Isnin, 5 Julai 2010

BERTAHANLAH!

Bismillah

[103]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan
orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

[104]
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang
mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang
mereka lakukan".
[105]
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan
pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak
akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

[106]
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka
kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai
ejek-ejekan.

(AL-KAHFI:103-106)

ini antara gambar kenang-kenangan dari Syria.



ini gambar yang menduduki ranking pertama bagi saya ^_^
sangat3 cantik.Subhanallah.


beratus anak tangga yang terpaksa didaki untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik itu.Atas ini gambar anak2 tangga yang saya terpaksa panjat.
pada mulanya tangga setinggi BETIS!lama2 semakin kecil.

Dalam perjalanan itu,rasa sudah mahu berpatah balik.tidak sanggup meneruskan perjuangan.
Namun,ada seorang pak cik Arab berkata dalam bahasa Arab dan saya translatekan:
"bertahan! bertahan! lagi sikit nak sampai ke puncak!"

saya cuba bertahan.cuba tidak melayan perasaan mahu muntah ketika itu.
Alhamdulillah,akhirnya sampai juga ke puncak.

Apabila sudah tiba di puncak maqam arba'in.
segala penat lelah sudah hilang.sudah hilang^_^


**********************************************************************
Islam itu akan kembali gemilang,ini janji Allah.
cuma kita sahaja.mahu jadi PENONTON sahaja atau PENGGERAK ?

Dalam study juga, bukan senang untuk meraih markah tinggi..dapat A+ / mumtaz.
Usaha kuat kene dilipatganda!

terus yakin dengan janji Allah!
bertahanlah dalam perjalanan ini.bertahanlah,saudara seIslamku :)
kerana sesungguhnya tidak mungkin Allah akan membebani dirimu dengan sesuatu yang engkau tidak mampu.
Engkau bukann keseorangan.kita bergerak secara jemaah.kita bertebaran di muka bumi Allah ini :)
Kuatkan dirimu,saudaraku (^_^)v

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(AS-SYARH:5-6)

05072010
beyt kaffah
syari' iman,mansoura,egypt

0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan