bismillah
assalamualaikum wmt wbt
Kan Allah dah berfirman dalam al-Qur'an dengan jelas bahawa Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah : 286)
Memetik kata-kata di bawah ini dalam artikel perenggan akhir di sini Allah tengah nak mengajar saya sesuatu benda yang saya kene baiki bila naik semester 4.
Saya pernah encounter kisah yang lebih kurang sebegini, seorang pelajar beragama Islam dan berbangsa Melayu, mendapat pangkat ‘Best Student’ di RCSI (Royal College of Surgeons in Ireland). Beliau berkongsi kisahnya bersama kami. Sedikit excerpt dari kisah beliau. Lebih kurang begini.
“Saya dulu masa study, tak macam orang lain. Memang selalu kene buat kerja kat luar. So dalam kelas, saya tumpukan sepenuh perhatian, absorb everything in the class. Sebab saya tahu di luar waktu kelas saya memang dah takde masa nak study. Orang nak pinjam nota saya, derang rasa pelik sebab ada satu page je. [etc] Dalam hati saya ‘Kalau saya buat kerja kerana Allah, dan kalau saya study, Allah nak bagi result best, mudahan apa yang saya dapat akan menolong saya dalam jalan ini’”.
Subhanallah. Amazing kan? Kini dia bergelar consultant di kawasan Plymouth. Masih muda lagi.
*********************************************************************************
(perenggan bawah ni semua bebelan panjang.tak rajin nak letak gambar.sorry~)
Sekarang ini saya masih cuba untuk kuat dalam perjalanan hidup yang entahkan bila akan berakhir.
Rasa lenguh di tengkuk belakang dan bahu masih belum hilang.Dah nak habis 1 botol yoko-yoko saya sapu -_-.
Lelah,letih,mencabar..inilah perasaan yang saya alami sekarang.
Sebagai seorang yang mengaku seorang daie' sudah tentunya masa-masa harian akan diisi dengan pelbagai aktiviti untuk mengajak orang kepada islam sama ada secara formal ataupun tidak formal.
Masa hujung minggu pula diisi dengan usrah,melawat anak usrah,program,daurah atau jaulah.
Allah~
Ada kalanya masa seolah-olah sangat terhad untuk duduk study 6 jam atas meja lantaran 'kerja lebih banyak dari masa' -wasiat as-syahid Imam Hassan Al-Banna . Apatah lagi diriku sebagai pelajar perubatan yang memerlukan banyak membaca,memahami dan menghafal setiap benda yang saya belajar di kuliah.Tapi saya usahakan juga untuk belajar paling kurang 2 jam setiap hari. Kalau memang dah tak tahan sangat sebab sakit atau mengantuk yang sangat dahsyat, saya akan ulangkaji benda yang saya belajar pada hari tersebut. Itupun,kadang-kadang saya baca sampai tertidur atas meja atau katil.
(orang kata pelajar perubatan kena belajar 6 jam setiap hari..orang katalah... -_-)
Sangat mencabar! Sungguh! Kerana dalam kepenatan, semangat 'pemuda dakwah' (insyaAllah) terus mengalir untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Selalu je dalam seminggu tu cuma sehari atau dua hari je lepas habis kelas saya berada di rumah sepenuhnya.Hari-hari yang lain lepas lecture..masa saya diisi dengan pelbagai aktiviti dakwah dan tarbiyyah mahupun pembelajaran.
Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya tidak leka dengan urusan duniawi melampau-lampau.
Bila study leave selama 3 minggu tiba (secara rasmi start 20 disember ), sudah tentu saya mahu f0kuskan 100% pada study saya lantaran banyaknya nota kuliah yang saya masih belum faham dan hafal disebabkan jadual harian saya tidak seperti kawan saya yang masih ada masa untuk menonton movie korea,jepun ,hindustan. Kalau setakat baca tu,insyaAllah dah banyak yang baca. Namun, kita manusia hanya mampu merancang dan Allah itu juga merancang..tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
Allah~ T_______T
3 minggu study leave inilah kesabaran ,'time management' dan plan belajar 3 minggu saya diuji dengan ujian yang bagi saya agak menduga jiwa saya. Mungkin Allah mahu melihat sejauh mana tingginya tawakkal saya kepada Allah.
Allah~
start 20 disember
isnin-khamis
pada awal study leave sahaja, saya ditakdirkan oleh Allah untuk jadi tour guide tak bertauliah pada family saya untuk bawa mereka jalan-jalan di mesir~ Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan.
jumaat
ada jemputan ke rumah terbuka senior, ada usrah
sabtu
jamuan PBL sem 3
ahad-selasa
melayan tetamu dari Malaysia
rabu-akhir disember
kene uruskan hal untuk pindah rumah.
Allah~Allah~ Allah~
Saya nak belajar fokus hanya pada study tanpa ada gangguan.
Study leave memang masa yang dah memang saya plan untuk study 10 jam sehari. (T__T)
Allah.
Sekarang ini tawakkal ku padamu diuji.
Sempatkah aku untuk menghabiskan membaca,memahami,menghafal semua nota kuliah.
Mungkinkah natijah/result untuk semester 3 ini akan berakhir dengan kecemerlangan.
Allah~
Selepas habisnya tempoh pindah rumah pada hari Sabtu ini (insyaAllah), ada lagikah ujian yang bakal datang?
Allah, andainya masih ada lagi ujian daripada-Mu untuk menguji tahap kesabaranku,tahap tawakkal ku.. Sesungguhnya Engkau berhak kerana Engkau pencipta-Ku,maka Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku agar aku menjadi manusia yang berjiwa besar.
Tetapi bila petang kelmarin kata putus daripada mesyuarat menyatakan yang saya dan housemates kena pindah rumah baru (atas beberapa faktor),maka kali ini benar-benar menguji diri saya. Sangat menguji.
Saya sangkakan lepas habis tugas membawa family berjalan di Mesir, saya boleh fokus 100% study. Rupanya tidak.
Allah menguji saya untuk membawa sahabat kenalan blog untuk membawanya bershooping di sekitar Mansurah (pakaian muslimah-untuk wanita di Malaysia)
Ingatkan selepas hantar sahabat kenalan blog di perhentian bas pagi semalam,saya boleh fokus study.
Rupanya,perlu uruskan hal pindah rumah. Allah~
Untuk rumah baru,
Kene buat akad (perjanjian), kene bayar ta'min (deposit) -alhamdulillah dah selesai malam tadi.
Kene survey dan nak beli dapur gas,peti sejuk,mesin basuh,katil,almari,heater untuk panaskan air dan lain-lain. Kena shooping barang sebabnya rumah sewa yang baru ni dia kosong, takde apa-apa.
Memang saja pilih rumah kosong sebab boleh dapat harga sewa murah. Rumah sekarang ni agak mahal.
Astaghfirullah~ usah mengeluh.
Allah~Allah~Allah~
mungkinkah ujian sebegini menyebabkan aku lebih mengingati-Mu ya Allah.
Sehinggakan post kali ini banyak kalimah "Allah"
Allah~ T_T
Allah~
Berilah kejayaan yang cemerlang buat diriku dan teman-temanku dalam final exam sem 3 demi ummah Islam kerana masih panjang lagi perjalanan untuk mencapai kegemilangan Islam.Kuatkanlah kami ya Allah.
Allah~
Allah~
Allah~
Speechless.Tidak terkata apa lagi dah.
InsyaAllah, saya masih mampu bertahan dan masih mampu tersenyum :D
Mohon doa daripada pembaca yang sudi untuk mendoakan kekuatan dan kejayaan saya :)
Dan sekiranya anda mendoakan saya,JANGAN BAGI TAHU saya ye..
sebab doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa diketahui sahabat yang didoakan itu adalah lebih afdhal dan insyaAllah dimakbulkan ^_^
sekarang pukul 2.09 pagi. okey,nak sambung study,esok nak hantar thesis dan ada practical 4 jam (alhamdulillah satu-satunya class masa study leave).
DONE.
p/s: banyak sangat hikmah dan kasih sayang daripada Allah yang ditunjukkan bila hati saya rasa gundah gelana banyak lagi nota kuliah yang tak faham dan hafal
p/s/s: ouh ye,entry ni saya nak post juga sebabnya nak jadi rujukan diri sendiri mahupun orang lain bahawa lain orang lain ujiannya dan plan kita tak semestinya sama dengan Allah
p/s/s/s: study leave tu kan adik2 (yang masih belum masuk universiti), maksud dia cuti beberapa hari dan boleh mencecah beberapa minggu yang diberikan oleh pihak universiti untuk pelajar belajar di rumah dan tiada sebarang class dijalankan sepanjang study leave (kadang-kadang adalah 1-2 class masa study leave)
p/s/s/s/s: semester 4 lepas ni dalam class kene fokus 100%! insyaAllah =)
"Dia menitipkan kasih sayangNya dalam setiap aliran darah kita.
Dia memberikan cintaNya dalam setiap degup jantung kita.
Dia menguji bukan membenci, kerana Dia Maha Menyayangi."
masya Allah! subhanallah! Allahu Akbar!
yeay wani kuat!!
BalasPadamyeay..kuat!kuat!kuat!
BalasPadamjazakillah nadhirah. rindu anti T_T