Sabtu, 29 Ogos 2009

INGATKAN SAYA..SAYA PUN INGATKAN ANDA ^_^

aku berlindung daripada syaitan yang direjam.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
selamat sejahtera buat semua pengunjung bl0g!


setiap kali bila ada masalah..
orang nasihatkan SABAR .. ok,saya sedang SABAR
islam pun mangajar umatnya untuk SABAR, rite?

setiap kali usaha yang dilakukan gagal..
orang nasihatkan JANGAN PUTUS ASA,TERUSKAN USAHA..ok saya sedang menguatkan hati
islam pun melarang umatnya berputus asa,rite?

setiap kali ingin melakukan sesuatu yang terbaik..
orang nasihatkan banyakan BERKORBAN, ok..saya sedang BERKORBAN
berkorban masa untuk tidur..berkorban sakit badan belakang duduk berjam-jam depan laptop
islam pun memang menyuruh umatnya berkorban,rite?

saya sedang mempraktiskan apa yang saya belajar agama di sekolah selama ini.

kisahnya.. (budak2 GMN faham laa kot..itupun kalau korang daftar sendiri tanpa bantuan GMN macam saya)

malas nak story..
senang kata bayangkanlaa hanya tinggal 1 dokumen sahaja untuk diupload..sekali komputer anda hang??
anda cuba masukkan username dan password..tapi GAGAL!
anda pun cubalah buat username dan password baru..tapi LAMAN WEB BERMASALAH!
bukan sekali dua saya try, tapi BERKALI-KALI!
saya try guna internet explorer dan moxilla firefox.
saya rasa nak nangis, nak jerit,nak macam2..ok,perkara tue tak membantu pun. baik saya sabar dan berzikir.dapat pahala,rite?

orite,
dari pukul 9 malam - 4.43 pagi saya duduk depan laptop.
d0akan moga2 saya berjaya menyelesaikan tugasan ini.


ok.
inilah dugaan
PENDAFTRAN SECARA ONLINE
KEMENTERIAAN TINGGI PENGAJIAN MESIR
-WAFIDEEN MESIR-

apa2 hal, ingatkan saya agar .. (saya pun ingin ingatkan anda ^_^)

TERUS BERUSAHA
JANGAN PUTUS ASA
BERSABAR
dan
BERKORBAN ITU LUMRAH KEHIDUPAN

chill!! ^_^

300809
Skudai, Johor

Jumaat, 28 Ogos 2009

HLOVATE ^_^ !

Bismillah
Assalamualaikum dan selamat pagi,siang,tengah hari,petang dan malam ;)
Hlovate? siapakah beliau?
jantina..status..umur..pekerjaan..dirahsiakan oleh beliau.
Saya kenal Hlovate melalui junior2 saya, Farhan Hidayah (form 2) dan Maryam Liyana a.k.a Melati (form 1) ketika duduk sebilik dengan mereka di Putra Hotel,KL (ada pr0gram internati0nal debate MUSLEH 2o09). Budak2 nielah yang memang dah ulat buku pergi memandai pr0mote buku pada seniornya

1. Gaya penulisannya c00l, sempoi, menarik..memang mendekati jiwa2 remaja sekarang.
Paling best..saya pasti tergelak bila baca novel Hlovate..tip t0p punya gaya penulisan!banyak diselit ayat2 quran 4 our references on advices
Banyak words yang saya belajar daripada novel Hlovate..sampaikan ada sekali dua kena buka kamus english-melayu..ada juga istilah2 medic (i like it!),istilah2 budak hostel,etc

2. kurengnya, novel Hlovate mix melayu+english. Bagi sesetengah yang memang sayang bahasa Melayu sangat 1000x..mungkin tak sukalaa sebab mencampur adukkan bahasa.. (bahasa rojak). Tapi bagi saya, mendekati jiwa remaja untuk berubah itu lebih penting sekarang ^_^. Lagipun dasar PPSMI pun dah ditukar dalam Bahasa Melayu,rite?

3. Saya banyak belajar dan saya akui terpengaruh dengan watak2 dalam novel tersebut (watak2 yang baik je taw!).

Contoh:
- waktu belajar, belajar..jangan layan sangat pasal cinta. kalau kena berkawan dengan yang berlainan jantina untuk bekerjasama dalam sesuatu hal (buat presentation,study group,etc), dia hanya sekadar KAWAN..ya, KAWAN..no more than that,k?
*ajak kawan perempuan sekali kalau nak jumpa lelaki*

- lagi..ha, macam mana cara kita nak berkawan dengan orang. Dalam 5 tahun 5 bulan (i totally got touch by dis novel)..kadang2 bila belajar di universiti,mestilaa ada bergaul dengan orang yang berlainan jantina,rite? dalam open-minded kita untuk discuss apa2 dengan orang yang berlainan jantina...make sure kita ada prinsip,k?

5. kawan2 saya yang anti-novel melayu pun minat sangat3 dengan novel Hlovate. nak gambarkan betapa bestnya novel nie ^_^

NOVEL YANG SUDAH DIBELI+SUDAH DIBACA
novel yang saya kenal melalui Farhan and Melati.
istilah2 medic and perwatakkan watak utama 5 tahun 5 bulan menyebabkan sedikit sebanyak terpengaruh dnegan cara penulisan dan perwatakan watak utama dalam novel tersebut ^_^
best3 novel nie..
novel ke-2 Hlovate yang saya baca.
best jugak novel nie.. banyak istilah2 budak h0stel yang saya tahu melalui novel ini.
erm, mengimbau kenangan sewaktu zaman persekolah dulu2 ;)

NOVEL YANG BELUM DIBELI+BELUM DIBACA
Rooftop Rant
Unik kan tajuk dia?


aA+bB
ngaa..orang kata best novel nie..
sebab berkisar tentang..... (tak tahu sebab belum baca ;p)
-life as a d0c vs engine- (macam interesting,rite?..ini orang cakaplaa)
yang ini cerpen kot kalau tak silap.
tapi ada orang cakap best sebab cerpen Hlovate dalam nie tentang adik-beradik?
ye ke? tak berani komen sebab belum baca.
k0nklusinya,
saya tak nafikan ada novel2 islamik yang bagus seperti
- ayat2 cinta by habiburahman el-shirazy
- tautan hati by fatimah syarha nordin
- dan lain2
tetapi..watak2 dalam novel tersebut terlalu sukar untuk dicontohi oleh saya.mungkin saya tak dapat nak jadi sesoleh/sesolehah dalam watak novel2 tersebut..i have my own reasons. Maybe sebab situasi saya yang perlu bergaul dengan masyarakat yang ada pelbagai background+pemikiran. Namun, prinsip2 dan pengajaran saya ambil ^_^

dan..kepada penulis2 di Malaysia..kurangkanlaa unsur CINTA eh..boringlaa~
belilah novel2 Hlovate, anda pasti suka! ^_^
280809
Cheras,KL

19 TAHUN usiamu,TEMAN ^_^

tarik nafas..hembus.
tarik nafas..hembus.

tengok skrin laptop dan senyum ;)
saya gembira. anda ?


masing-masing pasti ada pendefinisian tersendiri tentang kawan.teman, rite?
pendefinisian kita pasti berbeza.

Dia seorang yang istimewa dalam hidup saya.
Dia seorang kawan yang amat baik.
Dia seorang pendengar yang baik.
Dia cuba memahami situasi masalah saya dan akan menasihati saya.
Dia selalu membantu saya bila saya memerlukan seorang kawan untuk berbicara.
Dia adalah kawan ketika saya gembira dan saya sedih.
(kawan ketika gembira mudah dicari,kawan ketika sedih..susah kan?)


Kenapa saya menghargai dia?
Sebab di atas laa..kami tinggal jauh2. Perkenalan kami pun tidak dirancang namun Allah yang merencanakannya =)
dan.
1. Dia banyak membantu saya ketika saat kegentingan menghadapi SPM tahun lepas.
Dia hantar card pada saya secara mengejut sempena saya nak SPM.
2. Dia akan ingatkan saya bila saya lupa yang apa2 yang terjadi dalam hidup ini adalah ketentuan Allah ;) dan Allah tahu yang TERBAIK. Sweet,rite? ada kawan yang ingatkan kita tentang Allah.

dan yang paling membahagiakan..

3. Dia yang PALING banyak menguatkan saya dan menasihati saya cara2 melatih junior saya untuk berdebat. (ada juga yang lain, salah seorangnya dia)
Uish, debat SMIH daripada ranking top 60 naik ke champion..alahai~ kalau bukan dia yang menguatkan saya yang mulanya tiap kali datang training debat mesti down..memang lainlah jadinya.
(tugas train debater bukan senang eh.. lebih2 lagi saya yang tak pernah train debater)
Dia tak tahu lagi betapa besarnya kesan tersebut terhadap hidup saya sebab belum story pada dia ;)

Saya malas nak puji banyak2. Sebab nanti dia marah. Dia tak suka dipuji.
Ok, saya tak puji.
Cuma saya nak beritahu kawan2 saya yang lain yang saya bahagia ada kawan seperti dia!
Terima kasih kerana telah mencorakkan hidup saya ;)




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Ya.post ini bukanlah nak menunjukkan cuma saya sahaja yang ada kawan.tidak.
Cuma.. tak salahkan saya nak menghargai kawan saya.
Nak bagi hadiah..tak sempat nak p0st.
Nak belanja makan.. sekarang puasa.
Nak SMS..hmm, semua orang buat macam tue.
Nak call..nanti ganggu dia sebab dia pun ada ramai kawan.
Nak kelainan..saya publish di bl0g ^_^.

TO:
my beloved friend, kak Nurhafizah Mohd Yusof.(a.k.a Kak Fiza)
HAPPY BIRTHDAY.SANAH HELWA.SELAMAT HARI LAHIR ke 19
Thanx for being my friend.
Sem0ga Allah memberikan apa yang TERBAIK untuk hidup akak.
Sem0ga akak jadi muslimah yang solehah
Sem0ga akak mendapat keputusan yang terbaik dan cemerlang dalam setiap peperiksaan A-level
Semoga akak mendapat universiti yang terbaik di UK dan akauntan yang berjaya!
Saya sentiasa doakan akak..walaupun jauh di mata,namun dekat di hati.
Minta maaf andai tidak jadi rakan yang baik untuk akak..apatah lagi yang terbaik.
Terima kasih Allah atas kurniaan teman sebaik beliau ^_^

You are my sunshine
My only sunshine
You make me happy
When skies are grey
You'll never know dear
How much I love You
Please don't take my sunshine away


pesanan 1:
gambar beliau tidak boleh dipublishkan dalam blog ini kerana beliau begitu berharga ^_^.
(nanti dia marah laa)

pesanan 2:
bagaimana cara anda menghargai rakan.teman.sahabat anda pula?

pesanan 3:
Saya masih mengharapkan dan berdoa moga2han saya sempat berjumpa kali terakhir dengan Kak Fiza sebelum saya fly 29 sept ini. Ameen~ (d0akankan eh ^_^)




290809
Cheras,KL

AL- FATIHAH..prof dr ismail md salleh


Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal Khamis.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.






