Sabtu, 26 September 2009

ARKED CENGAL

ARKED CENGAL, UTM

+saya rindu sama kamu!
+esok..esok..esok..hari AHAD
last saya boleh berjalan-jalan di JOHOR

oh yeah
+teringat pada senior2 dan junior2 yang turut mengindahkan memori di ARKED CENGAL tahun 2007&2008

ARKED CENGAL...saya rindu sama kamu!

luahan.rindu.orang.yang.nak.fly
ex-debater
p.s:arked cengal tue tempat latihan debat dulu2.rindu sangat2 T_T
p.s 2: doakan dapat ke arked cengal esok!!! nak amik gambar arked cengal!

Khamis, 24 September 2009

JEMPUTAN MAJLIS DOA SELAMAT

assalamualaikum.

Sempena dengan keberangkatan saya+kakak saya (kak shazana) pada 29 September 2009 ke Mansoura University,Egypt. Dijemput orang2 yang mengenali kami
-depikir club,xgen,batch 8,saudara mara,jiran tetangga,ALUMNI SMIH ke..-

JEMPUTAN KE MAJLIS DOA SELAMAT
hari : sabtu (26 september 2009)
masa: 2.00 petang
tempat : rumahku syurgaku.
(alamat? siapa yang kenal tahulaa..takkan nak publish di blog kot ;) yang kenal tapi tak tahu sila email saya di
dr_wani91 (at)yahoo(dot)com

Rabu, 23 September 2009

(POST 2) KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN ITU,SAUDARA! --adakah kau lupa ;)--

ADAKAH KAU LUPA.
lagu yang saya kenal ketika berada di tingkatan 3.waktu join program daurah di sekolah ;D
alhamdulillah,lagu nie jadi tema daurah.kalau tak,saya pun tak tahu benda nie wujud.
--rindu daurah--
dulu2, nyanyi main taram aje.vokal semua tak amik kisah. (tak penting pun)
faham apa yang ada dalam lirik je laa.
batchku,batch 10 (perempuan2) tiap kali lepas program macam qiam mesti kumpul ramai2 di depan..buat bulatan..then,nasyidkan ADAKAH KAU LUPA.
memang bersemangat lepas tue ^_^
itu cerita waktu umur 15 tahun.zaman perasan muda.adalaa kesedaran nak kaji sejarah Islam (kesedaran je)
umur 17 start belajar dan faham sedikit demi sedikit.
umur 18 tahun baru nak serius faham betul2.walaweh~ dah tua daa 18 tahun nie.
Muhammad Al-Fateh mampu tawan kota Konstantinopel waktu umur 21 tahun!
Saya? 18 tahun..
anda?..
apakah sumbangan saya.anda.kita pada agama,bangsa dan negara?
pesanan:
kita start berkenalan dengan zaman kegemilangan ini sedikit demi sedikit. mengikut tahap kelajuan internet di kampung :D
-------------------------------------------------
Artist: Alarm Me
Song Category: Nasyid
ADAKAH KAU LUPA
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua.. melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

----the end----
konklusinya,
siapa kata ISLAM tak hebat?
baru habis baca buku tentang MUSTAPHA KAMAL ATARTUK (btulke ejaan nie?)
best3!
sebab apa best?
1.kita akan faham macam mana khilafah Islam boleh jatuh.nak join faham sekaki?
2.kita akan faham yang sejarah itu akan berulang-berulang dan berulang.
3.walaweh~ kalau tak best..takdenye saudara2ku,anak2 muridku terpikat dengan buku tue sampai berebut nak baca.
kalau tak best..takdenya ayahku nak baca sampai terbawa-bawa waktu makan rendang+nasi impit tadi.
--->promosi buku tentang MKA dalam post seterusnya. buku nie RM 1o je..murah woo~
23 September 2009
(ye ke??..dah lupa tarikh.main taram tulis je.hari nie hari apa pun tak tahu)
Muar,Johor (nie konfem betul :D)

Sabtu, 19 September 2009

(POST 1) KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN ITU, SAUDARA!

bismillah.
assalamualaikum wmt wbt

suatu masa dahulu (tapi takdaa laa lama sangat, dalam setahun dua)
saya suka dan gemar membicarakan tentang hal-hal yang membina jiwa.

namun sampai satu ketika..

