maaflah sekiranya pendahuluan post sebelum ni macam membebel apa-apa ntah.
Tapi mesej yang saya nak sampaikan dalam post sebelum ini ialah macam mana sayangnya Rasulullah SAW sehingga di akhir nyawa baginda masih sempat menyebut "ummati,ummati,ummati"
Siapa ummati tu?
ummati tu adalah ummat Rasulullah SAW. Dan dengan rendah diri,ummat Rasulullah SAW tu kitalah!
Sebelum ni saya selalu berfikir..kenapalah Rasulullah SAW bersusah payah nak sebarkan dakwah Islam pada semua orang?
Sampai sanggup diejek sebagai 'orang gila'
Sanggup dihina dengan kata-kata keji
Sanggup bertahan lapar dan menyabarkan ahli keluarga dan sahabat baginda lain ketika dipulaukan oleh masyarakat dimana ketika itu mereka susah untuk berniaga,untuk mendapatkan makanan
Sanggup bertahan lapar dan menyabarkan ahli keluarga dan sahabat baginda lain ketika dipulaukan oleh masyarakat dimana ketika itu mereka susah untuk berniaga,untuk mendapatkan makanan
Sanggup dibaling batu ketika berdakwah di Thaif sehingga berdarah badan suci baginda.
SEDANGKAN RASULULLAH SAW MENYERU MANUSIA AGAR MENYEMBAH ALLAH dan MENGAKUI NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH SEMATA-MATA.
(mengingatkan semual tujuan manusia dihidupkan.rujuk surah al-baqarah ayat 30 dan surah az-zariyat ayat 56 dimana tujuan manusia dihidupkan adalah untuk mengabdikan diri pada Allah serta menjadi khalifah di muka bumi ini)
(mengingatkan semual tujuan manusia dihidupkan.rujuk surah al-baqarah ayat 30 dan surah az-zariyat ayat 56 dimana tujuan manusia dihidupkan adalah untuk mengabdikan diri pada Allah serta menjadi khalifah di muka bumi ini)
ya,HANYA ITU!ada idea tak kenapalah agaknya Rasulullah terus tegar sehingga ke akhir hayat untuk sebarkan Islam? Dan sedihnya orang Islam sekarang ada yang anti dengar perkataan "dakwah" "tarbiyah" "usrah"..hmm..sedangkan benda tu yang Rasulullah SAW buat.
*************************************************************
refleksi diri kita sama-sama :)
ok,semua ready....
dalam mood nak refleksi diri.refleksi diri tu apa?
nama lainnya muhasabah diri.kiranya nilai sikap kita sebelum ni dan kita try perbaiki.
okey? ^_^
saya yakin kat sini semua orang ada kawan.ada adik beradik.ada jiran.
bahasa mudahnya,ada orang yang hidup di sekeliling kita.
sekarang ni..kita try letakkan diri kita pada situasi Rasulullah SAW..
Rasulullah SAW diutuskan untuk menyampaikan kalimah yang haq (benar)
ajak manusia untuk menyembah Allah dan menyaksikan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Serta menjadikan Islam itu sebagai satu cara hidup (dimana apabila orang nampak kita,orang nampak Islam)
Ini yang Rasulullah ajak, tak ajak pun buat benda-benda jahat
Tak ajak pun suruh dengki orang.
Tak ajak pun suruh mengumpat orang.
Tak ajak pun suruh mengumpat orang.
Tak ajak pun suruh bunuh orang.
Tak ajak pun suruh lawan mak ayah,suruh minum arak,suruh tengok tengok benda porno (lucah)
Tak ajak pun suruh lawan mak ayah,suruh minum arak,suruh tengok tengok benda porno (lucah)
Tak.tak..Rasulullah tak suruh pun benda-benda yang buruk-buruk tu
Rasulullah ajak buat benda yang baik-baik
Benda yang kalau kita buat,SEMUA orang senang dengan kita
Benda yang kalau kita buat, bila makcik pakcik nampak..terus nak jadikan kita menantu :) (bombastik!)
Rasulullah ajak kita untuk buat benda baik..
dan sekarang kita sama-sama bayangkan orang sekekeliling (muslim or non-muslim) cakap pada kita ayat-ayat sebegini ketika kita menyambung tugas Rasulullah SAW untuk sampaikan mesej agar sembah Allah,mengakui nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan jadikan islam itu sebagai the way of life..
kawan kita si A cakap..KAU NI GILA!kawan kita si B cakap.. APA AGAMA YANG KAU BAWAK NI? NENEK MOYANG DAH SURUH SEMBAH BERHALA..SEMBAH JELAAkawan kita si C cakap.. KAU NI BODOHLAA! PERGI KAU!kawan kita si D cakap.. KAU NI AHLI SIHIR! ADA JE CARA BAK PIKAT HATI ORANG PADA AGAMA BARU KAUkawan kita si E cakap..BAHLUL! TAHLUL laa kau !kawan kita si F cakap.. OK,AKU SANGGUP KASI KAU HARTA,PANGKAT SEBAGAI RAJA ASALKAN KAU TOLONGLAH TINGGALKAN KERJA KAU SERU PADA AGAMA SEMBAH ALLAH NI..TOLONGLAAA..!!kawan kita si G cakap.. EH,KAU NI KALAU NAK BAIK,BAIK SENDIRILAH...KUBUR LAIN-LAIN LAA!kawan kita si H cakap..FUIYOO..USTAZ/USTAZAH NI DAH START CERAMAH LAA..kawan kita I cakap.. WEI..KAU NI KOLOTLAA.. APA KES NAK AMALKAN AGAMA YANG KONONNYA SUCI TU?
saya rasa cukup senaraikan 9 contoh.
rasa sebak. Allah~
Jujurnya,sekiranya saya dalam situasi dihina sebegitu..saya rasa sangat down. Rasa lemah semangat.
Rasa nak berhenti je ajak orang untuk kenal Islam tu apa. Allah tu siapa. Apa sebenar tujuan kita dihidupkan.
Rasa nak berhenti je ajak orang untuk kenal Islam tu apa. Allah tu siapa. Apa sebenar tujuan kita dihidupkan.
Tapi,macam mana hebatnya Rasulullah SAW yang kematian ayah ketika berusia 2 bulan dalam kandungan dan kematian ibu pada usia 4 tahun..mampu harungi hidup bergantung secara total 100% pada Allah.
Subhanallah! hebat!
Subhanallah! hebat!
Ada antara kita,kalau ada masalah..boleh luahkan pada mak..pada ayah..tapi Rasulullah? mak ayah dah tiada.
saya baru beri contoh ayat-ayat penghinaan~ yang hanya sekadar melukakan hati kita. Belum lagi melukakan jasad kita.
Kita ni setakat orang mengata dan rasa sakit hati je.
Kita ni setakat orang mengata dan rasa sakit hati je.
Itu pun ada antara kita yang nak putus asa sebarkan Islam yang sebenar.
Bukan setakat mahu sebarkan pun dah putus asa..malahan nak amalkan ajaran Islam pun masih segan.
Mungkin ada antara kita lupa..
Macam mana teguhnya Sumayyah mempertahankan 2 kalimah syahadah sehingga sanggup syahid disula.
Sedangkan masa tu hukum Islam tutup aurat,zakat,tunaikan haji tak turunkan lagi pun.
Kita ni yang al-Qur'an dah ada al-Qur'an 30 juz tu pun nak amalkan Islam masih lagi rapuh dengan pegangan।
Nak katanya,golongan Islam terdahulu bukan setakat tahu erti 2 kalimah syahadah..tetapi faham erti 2 kalimah syahadah itu. Tahu dan faham tak sama.
Nak katanya,golongan Islam terdahulu bukan setakat tahu erti 2 kalimah syahadah..tetapi faham erti 2 kalimah syahadah itu. Tahu dan faham tak sama.
Mungkin ada antara kita lupa..
Macam mana Bilal bin Rabah diseksa di tengah padang pasir yang sangat terik.Teriknya yang sangat terik.
Kalau di mesir masa musim panas,ramai je pelajar mengeluh "panaslaa...panaslaa"..
Kalau di mesir masa musim panas,ramai je pelajar mengeluh "panaslaa...panaslaa"..
Sedangkan jumpa matahari masa tengah nak pergi dan balik sekolah atau keluar pergi mana-mana.
Bilal bin Rabah yang diseksa direct di tengah padang pasir itu kita tak kenang macam mana tahannya beliau.
Bukan setakat itu..malahan dihempapkan batu yang sangat besar di dadanya.
Tapi,Bilal bin Rabah masih teguh dengan agama Islam!
Bukan setakat itu..malahan dihempapkan batu yang sangat besar di dadanya.
Tapi,Bilal bin Rabah masih teguh dengan agama Islam!
Mungkin ada antara kita yang lupa..
Khabab bin 'Arad dimana beliau diseksa dengan dipanggang atas bara api.
Awak tahu tak bara api tu macam mana?
Awak tahu tak bara api tu macam mana?
Tahu tak sate? ayam panggang? ikan bakar? semuanya secara tradisional dipanggang atas bara api.
sakit ke?
ha..cubalah test letak arang..letak api..panaskan arang..dan try laa golek-golek atas bara api tu.
Dan bara api yang diletakkan jasad Khabab atas itu akhirnya terpadam...
terpadam bukan sebab ada orang siram dengan air~ BUKAN!
tapi sebab lemak-lemak Khabab bin 'Arad yang mencair itu memadamkan bara api itu.
Setelah beberapa ketika Khabab berjumpa dengan Rasulullah dan bertanya..
"Wahai Rasulullah,bilakah pertolongan Allah itu akan tiba?"
lantas Rasulullah SAW menjawab (klik)
"Sesungguhnya orang-orang sebelum Kalian ada yang dibenamkan ke dalam tanah lalu digergaji tubuhnya dari atas kepalanya, tetapi hal itu tidak membuatnya berpaling dari agamanya, dan ada juga yang dagingnya dikuliti dari tulangnya dengan besi panas tetapi tidak membuatnya berpaling dari agamanya. Sesungguhnya Allah swt. akan menyempurnakan agama ini hingga seorang musafir dari Shan’a ke Hadhramaut tidak akan takut kecuali kepada Allah swt. atau kepada singa terhadap kambing-kambingnya, akan tetapi Kalian terlalu terburu-buru"
Khabab yang diseksa sehingga dipanggang atas bara api itu pun masih dikatakan TERBURU-BURU?
Kini,kalian menjadi saksi atas cerita ini..
untuk menyebarkan Islam itu bermula dengan susah payah, pengorbanan air mata, jasad, darah ,hati dan seluruh kehidupan perlu dilakukan.
Terlalu banyak kisah dalam sirah Islam yang perlu dijadikan kekuatan untuk kita.
Bacalah sejarah dnegan mata hati dan hayati dengan meletakkan diri kita dalam watak yang diceritakan~
Bacalah sejarah dnegan mata hati dan hayati dengan meletakkan diri kita dalam watak yang diceritakan~
***********************************************************************
maaf,kali ni seperti menulis panjang.
ayuh kita muhasabah sejenak.
MASIH ADAKAH BERSISA DI HATI KITA RASA MALU UNTUK AMALKAN ISLAM?
MASIH ADAKAH BERSISA DI HATI KITA RASA LOKO/KEKAMPUNGAN UNTUK AMALKAN ISLAM?
Seksaan di hati kita lantaran dihina oleh orang hanya sekelumit daripada pengorbanan sahabat terdahulu.
Masih malukah untuk mengamalkan Islam sebagai satu cara kehidupan total?
Mari hayati kisah singkat ini sebentar (klik)
Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
MARILAH BERCITA-CITA DAN MEMPRATIKKAN DENGAN AMALAN AGAR KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN IKHWAN YANG DIMAKSUDKAN OLEH RASULULLAH SAW.
Mengamalkan Islam secara total itu maksudnya..bila orang lihat kita,orang nampak keindahan Islam ^_^
ya Allah,besarkanlah iman kami dalam hadapi mehnah/ujian/tribulasi di dunia yang sementara ini.ameen~
0 lontaran pandangan:
Catat Ulasan