Beliau yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947 pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

mencipta sejarah sebagai Senator pertama dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia

Beliau ialah (1)bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan juga (2)Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan (3)Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.


KEISTIMEWAAN ISMAIL SEBAGAI PAKAR EKONOMI (klik di sini)

k0nklusi 1:
kejayaan itu adalah hak milik semua orang. Bezanya kita nak usaha atau pun tidak.
Kalau nak berjaya, kena usaha habis2an, utamakan yang utama.
Kalau bab2 calculation memang saya mengalah dulu (rasanya belajar sains lagi mudah)..namun Allahyarham Dr.Ismail menunjukkan 1 contih yang baik dimana sesiapa sahaja boleh menggapai kejayaan kerana kejayaan bukan hanya untuk mereka yang normal semata.

konklusi 2:
masih adakah hembusan nafas sesaat untuk kita sesaat lagi?

konklusi 3:
buat malu sekiranya kita yang normal hanya meraih kejayaan yang biasa2..tidak mampu menandingi beliau. Lantaran penyakit virus M

AL-FATIHAH

280809
Cheras, KL

-dalam akhbar UTUSAN page 12 ada ceritakan tentang sejarah beliau. subhanallah, hebat3!

Khamis, 27 Ogos 2009

happy3! love letter daripada SI DIA ^_^

Bismillah
Assalamualaikum

Bagi saya, ramai yang pernah mengalami masalah2 di bawah.
Biarlah 'saya' menjadi watak utama dalam cerita ini.
(pesanan: situasi di bawah hasil pengalaman diri sendiri+sharing dengan kawan2 ^_^)

Bila 'love letter' saya abaikan..saya tidak baca bagi menambahkan rindu saya pada SI DIA..
Terjadilah..episod2 duka ;(



Saya pernah rasa saat dimana gagal dalam peperiksaan kerana target yang saya tetapkan tidak tercapai.
Saya punyalah pulun belajar pagi.siang.tengah hari.petang malam..
Membawa buku ke hulur ke hilir, menghadiri kelas tambahan.
Tetapi, keputusannya...sungguh mendukacitakan hati T_T
Arghhhhhhh!!!!!!!!!!Saya menangis. Saya meraung. Saya rasa nak putus asa. Saya cepat2 call dan SMS kawan.
Saya menjerit,
"kenapa Allah timpakan ujian seberat ini pada saya? Allah tak sayang ke? Kenapa Allah benci sangat pada saya? saya dah usaha.. Bukanke orang yang dah berusaha sepatutnya berjaya? Kenapa Allah buat saya macam ni?"




Saya pernah rasa tahap frust petala kelapan bilamana saya putus cinta dengan seseorang
Rasa menyesal sangat2, kenapalah saya bercinta pada waktu yang tidak tepat?
Waktu belajar..belajarlaa. Bila dah sampai satu tahap bilamana dah bersedia untuk bercinta..silakan.
Namun, saya rasa malu dengan diri sendiri..apalah gunanya bercinta sekiranya pengakhirannya tidak sampai ke akad nikah.Aish~


Saya pernah rasa frust..tertekan..tension..
*Bila belajar berjam-jam, namun sehabuk pun tak masuk dalam otak.
*Bila amanah yang diberikan (jawatan2), saya tidak tahu mana yang perlu diutamakan.
*Bila pertandingan2 yang saya sertai gagal mencapai target yang saya impikan.
*Bila orang fitnah saya dengan pelbagai cerita tanpa s0al selidik.Saya betul2 kecewa.
*Bila hati rasa kosong..rasa d0wn
*Bila si dia tak balas mesej saya..sekalipun balas, cuma jawab " ok.." , "k", "thx"...saya punyelah mesej panjang2 umpama 1 helai kertas A4, itu je dia balas? Tak sayang saya apa?
(teringat Abg Zam nasihatkan budak2 GMN nape tak galakkan bercinta time study ^_^.mesej pun boleh jadi punca. Alahai~)
*Bila family tak memahami saya.
* Bila .....( apa2 sahaja yang anda.kamu.mereka.kalian rasa )

Saya mencari-cari ketenangan.
- Saya cuba bershooping,beriadhah,call dan SMS kawan2,dengar lagu di MP3, menonton TV,tengok CD filem2 terkini, tonton filem2 lawak...

NAMUN..saya hanya berasa puas. Namun hati TIDAK TENANG ;(


Nak kata saya tak s0lat, saya s0lat.
Nak kata saya tak belajar agama, saya belajar agama.
Nak kata saya tak berzikir, saya berzikir kadang2.
Tapi kenapa hati masih tidak tenang?

Di satu sudut rumah..saya ternampak sebuah kitab yang saya sudah lama tidak sentuh.
Sudah lama saya tidak membaca.
Lantaran SIBUK..ya, sibuk dengan urusan DUNIAWI.


Tiba-tiba, saya teringat pesan Ustaz Anuar Mushaddah (Guru Bahasa Arabku darjah 6).
Ustaz ada pesan,
"Al-Qur'an nie adalah love letter daripada Allah dan mukjizat.Di dalamnya, Allah ada ceritakan sejarah umat2 terdahulu agar kita mengambil pengajaran. Sejarah itu akan berulang..sebab itulah kenapa al-Qur'an dibukukan.Kita kalau menyanyi lagu yang sama, akan rasa b0san..kan? Namun ayat al-Qur'an tidak. Tak percaya? Selama antum (kalian) hidup..pernah tak rasa bosan baca surah Al-Fatihah 5x sehari dalam solat fardhu?
Al-Qur'an juga adalah penenang jiwa..kerana bila kita MEMBACA AL-QUR'AN DAN MEMBACA SERTA MENGHAYATI TAFSIR AYAT, kita akan sedar bahawa Allah sedang berbicara dengan kita. Antara tips2 yang ustaz nak beri kalau antum (kalian) tiba2 ada masalah dan nak jawapan:-
1) Ambil wudhu'..ambil al-Qur'an ( lebih elok yang bertafsir)
2) Niatkan dalam hati..kita nak jawapan bagi masalah yang kita sedang hadapi (cont0h:rasa hati tidak tenang)
3) Bulakan dengan membaca Basmallah (Bismillahirrahmanirrahim) dan Surah Al-Fatihah.
4)Ok..antum (kalian) buka page Al-Qur'an secara rambang tanpa melihat.
Antum baca ayat2 al-Qur'an tersebut (page yang anda sudah buka) dan hayati tafsirnya..InsyaAllah, antum (kalian) akan beroleh ketenangan dan kekuatan dalam mencari jawapan bagi permasalahan antum (kalian) ;) "

p.s: Saya (empunya blog) sudah buat sejak darjah 6 dan alhamdulillah benar2 berkesan ^_^.


Baru saya sedar..
Rupanya..love letter daripada SI DIA yang Maha Agung telah lama saya tinggalkan.
Kerana itu hati saya jadi kotor dan tidak tenang.
Bila tidak tenang, hidup jadi haru biru
Semua benda serba tidak kena..
Solat dan zikir saya selama ini pun hanya buat sekadar RUTIN HARIAN bukan kerana IBADAH. Maknanya pun faham tak faham sahaja

Itu cerita dahulu..zaman purba2 zaman jahiliyah saya dan kawan2 saya
Setelah sekian lama..kini love letter menjadi keutamaan kami untuk dibaca setiap hari.
Bukan sekadar bila nak exam.
Anda.kamu.mereka.kalian bagaimana?

Lihatlah antara keajaiban ayat2 al-Qur'an yang telah menjawab pelbagai pers0alan ^_^
MENGAPA MENGELUH (klik di sini)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentangKu, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi segala perintahKu, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." [al-baqarah:186]


280809
Cheras, Kuala Lumpur
pesanan :
kepada anak2 muridku 4 abqari dan 4 imtithal..untuk subjek sejarah. ana tak dapat ajar dis week. Balik KL ^_^. maaf ye.











Rabu, 26 Ogos 2009

MANSOURA..R.E.A.D.Y (3)

perasaan:
1. tak sabar untuk menimba ilmu pengetahuan..saya sabar untuk ke Mansoura. (sayang malaysia)


2. rasa cuak sedikit sebab masih blurr dengan course yang akan saya ambil.Oleh itu apa lagi..buatlaa research ^_^ supaya takdelaa terkejut kat sana nanti.




suasana di Mansoura University pada waktu malam
( betul atau tak saya tak tahu.. ambil dari internet)

Bismillah..
Assalamualaikum


Ini l0g0 universiti yang bakal saya jejakkan kaki..insyaAllah :-




KULIAH TIIB, JA'MIAH MANSOURA
fakulti perubatan, universiti mansoura
faculty of medicine, mansoura university





Course yang saya ambil ialah:-


Mans0ura-Manchester Medical Program (MMMP)


Baiklah, mari saya terangkan..di Mansoura University,bidang perubatan ada 2 pilihan iaitu:
1) Convetional Program a.k.a Regular Program
2) Mansoura-Manchester Medical Program (MMMP)
--joining program dengan Manchester University,United Kingd0m.


apa bezanya?
nie pandangan kak nadzirah tentang Medic Manchester bila saya bertanya dengan beliau.
perkenalan kami direncanakan oleh Allah secara tidak langsung di alam maya ^_^
http://cutezigzaglife.blogspot.com/2009/07/mansoura-manchester-medical-prog.html


budak-budak selalu cakap prog kitorng nie senang..jgn ambil mudah beb. benda ni xkan jadi senang kalau kite x usaha. bagi aku course ni lg susah. sebab ape?


* budak regular belajar tersusun. dia belajar satu-satu..tapi kami belajar sekaligus..yang best nyer dia perlukan usaha kita sendiri nak cari maklumat2 dan kami belajar berdasarkan penyakit.


*pengajian budak regular sethn kami kene abezkan dalam masa 1 sem sahaja.lepak beb~!


*course ni xde buku yang exact tuk kami,kalau regular ade. tp ni bagus sebenarnye sbb boleh bkak minda kita lbh jauh.


*course ni kene byk perbincangan,kalau sorang2 boleh*macam aku* hehe tapi nnt kurang input.


*benda bercampur2 bila belajar,xtersusun..so kene ade alternatif sendiri lah tuk menyusunkan nye.


*tiap2 minggu ada assignment! mmg lepak beb~ tapi benda tuh yg buat kita lg faham.


*paling penting,course ni mahal banget beb~! so belajar lah,kesian kat mak bapak kite dan kerajaan malaysia yang support :P


kesimpulan nye..dua-dua ade kelebihan masing-masing.tetapi semua bergantung kat usaha masing-masing. kita kalau belajar oversea mmg lah kadang2 nak enjoy. aku ngaku aku tiap2 minggu enjoy sana-sini tapi kene pastikan kite dah settle sume kerja dan dah hafal ape yang kita belajar dalam minggu tuh. aku xcakap aku pandai..takat mumtaz dan xberapa mumtaz tuh pernah lah aku dapat :P itu kepuasan kita...kita belajar dengan niat betul. jangan campurkan enjoy dengan beljar. lepak beb kalau nak kene repeat year. tapi,ape-ape pun...kita boleh usaha,Allah yang tentukan. segala benda ade hikmah nye. kalau DIA xnak bg,kite kene terima dengan redha. yang penting kita usaha lah :) belajar...jgn buang masa...mesti boleh punyer :)


*mumtaz*-excellent result


nie pula pandangan skema dari universiti sendiri..


Students will learn through medical problems from year one. The problem will highlight certain inter-related topics that can include subjects from both pre-clinical sciences (Anatomy, Physiology, Histology, Biochemistry, Pathology, Microbiology, Parasitology and Pharmacology) as well as Clinical sciences (Internal Medicine, Surgery, Paediatrics, Obstetrics & Gynaecology, Ophthalmology, ENT, Forensic Medicine and Community Medicine). There is not such division of topics into single field.

The programme is dependent upon the students (student -centred) in a sense that students will learn from different sources like internet, periodicals, library, from one another and lastly from tutors and teachers. Electronic (e) - Learning is an integral part of the programme and students should be computer competent and preferably have their own laptop.




Jadi, macam mana bagi mereka yang akan fly ke Mesir bulan September nie?
Tidak kiralah tajaan MARA,JPA,Zakat Negeri, FaMa dan sebagainya..
Sudah berkenalan dengan c0urse yang akan anda ambil..
TAK KENAL MAKA TA'ARUF (berkenalan)


sekian.


pesanan 1:
masih dalam pr0ses menjejak blog2 senior di Mansoura yang ambil 1 course yang sama ;)


pesanan 2:
masih adakah hembusan nafas kita untuk sesaat lagi? terlalu memikirkan soal nak sambung belajar sehingga yakin akan jejakkan kaki ke sana.
Dalam masa yang sama, saya terleka..nyawa saya boleh ditarik bila2 masa.
Astaghfirullah~


pesanan 3:
housemates ku..
Hani+Farah+Ain+Huda+SAYA = Medic Manchester
Farihah+Lubaina = Medic Regular
kakak saya?? Pharmacy ^_^


270809
johor,malaysia

MANSOURA..R.E.A.D.Y (2)

Salamu 'alayk ^_^

buat mereka batch 4 GMN..ha, lekas mulakan aktiviti packing barang anda di bulan puasa yang berbahagia ini.
Jangan buat last2 minute, nanti ada barang yang tertinggal..haru hidup.
Agak2laa eh..kalau buat last2 minute,nak dekat raya..banyak kedai ditutup.
Bagi yang malas..rajin2kan diri. Bagi yang rajin, startlaa packing barang.

berikut adalah checklist yang diberi oleh kawan di laman web batch 4 GMN ;)
agak2laa eh..kalau ada barang yang boleh dibahagikan dengan housemates,bahagikan..tak perlulah bawa semua.


TOP PRIORITY

~AL-QURAN~
1. Cash (dlm pound sterling or US Dollars coz RM x laku kt sana..)

2. Gambar MAK AYAH & ADIK BERADIK yang sudah pasti menjadi PEMBAKAR SEMANGAT (jgn lupa plak)

3. Buku2 yg telah dicadangkan utk dibeli


• Clinically Oriented Anatomy, Moore Dalley
RM 153.00

* Atlas Of Human Anatomy
RM 228.00

* Harpers Illustrated Biochemistry
RM 104.00

* Histology-A Text and Atlas, Ross
RM 188.00

* Spirit Stethoscope
RM 176.00

* Dissection Set
RM 52.00

* Dorland Pocket Medical Dictionary
RM 52.00

* Text Book of Medical Physiology
RM 228.00

* Lab Coat
RM 58.00

*Dictionary English-BM

*Buku2 teks len dibeli kt sana

~Yg
DIHILIGHT adalah buku penting~


4. Laptop n pendrive jgn lupa! (bawak skali Warranty Card tuh!)

5. jam tangan
(yg jenis x pakai jam pon kna bawak)

6. HSBC / Public Bank / Maybank ATM kad (yang telah diactive VISA facility)
KUMBANG HSBC PUN BAWAK EH..UNTUK BUAT TRANSFER DUIT GUNA INTERNET ;)

7. BANTAL2 BUSUK SEKALIAN (PENTING ..)


PS- lab coat, sphygmomanometer, stethoscope n surgery kit bli kt sana pon xpa..


8. Passport n VISA-bnda nih mcm nyawa.. so, jaga leklok.. (amik kt klia nnt..)


MAKANAN


1.
SERBUK santan

2.serbuk kari daging, ayam, ikan, rempah kurma, sup bunjut etc

3.serbuk kunyit

4.cili kering/serbukcili- ada cili kering kat sana (filfil ehmer)

5.asam jawa,asam keping

6.ikan bilis, udang kering, ikan masin-semua ni x dak kt sana..

7.kiub ikan bilis- (kiub ayam x payah naaa..)

8.kiub /pes tomyam


~DEPA CKP SUMA NIH BWKLAA SEPAPAN~


9.bihun – x dak kt sana.


10.serai yg dikeringkan,daun kunyit,daun kari,daun kesum ,daun limau purut dll

11.halia, lengkuas, kunyit

12.Rempah spt Kayu Manis, Bunga Lawang, Palaga , Halba Campur, bunga cengkih dll..


13.belacan ngan budu (pack laa leklok, pcah satg..)