saya FUTUR
ya Allah~ bangkit itu amatlah sukar!
ditambah lagi untuk memupuk kembali pemahaman terhadap kepentigan ISLAM
kini, izinkan diri saya yang sebenar..yang ada saat jatuh bangunnya..
MEMBICARAKAN KEMBALI MASALAH UMMAH.
izinkan saya membicarakannya agar hati saya TIDAK TERIKAT DENGAN DUNIAWI
yang menyesakkan dada saya.
izinkan saya kembali pada diri saya. salam mujahadah ye empunya blog ^_^

tahun 2020
sudah 100 tahun dunia ini tanpa KHILAFAH!
sudah 3 kali saya dengar kata-kata ini diucapkan, dan setiap kali itulah bulu roma saya meremang.

1. apakah itu khilafah Islam?
2.sejarah Islam sebelum nie ada ke khilafah?
3.penting sangat ke khilafah nie?
4.apa kesan kalau tak daa?

cukuplah 4 persoalan utama ini akan saya cuba rungkaikan dan cuba terangkan di dalam blog.
perlu diketahui ;

1. sekalipun anda benci dengan sejarah, harapan saya agar anda ketahuilah sedikit sejarah ISLAM (terutama buat mereka yang beragama ISLAM).baca2 gitu pun tak mengapa..at least anda tahu.

saya pun bukanlaa minat sejarah
namun ada beberapa peristiwa yang menyentak saya (mungkin hidayah daripada Allah. Alhamdulillah~ ) dimana saya tiba2 terminat dan terdetik membaca buku dan laman2 web yang menceritakan sejarah ISLAM

dan melaluinya saya mengetahui bahawa;
ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM akan tiba, pasti akan tiba!
dimana KHILAFAH ISLAM akan tertegak kembali.
negara2 ISLAM tidak akan bercakaran.
UMAT ISLAM tidak akan ditindas
persoalannya, adakah anda sama2 berjuang ketika ini?

sejarah akan berulang..dan pasti akan berulang.
masih ingat aman sebelum ISLAM datang ke dunia?
bagaimana keadaannya?
zina berleluasa, arak berleluasa, pembunuhan berleluasa, pergaduhan puak berleluasa,judi berleluasa..
sama tak dengan keadaan sekarang? SAMA kan..

tak faham lagi?
saya juga seperti anda pada awalnya.
saya akan cuba untuk terangkan versi biasa2 punya sebab saya pun baru nak fahamkan.
saya ingin kongsikan perkara ini bersama kerana..
SAYA RASA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEDARKAN KEPENTINGANNYA KEPADA ANDA agar...... (anda akan tahu bila anda faham ^_^)

pesanan 1:
jazakumullah diucapkan kepada;
ustazah kamaliah,ustazah fauziah,ustazah normah,ustaz hairozi dan prof termizi atas bantuan ini.dalam menyedarkan saya, memberi bimbingan dan sokongan.


pesanan 2:
teringat naqibahku,ustazah kamaliah ada pesan baru2 ini (lebih kurang)
Kita ketahui menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara'. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama MENEGAKKAN ISLAM.

teluk intan,perak
1 syawal 1430 H (lupa daa tarikh dalam masihi, kes ingat raya)

EID MUBARAK ^_^


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua insan yang mengenali diri saya+pengunjung blog ^_^
p.s: saya punya handphone tak beli yang baru lagi.terima kasih kepada yang ucapkan selamat hari raya melalui blog atau handphone kakakku

minta maaf sekiranya saya ada buat salah dan silap pada anda sama ada benda yang dah lepas atau sekarang mahupun masa depan.
halalkan makan,minum,ilmu..kalau rasa saya ada berhutang dan anda ingin menuntut daripada saya, silakan ;) sebelum saya fly.

cara solat hari raya
-Solat hari raya dua rakaat dimulai dengan ihram diikuti dengan doa iftitah.
-Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram
-Hendaklah diselangi di antara dua takbir sekadar masa membaca satu ayat sederhana dan sunat membaca di antaranya" Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar "(Yang bermaksud, Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.
-Seterusnya membaca "Auzubillahi minasy syaitonirrajim", Fatihah dan satu surah atau beberapa ayat.
-Selepas takbir ketika bangun pada rakaat kedua, hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi.

Para ulama telah ijma' tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;Yang bermaksud, Amru bin 'Auf al-Muzani R.A meriwayatkan Nabi S.A.W bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil ADha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.

