Bismillah
Assalamualaikum
Isnin ini (esok) kalau tak silap saya..peperiksaan akhir tahun akan bermula.untuk tingkatan 1 dan 2, exam ini bakal menentukan anda bakal naik pentas atau tidak. Tapi pentas bukanlah matlamat utamanya..tetapi untuk menggembirakan hati ibu bapa juga,kan?Untuk tingkatan 4, peperiksaan akhir tahun ini merupakan satu kayu ukuran untuk melihat sejauh mana kefahaman anda untuk silibus tingkatan 4 bagi persediaan menghadapi SPM 2010.Silibus tingkatan 4 merupakan asas bagi silibus tingkatan 5, sekiranya anda masih lemah untuk pelajaran dan asas di tingkatan 4..ini bermakna pda cuti panjang tahun 2009..anda perlu berusaha lebih dan berlipat ganda untuk cover benda yang anda tidak faham.Jangan mengeluh penat, Jangan berputus asa..untuk mencapai kejayaan yang besar, usaha juga perlu besar :)Selepas SPM, anda ada masa cuti 3 bulan yang panjang.Terpulang pada and auntuk mengisi masa lapang tersebut dengan apa.Tetapi untuk SPM, usah anda bermain dengannya.Juga untuk tingkatan 3, anda telah tamat tempoh PMR. PMR? siap sedialah untuk berfikir untuk masuk aliran apa selepas ini. Sama ada sains tulen atau sains sosial.
Untuk tingkatan 5. Waaaaaah! SPM lagi 17 hari :DSaya masih teringat detik2 nak SPM. Ya ALlah, setakat ini saya masih tidak dapat lupakan pengalaman sebagai cal0n SPM yang cukup menduga jiwaHomeworks bertimbun, silibus yang nak dicover banyakUsaha memang pulun habis-habisan______________________________________________
"Dan kemenangan itu hanyalah daripada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"(Al-Imran:126)Kejayaan itu adalah milik hatinya yang dekat dengan Allah :)
Saya tidak menafikan bahawasanya usaha itu penting. Ya, memang penting!
Namun, perlu diingat..bahawasanya natijah (keputusan) bagi usaha tersebut bukanlah kerana usaha yang kita lakukan semata-mata sahaja.
Kejayaan itu adalah milik Allah swt. bukan milik usaha kita.
mari hayati firman ALlah yang bermaksud:
"Maka (sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, melainkan Allah yang membunuh mereka. Dan bukan engkau yang melempar, tetapi ALlah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang2 mukmin,dengan kemenangan yang baik. Sungguh, ALlah Maha Mnedengar Maha Mengetahui"(Al-Anfal:17)nah, terbukti bukan?
kadangkala dalam kehidupan ini kita menyangka bahawa kita mendapat sesuatu kejayaan kerana hasil usaha diri kita SAHAJA. namun sebenarnya Allah yang membantu kita
(mungkin ada kebaikan yang kita buat).
Kalaulah kejayaan itu ditentukan dengan usaha semata-mata..macam gitu, baik tak perlu berdoakan?
Dalam mencapai kejayaan, DOA..USAHA..IKHTIAR (cuba pelbagai cara)..TAWAKAL perlulah seiring. Hati kita perlulah bersih supaya Allah membantu kita untuk menjawab soalan2 peperiksaan (bukan untuk peperiksaan juga tetapi untuk menjadi hamba yang terbaik, hati perlulah baik..bersangka baik,tidak mengmpat,tidak mencaci, elakkan segala macam benda yang gelapkan hati kerana perkara ini akan menggelapkan hati dan menyebabkan anda tidak f0kus dengan matlamat)
Perasaan tertekan, rasa nak nangis (zaman SPM- memang mencabar pun) dalam tempoh sebelum dan semasa peperiksaan..adalah biasa, lumrah (ye ke?)
tetapi macam mana cara kita untuk mengatasinya?
"hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
nasihat saya buat adik2, anak2 murid di SM Islam Hidaya dan SR Islam Hidayah dan di mana2 sahaja.
Teruskan USAHA danb BERDOA..dekatkan diri anda dengan Allah.
Usah BERPUTUS ASA.
KEJAYAAN ITU ADALAH KEWAJIPAN BAGI SEORANG MUSLIM.
akhir sekali, hayatilah kalam cinta Allah dalam surah al-insyirah ayat 1-8 yang bermaksud:
(1)Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?(2) dan Kami pun teah menurunkan bebanmu darimu(3)yang memberatkan punggungmu(4)dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu(5)MAKA SESUNGGUNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN(6)SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN(7)MAKA APABILA ENGKAU TELAH SELESAI DARI SESUATU URUSAN, TETAPLAH BEKERJA KERAS UNTUK URUSAN YANG LAIN(8) DAN HANYA KEPADA TUHANMULAH ENGKAU BERHARAPSaya tulis sebagai peringatan untuk diri saya juga.
Semakin hari, semakin lama memang terasa diri ini kerdil bila belajar subjek2 perubatan.
Semakin hari juga, case yang saya dapat dan perkara yang dipelajari semakin susah.
Hari ini (setiap hari Ahad), saya ada presentation Problem Based Learning untuk case ke-3 saya. Setiap hari Rabu pula dapat case baru.
ya Allah, give us strength..give us strength
Belajar tentang ciptaan Allah sememangnya mencabar..saya akui perkara itu.
Namun saya yakin hanya Allah yang dapat memberikan kekuatan kepada kita.
Alangkah hinanya diri sekiranya kita hanya mengingati Allah ketika susah..astaghfirullah.
pesanan:
d0akan moga presentation saya untuk PBL (problem based learning) hari ini berjalan lancar pada pukul 10.30 pagi-11.30 pagi (4.30 ptg-5.30 ptg --waktu malaysia)
rasa macam.....ntah. sudah berusaha. namun adakah usaha itu yang terbaik. dan adakah sudah meletakkan pergantungan pada Allah?
1 november 2009
5.36 pagi --waktu mesir--
samenoudi,syari' jihan
mansoura,egypt