14.KICAP

13. sos cili


15.perencah nasi goreng,mee goreng, sup sayur (SEPAPAN JGAK)


16.keropok2/pepedom


17. Ikan Sardin dlm Tin & Serunding

10. Ikan Bilis / Ikan masin ikut minat masing2 (ini amat penting)

11. Sos Tiram (beli yg plastic pack tu)

14. Dried daun kari(kpd yg tak boley klu x pekena kari) / Dried Limau Purut (kpd yg minat tomyam..)




MINUMAN


1. Milo (gantilah dengan OLIGO..)

2.milk product


(SUSU PEKAT NOT AVAILABLE THERE)


3.kordial – kat sana byk jus(oren,mangga,epal etc). YG X DAK-> sirap, sarsi,ribena

4.caffeine-b’lmbak kt sana tp bwklaa ckit..\


ELECTRICAL APPLIANCE


1)periuk nasi (kecik nya)

2)water boiler

3)blender

4)iron

5)extension (plug 2 pin-kt mesir 2 pin jaaa..)

6) toaster


PAKAIAN


1 .Pakaian Formal satu set dgn tie (utk lelaki)

2. Satu set Baju Melayu dgn sampin (utk lelaki)

3. Tudung & Baju kurung secukupnya(byk2 lg baguih..)
erm..ikut keselesaan anda untuk berpakaian ketika ke kuliah eh..

4. Pakaian Sukan (satu set cukup)

5. Kasut ke kuliah berkualiti tinggi &Kasut sukan (sebab kualiti di Malaysia jauh lebih baik)

6. Selipar jamban ngan sandal jgn dilupakan..

7. Pakaian Solat

8. Pakaian Sejuk tak perlu beli disini. Memadai dgn jacket/sweaters/cardigans ja (tp aku dh bli, so bwk jaa laa)

9. sarung bantal, cadar, comforter/ selimut (amik selimut dlm flight tuu jaa laa.. pndai2 laa sorok.. haha ~x tipu weh~)



TOILETTRIES


1. Facial Wash/Toner/ Shampoo & Lotion and lain2 yg berkaitan (yg biasa dipakai....takut2 jenama yg biasa diguna susah nak dpt di Mesir..)


2. Satu set ubat2 Selsema/Batuk/Eye Drop/Mopiko / Ubat Dirrhea (or ill Chi-Kit Teck Aun)/Paracetamol, Minyak Cap Kapak, VICKS Inhaler, Lip Balm


Jenama international semua ada dijual- shower foam,syampu, ubat gigi, pencuci muka,deodorant(spray, tak spray), lipbalm, lotion,cologne semua ada
Jenama yg ada-lux ,sunsilk , dove, nivea, rejoice, pantene, colgate, Johnson, clean n clear;


STATIONARIES


Faber castell yg made in msia, boleh didapati di mesir (pen)
PILOT ada. STAEDTLER pun ada.
Klu nk bwk, bwk laa kaler pensel..


PERHUBUNGAN


Kita akan dpt sim card mesir kn, so x yah risau laa..


Pas2 cntct gna skype, msn, ym n ayuhagah..


Internet di mesir – ada banyak option.


(1) byk jaa cybercafé

(2)internet thru hp sgt murah-1 le [rm 0.62] utk tempoh 24 jam

(3)kalau nak setup internet kat rumah, boleh tarik wayar dari cc

(4)wifi- beli modem n router, or nak bwk dari msia pun boley.Wifi unlimited 54 Mbps sebulan dlm 145 [rm 90].share satu rumah, atau beberapa rumah pun boleh.

(5)broadband-tp mahal daaa..





MAKLUMAT MENGENAI KEBERANGKATAN PELAJAR GMN KE MESIR



PENERBANGAN: Egypt Air (sehala)

NO. PESAWAT: MS 969

KELAS: Ekonomi

KAUNTER DAFTAR MASUK: Kaunter H17 & 18 (Egypt Air)

TARIKH KEBERANGKATAN: 26,29 September & 3 Oktober 2009

JANGKAMASA PENERBANGAN: 11Jam (Transit 1jam di Bombay,India)

WAKTU BERLEPAS: 2345 @ 11.45pm (waktu Malaysia)

WAKTU KETIBAAN: 0650 @ 6.50am + 1hari (waktu Mesir)

BERAT BAGASI: 40kg Seorang

BERAT HAND LUGGAGE: 8kg Seorang

PERKHIDMATAN: 3 Kali makan sepanjang penerbangan

KEPERLUAN DOKUMEN PERJALANAN: Passport (Visa 2 minggu selepas ketibaan)


PELAJAR DIINGATKAN SUPAYA BERADA DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA) SEPERTI BERIKUT:


TARIKH TIBA KE KLIA:26,29 September & 3 Oktober 2009

MASA BERKUMPUL:8.00 Malam (WAJIB)

TEMPAT BERKUMPUL:BALAI PERLEPASAN ANTARABANGSA (KLIA) berhampiran kaunter M (hujung sebelah kanan KLIA)

PAKAIAN:
biru

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAKLUMAT MENGENAI BAGASI PELAJAR GMN KE MESIR


1)HAD BERAT KESELURUHAN BAGASI ADALAH 40KG SAHAJA

-Disarankan membawa 2 bagasi (had berat untuk satu bagasi adalah 30kg sahaja)

-Bagasi tidak boleh melebihi saiz yang dibenarkan

2)CAJ DI AIRPORT SEKIRANYA MELEBIHI BERAT YANG DIBENARKAN

-1KG = RM 98 (tanggungan sendiri)


3)HAND LUGGAGE BAGI SEORANG PELAJAR = 8 KG SEORANG( 1 saiz bagasi kecil)


4)BEG LABTOP TIDAK KIRA SEBAGAI HAND LUGGAGE


5)PELAJAR TIDAK DIBENARKAN CHECK-INLUGGAGE SECARA GROUPING KERANA TAMBAHAN BAGASI TELAH DIBERIKAN UNTUK SETIAP PELAJAR


6)BARANG-BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN DIBAWA BERSAMA HAND LUGGAGE

-Cecair melebihi 100mltermasuk air mineral

-Barang berunsur besi yang tajam(gunting,pisau,dll)

-Dadah(Barang yang menyalahi undang-undang Malaysia)



Sekian..