Selasa, 15 September 2009

- HARI-HARI YANG BAKAL MENJELMA -


antara SALAH SATU perkara yang saya tak suka fikir lama-lama tentang sekolah ialah batch saya iaitu ;
X-GEN
b0leh rindu tahap apa ntah sampai rasa nak nangis kalau ingatkan kawan-kawan satu batch yang mempunyai pelbagai ragam dan sikap

eit, X-GEN..saya rindu sama kalian laa ;D
rindu sangat2
nak jumpa antum sangat2 sebelum fly.
apalaa khabar antum sekarang nie ye. belajar ok ke x?

di bawah merupakan email yang ditulis oleh saudara Abdullah Munir, ketua pelajar dalam batch saya
beliau hantar email ini dalam yahoogroups Xgen (batch 1o SM Islam Hidayah) sebelum semua warga X-GEN bertebaran di bumi Allah

oh yeah, X-GEN juga merupakan batch yang suka memecahkan rekod peperiksaan sekolah. sampai naik pening junior2 seterusnya untuk menewaskan.

luahan rindu saya buat X-GEN sudah tidak terkata, apatah lagi tertahan
sem0ga kita dipertemukan suatu hari nanti setelah rindu di hati tidak tertanggung

X-GEN BERSAMA MENGGEGAR DUNIA
-----------------------------------------------------------------
HARI-HARI YANG BAKAL MENJELMA By:munir Xgen

Bismillairrahmaanirrahiim,

Allahu Akbar!Alhamdulillah!Subhanallah!

Malam-malam dalam minggu ini, Allah telah menemukan ana bersama ikhwah-ikhwah x-gen. Ada ketika sedang bekerja (utk seminar kemasayarakatan) ada yang dalam suasan kegembiraan (jamuan di rumah Hilman-beliau akan bertolak ke US pada 12 Jun ini-doakan keselamatan dan kejayaan beliau), ada yang dalam suasana bahaya (x perlu cerita..), ada dalam suasana sedih dan pelbagai suasana lagi yang menghiasi hari-hari terakhir sebelum warga x-gen bertebaran di atas muka bumi Allah. Alhamdulillah, ramai yang telah mendapat tawaran-tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi dan ramai juga yang bakal mendapat khabar gembira, insyaAllah.

Memang dahulu, perasaan seperti yang kita alami ini tidak pernah dirasai, tetapi sejak kebelakangan ini apabila mendapat khabar ada yang telah melanjutkan pelajaran dan mereka yang bakal melanjutkan pelajaran dalam masa terdekat memenuhi inbox/shoutbox kita sebuah perasaan menyentak bongkah perasaan kita..baru sekarang terlintas kembali pengalaman dan memori pahit manis suka dan duka di zaman persekolahan ketika kita ditarbiyah di taman Islam Hidayah. Masih teringat kita memenuhi waktu malam dengan duduk bersama menyatakan cita-cita, bersembang meluahkan perasaan masing-masing tidak lupa juga mengisi malam hari dengan menyusun agenda jihad esok harinya (kemas buku sekolah utk belajar..kan jihad tu). Baru sekarang terbayang dalam fikiran yang jernih imbasan-imbasan video scenario-senario di sekolah dahulu, gelak ketawa bersama, turun ke padang bersama, duduk di meja mesyuarat bersama, memerah otak memikirkan apa program yang terbaik untuk pelajar, merencana perancangan setahun, menutup hari dengan mendoakan teman-teman…imbasan-imbasan itu segar kembali dalam ingatan.

Motto kita: X-Gen Bersama Menggegar Dunia. Teringat kembali ketika kita semua membincangkan motto terbaik untuk batch kita, batch ke-10. Hasilnya, lihatlah pada baju yang ada dalam almari kita, bukan sukar untuk mencarinya. Warna biru cair yang lembut dengan gambar peta dunia dibelakang merupakan petunjuk yang baik bahawa anda sedang menemui baju batch kita. Cuba lihat nama yang tertera di bahagian kiri hadapan baju tersebut. Cuba baca tulisan tersebut. Ya!Itu nama anda..Ya!Anda sebahagian daripada warga x-gen..

Teringat kembali saat sedang berehat di asrama. Memang tilam di asrama tidaklah seempuk tilam di rumah kita. Namun, tilam itulah yang kita Alaskan badan kita dalam perjuangan menuntut ilmu di Taman Islam Hidayah. Ya, tilam itulah yang menjadi saksi jerih payah kita di sekolah dahulu. Terkenang sutu ketika kita mengisi sebuah malam-malam terakhir SPM dengan merencanakan masa depan kita bersama. Ketika itu masing-masing menyatakan cita-cita. Ada yang hendak menjadi jurutera, akauntan, peguam, guru, doktor, petani professional, ahli perdagangan dan pelbagai lagi cita-cita yang mewarnai usaha-usaha menjadi ulama’ ‘amilin (yang beramal). Di akhir perbincangan itu, teringat seorang ikhwah, moga Allah merahmati beliau, mencetuskan idea yang bernas untuk mengumpulkan kita kembali setelah masing-masing selesai dengan ijazah..bukan hanya ijazah tetapi dengan risalah. Ya, insyaAllah kita akan berkumpul semula dengan ijazah masing-masing dengan arah yang sama, memperjuangkan risalah. Itu janji kita ketika itu…masih segar dalam ingatan.

Mulai hari ini, ramai daripada kita bakal meneruskan usaha mereka menjadi pejuang ilmu, memang rasa sekejap sahaja kita bertemu dengan sahabat-sahabat. Seperti baru semalam berjumpa. Cuba tatap gambar ‘kita’ ketika kita masih memakai baju putih/kuning dengan seluar berwarna coklat kekuningan.

Satu persatu daripada wajah-wajah ini akan jauh daripada sisi kita. Ada yang ke utara. Ada yang ke Selatan. Ada yang ke Timur. Ada yang ke Barat. Masing-masing mencari jalan terbaik meraih Redha Allah. Ya Allah, semoga kau pertemukan kami kembali.dalam keadaan yang kau redhai..dalam rabithoh Amiin.

[Nasyid Gelombang Keadilan~Masihkah kita ingat?]

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga..

______________________________________________

Kutiplah mutiara yang ada, gilapkan agar ia tetap bersinar. Ana teringat ketika kita duduk di surau hidayah, musolla kita. Ketika usrah gabungan terakhir kita sebagai pelajar sekolah. Beberapa pesanan dan wasiat diberikan kepada kita. Suka ana untuk mengingatkan kembali nasihat2 tersebut sebagai bekalan untuk kita dalam menempuh kehidupan awal di IPT.

  1. Sentiasa memelihara diri dengan bersama ikhwah/akhawat. Berusaha sedaya upaya untuk mencari teman-teman seperjuangan. Biarlah kita tetap hidup dalam suasana iman tqwa dan ukhuwwah. Guru-guru, senior boleh dijadikan rujukan.
  2. Sentiasa dalam usaha amal dakwah. Berusahalah sedaya upaya untuk mengisi hari-hari dengan agenda yang bermanfaat untuk ummah agar kita tidak disibukkan dengan hal-hal yang remeh.
  3. Tambah tsaqofah. Akademik itu satu perkara. Kita masih mempunyai kewajipan untuk menguasai ilmu kita iaitu ilmu syariah. Berusahalah untuk menyeimbangkan kedua-duanya.
Akhir kata,
Salam perjuangan kepada mereka bakal berjuang di matrikulasi…
Salam juang buat mereka yang bakal ke asasi, tamhidi dan foundation…
Salam juang kepada mereka yang akan mengikuti program diploma…
Salam perjuangan bagi mereka yang bakal merantau jauh…

Dan selamat pergi….kepada semua..moga kita bertemu dengan buah ilmu yang terbaik…
Untuk Ummah untuk Islam….

Ingatkan ana ketika ana terlupa..

Abdullah Munir bin Mohd Aizaini
X-Gen SMI Hidayah
X-Gen Bersama Menggegar Dunia̢۪
0156
11 Mei 2009


-PELANGI DE'PIKIR-


PAINT
-nama program dalam komputer yang saya suka main waktu kecil-
sekali teringin nak main lagi sekali walaupun usia dah mencecah 18 tahun..dah tua daa.

tengah menyiapkan PELANGI..sengaja mengimbas kenangan lalu.

dalam pr0ses menyiapkan "PELANGI" sebelum fly.
PELANGI ? apa benda nie?
bagi yang tahu sahaja yang mengerti ;)
nak pesan, PELANGI nie kalian tidak akan dapat secara terus dari tangan saya. Saya akan paskan pada seorang senior, dan berdasarkan senior tersebut nak bagi pada kalian bila (insyaAllah)
doakan semoga siap,yeah!
antara bait-bait kata di bahagian kulit PELANGI ini :-

Buat mereka yang dipilih oleh DIA untuk melatih dan membimbing generasi pendebat SM Islam Hidayah, Johor.
Buat mereka yang merelakan diri untuk dididik dengan kesabaran dan ketabahan sepanjang proses ini berlangsung.
Buat mereka yang akan turut merasakan apa yang telah dirasakan oleh senior-senior sebelum ini yang membimbing debat SM Islam Hidayah.
Buat MEREKA.. saya hadiahkan PELANGI buat anda sebagai warisan ilmu ^_^

Ingat keperitannya, jangan lalai dengan kejayaan !
junior 2008 yang kekal sehingga 2009 ;
Hanif, Ilham, Anas, Ili, Liyana,Nadiyah, Raihana, Najat
8 orang..kawan suka duka ;) Memang benda paling ingat selalu..
terima kasih kerana sudi bersama-sama menaikkan nama ISLAM ^_^


English team memang hebat.
Every year, prestasi menaik..alhamdulillah ;)
insyaAllah, next year boleh buat punya! Tak kira walau apapun ujian datang melanda..
Allah itu ada.


Khamis lepas (10/9/09) merupakan perjumpaan saya yang terakhir dengan junior2 depikir
Ya. sudah sampai masanya untuk menyerahkan tugas buat kalian ;)
Bergeraklah dalam jemaah. Rasa kebersamaan itu wujudkanlah.
Buat perancangan dengan teliti..

---------------------------------------------------------------

ujian daripada Allah datang dalam pelbagai bentuk.
macam pelangi, ada pelbagai jenis warna..kan?
namun kesan daripada ujian itu amatlah MANIS seindah warna pelangi yang bercampur warna itu.

untuk Xgen, saya juga merindukan kalian sangat100x
tapi..saya sedang menggodak (ada ke dalam kamus dewan eh?) komputer, laptop,pen drive untuk mencari gambar-gambar Xgen.Tidak berniat nak lebihkan depikir sahaja. Sekian.

pesanan 1:
dah khatam al-qur'an ke belum?

pesanan 2:
larat lagi tak nak berqiammulail untuk meraih malam lailatul qadar dalam masa beberapa hari lagi nie??

AYUH..SEMANGAT! SEMANGAT!

-TENTANG HOT SEAT-


845_hot_seat_the_468.jpg image by ba1
HOT SEAT .. HOT SEAT (panas,panas)

-hot seat- 2nd audition untuk kemasukan ahli kelab debat yang baru
antara pengalaman yang saya alami ;

1. junior-junior tingkatan 1 pada tahun ini hebat belaka. tabik spring!
mereka mempunyai idea untuk menyelesaikan masalah yang diberi dan mampu berbicara dengan lancar

2. part HOT SEAT yang saya paling suka. waktu ustazah anis, ustazah juhanita dan saya menyoal junior2 lelaki tingkatan 3. tajuk tentang "KEMASUKAN PEKERJA ASING"..kami bincanglaa tentang pembantu rumah. kami katakan hidup susah kalau takde pembantu rumah.
lalu berlangsunglah sesi dialog di bawah (lebih kurang laa) ;

ustazah anis menyoal,kalau takde pembantu rumah siapa nak jaga adik2
-saya ingat dia nak jawab mak ada..tapi dia jawab..-
"kan boleh hantar kat pusat asuhan kanak2-
habis tue kalau pembantu rumah takde, siapa nak basuh baju?
-saya ingat dia nak jawab..kan ada washing machine (erk,betulke ejaan ni?).tapi dia jawab-
"hantarlaa dobi"
ok, kalau nak makan, siapa nak basuh?
-saya ingatkan dia jawab gunalah pinggan dan cawan kertas..pakai buang punya.sekali dia jawab-
"makan laa kat luar"

mak oii, hebat2 ;)
bidasan yang clear cut. saya dan ustazah juhanita tergelak sebab tak sangka bijaknya budak yang menjawab ini. punyalah soal panjang..jawab dia 3-4 patah perkataan yang bidasan punya clear cut!
nie kalau dipolish betul2, memang 3rd speaker yang ada sekarang -ilham dan nadiyah- dah boleh tarik nafas lega..

