Isnin, 5 Julai 2010

PERKONGSIAN- WUDHU' \(^_^)/

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

hari-hari berbaki di bumi Anbiya' , Mesir
ada satu masa tiba2 jiwa terasa kosong.Saat itu juga azan berkumandang.
Alhamdulillah,tarbiyah di Mesir cukup mengajar diri..solat di awal waktu :)
perubahan waktu yang selalu sangat berubah,ditambah dengan 4 musim,menyebabkan saya kurang hafal waktu solat sangat.Dengar azan je, SOLAT! habis cerita~


pada waktu itu..bila nak mulakan solat,jiwa sangat kosong.Tak rasa kehadiran Allah.Fikiran entah jauh dimana.
dah umur 19 tahun daa.solat pun tak tahu khusyu' tahap macam mana -_-''

***********************************************************************************************
selesai solat,saya duduk atas katil.
hela nafas panjang~
saya cuba imbas kembali macam2 ceramah yang pernah diadakan di Sekolah Menengah Islam Hidayah,Johor.sekolah lama saya.


TIBA-TIBA..

WUDHU'..ya, WUDHU'!
saya teringat satu cerama di mana ustaz tersebut ada bagi tahu, untuk hadirkan rasa khusyu', rasa ketenangan dalam solat..bukan masa start solat tu.Sebaliknya,sebelum solat tu lagi,PALING KURANG pun semasa mengambil wudhu' (air solat)

dan ustaz itu ada mengajar..
1)bahagian wajib untuk ambil wudhu' ada 4:
muka,tangan hingga ke siku,rambut dan kaki
sebaiknya,berwudhu'lah pada bahagian yang sunat juga.sebab BAHAGIAN YANG TERKENA AIR WUDHU' NI SETIAP TITISAN AIR YANG MENITIS..DOSA2 KITA AKAN TERHAPUS.
Jadi,pembaca sekalian termasuk saya, jangan sia-siakan peluang ini!

2)setiap kali mengambil wudhu'..membasuh bahagian yang sunat dan wajib..baca dalam hati ayat2 ini.oh yeah! setiap bahagian tu lagi bagus basuh 3 kali.
air paip tu jangan bukak kuat2,sederhana sahaja.Elakkan membazir :)
pada basuhan pertama:
"Ya Allah,sesungguhnya anggotaku ini ada buat dosa pada hari ini" (lagi spesifikkan dosa tu lagi bagus)
pada basuhan kedua:
"maka dengan rahmatMu,Kau ampunkanlah dosa2 itu"
pada basuhan ketiga:
"dan masukkanlah ia ke dalam syurga dan jangan masukkannya ke dalam neraka"

*zzuuuuuup*

perasaan saya terasa dicucuk.rasa sebak.sudah berapa lama saya tidak spesifikkan dosa2 saya bila berbicara dengan Allah.
ini perasaan saya ketika cuba praktikkan benda yang lama saya dah tinggalkan ni.
Saya try pratikkan masa tingkatan 2,dan saya tiba2 tinggalkan masa bila ntah.
Kini,pada usia 19 tahun..saya kembali mempratikkannya lagi..dan saya mahu terus istiqamah (tetap dengan amalan ini)

Mula2 tu rasa tak biasa..sebab macam panjang sangat ayat ni.
Tapi,pandai2laa ye nak buat macam mana.
Alhamdulillah,sungguh! rasa bersedia sebelum solat untuk menghadap Allah sungguh terasa ^_^
Andainya anda ada tips lain jugak, kongsi2laa ye ^_^

URUTAN ambil wudhu yang betul :)
WAJIB ikut urutan tau!


05072010
beyt kaffah
syari' iman,mansoura,egypt

0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan