatku meluahkan masalah tentang *************(tuuut..rahsia laa). DIa memang seorang pendengar yang baik dan memberikan nasihat yang bernas.


Sebagai junior dalam debat kamu (walaupun berlainan bahasa)
Orang yang rasa susah senang bila debat jatuh tahun ini.
Saya berbangga dengan kamu!


pesanan 1:
maaf jika ada post yang kurang sesuai.Dan,menimbulkan rasa kurang selesa.

pesanan 2:
kepada Saiful Islam, sekiranya anda membaca p0st ini.Jangan marah eh~
Kepada kawan2 Xgen yang ada namanya di sini juga.Jangan marah eh~

pesanan 3:
ada tidak mana2 berita tentang kejayaan ALUMNI SMIH lagi? Biar saya publish di blog ini. Agar adil.

pesanan 4:
hanya dnegan mengingati ALlah, hati akan menjadi tenang ;)



buku di atas. Masih dalam proses pembacaan untuk kali kedua ;)


5.36 pagi
Johor Bahru,Johor

Alhamdulillah~ 2 kegembiraan dalam 1 hari~

GAMES YANG MENGUJI MINDA BAKAL DOKTOR

(Al-Fatihah:1)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

kepada doktor,bakal doktor,mereka yang ingin meneruskan cita-cita dalam bidang perubatan
atau mungkin anda yang ingin mencuba kemahiran subjek sains anda!

mari cuba laman web yang semestinya mencabar minda (sebab konsep biology baru nak ingatkan semua)
bak kata farawala (habibti ^_^,my future housemate di egypt nanti)

GAMES YANG MENGUJI MINDA BAKAL DOKTOR

http://nobelprize.org/educational_games/medicine/landsteiner/

mula2 memang rasa susah..lama2 senang laa
dan dapat ilmu baru juga..subhanallah! alhamdulillah!


kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan


sesungguhnya sesudah kesulita itu ada kemudahan

2 kali ayat ini diulang,rakan2
refleksilah diri anda sekiranya merasakan ujian itu satu kesulitan ;)
sedangkan untuk cemerlang dalam peperiksaan memerlukan usaha yang kuat dimana pahit rasanya
apatahlagi,ujian yang Allah timpakan itu sememangnya untuk menjadikan kita kuat dan tabah ;)

bagi yang tidak tahu buat apa.
mari main! dapat ilmu baru ;)

pesanan:
jazakillah farawala (sorry,kawanmu ini sudah terjangkit memanggil farawala)
dan kita tahu awak suka ayat tue kan? awak kan habibti kita ^_^

pesanan 2:
saya tidak sabar untuk ke Sek Islam Hidayah pagi ini! lagi satu jam!!!
Jumpa cikgu2,junior2,pekerja2 Am,kucing2,bangunan2,ciptaan Allah,dan semuanya laa ;)

Wassalam :)

Rabu, 22 Julai 2009

SAYA DAPAT ILMU BARU!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Mo0d: Happy~
Sebab: Saya dapat ilmu baru ! Ilmu di alam bl0g
ALhamdulillah ;)

Sebelum ini,saya pelik melihat bl0g sesetengah orang yang b0leh memaparkan ayat-ayat al-Qur'an (bukan maksud ye..tetapi ayat)
Detik hati saya,"rajin sungguh mereka scan al-Qur'an"
Kerana saya sangkakan mereka scan ^_^ (saya akui jahil IT, tetapi cuba untuk mendalaminya!)

Alhamdulillah..pukul 4.4o pagi saya terjumpalah laman web yang best!
ada template untuk bl0g dan macam2 lagi
http://blogger-skin-resources.blogspot.com/
dan melalui bl0g itu.di halaman
http://blogger-skin-resources.blogspot.com/2008/09/memasukkan-ayat-al-quran.html
saya mendapat ilmu baru ini.
alhamdulillah~
bila sudah ada benda ini. mudah untuk saya untuk berhujah dengan dalil2 al-Qur'an ketika menulis di bl0g.sebab lagi best kalau ada ayat dan maksudnya kan?
menambahkan pahala apabila pembaca membaca ayat-ayat al-Qur'an ;)

terima kasih diucapkan kepada empunya yang mencipta alat ini
iaitu:-

http://web1hari.com/

dan

http://www.islamic-council.com/

silalu cuba dan menggunakannya untuk bl0g anda!



wassalam ;)

5.2o pagi
Joh0r Bahru, Malaysia

SAYA GEMBIRA! ALHAMDULILLAH~

Mood: Happy tidak terkata~ Alhamdulillah

Assalamualaikum wmt wbt

Oh.Ya!
Rezeki saya malam semalam

1st
Pendrive saya yang selama SETAHUN 2 BULAN menghilangkan diri
akhirnya telah saya jumpa!
saya jumpa di salah satu daripada rak buku dalam bilik saya
(tamakkan? ada 3 rak buku sekali gus)
Berwarna merah.Jenama Kingst0n.1GB
sebab apa saya gembira?
aha! Sebab dalam pendrive itulah ada gambar debat daripada tahun 2o07&20o8
ada video ketika SM ISlam Hidayah diumukan sebagai JUARA debat daerah JB 2o07
ya.saya kini tidak terlalu fikir dan risau tentang D.E.B.A.T lagi. cukuplah!
saya kini R.I.N.D.U dengan kenangannya.
R.I.N.D.U dengan guru2 debat,pengetua,coach UTM
R.I.N.D.U abang2 debatku (daeng,saiful,talhah,mad hazih,mad ja'far,salman MH)
-mana kakak2? maaf,kakak2 debate tiada.memang abang2 senior sahaja-
R.I.N.D.U kawan2 debatku (jannah,husna,ali,maisarah)
R.I.N.D.U junior2 debatku (ramai sangat2)
R.I.N.D.U detik kita menangis,ketawa,bergurau,serius,bertikam lidah,bergaduh,salah faham,belajar,diajar,mendidik,terdidik
R.I.N.D.U saat kita sama2 tabah ketika debate club jatuh
R.I.N.D.U kawan2 dari sek0lah lain yang jumpa di mana2 debate t0urnamnet
R.I.N.D.U semuanya laa

dan..

saya R.I.N.D.U saat keluarga saya memahami saya minat debat
kini, faham juga
namun..saya sendiri dengan rela hati menyatakan bahawa saya mahu FOKUS pada status saya yang kini berubah kepada "medical student"
namun, pada sesiapa yang mahukan pandangan dan nasihat saya tentang debat, saya alu-alukan sahaja ;)

hampir __ jam saya duduk depan k0mputer untuk lihat gambar2 dalam pendrive
(terpaksa rahsiakan berapa jam sebab memang laaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaa sangat2)
saya perhatikan gambar..lalu saya imbas kembali peristiwa tersebut
ya.saya R.I.N.D.U
terima kasih kepada awak.kamu.dia.mereka yang menyumbang kenangan tersebut kerana kenangan itu yang mengajar saya banyak benda dan menguatkan saya
dan kini say amenjadi seorang yang KUAT dan TABAH! =)

2nd
senior2 yang mengambil mansoura-manchester medical pr0gramme
jenuh saya ingin mencari pada siapa saya ingin merujuk c0urse ini.
setakat ini, senior2 saya di SM Islam Hidayah tiada yang mengambil pr0gram ini..jadi saya tercari-cari untuk mengetahui lebih lanjut cara exam,cari nak study
alhamdulillah~
selepas beberapa jam jumpa pen drive..dan lihat gambar2 kenangan debat dalam pen drive itu
akhirnya..
saya jumpa 2 orang senior!
bagaimana saya dapat cari? adalah~ dunia sekarangkan tanpa sepadan
hari ini saya cari lagi..dapat lagi ramai ;)
alhamdulillah~
alhamdulillah~

apabila 2 situasi ini berlaku dalam hidup saya pada hari yang serentak.
saya terfikir..
"Allah tidak akan berikan apa yang kita mahukan, tetapi ALlah berikan apa yang kita perlukan"

mungkin tahun lepas saya cari pen drive merah sungguh2.namun tidak dapat.
semalam..saya kemas almari gitu-gitu2 je (saje2 kemas, nak buang kertas2 nostalgia)
tiba2 jumpa.eik~
mungkin ALlah tahu yang saya sudah teramat rindu pada kenangan debat dan saya kini dalam pr0ses membuat plan untuk mereka2 (juniorku) yang bersemangat untuk menjaga depikir club (nama debate club SM ISlam HIdayah) next year.
mungkin Allah berikan pen drive sekarang, bukan tahun lepas. sebab kalau saya ada pen drive itu tahun lepas.. saya akan duduk depan komputer menatap lama2 gambar itu,
apatah lagi tahun 2o08 merupakan tahun terakhir saya berdebat.

manakala tentang peristiwa saya dengan mudah mencari senior2 yang mengambil program sama dengan saya di Mansoura University.
Itulah yang orang2 selalu cakap, Allah memudahkan perjalanan orang yang menuntut ilmu

Tahukan anda?
Sebelum saya bertekad 1o0% untuk mengambil medic sebagai course saya
Saya telah ada orang-orang yang menjadi tempat saya bertanya..malah mereka juga mengambil berat
Saya berbangga dapat senior,kawan seperti mereka.
malahan, dalam bl0g saya sebelum ini (blog lama)..mereka laa yang telah menguatkan saya untuk teruskan cita-cita saya mengambil medic di Mesir ketika saya tertanya-tanya pada diri, "betulkah tindakanku ini?"

Terima kasih banyak2 diucapkan buat:
1. Kak Wan Khairunnisa', batch 9 SMIH
2. Ahmad Fahmi, batch 9 SMIH
3. Zharifullah Zainodin, batch 9 SMIH
4. Dr.Kadir,
serius, saya tidak kenal dia.Namun dia ada bagi komen di bl0g lama saya.-
5.Khadijah Husni
dia yang banyak sangat tolong saya,saya tidak pernah bersua muka lagi dnegan dia..tetapi senior2 saya di Mesir ramai yang kenal dia. Khadijah ini lebih muda daripada saya.14/15 tahun umurnya kalau tidak silap.

Juga buat mereka2 yang dulu&kini terus membantu saya:
(of course, family yang utama..atas n0.1)
1.Kak Nahdia Afifah
2.Kawan2 Batch 4 Gl0bal Medic Network
3.Family
4.Family Debateku,Depikir Club
5.Pengetua,naqibahku tahun ini..Ustazah Kamaliah Noordin
terima kasih kerana mengambil berat dan memberikan nasihat dalam perjalanan hidupku ini
6.Guruku,naqibahku sebelum ini..Ustazah Fauziah Selamat, guru Keluarga Penyayangku..Ustazah Norashidah Haron (5 tahun menjaga diriku!)
terima kasih atas nasihat dan dorongan kalian,guru-guruku ^_^
7.Guru debatku,Ustazah Norhawanis Samion
terima kasih atas bimbingan,pandangan,nasihat,ketabahan,kesabaran dan kekuatanmu dalam menjada kami, anak-anak debamu
8.Coach BI yang saya hormati, Saiful Islam Ahmad0n
terima kasih atas nasihat dan pandnagan and ayang bernas!
Saya kagum dengan ketabahan anda.Saya doakan moga Allah berikan yang terbaik buat dirimu
9.Coach BM yang pelik lagi penyabar, Daeng Saifullah Termizi a.k.a ustaz
terima kasih sebab menol0ng sepanjang perjalanan SPM dan memperkenalkan si dia pada saya.si dia memang baik,kan?(saje je nak cari gaduh dengan sifu sendiri)
paling penting,membina adik didikmu ini menjadi insan berjiwa besar!
moga sukses, ustaz!
10. Kak Fiza (siapakah dia? biar kami-kami je yang kenal ^_~)
ya.akak yang sangat3 memahami saya ;) especially tahun lepas. tahun yang penuh dugaan.
akak sudi call saya bila saya lemah semangat
akaklah yang sudi dengar cerita saya hampir 1 jam lebih..dengar perkara2 yang serabutkan minda dan menyesakkan jiwa.
saya benar2 rindu saat itu bila ada kawan yang memahami =)
saya rindu mempunyai teman yang sanggup mendengar,membantu..malahan follow up keadaan saya
saya doakan moga akak terus sukses! dan menjadi muslimah s0lehah =)
11.Anda! (kalau rasa membantu laa).

Juga buat mereka-mereka yang banyak men'd0wn'kan saya
banyak mengutuk.mencasi.menghina.mengumpat saya tahun lepas sehingga pening dibuatnya
saya maafkan~
malahan saya sudah lupakan (malas nak ingat ^_^)

kepada junior2 ku yang bakal menduduki PMR dan SPM 2o09
all the best!
ingat ye. Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal (D.U.I.T)
Dan selepas usaha, apa jua keputusan yang diterima. Redha ya ;)
Apa gunanya belajar tentang sabar,ikhlas, redha,beirman kepada qado' dan qadar
sekiranya di alam realiti,adik2 tidak mempratikkanya ;)

buat kawan2 Xgen..saya rindu kenangan bersama kalian.

Sekian celoteh dan penghargaan saya buat dia.mereka.kamu ;)
Wassalam

"Tegakkan ISLAM dalam dirimu,maka akan tertegaklah ISLAM di sekelilingmu"
Saya mahu menjadi seperti ikan di dasar lautan.lautan yang masin dimana jika diminum oleh pelayar yang kehausan akan bertambah hausalah dia.Namun air yang masin itu tidak sedikitpun mengubah rasa daging ikan itu!

p.s:
kepada warga mahupun ex-warga Hidayah.
tidak salahkan jika saya menggunakan perkataan "saya" bagi menggantikan "ana"?


Si Gembira,
Johor Bahru,Malaysia