DEBAT (6) -- FINAL ENGLISH --

lalala~

kalau boleh saya tidak mahu habiskan post tentang debat
(asik debat aje.tapi,post ini yang akan jadi rujukan junior2ku juga dan juga buat mereka yang dalam usaha nak naikkan ranking debat apatah lagi sekolah anda pada mulanya tidak dikenali)

namun,inilah satu2nya pengalaman yang saya dapat kongsikan dengan mereka yang meminati dan bakal meminati debat ^_^

dan..sangat SUSAH untuk buat post 6&7.kalau ada rasa merepek tue.minta maaf ^_^


Hari ini 28 Julai 2o09

Malam ini ada final English. Saya tidak sabar.
Saya+Talhah (anak ustazah ye)+ saya + liyana + raihana + nadiyah + ili
kami menaiki kereta yang dipandu oleh ustazah hawanis ;)
-- knapa ayatku skema?--
ketika itu suasana gelap gelita sebab malam.kami kontijen yang paling lambat dan kesannya kami terlepas makan malam ;)

ok.task abang Auzan untuk saya train finalist BM tak dapat laksanakan..minta maaf
sebab abang Auzan dah panggil mereka.Apakah tasknye? biar jadi RAHSIA ;)
(suruh orang train, sekali dia yang tolong..)

saya masuk ke dewan final ENglish..
MC dia berceloteh (nak tulis membebel tak sampai hati..0ps,tertulis jugak ^_^).
Lantaran rasa bosan dengar MC berceloteh..
saya naik ke tingkat 3 dimana Abang Auzan sedang melatih finalist BM (ili,yana,ilham,zubayr) manakala yang lain2 kena jadi peny0kong pendebat2 English di dewan final. Oh ya..terima kasih kepada kak Nazihah dan Hanif (adik-beradik) kerana ambilkan makanan dan minumam buat kami.. -->akibat datang lambat+tak makan lagi.

Best teng0k adik2ku berlatih dengan abang Auzan.
time2 nie amik masa..buat refleksi diri.
Memikirkan saat manis, pahit,masam sepanjang bersama dengan depikir club.
Susah untuk dapat pengalaman seperti ini dan sukar untuk melupakannya..
Oh ya..malam tue, saya diserang sakit batut akut yang amat teruk sangat (nak gambarkan teruknya batukku..)
memang kerongkong rasa gatal semacam..disebabkan dewan tempat latihan BM bising disebabkan bunyi batukku, maka saya keluarlaa lalu lihat debat ENglish.

Baru nak mula rupanya..
Saya masuk dewan English tingkat 2..padat tue..tin sardin pun kalah.kene berhimpit..
1st speaker from SMK Green R0ad mulakan persidangan, laju dia cakap..macam kapal terbang.
barulah saya faham perasaan pendebat2 English..kadang2 masalah dalam debat English nie salah satunya bila pihak lawan cakap laju. Saya pun dengar jelaa~

Then, Tasnim dari SM Islam Hidayah pun samung persidangan..ok.time nie.
1stly saya nak ingatkan saya tulis bukan atas dasar tak puas hati tetapi atas dasar apa yang saya nampak dan saya lihat sepanjang perdebatan final English berlangsung,k.Apa yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan (btul ke ayat nie?)

Bila Tasnim bercakap..baru introduce je..ada debaters mana ntah (ramai taw..bukan sorang dua) buat bunyi "BOOOOOO". Ni tingkat atas laa, tingkat bawah saya tak tahu. Aish~ memang darah saya macam menggelegak. Yelaa, siapa sanggup teng0k junior sendiri kena kutukkan? Junior yang bawa nama sekolah pulak tue.. What the _______?? (ngee..)
Yang bestnya, malam tue saya pakai baju batch saya,batch 1o SMIH a.k.a Xgen.
Warna biru dan ada logo sekolah.

Saya akui, saya agak terkilan dan sakit hati malam tersebut. Dengan selambanya..saya berdiri je. Orang2 sekeliling tak sedar yang saya ni ex-student/ex-debater SMIH,adalah sekumpulan yang mengumpat+buat budaya "BOOO" yang mana ntah dia blaja..
Sekali ada seorang kawan dia nampak logo SMIH di baju saya..Nah,amik! baru tahu malu eh. Mengumpat SMIH tak tentu pasal..depan2 ex-student SMIH lagi tue.
Kalaulah yang mengata tue judges or ex-debaters yang hebat..takpelaa jugak. Ini kalau setakat baru bergelar debater peringkat sekolah menengah. alahai~ macamlaa anda hebat untuk menghakimi orang.Sekiranya anda hendak memberi pandangan,saya masih boleh terima.Agak2nya kalau kena "BOOO"+mengumpat(bukan pandangan)..SABAR jelaa.
Kalaulah SMIH tak layak ke peringkat akhir..takkanlah juri kasi menang waktu pusingan kalah mati (ops~ kan dah membebel)

Saya sabar.Saya diam.
Saya lihat Tasnim berdebat.
Saya gembira kerana Tasnim tetap semangat. Ignore apa yang penont0n buat.
Serius, sekiranya saya berada di tempat beliau..saya rasa macam nak turun dari pentas final sahaja.Saya sedih melihatkan sikap2 pendebat2 yang tidak pr0fesional.
kalaulah begini sikap2 pendebat muda,tak dapat bayangkan masa depan pendebat2 muda yang mewarisi kepimpinan negara..saya tidak hairan sekiranya ahli politik saling bertelagah dan saling menjatuhkan antara 1 sama lain pada masa depan.
Hmm..

