Khamis, 31 Disember 2009

MUHASABAH CINTAKU ^_^

--post terakhir 2009.blog ini direhatkan sehingga tamatnya final sem 1 mansoura-manchester medical programme 2009.doakan kejayaan kami (28/1/2010-4/2/2010)--



Bismillah.
mula2 bersin seharian,tekak sakit,lalu tonsil.
esoknya demam.
lusanya rasa nak mual satu hari.
tulatnya batuk2 yang teruk sehingga terpaksa keluar dari lecture's hall..memang batuk tahap teruk.
rasa pening.
tatkala ini baruku sedar akan nikmat sihat itu.
ini cerita 2 hari lepas.


cerita bulan April 2009
tatkala tisu kaki terkoyak sehingga terpaksa pakai tongkat.
ha..baru tahu nak hargai nikmat Allah.susah nak jalan,susah nak pergi tandas.
sakit taw tangan yang memegang tongkat.
ya Allah.ampun..tak mahu jadi lagi perkara itu :(

cerita 2 minggu setibanya di mesir.
cermin mata patah!!!
Ya Allah.macam mana nak belajar.rumah tingkat 5.tangga pun nampak tak nampak je kalau naik/turun :(
belajar dah laa susah kalau takde cermin mata :(
terpaksa ponteng lecture division A hari Khamis tue dan ganti dengan ikut lecture division B hari sabtu
Allah..hamba-Mu ini merasakan seksa tatkala nikmat ditarik

namun kita seringkali lupa dan lalai dan susah untuk bersyukur bila nikmat Allah itu ada.
astaghfirullah~



HIDUP UNTUK MEMBERI



nikmat yang Allah berikan..gunakanlah untuk mengajak masyarakat mengenal Allah SWT.bukan digunakan untuk tujuan rehat semata,digunakan untuk melalaikan diri.



dunia bukan tempat rehat. Syurga itulah tempat rehat yang hakiki.




p.s:saya ad masalah ketika upload video nasyeed ini.sekiranya ada masalah untuk lihat video..sila click sini
Muhasabah Cinta
Munsyid : EdCoustic


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


pesanan:
kepada mereka yang sakit.mahupun yang tak sakit.
hayatilah nasyeed ini.
ayuh,muhasabah cinta kita kembali :)

DEBAT (7)--final & 2010

2010.hadirnya dikau dengan 1001 persoalan masa depanku


2009.terima kasih kerana telah menyerlahkah hikmah disebalik semua ujian Allah.Terima Kasih ALlah :)
dengan debatnya dapat masuk final,dapat jadi guru sek ren dan sekolah menengah, dan dapat fly ke mesir

2008.pergilah dikau.pergilah jauh,sejauh mungkin dari memori.kututup 100% kotak memori 2008 (ceh,puitis konon)
oret,terima kasih Allah kerana menjadikan 2008 sebagai tahun mentarbiyah diri yang cukup..cukup..mendidik jiwa ini.

untuk lebih memahami,click post2 yang lepas :)
POST DEBAT SUDAH BERMULA (1) click
DEBAT (2) click
DEBAT (3) click
DEBAT (4) click
DEBAT (5) click
DEBAT (6)--final english click

hee~ post debat yang terakhir.yang ke-7 belum settle kan?
kerana pengalaman yang memang speechless..tidak terungkap dengan kata-kata.
ada junior yang bertanya.
"kak wani,apa perasaan kak wani eh bila kelab debat menang? akak biasa je ana tengok. takdepun nangis ke..apa ke.."
adikku sayang yang mungkin tertanya.
hati orang mana kalian nak tahu.saya nangis kerana terharu dan bersyukur dengan anugerah ALlah.biar itu menjadi rahsia antara saya-Allah.tidak perlu diberitahukan.

oh ye.saya yakin.mana-mana sahaja pendebat terutamanya kelab depikir SM ISlam Hidayah,Johor..
kalau dah start cerita tentang debat. sampai esok pagi pun tak habis nak cerita.


umpama kata seorang junior debat dan memang saya rasakan benda yang sama;
"sampai mati sayang kelab depikir :)"
haih~ memang sayang sangat2.Dalam hati yang Allah berikan memang dah ada satu ruang khas untuk kelab depikir sahaja.
hee~ maaflah bagi anda yang tak berkenan dengan kelab debat eh.
saya sayang sangat3 kelab debat kerana saya belajar tentang ISLAM yang sebenar melalui kelab debat.
YA.SAYA AKUI, ADA ANTARA KAMI YANG MUNGKIN TERSILAP LANGKAH.NAMUN KAMI BETULKAN.
manusia..mana ada yang tidak pernah buat salah kan?

saya belajar erti sabar.ikhlas.redha.pergaulan lelaki-perempuan yang
betul.hormat.pengorbanan.masa dan macam-macam
ha..kan saya dah cakap. kalau tulis pasal debat,sampai esok pun tak habis :)
RINDU.SAYANG sama kelab depikir (debate club my beloved school)
kerana SAYANGnya kakak kamu ini pada kelab debatlaa,
selalu sangat kakakmu ini marah,tegur,nasihat bilamana ada benda yang tak berkenan di hati.
sebab apa?
sebab saya pernah rasa duduk pada saat jatuh dan bangkitnya kelab depikir.
jadi,kepada junior-juniorku yang disayangi..kalau kena marah tue.minta maaflaa eh.
marah tu tanda sayang kan.
dan kerana tanda sayang itulah..
SAYA TAK GEMAR MELIHATANDA BERBUAL BAIK SECARA TERTUTUP MAHUPUN TERBUKA MENGENAI HA-HAL YANG TIDAK PENTING
terutamanya bagi sesiapa yang ada FACEBOOK




ok,bagi anda yang selalu komen tentang kelab depikir
anda sudah lihat dengan jelas,terang dan nyata bukan?
bukan kami tidak ambil peduli akan hal pergaulan lelaki-perempuan.namun biasalah,ada yang tak ambil berat..namun ada yang akan mengingatkan :)

letakkan setinggi melangit pergantungan yang tinggi pada Allah.
bila menang ucapkan syukur dan sujud syukur pada Allah.
tatkala tewas,muhasabah segala aspek dari segi teknikal dan akhlak ^_^

adik2,masing ingat akan benda di sebalik tirai ini?
lupa?
clu: TARGET!