3. ada seorang junior tidak datang hot seat kerana dalam list nama yang saya taip dan tampal di papan kenyataan..saya tersilap taip nama bapanya. haila~ junior2 sekarang memang begitu semangat mempertahankan nama ayah masing-masing. Salah sikit pun tak boleh T_T

4. pelik..pelik..junior-junior nie takut kalau kena hot seat dengan ustazah hawanis (guru penasihat kelab debat SM Islam Hidayah)
di papan kenyataan saya sengaja dan selamba mamba menaip;
PENGENDALI: USTAZAH NORHAWANIS SAMION DAN USTAZAH JUHANITA JUMAAT
sekali bila saya cakap yang saya akan gantikan ustazah norhawanis,
punyalah budak2 tue sorak girang.. "yes!" "alhamdulillah"
pergh~ takpe,sekali saya hentam baru tahu langit tinggi ke rendah

5. saya suka bertanya niat junior-junior yang berjaya di HOT SEATkan.
saya tanya kenapa masuk debate club.
em..antara jawapan yang paling saya suka
"ana masuk debat club sebab ana nak tahu isu semas yang berlaku sekarang. nanti kalau ana jadi pemimpin negara masa depan,ana dah tahu tentang isu2 semasa nie" (form 1 punya jawapan)

" ana nak masuk debate club sebab ana suka tengok hubungan ahli debat yang rapat"
"ha??rapat macam mana tue?" -saya dah cuak,adik oii debat club bukan tempat menghalalkan yang haram
"ala~ macam debater banat form 2 rapat dengan akak2 debater form 4, rapat dengan kak wani"
"owh..ingatkan apa tadi. memang pun, sebab tue akak sayang dengan debate club.sebab teman suka boleh dicari, teman duka..waktu sedih, susah nak cari. tapi dalam debate club ada ^_^ nanti korang masuk fahamlaa~"

Kenapa nak menaip?
sebab nak bagi tahu pada junior saya dan orang2 yang berkaitan;
ANAS,HANIF,ILHAM,ILI,RAIHANA,NADIYAH,LIYANA.. (najat)
(serius, pelik sangat..kenapa dalam apa2 hal..nama liyana mesti saya sebut paling last. betul kata liyana.aish~ tapi liyana tetap akak ingat. Kalau tulis dalam kad pun, nama liyana mesti tertulis dengan nama orang lain. pelik2)

1. kali perlu usaha sedaya mungkin untuk latih junior sebaiknya. gunakan ketegasan dalam membimbing junior. jangan manjakan mereka

2. kalian sudah ada pewaris yang lebih kurang sama bakat dengan kalian (time kalian masuk awal2..tapi yang nie hebat lagi rasanya). Kalian jangan sia-siakan bakat terpendam junior-junior baru nie.
Penat akak duduk bergaduh buat hot seat dengan junior-junior nie.

3. InsyaAllah, usaha..doa..tawakal. Kita doakan moga-mogahan generasi yang baru dalam family depikir dapat MEMAHAMI dan MENGERTI apa yang sebenarnya kita sedang perjuangkan.

Buat junior-junior baru yang terpilih;
TAHNIAH saya ucapkan ^_^
saya dah ingatkan kalian (bagi yang kena HOT SEAT dengan saya)
debate bukanlah satu tempat yang best. serius~
1. bestnya,latihan dah laa selalu kena buat. balik kadang2 sampai petang nak ke maghrib. kadang2 pukul 10.30 malam baru balik.kadang2 kena tidur sekolah. penat wo0~
(kesan: sebab tue debater saling memahami..sebab penat kami hanya kami sahaja yang tahu)

2. lagi super best bila dalam debat nie..improvelaa macam mana sekalipun. Takkan kena puji punya. Kalau kena puji tue..alahai~ macam mimpi aje.
(masa Rasulullah nak sebarkan dakwah, banyak kena puji ke keji? jawab2)

3. Lagi super duper best, bila super senior turun train (senior lelaki). aha! ketika ini selamat datang wahai linangan air mata. Best tau sesi latihan dengan super senior ;) Hanya mereka yang hebat sahaja mampu berjumpa dengan super senior tapi risikonya itulah kalau tak tahan...keluarlah mutiara2 di mata.

4. Lagi super duber punya best dah tiada tahap bila..
anda dapat rasakan yang debat nie merupakan percaturan usaha dan pergantungan kita pada Allah. Dalam debat macam2 boleh berlaku. Kadang2 kita dah usaha, namun kita tak layak ke pertandingan debat..macam2 laa. aish~

seriusnya, perjalanan dalam debat tak best.
yang bestnya KESAN DARIPADA PERJALANAN PROSES MENJADI PENDEBAT
saya kini memahami BAHAWA ISLAM BUKAN SEKADAR AGAMA SEMATA dimana hanya pada solat dan puasa NAMUN ISLAM MERUPAKAN SATU CARA HIDUP yang meliputi semua aspek kehidupan..pada tutur bicara, pada akhlak dan sebagainya

saya belajar dan mengerti bagaimana peritnya untuk mendidik hati mengamalkan ilmu yang saya pelajari. Dulu belajar tentang Islam. Dalam debat, saya mengaplikasikannya ;)
hanya pendebat memahami pendebat (ceh~ ye,ye aje)..tapi memang betul pun ^_^
sebab itu saya tak boleh nafikan yang saya lebih suka bercerita dengan junior2 debat berbanding kawan sendiri..*teeet*


cerita tentang debat, sampai 100 post pun tak habis.
ok, -----the end!----

skudai, johor
15 September 2009




Ahad, 13 September 2009

.:BILA ANGAN ke EUROPE ;D :.

AIM: uni of manchester, UK
insyaAllah..cooming soon
time buat master untuk speacilist dalam medic
-jauhnya cita2 kamu wahai empunya bl0g.degree pun baru nak start september ni-
sekalipun takdir menetapkan untuk amil degree course mansoura-manchester medical program di MANSOURA UNIVERSITY
semoga takdir juga menetapkan kaki ini bakal melangkah ke bumi Europe
-sebagai penuntut ilmu / pelancong-
kalau nak jadi penuntut ilmu, kesian kerajaan kene tanggung.


luv diz picture ;)
ucapkan : SUBHANALLAH (maha suci ALLAH) atas penciptaan-Nya yang indah ;)

gambar ini diambil dari blog kak atiqah ^_^
blog kak atiqah-klik di sini-
sorry kak..tiba2 terjatuh cinta pada gambar ini.

penciptaan Allah terlalu sempurna. sangat sempurna.
saya jatuh cinta dengan gambar ini.

pesanan:
semua gambar di atas di ambil dari blog kak atiqah ;)
saya memang suka melawat blog beliau kerana hati akan rasa tercabar dan meronta-ronta untuk melawat bumi UK.
kak atiqah, nantikan saya di UK! insyaAllah, kena kumpul duit sikit2 untuk ke sana.
kak atiqah pun memang suka letak gambar dalam blog beliau.
haila~ saya bersyukur dapat melanjutkan pelajaran ke mesir. Namun, tak salahkan saya untuk ke UK / Europe?

.:UBAH SUAI:.


BLOG INI DALAM PROSES UBAH SUAI SEMUA ASPEK
dan
TIDAK DIKETAHUI DUE DATE BILA NAK SIAP

-mencari template yang best2
-mencari rentak penulisan yang ok
-mencari macam2 benda

.: sekian:.

pesanan 1:
saya sudah tamat kontrak sebagai guru di SM Islam Hidayah, Johor. Rindu sama sekolah ;)

pesanan 2:
hari Selasa (15/9) saya akan ke Sekolah Hidayah untuk bertemu dengan guru-guru dan junior-junior buat kali terakhir sebelum fly..insyaAllah.
siap ada guru yang minta datang. terharu~

pesanan 3:
saya baru tamat baca novel Hlovate bertajuk Aa+Bb..jakon~

Ahad, 6 September 2009

SUNNAH BERJUANG


Sunnah berjuang dinasyeedkan oleh HIJJAZ.
Diperkenalkan ketika program MABIT (MAlam Bina Iman dan Takwa)
di SM Islam Hidayah form 3-5 khusus untuk banat -pelajar2 perempuan-

Kesimpulannya,
nak berjaya kena susah2 dahulu
dan bagi seorang MUSLIM..kejayaan itu bukan pilihan sebaliknya suatu kewajipan!
malahan membaca juga merupakan satu perintah suruhan daripada Allah swt.

