bismillah
assalamualaikum wmt wbt
sesekali saya tersentak apabila terbaca ayat2 Allah di dalam Qur'an yang bermaksud;
"...............sedikit sekali hamba2KU yang bersyukur" [Saba: 13]
Lalu saya terdiam seketika.Pergi menghiburkan hati sebentar di bilik rakan sambil berbual-bual.
Kemudian membaca dan menghafal 'lower limb'
f0kus saya lari, lalu saya mencari dengan bantuan Google penyakit2 yang saya belajar melalui kes sepanjang tahun pertama.
Dan juga penyakit2 yang saya tahu.
Astaghfirullah.
Allah, setakat ini hamba-Mu ini masih sihat. Hamba-Mu yang membaca blog ini masih lagi tidak buta.Kenapa kami masih lagi belum sedar akan nikmat-Mu yang terlalu banyak? Kami masih terus lagi merungut,merungut dan merungut. Engkau telah kurniakan kami terlalu banyak nikmat namun kami memandang remeh akan
tujuan kami diciptakan;
MANUSIA sebagai HAMBA ALLAH
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”
( Adz-Zariyat :56).
MANUSIA sebagai KHALIFAH dimuka bumi
"Ingatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Rabb berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (Al-Baqarah:30)
sebaliknya kami terus bersenang lenang, berhibur sesuka hati tanpa mengikut syariat Islam.
Kami hidup kerana untuk enjoy.
Al-Qur'an dan Sunnah yang sewajibnya menjadi panduan kami,hanyalah sekadar hiasan di dalam bilik.
*******************************************************************
Kerana kita tidak diujI lagi dengan ALlah menarik nikmat kesihatan dan kelapangan masa, maka kita lalai.
Sekiranya Allah menarik nikmat kesihatan, waktu itu baru menginsafi bahawa masa sihat TELAH KITA BAZIRKAN.
Kerana kita tidak pernah didedahkan oleh doktor2 (mungkin) bahawa sebenarnya kita manusia yang tiada serba kekurangan daripada segi fizikal ini, hakikatnya SEJAK DARIPADA JANIN LAGI, semuanya normal untuk kita.
~sekiranya terlebih atau terkurang amniotic fluid (air ketumban) , boleh jadi abnormal (ada kekurangan)
~sekiranya chromosome kita terkurang atau terlebih, kita boleh jadi abnormal
~sekiranya ectoderm and endoderm tu tak bergerak dengan baik,kita boleh jadi abnormal [lalala~ nak fikir ayat mudah tak dapat cari~]
Nantilah~ saya cerita.(insyaAllah)
Tapi nak katanya, Allah nak beri peluang pada kita..Allah tak beri ujian2 sehebat ini pada kita lagi. Oleh itu, kembalikan hati kita pada Al-Qur'an dan As-Sunnah.Ketahuilah tujuan kita diciptakan.Laksanakan sebaiknya!
SEBELUM SEGALA NIKMAT DITARIK
************************************************************
ini antara gambar yang paling sopan yang saya dapat.
boleh je nak letak gambar2 yang lagi dahsyat, cuma risau nanti ada yang 'termuntah' :)
kalau nak tengok yang lebih tragik..copy nama penyakit, dan anda boleh cari di google
dan ketika itu, nilailah sejauh mana nikmat syukur kita kepada Allah SWT
kyphosis (spinal curve that results in an abnormally rounded back)
~nampak biasa, tapi sakitnya..hanya orang yang alami yang tahu.
anencephaly (lack of forebrain)
~bersyukur kerana kita dihidupkan oleh Allah dalam keadaan yang normal. ALhamdulillah
rheumatoid arthritis
~autoimmune disease.bilamana our Antibody attack self antigen
[patutnya attack foreign antigen only]
~penyakit yang tak tahu puncanya.
pesanan 1:
final exam 29 hari lagi! yeah! (T_T) --suke ke tak suke ni?
pesanan 2:
MCQ 200 soalan..+/- 100 soalan anatomy!
anatomy...o0o0..anatomy..



0 lontaran pandangan:
Catat Ulasan