saya rindu setiap detik bersama kalian.
walaupun macam2 perangai, akak terima seadanya adik2 yang memang macam2 perangai

terima kasih kerana menerima kakak senior yang garang seadanya :)



masih ingat bagaimana sambutan pihak sekolah ketika setibanay kita di sekolah menengah islam hidayah?
saya sendiri tidak sangka..diiringi dengan paluan kompang dan hadiah.
adik2 sangka tak?
kita tidak pernah aim untuk jadi JUARA, tapi kita buat yang terbaik.



oh..benda yang paling saya suka :)

benda yang membuatkan saya tenang ketika fly ke mesir :)

untuk debat UIA.2009 merupakan tahun terakhirku (baru sedar) sebab mesir mana cuti bulan 4
ada rezeki..insyaAllah,after dapat degree turun lagi debat UIA (tahun 2015/2016)

debat musleh antarabangsa kali pertama 2009?
minta maaf,setakat ini saya tidak mampu untuk update =(
namun..itulah kali TERAKHIR saya bersama debate club.
itulah kali TERAKHIR juga semua ex-debaters berkumpul.
1.azlan shah -jordan
2.salman mat hussin-canada
3.muzakkir-perancis
4.saya-mesir
dan
tahniah kepada abang auzan dan kak nazihah atas perkahwinan yang dah lebih sebulan berlangsung.
oh ye..dan akan datang.akan ada lebih ramai yang fly.
dan yang tinggal adalah
KESAN TARBIYAH DARIPADA DIDIKAN DI KELAB DEBAT dan KENANGAN
saya masih cukup yakin dan optimis bahawa kemenangan kali ini adalah kerana TARBIYAH YANG MANTAP.
kalau latihan..semua orang berlatih rite?
DALAM MENGGAPAI KEJAYAAN YANG SUCI,PERJALANANNYA JUGA PERLU SUCI.
baiklah,pergilah 2009.selamat datang 2o10 masihi.
pesanan:
maaf tidak dapat cerita tentang apa yang terjadi pada final debat bahasa melayu.seriously,speechless..memang tak boleh tulis :) hanya kita-kita yang ada sahaja yang faham.

NIKMAT ITU.NIKMAT TERINDAH :)

Bismillah
STATUS:
gembira ^_^.

AHLAN WASAHLAN KE MESIR KAK ATIQAH HAMID & kawan2 (belajar di ireland now)
-blog kak atiqah-
suka3!
Pernah tak anda borak-borak dengan sisters dan dalam masa yang sama anda tidak pernah lihat wajah dia? (untuk lelaki br0thers laa ye.)
Sekadar berbual melalui YM,blog mahupun facebook?
macam mana boleh kenal? rahsia.yang penting saya percaya itulah takdir ALlah :)
ALhamdulillah,saya telah mengalaminya.


bukan untuk seorang,bukan dua orang,namun lebih dari itu ^_^
Alhamdulillah juga kerana kesemuanya telah saya berjumpa pada tahun 2009 kecuali kak atiqah sahaja belum =(
Ada yang kenal hampir 2 tahun tanpa bertemu wajah..akhirnya jumpa juga di tahun 2009.
Terima kasih Allah.
Doakan moga saya boleh berjumpa dengan kak atiqah paling lambat Jumaat minggu depan di Cairo.Ameen~

kadang-kadang orang yang baru 10 minit kita kenal dah rapat sampai boleh share cerita macam2 benda :)
kadang-kadang kita akan menangis apabila berpisah dengan orang yang kita baru kenal
kerana apa?
kerana kita dapat rasakan wujudnya kehangatan ukhwah yang tidak boleh dirungkai dengan kata2.
anda belum merasainya? pelik dengan apa yang saya tulis?
Saya doakan moga anda dapat merasakannya..
merasakan betapa indahnya nikmat ukhwah yang berdiri atas kalimah
'tiada Tuhan melainkan Allah,Nabi Muhammad pesuruh ALlah'

ukhwah yang berdiri atas dasar aqidah!

setiap kali saya mendengar nasyeed ini 'rabithah'..saya pasti akan terharu dan sebak tatkala menghayati disebalik makna lirik ini.saya pasti mereka yang sebaris dengan saya juga merasakan benda yang sama,rite?

Rabithah ini merupakan satu doa.Anda tak pernah dengar?
ok.saya cadangkan anda pergi mana-mana kedai buku dan minta pada tuan kedai buku yang anda mahukan AL-MA'THURAT
dan di belakang al-ma'thurat ada satu doa dinamakan 'doa rabithah'..doa untuk menghubungkan hati2 yang berdiri dan bersatu atas dasar aqidah :)

kepada sisters around the world.
MESIR
JORDAN
MALAYSIA
UNITED KINGDOM (UK)
IRELAND
AUSTRALIA
NEW ZEALAND
INDONESIA
dan mana2 sahaja
dan juga untuk pembaca yang sama-sama mendokong perjuangan Rasulullah SAW, saya hadiahkan doa ini untuk anda.
mungkin ada antara kita tidak pernah bersua,namun hati kita diikat atas dasar aqidah dan perjuangan yang sama.
Selama ini baca dalam bahasa arab rite? ayuh,baca dalam bahasa melayu pula ^_^
rasa ZUUUUP,menyucuk jiwa.
video

saya sendiri masih lemah untuk mengolah apa itu makna ukhwah fillah.
atau sekadar ukhwah sahaja?
namun saya google..dan terjumpa blog yang mungkin boleh sedikit sebanyak kita tahu tentang ukhwah fillah.silakan baca :)
BAGAIMANA DIKATAKAH UKHWAH FILLAH?



Allah telah berfirman: “sesungguhnya di antara kamu itu bersaudara,maka damaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah itu.Jadi peliharalah hubungan persahabatan itu”.

Salah satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah s.w.t di akhirat kelak adalah pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah, iaitu persahabatan yang diredhai Allah yang berdasarkan ketaqwaaan kepada Allah.

31 disember 2009
6.41 petang

Selasa, 29 Disember 2009

UNTUK ANDA YANG TERSAYANG (1) ^_^

bismillah
assalamualaikum wmt wbt



عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم
(( مِنْ حُسْ نِ إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ))
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.


biarkan bisikan iman berbicara.bagilah ruang untuk iman berbicara dan bergerak.
kini giliran anda untuk memegang nafsu.usah biarkan nafsu yang merajai diri!
cukup!cukup untuk anda membiarkan diri anda hanyut.
kini sudah tiba masa untuk kita sama2 bangkit dan sedar akan tanggungjawab yang lebih banyak.


sharing is caring~

1st post (semenjak di egypt)yang cukup buat saya terfikir panjang sejak membacanya dan bermulah satu per satu perjalanan muhasabah diri dan pengislahan diri (pembaikan diri)
(dah lama dah.dalam sebulan rasanya. just sharing bagi sesiapa yang mungkin alami situasi dengan saya =D)

semenjak post ini,hampir setiap hari sewaktu berjalan pergi dan balik pergi kuliah pasti saya akan muhasabah diri dan sudah tentu sebab itu punca jalan lambat.berfikir dan muhasabah diri tentang macam2 hal dan banyaknya fikirkan 1 hal,iaitu;
1.kenapa saya ada facebook?

2.facebook tu saya gunakan untuk apa? btulke untuk contact dengan kawan2 dan rapatkan ukhwah? atau lihat profile orang yang langsung tak meningkatkan iman..atau lihat profile orang yang berlainan jantina?

3.saya sedar islam sebagai satu agama yang syumul.namun,kenapa profile facebook saya tiada ciri2 tamayyuz (perbezaan) antara orang yang faham agama dengan orang kurang faham agama? bila saya tengok profile sendiri pun rasa tak meningkatkan iman.Astaghfirullah~

4.kenapa saya boleh main balas-balas comment di facebook antara lelaki dan perempuan dalam urusan HAL YANG TIDAK PENTING? kalau boleh balas comment di facebook,apa bezanya kalau saya cakap benda yang tak berfaedah dengan lelaki di alam nyata?

(sedangkan penulisan itu lambang hati,rite?kadang-kadang tengok sewaktu di luar baik,dalam facebook..T_T hanya ALlah yang tahu)


5.kenapalaa saya lihat orang sukalaa sangat tengok profile orang yang berlainan jantina. nak tahu info dia,.then,gosip tentang dia.meningkatkan iman ke semuanya itu?
tambah markah dalam exam ke semua itu?


6.haish~ kenapalaa saya letak gambar saya dalam facebook sampai orang lelaki yang bukan mahram saya boleh tengok =( -serius,tak pernah terfikir..tapi sekarang dah delete-
sekalipun nak letak gambar untuk rapatkan ukhwah dengan kawan2..kenapalah saya tak privatekan gambar tersebut untuk hanya ditatapi oleh orang tertentu.

BUKANKAH HARGA MARUAH SEORANG WANITA ITU MAHAL? SEKIRANYA SAYA TELAH PERTONTONKAN DIRI SAYA PADA LELAKI YANG BUKAN MAHRAM..APA KEISTIMEWAAN HUSBAND-TO-BE SAYA? murahnya harga diir andai semua lelaki boleh lihat dan kenal diri kita =(.sedihnya.
-dahlaa nak jadi doktor,sibuk je nanti,kesian husband-to be T_T (topic biasa budak medic), ditambah lagi dengan sikap yang apa2ntah-



*KENAPA ADA FACEBOOK JE? SEBAB BENDA TU SATU JE YANG SAYA ADA di ALAM MAYA SELAIN BLOG =D bagi yang ada friendster,myspace..lebih kurang laa tue.tiada bezanya.dan sewaktu itu berlaku konflik dalaman sama ada nak delete lelaki dalam list friends saya ataupun tidak.sebab apa nak delete?fuh~ next post yeah saya akan ceritakan. SAYONARA JAHILIYYAH.SIFAR IKHTILAT ;)*
______________________________________________

Ini untuk anda, anda yang sedang membaca.

Dalam hati anda, adakah, atau masih adakah rasa sedih, perit, dan hiba dengan dunia islam hari ini?

Saya bukan maksudkan Palestin semata, saya maksudkan islam seluruhnya, masyakat, negara, dunia ini. Dunia yang sedang kita duduki.






Saya lihat anda masih baring-baring, berborak kosong dengan hilai tawa yang tak sudah, sibuk dengan persatuan, kadang-kadang anda menonton YouTube, atau bermain Facebook.

Anda kata, anda tahu tujuan hidup di dunia. Saya percaya. Tapi bila saya lihat perbuatan anda, saya tidak nampak anda melaksanakan tanggungjawab anda dengan sesungguhnya. Anda kata, hidup untuk mengabdikan diri kepadaNya, dan khalifah di muka bumi, tapi....

Kalau begitu, kepercayaan saya kepada anda hancur. Anda masih di zon selesa. Anda tidak suka untuk bersusah-susah demi islam. Anda tidak suka bekerja untuk islam. Anda lebih memilih untuk menjadi robot, dan hamba pada manusia.




Saya bukan mahu menyalahkan, tapi saya mahu anda lihat dunia ini dengan kaca mata islam. Amankah ia? Damaikah ia? Sentosakah ia? Tidak kan? Tetapi hancur segalanya, kerana islam dibuang ke dalam tong sampah, islam dipijak-pijak seperti tidak bernilai.

Dan anda masih di katil empuk itu, di kerusi empuk itu, melalui hari-hari seperti biasa, tanpa penat berfikir mengenai ummat.

Ya, anda lebih banyak memikirkan diri sendiri daripada ummat. Inikah ciri-ciri pemuda Islam yang diharapkan?

Dan anda banyak beralasan, kata sibuklah, orang ini tak betullah, tapi anda pula? Lari dari masalah sebagai penyelasaian? Betulkah?

Sayang, dunia bukan taman kerehatan. Anda perlukan saham yang banyak untuk kehidupan akhirat kelak, dan anda telahpun berjanji padaNya di alam roh, yang anda akan menunaikan tanggungjawabmu, tap bagaimana sekarang ini?

Rapatkan dirimu dalam barisan menuju rahmat Tuhanmu. Semoga Allah memilihmu menjadi salah seorang jundiNya, untuk menegakkan kembali agamaNya di muka bumi, dengan menjadi hamba yang sebenar-benarnya, hamba yang mencari, bukan menunggu dan melihat sahaja kemenangan yang pasti berlaku.

Saya sentiasa menuggu anda, dalam barisan islam ini, untuk kita sama-sama berlari mengejar redhaNya.


(copy paste from my beloved sister cair0,kak nusaibah. click di sini)


lastly,
saya bukan menulis dengan tujuan saje-saje.berlagak konon diri baik.berlagak konon diri nak maksum (tiada dosa?)
namun,saya mahu kita sama2 muhasabah diri satu demi satu.saya mahu diri saya dan juga anda hidup dalam acuan Islam yang SEBENAR bukan ISlam tepek-tepek,Islam tampal-tampal.

Saya akui memang sukar membuat keputusan yang menyebabkan saya terdetik;
"ala..nanti nak contact dengan dia macam mana? nak tahu ini,nak tahu itu"
(ceh,macam takde email je kalau memang ada hal penting nak ditanya)
saya tak cakap berhubung dengan yang berlainan jantina itu TIDAK BOLEH.
namun,perlulah dalam keadaan yang (1) benar-benar dharurat. (2) keperluan.
meshi (ok)?
tak ok?


ok..nantikan next post.,.
soalan latihan OSCE dan revision HEART and LUNG menantiku ^_^

Isnin, 28 Disember 2009

AKU XX,ENGKAU XY

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt

Jarang saya nak lakukan pr0jek 'copy-paste' ini.Ini projek pertama dalam blogspot nie.
Namun post kali ini saya benar2 tersentuh dan sangat2 berminat.
kerana apa?
kerana ciptaan kromosom (pelik tulis dalam bahasa Melayu.selama nie tulis chromosome) telah membuktikan lelaki adalah perempuan adalah berbeza.
Jadi,sebab tu kita kena berbeza
Mungkin kerana ada kaitan dnegan medic..sebab itu saya minat juga :)
Lagi dapat hayati dan memahami.

AKU XX,ENGKAU XY




Kita takkan pernah sama
Baik sekepala, mahupun satu rasa.
Apatah lagi untuk punya satu hati, satu jiwa.

Sebab sudah terbukti kita telah berbeza dari segi jenis kromosom nya

Aku XX manakala engkau XY.
Masakan kita boleh sama?

Aku dikatakan kuno,
Hanya kerana diriku mempertahankan apa yang kufahami dari agama aku.
Aku diperlakukan olehmu seolah-olah aku sudah ketinggalan zaman,
hanya semata apa yang aku perjuangkan selama ini.

Engkau katakan aku tidak matang, perlakuanku seperti anak kecil,
hanya kerana bila aku tidak mahu menuruti kemahuanmu.

Aku diperkatakan oleh engkau sebagai seorang perempuan yang berfikiran tertutup,
tidak 'world' dan kononnya aku ini perempuan berlagak baik
kononnya aku ini 'jual mahal'

Namun, aku tidak akan boleh menghalangmu dari berfikiran sebegitu,
kerana ku tahu engkau mungkin tidak tahu
kerana aku tahu engkau mungkin belum faham.

Aku mahu engkau ketahui tentang keadaan diriku
Diriku telah dididik oleh Tuhanku dengan pendidikan tak terkira hebatnya
Diriku yang telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh oleh emak dan ayah,
ditarbiyah oleh para guru tercinta
supaya menjaga maruahku
Supaya memelihara kehormatan diriku.
Supaya aku dapat menjadi wanita yang tegas dalam mempertahankan prinsipnya

Prinsip tetap prinsip
Syariat tetap syariat

Bahawa lelaki dan perempuan itu takkan punya alasan untuk ada perkaitan
melainkan bila ada urusan, melainkan keadaan sangat-sangat darurat
melainkan keadaan sangat-sangat memerlukan untuk kita berhubungan.

Antara aku dan engkau, tidak akan punya ikatan
takkan boleh ada hubungan antara hati-hati
melainkan bila takdir Tuhan menetapkan bahawa kita bakal disatukan.

Benar, hanya itu yang benar-benar halal
buat diriku dan dirimu jua.



Oh ya, aku telah lama menetapkan bahawa antara kita punya jurang yang sangat luas
antara kita punya hijab fizikal yang sudah aku tanam sejak sekian lama
Dan bila ku dapati hijab luaran ini semakin teguh berdiri,
maka hatiku juga sudah terhijab dengan sendirinya

Benar, hatiku telah terhijab agar tidak punya sebarang hubungan dengan dirimu

Kerana aku sudah faham,
maka ku harap suatu hari nanti engkau dapat memahaminya juga

Kerana aku mahu mencintai Dia dahulu, utamakan Dia dahulu
Kerana aku lebih mahu mendahulukan Tuhanku melebihi yang lain.


p.s: Semua ini adalah untuk cik XX(baca=CIK bukan ENCIK) Sila tabahkan hati. Sila jadi kuat dalam mempertahankan prinsipmu.


dicopy-paste dari sister Cairo;
http://fathiyyah.blogspot.com/2009/12/aku-xx-engkau-xy.html

CHECK LIST..FINAL EXAM SEM 1 (1)

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt
Hari ini 28 Disember 2009.bersamaan 11 Muharram 1431 H.
oh ye.tak lama lagi tahun 2010 Masihi akan bertandang.
dan pelbagai memori sepanjang tahun 2009 akan bermain ligat di fikiran dan memberikan banyak 'ibrah (pengajaran pada diri).
Banyak post yang saya masih hutang.konon nak post akhir disember ni.tapi bila memikirkan keutamaan, insyaAllah..lepas final exam. cuti winter break nanti,insyaAllah.

final exam SEM 1 hanya tinggal SEBULAN.30 HARI ;) --28 januari 2010
ayuh,kawan2 SEM 1 mansoura-manchester medical programme..mansoura university.
Buat check list sama ada sudah siap study mahupun tidak yea :)
Final exam tak sama macam mid sem hari tue. kali ni ada 3 paper kene ambil.
1. MCQ
2.Short Essay
3.OSCE - tak silap ada 10 stations (gambar)
macam mana cara pemarkahan? saya pun tak tahu..Dr.Ghada pesan,Ahad minggu depan selepas Student's presentation case 10 akan diberitahu cara pemarkahan.

jom,jom..buat check list benda yang kene baca+faham+hafal
case ke 10 dan unseen case..takde eh.sebab rabu nie baru dapat case 10
perkara kene cover (lebih kurang);
1 case-3 lectures,2 practical,2 medical term = 7benda kene cover
10 cases = 70
yang tadi buat dalam lecture's hall dan bilik praktikal.tak masuk lagi
1 case dalam setiap PBL ada 7 objectives
(average-tolak objectives yang sama macam lecture)

10 cases -70 objectives
jumlah semua skali 140 BENDA KENA COVER
tak masuk lagi unseen case..adalah dala 150 BENDA :)
hakikatnya takdelah sebanyak tue.dan takdelah semuanya susah.tapi banyak kena hafal.
saje nak tulis untuk sedarkan diri dan sesiapa yang tak sedar untuk buat yang terbaik untuk final sem 1 nie :)
Moga beroleh MUMTAZ!


(p.s:sila click gambar jadual untuk lihat dengan lebih jelas)


CASE 1 - THE STRUCTURE OF CELL
(KIDNEY)
lecture
-The nephron
-Physical and chemical characters of urine
Med Term
-Male and female genitak system
-Cytology (the cytoplasm,cell membrane, membranous organelles)
Practical
Anatomical terminology

CASE 2-ACTIVE AND PASSIVE MOVEMENT
(BLOOD)
CASE 3- URINE AND INFECTION

CASE 4- TRANSCRIPTION AND TRANSLATION
(RNA AND DNA)


CASE 5- INHERITED TRAITS
(PEDIGREE ,CELL DIVISION)


CASE 6 - ENERGY,EXERCISE AND CELLULAR RESPIRATION
(KREB'S CYCLE,GLYCOLYSIS,ELECTRON TRANSPORT CHAIN,AEROBIC,ANAEROBIC)

CASE 7- CHANGES IN ELECTRICAL ACTIVITY CAUSED BY DAMAGE
(HEART
)

CASE 8 - LUNG FUNCTION,ENVIRONMENT AND EPIDEMIOLOGY
(LUNG)



CASE 9 - DIGESTION AND ABSORPTION
(GIT-GASTROINTESTINAL TRACT -btul ke?)

JADUAL FINAL EXAM SEM 1-7
-FOKUS PADA SEM MASING2 ;) oh ye..sem 1 start awal,habis lambat :(-





video ini saya dedikasikan buat semua rakan-rakan saya khususnya Xgen dan depikir club :)
terima kasih kerana memberikan sokongan.
walaupun jauh di mata namun dekat di hati.

video
terima kasih kepada mama,papa n family sebab ambil berat diri saya
terima kasih kepada housemates yang jaga saya
terima kasih kepada kawan2 sem 1 yang best2
terima kasih kepada semuanya laa ^_^
28 disember 2009
11 muharram 1431 H
12.49 tengah hari
samenoudi,syari' jihan
mansoura,egypt
--kejap lagi lecture embryology--

Sabtu, 26 Disember 2009

fahamilah.AKU BUKANLAH TANDINGAN MEREKA

Yang kerdil itu aku
Yang hina itu aku
Yang lemah itu aku
Allahumma arrini nafsi~ Ya Allah,kenalkan aku dengan diriku

Aku tidaklah sehebat mereka.Aku bukanlah tandingan mereka
Sedang memotongn bawang untuk persiapan program Motivasi ISK,satu suara bertanya;
"Eh,awak kenal tak..A,B,C,D,E?"
"Uish~ kenal sangat! semua tue kawan-kawan saya. Ha~ ada yang senior saya.mana kenal?"
"selalu je jumpa kat program nie..anak 'pakcik dan makcik '(yang luangkan masa untuk mengenalkan Islam pada masyarakat)"

"owh~" sayu menjawab

Awak anak 'pakcik' apa eh? orang lain yang menyoal
Saya bukan anak pakcik mana-mana. :) Saya anak orang yang biasa namun didikannya luar biasa ^_^

Ya Allah.Hanya Engkau yang tahu perasaan dan detik hati ini tatkala disoal soalan sebegitu.
Hanya Engkau yang mengerti hati saya.hati-hati kami yang MENGENALIMU,YANG MENGENAL JALAN DAKWAHMU BUKAN MELALUI WARISAN namun MELALUI HATI KAMI

Ya Allah.
Kami tidak sekuat mereka
Yang lemah itu kami.Penguat kami hanya Engkau sahaja.
Yang kerdil sering alpa itu kami.Penasihat kami adalah sisters yang senantiasa membimbing diri ini.

Ya Allah.
Terima kasih kerana memilih kami untuk berjuang walaupun sedikit di jalan-Mu
Terima kasih kerana memilih kami untuk menyambung risalah perjuangan Rasulullah SAW

Saya hanyalah manusia yang biasa-biasa sahaja
Tidak pernah pergi mana-mana program luar,hanya program yang sekolah saya dahulu anjurkan :)
Mencari dan mengerti erti Islam dengan hasil usaha yang cukup perit.
Dan kini saya.malahan mereka yang seperti saya masih terus mencari,mencari dan mencari

seorang sister dari Ireand dengan sayunya berkata ketika saya berkampung di Ma'adi,Cairo;
"Andainya jalan dakwah ini hanya memilih mereka dari sekolah agama,maka akak takde di sini"

detik hati saya berkata;
"Andainya jalan dakwah ini hanya memilih anak-anak yang lahir dari Baitul Muslim,maka aku tiada di sini"

ayuh saudara dan saudariku seIslam,
tidak kira siapa anda.tidak kita umur anda.tidak kir background anda
Islam tidak pernah spesifikkan siapa yang harus ada dalam jalan dakwah ini.

ayuh kita sama-sama tekadkan diri untuk berjaya dalam segala bidang yang diceburi :)
Ayuh,kita sama-sama bergandung bahu SPREAD THE WORDS OF ISLAM! ^_^

10 Muharram 1431 H
26 disember 2009
10.18 malam
samenoudi,syari' jihan
mansoura,egypt

YANG HINA DAN KERDIL ITU AKU

Bismillah

YANG HINA DAN KERDIL ITU AKU

Sedikit demi sedikit kumenemui jiwaku di bumi Anbiya',Mesir
Sedikit demi sedikit aku lebih memahami erti Islam sebenar
Sedikit demi sedikit aku mengenalimu Ya Allah
Sedikit demi sedikit aku menginsafi akan perjuangan Rasulullah,para sahabat serta umat Islam terdahulu
Sedikit demi sedikit aku akui,aku kesali bahawa pergorbanan dan perjuanganku dalam mengembalikan Islam pada tempat yang sepatutnya sehingga tertegaknya khilafah adalah terlalu.tersangat sedikit
Ya Allah,ampuni dosa-dosa kami
Tatkala aku rasa buntu akan arah hidup ini
Tatkala aku rasa sendirian dalam perjalanan ini
Tatkala aku rasa lemah dalam perjalanan ini
Aku berjalan sendirian dengan ligat di fikiranku,dengan santun kata hatiku memuhasabah diri
Aku memandang ke langit ciptaan-Mu ya Allah
Aku memandang indahnya gumpalan awan itu
Aku memandang langit yang mampu berdiri tegak tanpa bertiang itu
Subhanallah
Aku sedari bahawa Engkau Ya Allah senantiasa menamani hamba2Mu setiap detik.
Sentiasa mendengar luahan hamba2Mu biar segunung tinggi dosa hambaMu
Biar mana dosa hamba-Mu melangit luas,namun Engkau sedikit pun tidak menarik kesemua nikmatMu
Alangkah Ar-Rahman dan Ar-Rahim sifatmu Ya Allah




Tatkala aku berjalan di bumi-Mu ya Allah
bermusafir di Dumiyat untuk seketika
Aku akui kekuasaan-Mu
Bagaimana bisa laut Mediterranean (masin) mampu bertemu dengan sungai (nil)..namun sedikit pun tidak mengubah kocakan ombakankedua-dua itu.
Ombak kuat laut tetap dengan kuatnya,ketenangan ombak sungai tetap dengan ketenangannya.
Lalu aku mengambil kitab risalah cinta-Mu yang dikau berikan pada hamba2-Mu
Aku terpana;
(19)Dia membiarkan dua laut mengalir yang kemudian kedunya bertemu
(20)Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing
(21) Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman:19-21)
Allah.
Aku rindu untuk bersendirian bersamamu.Aku rindu berbicara denganmu
Rasulullah.
Aku rindu untuk bertemu denganmu.Aku teringin melihat betapa indahnya akhlakmu
Umat Islam golongan terawal serta para sahabat.
Aku teringin bertemu dengan kalian.Aku teringin mempraktikkan semangat jitu dan pengorbanan kalian.
Aku ingin mengucapkan 'jazakumullah.terima kasih.syukran' atas pengorbanan harta,nyawa,darah kalian untuk menyebarkan Islam sehingga aku kini mampu merasai nikmat Islam.
Alangkah hebatnya kalian sehingga mampu menyebarkan Islam dari bumi Mekah dan Madinah sehingga mampu menakluki 2/3 dunia.
Aku kembali menginsafi dan memuhasabah diri.
Aku mahu menjadi seperti kalian.
Bukan kerana untuk nama,bukan kerana duniawi.
Kerana nilai syurga yang indah itu terlalu mahal harganya.
Kerana nilai untuk berjumpa dengan wajah Allah itu tinggi maharnya.
Kerana-Mu Ya Allah,kuatkanlah hati-hati kami umat Islam.Faqihkanlah kami dalam agamamu.Ameen~
PESANAN:
SAUDARA DAN SAUDARIKU,AYUH KITA REFLEKSI DIRI
si kerdil lagi hina,
10 Muharram 1431 H
26 Disember 2009
9.50 malam
Samenoudi,Syari' jihan
Mansoura Egypt

Selasa, 22 Disember 2009

KADANG-KADANG SAYA RASA..

kadang-kadang saya rasa,
adakah saya yang jumud kerana mengamalkan Islam dalam seharian saya
ATAU
saya terlalu mengutamakan pandangan manusia berbanding pandangan Allah

kadang-kadang saya rasa,
11 tahun ilmu yang saya belajar di Sekolah Hidayah saya pratikkan
atau
hanya sekadar hiasan ketika sampaikan ilmu pada orang tapi tak amalkan =(

kadang-kadang saya rasa
kenapa saya mengutamakan pandangan manusia berbanding pandangan aLLAH

kadang-kadang saya rasa
kenapa saya membiarkan hati lagha ini berbicara lebih daripada bisikan iman yang hadir

kadang-kadang
saya rasa terseksa mengutamakan segala benda yang boleh mendekati saya kepada Allah.
saya rasa diuji hari demi hari.
saya rasa mahu kembali pada hari-hari saya yang setiap hari ada sahaja benda mengotorkan hati tanpa disedari
namun adakah itu yang saya mahu tuju dalam kehidupan ini..membiarkan hidup hanyut?

tiba-tiba saya teringat pesan mereka;
semakin kita dekat kepada Allah,semakin besar ujiannya untuk melihat sejauh mana teguhnya hati kita kepada Allah
NAMUN
selangkah kita kepada-Nya,Dia berlari mendekati kita =D

give us strength yaAllah..

Selasa, 15 Disember 2009

SELAMAT BER'KEM DEBAT' :)

bismillah
assalamualaikum wmt wbt
alhamdulillah,akhirnya dapat juga info bahawa kem debat kelab depikir sekolah menengah islam hidayah akan diajalankan pada 19-20 disember 2009.

saya rindu family depikir
saya mahu turun untuk kem debat ini
saya mahu mencurahkan segala ilmu yang saya dapat
saya mahu kongsikan perkara yang saya dapat aplikasikan melalui debat
saya mahu adik2 tahu bahawasanya melalui wahana debat ini..dalam proses menjadi pendebat yang menyakitkan itulah,mereka mampu mendidik hati untuk terbuka dan tabah.
saya mahu! saya nak! saya nak! (T_T)
saya rindu tatkala kedudukan debat berada dalam keadaan jatuh menjunam.akhirnya melonjak naik.
saya mahu adik2 junior depikir tahu bahawa AKHLAK dan PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH adalah penting dan sangat3 penting dalam proses gapai kejayaan.saya mahu mereka tahu ini

namun sekalanya sudah tersurat.takdir sudah di atur.
saya hanya mampu bertanya khabar dan iringkan dengan d0a.
moga kem debat 19-20 disember 2009 ini berjalan dengan lancar.
akhirnya,kem debat ini dapat direalisasikan..alhamdulillah ^_^
saya terkilan kerana tidak dapat turun,namun saya akur ada tanggungjawab untuk belajar di bumi anbiya'

sekilas lalu..gambar2 yang mengubat rindu di perantauan :)
&
mengimbau post sebelum saya fly ke egypt
saya REDHA (klik)


pentas final akhirnyakedua-dua bahasa dapat jejak..alhamdulillah,alhamdulillah.
pada awalnya nampak mustahil..namun tiada yang mustahil kerana Allah yang menentukan segalanya

disebalik takbir (ke tadbir..ngee~ dah lama tak blaja BM) kelab depikir. guru2 dan ALUMNI yang berdedikasi (guru je kot..ALUMNI x tahu).Ada lagi yang lain, tapi tiada dalam gambar.
hee~ nak lagi tengok gambar?
tak boleh.
cukup sampai disini. sambung buat n0ta untuk medical terminology :)
"tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu,padahal itu baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui.sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah:216)
15 disember 2009
6.06 petang
samenoudi,syari' jihan
mansoura,egypt





Isnin, 14 Disember 2009

kerana DIA,aku sanggup tinggalkan dia (2) --sayonara jahiliyyah--

kerana DIA, aku sanggup tinggalkan dia :)





bismillah
Assalamualaikum wmbt wbt



proses 2 minggu cuti yang telah Allah berikan ketika hari raya aidiladha+study week. Alhamdulillah kesemua hari terisi tanpa ada satu hari pun yang kosong.Alhamdulillah~
Ditambah lagi dengan kehadiran mama dan papa ke bumi Anbiya' ini. Alhamdulillah~
Biarpun jadual telah dirangka untuk cuti tersebut. KESEMUANYA lari. yang tak lari hanyalah tarikh EXAM MID SEM :8 disember 2009
(oh yeah..result pun dah keluar..kalau ikut usaha dan jadual yang lari..alhamdulillah dengan keputusan Allah berikan ^_^ tapi kena usaha lebih kuat untuk dapatkan yang terbaik,sangat terbaik dan dapat apa yang ditarget)




barulah kini saya mengerti bahawasanya kita merancang,Allah juga merancang..namun Allah adalah sebaik-baik perancang ^_^





MAADI,CAIRO



di sana telah saya temui sebahagian perkara yang saya cari selama ini :)
(jazakumullah ila Dr.Hanim Ireland + sisters Cairo ^_^)



SAYONARA JAHILIYYAH



masuk kali ke-3/4 saya dengar kupasan tajuk ini.
namun kali ini memang tertusuk,menusuk dalam kalbu.
yup, SAYONARA JAHILIYYAH. SELAMAT TINGGAL JAHILIYYAH
kalau ditanya apa itu jahiliyyah..pasti anda -mahupunsaya sendiri- akan jawab
"bodoh,tak tahu,tak nak ambil tahu" (Ceh,jawapan skema sejarah tingkatan 4)
namun dalam kupasan SAYONARA JAHILIYYAH yang dibentangkan ialah..JAHILIYYAH itu adalah apa-apa perkara selain daripada ISLAM.



contohnya;





  • Islam anjurkan kita solat awal waktu..tapi kita sengaja lambat-lambatkan solat (kira jahiliyyah laa tue)


  • Islam anjurkan kita pelihara batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan, tapi kita tak jaga.--faham2 jelaa eh-- (kira jahiliyyah laa tue)


  • Islam anjurkan kita menolong dan menyayangi saudara seislam kita sendiri sepertimana kita menyayangi diri kita..tapi kita sekarang boleh sambil lewa,relax aje..malas belajar..tahu nak enjoy jalan2 dengan kawan. sedangkan saudara kita di Palestin sedang berperang (kira jahiliyyah laa tue)


  • Islam anjurkan kita menepati masa (siap ada surah Al-'Asr..tapi kita nie seringkali suka lambat..siap tak tepati masa..ditambah lagi tak tepati janji.hmm


kenapa kene hilangkan jahiliyyah dalam diri?
of c0urselaa sebab ;
1)suruhan Allah
"wahai orang2 yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhan), dan janganlah kamu ikut langkah2 syaitan. Sungguh,ia musuh yang nyata bagimu"
(Al-Baqarah 2:208)



2) kita adalah orang pertama yang kena dakwah.
logiknya, kita nak tegur orang buat baik..kalau kita sendiri yang tak baik,adake orang yang nak percaya apa kita cakap?



kalau nak tinggalkan jahiliyyah,kenali jahiliyyah dahulu.
dan memang satu perkara yang mencabar pada zaman sekarang untuk ISLAMKAN ORANG ISLAM
(termasuk saya sendiri T_T..kuatkan iman kami ya Rabb)

sebab apa?
sebab kita hanyalah Islam pada agama sahaja.



BUKAN pada



kelakuan,kata-kata,pemakaian,belajar,pemikiran dan lain2



sedangkan Islam itu satu agama yang syumul..merangkumi seluruh kehidupan.
tak percaya? ayuh refleksi diri


  • Rasulullah SAW ada bersabda;
    "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia BERKATA YANG BAIK atau DIAM" (muttafaq 'alaihi)
    ~ kita? ada masanya mencarut,mengeji orang,mengumpat orang..keluar semua perkataan b*d*h,b*b* dan sebagainya. Haila~ inike yang Islam ajar? Inike yang Rasulullah sampaikan pada umatNya

  • psst..sekiranya benda ini (dari aspek perkataan) anda masih buat, apatah lagi benda2 yang lain


Hakikatnya,
saya dah penat.saya dah lali dengan sikap jahiliyyah saya.
saya penat melaghakan hati saya.
saya sudah penat untuk mencari kekuatan apabila mula 'down'.
saya penat melayan perkataan,fikiran,perbuatan yang jahiliyyah.
saya penat.saya bosan MELAYAN PANDANGAN MANUSIA berbanding PANDANGAN ALLAH
anda tak penat ke..
membiarkan hati kotor.
jauh daripada Allah
menyayangi manusia..menyayangi si dia daripada Allah
meninggalkan ajaran Islam

(seorang daie' tidak pantas mengucapkan '"penat"..tapi saya penat dalam hal2 membabitkan perkara yang semakin jauhkan saya daripada Allah dan Islam)

satu persoalan diajukan oleh penceramah tatkala penutup sesi ini yang memang membuka mata saya sebesar-besarnya dan menyebabkan darah rasa menyirap kerana akur dengan kelemahan diri;



"kalau dah tahu benda tue tak betul..benda tue jahiliyyah..apa yang akan kalian buat?"



saya jawab (dan sebahagian yang lain);



"tinggalkan sedikit demi sedikit..."



lalu dengan intonasi yang begitu menyentakkan hati namun masih lembut suaranya..penceramah tersebut menjawab;



"sekiranya kalian dah tahu benda tue salah. sekiranya kalian dah tahu benda tue tak betul. LEAVE IT! nak pegang apa lagi dnegan benda yang salah tue?
SEMENTARA HATI MASIGH KUAT,LEAVE IT"



"antara ISLAM dan JAHILIYYAH, tiada jalan tengah"



analoginya,
hati anda ingin masuk rumah (Islam), tapi anda tak mahu masuk rumah (Islam) kerana nak duduk luar untuk lepak (jahiliyyah).
Lalu nak adil...anda duduk di tengah pintu2.
kaki kanan dalam rumah,kaki kiri luar rumah.

saya nak tanya..dalam situasi tersebut..anda nak sebut dia dah masuk rumah ke blum?

begitu juga dengan Islam..
JAHILIYYAH itu satu perkara yang harus dibuang dalam diri..
memang susah..memang payah..namun kita kena berusaha!
kerana apa? kerana itu merupakan suruhan Allah dan juga supaya hati kita tidak lalai

saya sedang berusaha ke arahnya. memang SUSAH.memang PAYAH.
namun apabila saya telah meninggalkannya (baru beberapa)..Alhamdulillah,hati saya beroleh ketenangan.
Kini saya juga mahu mengajak pembaca..tinggalkanlah perkara yang sia2..ketenangan hati itu pasti anda peroleh.

kerana ALLAH,aku sanggup tinggalkan JAHILIYYAH :)

maafkan sekiranya ada yang terasa dengan post ini.diakui saya juga terasa kerana sifat jahiliyyah masih lagi dalam diri ini.
namun saya sayangkan anda kerana Allah, saya juga mahu mengajak anda untuk tinggalkan sifat2 jahiliyyah yang menyebabkan kita jauh daripada Islam yang sebenar.

14 Disember 2009
12.01 tengah hari
Samenoudi,Syari' Jihan
Mansoura,Egypt

pesanan 1:
case 7 tentang HEART. ya Allah, besar jantung ciptaanmu hanya sekecil genggaman tangan perlu belajar dalam masa seminggu + banyak proses kena hafal+ banyak part kena hafal+ banyak benda kena faham. Hanya sekecil itu. Ditambah lagi dengan benda tak faham.
ALlahumma faqihna fiddin (Ya ALlah faqihkan kami dalam agama)

Isnin, 7 Disember 2009

HAPPY BIRTHDAY :)

kiri:haikal, kanan: hafetz

to my beloved younger brother,
Muhammad Haikal

7 disember 2009

Sannah Helwa.Happy Birthday.Selamat Hari Lahir ke 16 :)

May Allah bless you forever.
belajar rajin-rajin kerana kejayaan itu 1 kewajipan bagi seorang muslim.
study smart..buat yang terbaik untuk SPM 2010.
doalah dapat belajar luar negara kerana tarbiyah berada di luar negara banyak mendidik jiwa.
semoga jadi anak dan adik yang soleh.

daripada kakak yang sedang 'busy' untuk EXAM MID SEM esok.

pesanan 1:
haih~ disebabkan nak wish adik,kene update blog :)
apalah nilai korbankan 5 minit untuk tunjukkan kasih sayang,rite..?