Sabtu, 21 Ogos 2010

TRIPLE 'S' (3S) - santai,simple&sweet ^_^


[saya lupa bahawa orang sekeliling saya yang membaca blog tak semuanya sekepala,sama pengalaman,sama takdir dengan saya]

salam 'alayk, my brothers and sisters :)

sudah 3 tahun saya menulis di blog.
bermula dengan http://dr-wani.blogdrive.com sekitar April 2007, lalu saya berpindah ke blog sekarang sekarang sekitar Julai 2009.Sengaja berpindah,untuk cari nafas baru ^_^

sudah tentu pelbagai pahit manis tawar kelat telah saya rasa sepanjang saya menulis blog.macam main masak2 pulak ;)
dapat kenalan blog.siap boleh jumpa lagi.
dapat menulis pendapat sendiri.
dapat share cerita dengan pembaca yang mempunyai pengalaman yang sama.
dapat copy-paste artikel yang berfaedah.dan macam2 ^_^

sedikit demi sedikit pandangan saya pada blog berubah mengikut usia dan tahap kefahaman :D

kalau dulu2 saya menulis di blog untuk kongsi artikel yang berfaedah
seterusnya melencong pada sesi luahan rasa
seterusnya kembali pada jalan asal dengan kongsi benda berfaedah mengikut situasi sendiri
dan sekarang penulisan saya secara spontan.mengikut situasi semasa..aspek perubahan.
bila dibelek-belek penulisan yang lepas di blog ini,banyak penulisan saya berkisar dengan dakwah,tentang islam yang saya menulisnya dengan berat :)
mungkin kerana saya duduk dalam kelompok2 itu,sehingga jiwa,pemikiran dan penulisan saya dipengaruhi.

namun,sayang seribu kali sayang.
niat saya untuk mengajak pembaca agar kembali memahami maksud Islam agak kurang tercapai,mungkin.
sebab sayaberpendapat penulisan saya sebelum ini agak berat dan kadang2 tersangkut separuh jalan,seolah-olah semua manusia tahu apa perasaan saya -_-''

[berapa ramai agaknya yang masih mencari jalan pulang ke arah memahami Islam yang sebenar.MEMAHAMI ye bukan setakat TAHU]

Sekembalinya ke tanah air pada akhir Julai,saya kembali aktif membaca akhbar2.
bukan 1,bukan 2, tapi banyak..memang ini didikan ayah saya kepada anak-anaknya.Jangan percaya pada 1 sumber sahaja.Berita Harian,Utusan,New Straits Time,The Star,Harakah,Metro..
Dan melalui pembaca akhbar dan diikuti dengan majalah2,saya sedar bahawasanya masalah gejala sosial semakin berleluasa.
KES BUANG ANAK,MEREMPIT,ZINA,DADAH,MINUM ARAK,MELEPAK,BULI dan lain2.

Sungguh! Dulu2 masa saya baca akhbar..saya takde apa2 perasaan bila baca benda2 masalah2 ni.
Mana taknye..dulu2 kalau tengok cerita perempuan dengan lelaki pegang tangan,berpelukan..saya takde perasaan apa2,main bedal tengok je.Saya lupa bahawa hukum lelaki dan perempuan berpelukan hatta berpegang tangan itu HARAM DI SISI ALLAH.
Sungguh lemah iman saya.Langsung tak rasa apa2 dulu2 :'(

[adakalanya jalan untuk pulang kepada Allah tidak nampak kerana tiada siapa yang menghulurkan tangan untuk membantu.Atau mungkin kerana dosa?]

Lahir daripada sini,saya terus mendapat ilham untuk menulis penulisan yang santai dan bermesej.

Saya berharap dan berdoa agar penulisan2 saya ini dengan bantuan Allah,dengan ilham Allah dapat mengubat hati mereka yang jauh tersasar daripada landasan Islam yang sebenar.Ameen~

sungguh naif saya,
mahu mengajak orang kepada Islam...tapi tulis benda yang hanya orang2 join 'usrah' atau orang yang konon-kononnya baik sahaja yang faham.
Agaknya,semua ke mat rempit,semua ke penangih dadah,semua ke orang yang berzina faham apa itu usrah? apa itu sayonara jahiliyyah? apa itu syahadatul haq? apa itu daurah? siapa saidina abu bakar? siapa zainab al-gahazali? apa tu muntalaq? apa tu dakwatuna?

astaghfirullah~



kepada awak yang membaca.
Bantulah saya juga :)

Selepas ini mejoriti penulisan saya bercorak SANTAI,SIMPLE DAN SWEET (letak gambar2 kot?)



0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan