Sabtu, 31 Oktober 2009

BELAJARLAH DAN MAAFKAN (25:63)

Bismillah

Thank Allah
Semakin saya belajar lebih mendalam tentang ciptaan Allah
Semakin saya melihat kebesaran Allah yang selama ini saya tidak terfikir langsung
(tidak terfikir atau malas berfikir?)

Alhamdulillah kini kami 1st year student medic machester sudah masuk case ke-3 untuk semester 1.dah nak masuk case 4 hari rabu (untuk division A) / hari khamis (untuk division B)
case 1- the sturucture of the cell
case 2- active and passive movement
case 3- urine and infection
insyaAllah, rabu(4/11/09) dan khamis (5/11/09) kami akan ada mock exam.
haih~ rasa macam sekejap je. lepas raya haji,kami ada mid sem exam.
buat keluarga2 pelajar yang berkaitan,doakan kejayaan kami ye ;)

---------------------------------------------------------------------

"Adapun hamba2 Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang2 yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 bodoh menyapa mereka (dengan kata2 yang menghina) mereka mengucapkan "salaam" (al-furqan:63) al-furqan surah ke 25 dalam qur'an

salaam = ucapan salam..dibalas dengan kebaikan

kesimpulannya,
belajarlah untuk menjadi seorang yang pemaaf. tak rugi pun jika anda memaafkan kesalahan orang lain.
belajar juga untuk menunjukkan contoh yang baik ^_^
belajarlah untuk menerima orang disekeliling anda seadanya
belajarlah untuk berlapang dada dalam setiap perkara yang mendatang ;)

bukankah anda suka sekiranya orang berbuat baik kepada anda?
maka buatlah baik kepada semua manusia..
Allah juga tidak pernah kejam pada anda bukan?
diberikan nikmat mata,telinga,jantung,hati,buah pinggang dan semuanya dengan percuma
hanya anda yang tidak rasa.
bila anda akan rasa?
bilamana semua nikmat tersebut akan ditarik.
bersyukurlah kepada Allah..hayatilah sifat ar-rahman (Maha Pengasih) Allah

31/10/2009
3.00 ptg --waktu mesir--
samenoudi,syari' jihan
mansoura,egypt

Selasa, 27 Oktober 2009

to my beloved younger sister:HAPPY BIRTHDAY ^_^

bila adik bongsu perempuan dan lelaki bergabung ;)

Bila jauh di perantauan
Sambutan hari lahir keluarga yang berada di negara tercint tidak dapat disambut bersama
tapi, wish pun dah dikira ok laa kan ? ^_^ wish dalam blog pula


to my younger sister
happy birthday.selamat hari lahir.sannah helwa ya jamilah
yang ke 14 tahun
pada 27 oktober 2009


doa kakakmu yang berada di perantauan:
1. semoga dimurahkan rezeki
2. semoga jadi anak dan adik yang solehah wa musleh (baik dan mengajak pada kebaikan)
3. tercapai cita2mu
4. semoga terus tabah hadapi pelbagai ujian
5. sem0ga rajin belajar ;D


pesanan:

AL-FATIHAH buat ayah ustaz zaidi yang telah kembali ke rahmatullah.
semoga roh beliau dicucuri rahmat.


pesanan 2:

hari rabu dah masuk minggu ke-3 belajar!!
dapat kes ke-3..makin tough
allahumma yassir wala tu'assir (ya Allah mudahkan, usah payahkan)
27/10/2009
10.19 pagi --waktu mesir-- (11.30 kuliah terakhir untuk 2nd week!)
dalam rumah,
Samenoudi,Syari' Jihan
Mansoura, Egypt

Sabtu, 24 Oktober 2009

Bismillah

Bila rasa diri lemah, cepat kembali mengingati niat dan matlamat
Bila rasa diri keseorangan, teringat teman seperjuangan yang jauh di mata namun dekat di hati

XGEN BERSAMA MENGGEGAR DUNIA
akanku ingat moto ini. moto yang tersirat 1001 makna yang mendalam
disematkan dalam jiwa2 rakyat jelata XGEN (batch 1o SM Islam Hidayah)

kepada semua pengunjung bl0g,
usah sesekali berputus asa.
walau apapun ujian yang datang melanda...pasti ada kemanisan yang terselit
USAH DILIHAT PAHITNYA USAHA, LIHATLAH BETAPA MANISNYA KEJAYAAN

dibuat oleh luqman onn
terima kasih banyak2 ye..gambar yang cukup menaikkan semangat
bersama akhawat SM Islam Hidayah ketika rumah terbuka ustazah kamaliah
4 hari sebelum saya fly ^_^

antara ikhwah XGEN yang datang ke rumah saya ketika open house
ada yang dah lain, ada yang masih sama

Adakalanya perpisahan itu lebih baik untuk menambahkan rasa kerinduan
untuk kita memahami erti rasa penghargaan sebuah persahabatan
untuk kitab lebih bersemangat untuk mencapai cita-cita
Setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya
pesanan:
tahniah buat ahli XGEN yang menuntut di Darul Qur'an bagi program persijilan.
Semuanya telah hafaz lebih daripada 20 juzuk ^_^. suka3!
pesanan 2:
tahniah buat Nur Jannah Mohd Radzi (ahli XGEN) kerana berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk pada hari Jumaat (23/10/09) -- btul ke? yang saya tahu hari Jumaat.
24/10/2009
8.30 malam --waktu mesir--
dalam rumah,
Samenoudi,Syari' Jihan
Mansoura, Egypt



ADAKAH KITA MENDAPAT BIL DARIPADA ALLAH ?

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt

Alhamdulillah


1st week telah berlangsung dengan jayanya ;)
course yang saya ambil nie dia belajar melalui case.
every week akan ada satu case yang diberikan (untuk 1st sem, 1st case : the structure of the cell)
kami akan keluarkan objective yang perlu dicari melalui case tersebut
(objective:benda apa yang kita nak belajar melalui case tersebut daripada aspek anatomy, hostology,biochemistry,etc)
balik rumah aje, aktiviti membuat research bermula.
course saya jadual dia TIDAK PADAT. tapi ASSIGNMENT dia..hmmm...nak kata banyak tue boleh laa, nak kata sikit tak boleh. :)

saya berminat untuk mengambil medic kerana bagi saya medic merupakan satu course yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah SWT
bila kita melihat penciptaan Allah yang terlalu sempurna, kita akan sedar bahawasanya Allah itulah yang Maha Hebat dan Maha Berkuasa

saya ada satu cerita.. ^_^
nak cerita dalam English..risau ada yang tak faham
maka saya ceritalah dalam bahasa melayu




Ada seorang lelaki tua berusia 70 tahun.


Dia mengalami satu penyakit sehingga menyebabkan beliau tidak boleh kencing (macam tersumbat laa).


Lalu, lelaki tua ini pergi ke hospital untuk menjalani rawatan..doktor yang merawat lelaki tua tersebut mengatakat bahawa lelaki tua tersebut perlu menjalani pembedahan bagi membolehkan lelaki tua tersebut kencing semula.


Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjalan dengan lancar


Setelah duduk berehat selama beberapa hari di hospital, akhirnya tibalah masa untuk lelaki tua itu untuk keluar dari hospital


Lalu, doktor pun memberikan bil bayaran keseluruhan penginapan di hospital dan kos pembedahan





Tiba-tiba


Lelaki itu menangis teresak-esak


Doktor itu bertanya, "kenapa pak cik menangis? bil terlalu mahal ke sehingga pak cik tak mampu bayar?"


Lelaki tua itu menjawab, "saya menangis bukan kerana melihat bil ini. Saya menangis kerana selama 70 tahun dapat kencing, Allah tidak memberikan saya bil langsung untuk buang air kecil (kencing)"









inilah kesimpulan yang amat bermakna yang saya dapat simpulkan melalui case pertama yang saya dapat melalui course medic manchester dengan tajuk 1st week yang diberikan iaitu "the structure of the cell"

tapi kami lebih banyak berbincang tentang kidney and urine (urine formation,urine analysis)

urine (air kencing) adalah waste product (bahan buangan) yang kita perlu singkirkan daripada badan. Kalau tak buang, bahayalaa... yang membuat kerja ini adalah buah pinggang. Buah pinggang adalah terlalu kecik umpama sebuah penumbuk tangan kita.

Dalam buah pinggang terdapat berjuta nephron. Nephron inilah yang menjalani proses filtration,reabsorption and secretion for urine formation. Buah pinggang juga berperanan untuk maintain hemeostasis.. (hee~ kalau cerita banyak, nanti anda tak faham. dia kena baca buku baru faham atau tanya guru atau buat research ^_^)

alhamdulillah..disebalik setiap kepahitan hidup yang kita lalui, Allah itu masih menyayangi kita. Diberikan segala nikmat dengan percuma.
Andailaa nilai sehembus nafas, denyutan jantung, gerakan kaki, gerakan tangan perlu dibayar..adakah kita mampu membayarnya.

ya Allah betapa besarnya nikmat yang Engkau berikan.
bersyukurlah wahai manusia sekalian.

And He gives you of all that you ask Him; and if you count Allah’s favors, you will not be able to number them; most surely man is very unjust, very ungrateful.- Noble Qur’an (14:34)

24/10/2009
6 petang --waktu mesir--
dalam rumah,
Samenoudi,Syari' Jihan
Mansoura, Egypt

Isnin, 12 Oktober 2009

PERJUANGAN BERMULA.

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt
InsyaAllah 13/10/2009, perjuangan saya sebagai medical student akan bermula.
esok hanya ada introduction untuk course yang bakal saya ambil.
Kuliah sebenar pada 14/10/2009.
Sepanjang tempoh tersebut..blog ini akan diupdate bila Allah memberi peluang dan keizinan-Nya.
Doakan moga perjalanan sebagai medical student yang sememangnya mencabar dapat kami (pelajar2 perubatan) harungi dengan sebaiknya.
Dan, blog ini akan saya gunakan sebaiknya untuk menceritakan pengalaman sebagai medical student yang mengambil course mansoura manchester medical programme yang menuntut ilmu di bumi anbiya',mesir
terima kasih buat family,guru2 yang mendidik diri ini
kawan2 Xgen, senior2 dan junior2 yang baik dan memberi sokongan
kawan2 GMN yang best sedunia
dan semuanya laa
terima kasih :)
mohon maaf atas segala kesilapan
Wassalam.

TRIP KE CAIRO..

Assalamualaikum.
Berikut merupakan perjalanan saya di Cairo bersama housemates kesayangan :)
dari 10/10 (malam) - 12/10 (tengahhari)
insyaAllah,kami akan balik ke Mansoura dalam pukul 1.oo
(di Egypt..subuh dalam 4.30 pg, zohor 11 pagi, asar 3.00 petang, maghrib 5.45 petang,isyak 7.15 malam)

oh yeah. dari kawasan perumahan saya, SAMENOUDI (btul ke?) kami pergi ke Dauliah (btul ke?) untuk beli tiket bas.
bas habis ;( ..then kami pun naiklah tremco.
best3! 1st time naik tremco. tremco tue dia macam van dan bawa penumpang ke destinasi yang nak dituju.
kalau naik bas, biasanya 2 jam 3o mint baru sampai Cairo..disebabkan kami naik tremco yang lajunya macam nak racing di litar sepang..maka,kami sampai dalam 1 jam 30 minit ^_^
alhamdulillah.
di belakang: gambar tremco yang kami naik.
dari kiri: kak husna,kak ilya,kak nusaibah,hani,huda,saya!,kak huda,ain
tukang ambil gambar:farah

saya baru sahaja berkenalan dengan mereka, namun ukhwah yang dirasakan begitu manis ;)
saya pasti akan sayang dan rindu akak2 nie ^__^
mereka baik+penyayang+memahami+pandai masak sehingga takdelah saya dan housemates kempunan nak makan masakan malaysia

seterusnya kami menuju ke METRO..
kalau di Mansoura, METRO tue tempat nak beli barang2 keperluan dapur..
tak sangka pula di Cairo..METRO tue nama pengangkutan
METRO tue macam KTM di Malaysia.
atas tu,gambar tiket METRO..


10 minit kemudian..kami turunlah di Sayyeda Zainab.
Kami berjalan selama 5 minit lebih kurang..sampailah di rumah BADAR 313 yang terletak di ^_^..hee~




ya Allah..sampai sahaja saya dan housemates di rumah BADAR 313..
kami dilayan macam VVIP.
akak2 dalam rumah BADAR 313..bagi kami makan nasi Yaman.
terharu~
sebab nasi di egypt tak sama seperti malaysia..dia banyak kanji..dan bagi sesetengah orang,macam pulutlaa
inilah kali pertama selama jejak di bumi Egypt kami dapat makan nasi yang macam beras Faiza di Malaysia..beras Basmati kan namanya?



hee~ nasi Yaman.
nasi dia warna kuning ditambah dengan firokh masywi (ayam golek)
dan sup serta kuah sambal tomata yang ummph!



akak2 nie amalkan apa yang ajaran Islam ajarkan.
iaitu perlu melayan tetamu dengan sebaiknya.terharu sangat3
bilik kiri tue..tempat saya tidur.
mereka memang sangat3x baik ;)



antara pemandangan luar tingkap yang saya suka ^_^
akak dalam rumah BADAR 313 cakap..kalau tiba musim yang sepatutnya (lupalaa musim apa) akan keluar bunga2 warna purple..
macam Sakura kat Jepun laa pula :)


nie gambar pokok tadi juga..



di Cairo..
1. Saya jumpa dengan junior yang saya kenal di alam maya. DiaBERUSIA 13 tahun..Khadijah husni namanya.
Dia belajar di Bu'uth,Cairo, EGypt semenjak berusia 11 tahun..family dia di Malaysia.
Sekiranya anda jumpa, takkan percaya dia usia 13 tahun..sebab dah nampaki matang.
Dah fasih bercakap arab 'ammi mesir..
memalukan bagi orNg yang dah usia 18 tahun macam saya kalau tak pandai hidup berdikari di perantauan
2. Jumpa dengan kak Wan Nisa', senior yang setahun lebih tua dari saya. Senior di Sekolah Hidayah.
3. Hadiri open house rumah kak Feti.open house untuk 3rd year medical student Cairo University --girls only!--
4. Saya fahamkan sistem pembelajaran sekolah di Egypt..Khadijah yang ceritakan
5. Saya rasai kembali nikmat ukhwah islamiyah dan indahnya hidup bawah tarbiyah.
6. Housemates saya (Farah,AIn dan Huda) pergi ke Hussein..tempat jual cenderamata. tempat nie famous di Cairo. Saya dan Hani tak pergi. Saje je taknak pergi ;)
insyaAllah, next time kami pergi
7. Saya fahamkan budaya hidup orang di Mesir..Khadijah laa nie yang ceritakan
8. Oh yeah..11/10 pada malamnya. saya berjalan di City Star.best3! harganya pun best.
boleh kopak handbag nak cari duit ;p
kesimpulannya,
saya dan housemates saya datang ke Cairo tanpa perancangan pun.
Buat keputusan saat2 akhir bila akak2 medic dari Cairo lawat rumah kami. Saya kenal akak2 ni sebab ada guru sekolah saya yang kenalkan :)
mula2 memang teruja..di pertengahan rasa macam malas nak pergi sebab fikirkan kuliah yang nak starty 14/10..last2 ikut juga
Alhamdulillah, rupanya banyak ilmu dan pengajaran yang saya dapat.
Melalui akak2 tersebut, saya akui bahawasanya untuk menunjukkan bahawa Islam itu benar, Islam itu cantik..maka perlulah dizahirkan dengan perbuatan.
Antara sikap akak2 di rumah BADAR 313 yang saya suka ialah :-
1. mereka tak mudah merungut. bekerjasama.memahami
2. sebelum pergi kuliah pada waktu pagi...MESTI solat dhuha dahulu. saya rindu saat di sek Hidayah T_T
3.melayan tetamu dengan sebaiknya.akak2 tue sanggup study sampai malam2 atau bangun pagi2 untuk cover benda yang tak diulangkaji sebab melayan kami..
4.tunjukkan qudwah yang baik
bestkan?
alhamdulillah, kini saya tahu saya masih punyai senior yang baik di Egypt
Alhadulillah
BUKTIKAN ISLAM MELALUI PERLAKUANMU!
12 October 2009 --birthday junior debatku,raihana dan fahna zain--
BADAR 313,
cairo,Egypt

Ahad, 11 Oktober 2009

DI RUMAH BADAR 313 DAN KAUTHAR, CAIRO, EGYPT ;)

Assalamualaikum

Semalam,10 oktober selepas maghrib..saya+farah+huda+hani+ain
ditemani kakak2 senior 3rd year medic JPA..uni Cairo,Egypt
kak husna+kak ilya+kak nusaibah
dan kakak yang baru habis master di UK
kak huda
selamat sampai di cairo
sebenarnya benda nie langsung tak dirancang..tengah hari,1o/10 akak2 dari Cairo datang ziarah rumah saya..tawarkan nak lawat cairo atau tak
disebabkan kuliah saya bermula 14/1o..maka saya dan housemates saya (yang amik medic manchester) pun bersetuju.

kami bermalam di rumah yang namanya BADAR 313..
walaweh~ best3! seronok..
kini saya berada di rumah sebelah bangunan BADAR 313..iaitu rumah KAUTHAR
best3!
saya suka dengan akak2 di sini..mereka sangat2 baik ;)
terima kasih akak2.

saya belajar:-
1. macam mana cara hidup orang bujang..cara masak, cara buat jadual harian
lain kalau hidup di perantauan
2. cara untuk melayan tetamu
3. erti bekorban..
4. apa erti tarbiyah yang sebenar
5.erti kemanisan tarbiyah..
saya gembira berkenalan dengan akak2 di sini
saya amat menghargai saat2 ini

dan saya suka dengan kata2 yang akak2 nie tulis di white board;-

Rancanglah untuk masa depan
tapi hiduplah untuk sekarang..
Masa depan itu tidak pasti
tapi merancang itu mesti
Jangan tunggu esok untuk berubah
kerna esok wujudnya sirna
Mungkin ada, mungkin tiada..
Kita ada saat ini untuk hidup
Semalam sudah berlalu pergi..
Esok,adakah hadirnya pasti??
Jangan jadi mukmin yang rugi
HARGAI WAKTU INI
Kerna ia tak mungkin berulang lagi (103:1-3)

BEING A NEW ONE IS DIFFICULT,BUT NEVER IMPOSSIBLE
--KE ARAH PERUBAHAN YANG LEBIH3X BAIK--


11 oktober 2009 --birthday Huda,h0usemateku--
rumah KAUTHAR (akak2 medic JPA 3rd year)
cairo,Egypt

SETIBANYA DI MANSOURA ^_^

assalamualaikum.
sesekali mengimbau post sebelum datang ke mansoura, best juga ^_^
alhamdulillah..
terlalu banyak pengalaman yang melimpah ruah.
kini memahami kenapa adakalanya orang lebih suka gambar yang menceritakan situasi
1.sebab pengalaman yang begitu indah
2.sebab nak jimat masa




setelah 12 jam dalam kapal terbang.inilah hasil wajah2 terhasil ;p
semuanya housematesku yang best sedunia ^_^
+farihah xde dalam picture+
dari KLIA -->mumbai,india (1 jam)--> Cairo
dari Cairo ke Mansoura..
tido,bangun,tido,bangun,tido,bangun...x sampai2
2 jam setengah (kalau naik bas) -setiap pengangkutan,lain2 tahap kelajuan-
sebab teruja kot sampai rasa lama sangat dalam bas







SMS mak,ayah dan family..menyatakan selamat sudah sampai di Egypt
yeah! itu handphone baruku..
sony ericsson,warna putih,slide..best3!




singgah melawat Piramid..
lawat luar pagar sahaja.
gambar piramid dan bangunan di cairo.
oh yeah..culture shock yang pertama saya alami:-
1) udara yang berdebu. kalau bersih je udara kat sini tak berdebu...macam mimpi
2) kebersihan..abang Bed kata, di Egypt 'BANYAK TONG SAMPAH'
memang betul pun!
di mana ada jalan, di situ pasti ada sampah
--adakalanya negara Islam tidak menunjukkan contoh yang baik..aish~ --

pemandangan piramid dan bangunan di Cair0


motif gambar: untuk menunjukkan suasana jalan raya mansoura
nie baru lepas pergi SOROFAH (tempat tukar duit)
100 US Dolar = 547/546/545 geneh --ikut ekonomi semasa--
bantai makanan arab..syawarma kalau tak silap nama makanan dia
sedap dan unik ;)
setiap negara ada keunikan tersendiri.
walaweh~ buah2an di sini...sedap awi awi (sangat2)
1. buah dia manis,sedap! anggur dia sedap! serius..malaysia takde anggur sesedap di mesir
2.buah tomato di sini manis, b0leh makan macam buah gitu sahaja.
sedap sehingga menjilat jari!
TRIP KE PORT SAID
bergambar dalam bas
pergi ke port said bersama rombongan kawan2 GMN..
beli barang untuk persediaan musim winter ^_^

rasanya..
orang2 dalam bas ini mesti fikir 1 juta kali untuk pergi ke port said semula
port said best! tapi kalau bab kena tahan di imigresen ..aduhai~ dugaan2
pening kepala daku


antara pemandangan di Mansoura..
terima kasih kepada housemateku, Farah atas sumbangan gambar2 dalam kamera beliau
((saya tak bawa kamera+ tak rajin ambil gambar))
alhamdulillah, ada banyak pengajaran yang saya dapat
sama ada saya mahu cerita atau tak..ikut kesesuaian masa
di rumahku tiada sambungan internet lagi.
insyaAllah, ada rezeki,..post2 di Mansoura akan menyusul
pesanan:
saya kini berjalan di Cairo bersama dengan housemates..Huda,Ain, Farah,Hani..budak2 medic manchester..
pesanan 2:
dapat online sebab rumah senior medic JPA 3rd year..ada wireless.
pesanan 3:
buat family,guru2,kawan2..alhamdulillah, saya selamat di Egypt ;)
saya bahagia di sini..namun saya tetap berbangga jadi rakyat Malaysia!
doakan kesihatan saya.kesejahteraan saya.
pesanan 4:
calon2 SPM 2009..belaja rajin2.buat latihan banyak2.fahamkan konsep.
dekatkan hubungan kalian dengan ALlah.
buat yang ada exam..all the best! moga meraih kejayaan.ingat, doa.usaha.ikhtiar.tawakkal.



11 oktober 2009 --birthday Huda,h0usemateku--
rumah KAUTHAR (akak2 medic JPA 3rd year)
cairo,Egypt

10 PERKEMBANGAN TERKINI

1.Alhamdulillah, saya selamat sampai di Mansoura pada 30 september 2009.
2. Kuliah saya sudah start pada 3 oktober, namun ditangguhkan pada 14 oktober
3. Saya hidup dengan aman sentosa dan bahagia di Mansoura
4. Saya gembira mendengar perkembangan debat SMIH ^_^ naib johan UTHM
Namun saya risau nikmat kemenangan yang terlalu banyak tahun ini akan melekakan junior2 saya.
5. Saya kini berada di Cairo..jalan2 ;) TANPA DIRANCANG PUN
6. Saya tidak percaya saya kini sudah pijak bumi anbiya' untuk menimba ilmu
7. Hari ini setelah hampir 2 minggu, akhirnya saya dapat buka internet guna laptop..
8. Oh ya..saya rindu dengan nasi Malaysia
9. Saya berbangga jadi rakyat Malaysia! serius~
10. Doakan saya moga tabah dan kuat menjadi medical student dalam temph 6 tahun.

ini adalah update dalam masa 10 minit.
insyaAllah, saya akan update perkembangan terkini..
untuk pengetahuan keluarga dan rakan2 ;)

banyak benda yang ditangguhkan untuk update dalam blog ini
untuk dikongsikan untuk mendapatkan ibrah (pengajaran)
namun masa sebagaiu 1st year medical student yang tak menentu menyekat untuk surf internet guna laptop
(ceh, tapi kuliah start 14 october..)

doakan kesejahteraan dan kesihatan bersama.

wassalam.