rehat sekejap. otak dah penuh dengan istilah medic.
Tak tahulah kenapa masa study leave nilah idea datang mencurah-curah.
Tak salah kan nak upate blog masa study leave. Just ambil 10-15 minit je :)

Dulu-dulu kan sebelum keluar rumah untuk pergi sekolah mesti salam mama dan papa untuk minta restu.
Papa kasi duit belanja.
Mama bacakan doa di ubun-ubun rambutku sambil usap rambut dan gosok-gosok rambut
(rindunya.. T_______________T)
Dulu-dulu kan mama dan papa selalu kene amik saya di sekolah bila saya balik lewat petang.
Saya selalu kena marah sebab janji habis program/mesyuarat pukul 5.00 petang, tapi saya dengan jalan itiknya keluar mesyuarat tu pukul 6.00 petang.
Mama marah-marah,bebel panjang-panjang..tapi saya macam biasalah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Lusanya,saya buat benda yang sama..cuma saya keluar pukul 5.45 petang T__________T
Kira baik laa (perasaan masa tu)
Papa pula diam je..tapi saya tahu papa tengah marah.
Mama dan papa tak marah pun nak balik lewat petang, tapi salah saya sebab gagal patuhi masa yang dijanjikan.
Dulu-dulu kan saya selalu merajuk bila mama dan papa tak dapat hadiri majlis anugerah kecemerlangan (hari ihtifal). Saya terasa bila mama dan papa tak tengok saya amik hadiah kat atas pentas.
Lepas tu saya tulis kat diari segala luahan hati saya..tulis betapa saya dipinggirkan.. Dan macam biasa, diari tu terkantoi jugak dengan mama dan papa sebab saya tak retilaa nak simpan diary ni -_-
Mujur tak tulis nama orang yang sama minat masa zaman sekolah dalam diary tu. :p
Tapi saya tak pernah fikir perasaan mama dan papa bila saya kecewakan perasaan mereka. -_-
Dulu-dulu kan papa dan mama selalu bawa saya dan adik beradik yang lain jalan-jalan.
Pergi tempat pelancongan dalam negara atau luar negara.
Kami pulak tahu habiskan duit beli makanan,beli barang dan bermain. Tak rasa pun nak hargai betapa payahnya nak kumpul duit untuk pergi berjalan.
Sekarang ni nak kumpul duit untuk pergi Ireland pun rasa macam seksa yang amat dahsyat!
Baru tahu perasaan kene ikat perut bila duit bulanan tinggal sikit -_-
Dulu-dulu kan papa dan mama selalu nasihat, “belajar sungguh-sungguh”
Mama selalu sangat nasihat hanya ilmu yang akan menyelamatkan kita pada masa depan sebab ilmu takkan habis…duit pula akan habis.
Dengan ilmu kita dapat bina kerjaya kita, syarikat sendiri, dihormati orang.
Dulu-dulu mama dan papa akan hantar kami adik-beradik ke tempat yang terbaik agar kami faham erti Islam.
Belajar di tadika iman..lepas tu sekolah rendah islam hidayah..lepas tu sekolah menengah islam hidayah..secara asasnya,13 tahun kami dapat pendedahan agama sejak kecil lagi.
Semua sekolah tu pulak bukannya sekolah kerajaan. Tapi sekolah swasta. Yuran sebulan di sekolah islam hidayah adalah dalam RM 300. Kalau 10 bulan jadi RM 3,000. Kalau dah 6 adik-beradik sekolah yang sama.. RM 3,000 x 6 =RM 18,000. Itu tak termasuk nak beli barang keperluan lagi -_-
Zaman comot-comot dulu-dulu mengingatkan saya betapa sayangnya mama dan papa pada kami adik beradik :)
Biarpun kami ni takdelah bijak pandai, baik soleh solehah, famous satu dunia..tapi mama dan papa terima kami seadanya.
Malahan terus memberikan kami sokongan padu untuk berjaya dunia dan akhirat.
Ya Allah! Besarnya pengorbanan mama dan papa :’(
Sayangnya mama dan papa pada saya dan sorang kakak saya yang sama-sama belajar di Mesir..
Tahun lepas mereka lawat kami di mesir, tahun ni lawat kami sekali lagi di mesir bersama dengan adik beradik saya yang lain..
Dan mereka kata insyaAllah tahun depan pun mahu lawat lagi untuk lihat keadaan kami.
Bila mereka lawat je, takde benda lain yang ditanya melainkan tentang kami.
Ok ke belajar? Ok ke rumah sekarang? Ok ke kawan-kawan?
Apa lagi barang yang tak cukup?
Tahun ini sahaja mama dan papa belanja electric oven dan alatan masak 1 set
Sampaikan saya penat nak tahan mama dan papa cakap, “dah cukup dah tu..”
Sampaikan saya penat nak cakap.. “kitaorang ok je kat sini”
Saya rasa anda sendiri juga ada kisah masing-masing,kan ^_^
Sekarang ni bila dah besar baru akui betapa benarnya nasihat mak dan ayah masa zaman comot dulu-dulu.
Dulu-dulu asik fikir mama dan papa asik bebeeeeeeeeel aje, tapi sekarang ni kalau mama dan papa nasihat memang terima sebab saya tahu apa yang mereka nasihat kan itu adalah benar-benar belaka.
Zaman comot-comot meninggalkan 1001 kenangan.
*******************************
Mahu berbakti kepada mama dan papa.
Mahu guna duit gaji untuk belanja mama dan papa.
Tapi saya baru je tahun ke-2 perubatan, berbaki lagi 4 tahun setengah -_-
Hmm..
Ya Allah,Engkau sayangilah mereka sepertimana mereka sayangiku sewaktu aku kecil.Ameen~
(Surah al-Israk ayat 23-24).
0 lontaran pandangan:
Catat Ulasan