Selepas giliran Tasnim tamat,
2nd speaker SMK Green R0ad pula yang berdebat. ok..sewaktu ini saya keluar dari dewan. Memang hati berasap tapi sabar.
Saya pergi ke tempat latihan finalist BM.
Saya cakap dengan mereka, kalau b0leh saya NAK mereka lihat debat English. Saya pun ceritakanlaa apa yang berlaku sebentar tadi.
Saya nak junior2 BM saya mengambil semangat pendebat2 English. Setelah itu, latihan diteruskan semula dimana terhenti sebab nak makan+dengar cerita saya.
Tersenyum juga lihat tingkah mereka yang ada kalanya menggelikan hati ketika berlatih.
Haih, tak sangka banyak juga peningkatan BM tahun nie untuk 2-2 team.

Setelah latihan BM tamat,
kami bergegas ke dewan final English. uit,padat lagi ;(
Kena berdiri lagi..kami datang ketika Dalilah (2nd speaker SMIH) nak habis debat. Oklaa~ sempat lagi nak teng0k lagi dua speakers berdebat. Saya pun lihatlaa dengan penuh khusyu' dan adalaa jugak geram2 bila ada yang buat "BOOO" bila giliran SMIH berucap.
Saya suka dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Tasnim,Dalilah dan Amnah di pentas final.
Satu team yang mulanya ditarget takkan sampai ke final. (kan? asalnya lagi 1 grupkan yang ditarget oleh Abang Faiz..ke Danial..?)
Namun, fikir2kanlaa..ketika ini hati saya benar2 Y.A.K.I.N
siapakah yang sebenarnya yang memberikan rezeki kepada hamba-Nya?
siapakah yang membolak-balikkan hati juri untuk memilih pemenang?
siapakah yang memberi kekuatan dan idea kepada hamba-Nya?
Allah atau manusia? pastinya ALLAH

jika hati kita utuh dan percaya akan ALLAH..grup yang dapat ranking 1o0 diz year..tiba2 next year dapat jadi champion..saya tak hairan. (tapi mestilah kena usaha dan doa juga)


Tamatnya final English..ada sesi penyampaian hadiah buat team BM dan BI yang dapat masuk sehingga semi-final.
top speaker BM dan BI (n0.2 - n0.10)
saya call jannah sebab beliau kata nak datang malam tersebut.
Laa~ rupa2nya jannah pun ada di tingkat 2 dewan. kami pun turunlaa ke tingkat 1..jumpa dengan ALUMNI yang datang menyokong pada malam tersebut ;) thanx yeah pada sesiapa yang datang ^_^
muka guru2 semuanya seolah-olah cuak..mestilah,gementar menanti keputusan es0k pagi.
Keputusan debat akan diketahui pada esoknya.

pendebat BM kena panggil balik naik tingkat 3..abang Auzan nak jumpa..
kami yang lain2 apa lagi, keluar dari dewan.makan kek yang jannah bawa. Kek coklat tue..sedap!
Lepas ambil sepotong, saya lari naik ke tingkat 3 untuk lihat latihan debat BM.
Saya lupa sama ada ambilkan ke tidak untuk finalist BM tue..rasanya macam tak.eh,macam ya.ntah laa
(title guru pengiring debat BM bukannya untuk anda bersenang lenang ye..)

Saya temankan juni0r2 saya sampailaa Abang Auzan melepaskan mereka. Abang Auzan adalah kasi nasihat..tips2
Pendebat2 English balik dahulu bersama ustazah kamaliah+ustazah hawanis
pendebat2 BM macam biasa..lambat balik sebab ada laa benda2 mendatang.
Yang paling best? aha! luar dewan tue macam buat reunion sebab ada ex-debaters yang lama saya tak jumpa..akhirnya jumpa juga.

Ok..lalu kami keluarlaa dari dewan tersebut untuk balik ke d0rm untuk tidur..zzz

pesanan 1:
tabik sama dengan ALUMNI2 yang datang walaupun sedang berlangsung exam week

pesanan 2:
adakalanya kita lupa bahawa kejayaan itu,kemenangan itu datangnya daripada Allah.
Lupakah kita dengan peperangan awal yang dilalui oleh umat Islam? Peperangan badar,uhud,khandak dan sebagainya..Jumlah umat Islam adalah sikit,teramat sedikit
Mengikut l0gik akal, memang akan kalah.
Namun, umat Islam menang..kerana apa? Kerana Allah yang memberikan kemenangan.
Walau apapun..usaha dan pengorbanan itu penting bagi meraih meraih redha Allah agar Allah memenangkan kita ^_^

pesanan 3:
perjalanan menuju kejayaan penuh dengan kepayahan..saat inilah hati kita diuji sama ada untuk bertawakal dan mengharapkan pada Allah ataupun tidak.
Saat kita sudah mendapat kejayaan, hati kita diuji sama ada bersyukur atau pun tidak. Sama ada kita meninggi diri atau pun tidak.

pesanan 4:
apa2hal, dalam debat macam2 boleh berlaku. Hidup ini mengajar kita untuk belajar berdepan dengan sebarang kemungkinan ^_^

pesanan 5:
akhirnya saya rasa dan faham serta mengalami rasanya bila finalist tahun2 sebelum ini dipertikaikan kemenangannya.
FAHAM TIDAK SAMA SEHINGGA ANDA MENGALAMINYA!

tinggal post debat 7..
dah nak dekat tamat cerita 8th interschool debating championship daripada sudut pandangan ex-debater+guru pengiring

"mengharap senang dalam berjuang, bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba"