this post dedicated to my luvly sister,kakak,yang ada jauh di Malaysia..walaupun jauh di mata namun dekat di hati.
juga khas untuk pembaca blog sekalian :)
apa khabar kesihatan kalian? saya harap dalam keadaan sihat wal'afiat.jika anda sakit,moga sakit itu menjadi penghapus dosa-dosa kalian.
bagaimana pula dengan iman kalian? adakah iman kalian masih stabil atau mungkin sudah nazak?
bagaimana pula dengan keluarga dan saudara seislam kalian?adakah mereka semuanya sihat dan selamat?
Saudaraku,
Adakalanya.Ada saatnya.Memang selalu.
Tiap kali kita membuat kebaikan,pasti akan ada pihak yang mengata.
Pasti akan ada pihak yang memandang serong.
Sedangkan kita hendak mengajak manusia untuk mengenal Islam.
Namun,adakah kerana pandangan serong manusia itu.adakah kerana kata-kata mereka yang menyebabkan kamu terasa,kamu sudah mahu mengalah.
Saudaraku,
sejarah Islam sudah terlakar sejak dahulu lagi.
Jalan dakwah (mengajak,menyeru manusai kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) tidak pernah senang.
Saudaraku,
adakah engkau lupa kisah perjuangan Rasulullah dah para sahabat terdahulu.
adalah engkau pernah mendengar perjalanan mereka untuk dakwah ini dihampar dengan permaidani merah dan puji-pujian?
Saudaraku,
ayuh kita hayati dan soroti kembali perjalanan kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat.
Sejarah ini akan berulang,berulang,berulang dan terus berulang.
Moga engkau akan beroleh kekuatan di sebalik sejarah dan kisah ini.
Usah engkau membaca sejarah dengan akalmu,hanya tahu fakta semata.
KINI
berilah ruang pada imanmu,pada dirimu untuk hayati sejarah dengan hatimu.
letakkan dirimu dalam situasi manusia itu :)
Saudaraku, ayuh kita hayati kisah pertama.
kisah Rasulullah SAW yang setiap hari akan dibaling najis pada rumahnya.Ditambah pula, tindakan itu dibuat oleh jiran sebelahnya, orang yahudi.
Adakah Rasulullah memaki hamun ?
Adakah Rasulullah pergi membakar rumah orang yahudi tersebut ?
Tidak..Tidak..
Rasulullah SAW dengan akhlak ISLAMnya yang sebenar,
baginda dengan sabar mencuci halaman rumahnya, meskipun perlu melakukan perkara yang sama pada setiap hari.Baginda tidak menyimpan dendam walaupun baginda tahu siapa yang melakukan perkara tersebut kerana itulah sikap dan sifat Islam yang sebenar.
Indah sungguh pekerti Rasulullah sehinggalah baginda sendiri hairan tatkala -tiba pada satu pagi, tidak ada seketul najis pun pada halaman rumah baginda.
Jika kita tentu sahaja terlompat keriangan, dengan anggapan orang tersebut sudah berputus asa.
Tetapi bukan Rasulullah SAW .. apa yang baginda buat ?
Baginda pergi menziarahi jirannya itu, sehinggalah baginda dapat tahu bahawa ada ahli keluarga kaum yahudi itu yang sedang sakit. Jika kita tentu sahaja beranggapan, inilah balasannya buat jahat! padan muka.. tetapi bukan Rasul Junjungan kita..
Baginda membantu keluarga tersebut, membawanya makanan sehinggalah orang yahudi tadi berasa sangat malu dan terharu dengan sikap Rasulullah SAW.
akhirnya, jiran Rasulullah tersebut turut menerima kebenaran Islam..alhamdulillah ^_^
oleh itu saudaraku,BERSANGKA BAIK,SABAR dalam setiap perkara yang mendatang.USAH dikau mengeluarkan kata-kata kesat,memaki hamun,menyumpah-nyumpah orang yang membuat jahat kepada anda.
KASIHANILAH MEREKA.mereka masih tidak jelas akan indahnya Islam.SABARLAH dan AJARILAH MEREKA DENGAN ISLAM YANG SEBENAR melalu akhlak dan kata-katamu :)
ayuh kita soroti kisah kedua pula.
seorang sahabat bernama khabab bin arat sanggup dipanggang sehingga air-air lemaknya jatuh memadamkan api. Kesiksaan yang tiadak terperi sakitnya.
ya Allah.padamnya api itu bukan kerana dipadam oleh air..namun kerana seksaan :(
sebuah hadits dari shahabat Khabbab Al Arat Radhiallahu ‘Anhu :
Kami mengadu kepada Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam ketika beliau sedang berbantalkan burdahnya di bawah Ka’bah –di mana saat itu kami telah mendapatkan siksaan dari kaum musyrikin–. Kami berkata berkata kepada beliau :
“Wahai Rasulullah, mengapa engkau tidak memohonkan pertolongan untuk kita? Mengapa engkau tidak berdo’a kepada Allah untuk kita?”
Maka beliau langsung duduk, wajahnya memerah seraya bersabda : “Dahulu umat sebelum kalian ada yang disisir dengan sisir besi, sehingga berpisahlah tulang dan dagingnya, akan tetapi perlakuan itu tidaklah menyebabkan mereka berpaling dari agamanya.
Demi Allah, Allah akan menyempurnakan urusan ini (Islam), hingga (akan ada) seorang pengendara yang berjalan menempuh perjalanan dari Shan’a ke Hadramaut, dia tidak takut kecuali hanya kepada Allah atau (dia hanya khawatir terhadap) srigala (yang akan menerkam) kambingnya. Akan tetapi kalian tergesa-gesa.
[HR. Al BukhariNo. 3612, 3852, 6941; Ahmad IV/165-166, VI/395]
alangkah sedihnya hati ini apabila membaca Rasulullah menyebut sebegitu pada Khabab.
Kalau saya,sejujurnya..saya harapkan agar Rasulullah menyokong saya.
Namun,syurga itu bukan murah saudaraku.
Apa kau lupa janji jual beli syurga dengan Allah?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)
Saudaraku,
masih banyak lagi sejarah yang boleh saya coretkan
namun cukup 2 ini dahulu
usah engkau wahai saudaraku berputus asa.usah engkau saudaraku bersangka buruk.
jalan mengajak orang pada kebaikan sememangnya susah.tidak senang.
namun,teruskan usaha...teruskan usaha dengan pelbagai cara :)
KERANA ALLAH MAHU MELIHAT HASIL ITU BUKAN KEPUTUSANNYA
kuat ye saudara seislamku :)
sabar ye saudara seislamku :)
jika selama ini anda pergi ke majlis ilmu untuk dapatkan ilmu, kini sudah tiba masanya and auntuk mempraktikkan ilmu tersebut.
SUSAH? PAYAH NAK HADAPI? RASA NAK HADAPI..
jika itu alasan anda..
itulah yang umat Islam terdahulu hadapi.
with love,
saudara seislammu di Mans0ura,Egypt
6.23 petang
9 januari 2009
saudara seislammu di Mans0ura,Egypt
6.23 petang
9 januari 2009
0 lontaran pandangan:
Catat Ulasan