"Iqro'" -surah al-'Alaq:1-
yang bermaksud "bacalah" dimana merupakan fi'el amar (ayat perintah)
kalau membaca itu sudah diperintahkan, maka janganlah malas2 nak belajar dalam menggapai kejayaan.

teringat pesan pengetua, SM Islam Hidayah pada hari selasa minggu lepas.
tahun 2020 genap 100 kita hidup di dunia tanpa terbangunnya sistem khalifah Islam.
ngee~ tidak malukah kita?

Apakah sistem khalifah Islam? apa kepentingannya?
jujurnya, saya baru faham setelah membaca buku mengenai Mustapha Kamal Antartuk ;)
-selamba-
anda mahu faham?.. insyaAllah, jika terbuka hati saya akan jelaskan.Anda juga perlulah mencari juga.
Selama ini di sek0lah hanya dengar, fahamnya entah ye atau tidak.
Bila dah keluar daripada bumi Hidayah..baru tahu langit tinggi rendah, baru tahu ilmu2 di sekolah dahulu nilainya tidak terkata.

pesanan1:
benarlah kata2 orang, subjek sejarah dalam buku teks bahagian ada yang palsu semata-mata. aish~ kesian kita ditipu.


Skudai,Johor
6 sept 2009



BETAPA ALLAH MENCINTAIMU ^_^

BETAPA ALLAH MENCINTAIMU
itulah titipan sahabat tercinta saya, Nadhirah Mohd Khairudin tatkala saya menceritakan masalah saya.

3 words yang cukup menyentakkan hati.
yang mampu membuatkan sisi lembut di hati kurniaan Allah tersentak lalu mengalirkan air mata.

3 perkataan ini juga saya titipkan buat seorang senior 2-3 hari yang lepas ;)
sudah lama saya tidak menulis malah menyebut 3 perkataan ini.

Saya yakin adakalanya awak.anda.mereka.kalian pernah ditimpa ujian yang berat sehingga terasa sesak dada dalam menghadapinya
Saya yakin adakalanya awak.anda.mereka.kalian merasakan seolah-olah seperti Allah tidak mempedulikan diri awak.anda.kalian.mereka lantaran bgitu banyak ujian yang diberi
Saya yakin awak.anda.kalian.mereka pernah merasa malah berpengalaman dalam menghadapi pelbagai jenis pengalaman yang pahit.

Saya tidak pernah kesal dan sedih atas kenangan pahit yang pernah menimpa diri.
Sekalipun adakalanya memang sedih bila mengenangkan kenangan pahit tersebut namun SAYA YAKIN bahawa kenangan pahit itu yang menjadikan hati saya tabah dan kuat.
Menjadikan saya seorang yang matah untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini.
Saya mampu berdiri atas kaki sendiri dengan izin-Nya ^_^
Saya juga yakin ada antara anda pasti sependapat dengan saya.

Sebelum mencapai kejayaan, pasti pelbagai ranjau yang anda WAJIB tempuhi sebagai syarat.
Sebelum masuk ke syurga, pasti pelbagai ujian yang menduga mental,fizikal dan hati yang WAJIB dilalui.
Kesimpulannya, ujian itu tanda BETAPA ALLAH MENCINTAIMU ;)

Buat awak.dia.kalian.mereka

La tahzan wa lakhof, jangan bersedih dan jangan takut
Innallah ma'ana, sesungguhnya Allah bersama kita
Dengan sifat kasih sayang-Nya, Dia sentiasa mendengar rintihanmu
Dengan sifat Maha Pendengar-Nya, Dia pasti mengabulkan permintaanmu mengikut masa yang terbaik untukmu
Dia penciptamu, DIa lebih tahu apa yang terbaik buat dirimu ^_^


Skudai, Johor
6 september 2009

pesanan 1:
minggu ini minggu terakhirku sebagai pendidik di Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Dan mungkin juga kali terkahir aku menjejakkan kaki ke bumi Hidayah..hmm..

pesanan 2:
minggu ini minggu terakhirku berjumpa dengan junior2 familydepikirku. speechleess... saya pasti akan rindu sama kalian.
saya pasti ingat kenangan bersama dnegan junior yang berjuang di dalam depikir tatkala susah dan senang

pesanan 3:
minggu ini minggu terakhirku berjumpa dengan semua guru2ku kerana aku tidak yakin bila masa lagi mampu menjejakkan kaki ke bumi Hidayah

pesanan 4:
minggu ini minggu terakhir..segalanya minggu terakhir ;(