Rabu, 13 Januari 2010

JAGALAH HAK ALLAH,MAKA ALLAH AKAN MENJAGAMU ^_^

bismillah
assalamualaikum wmt wbt
saya tinggalkan anda sementara waktu dengan sebuah hadis yang saya cukup suka dan gemar :)
hayatilah dengan mata hati.
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا
))
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu.
Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.
Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

FINAL EXAM & WINTER BREAK & XTVT

bismillah
ini bukan diary terbuka.tapi nak share.
sebab apa nak share? sebab inilah pengalaman kali pertama rasakan final exam sem 1 sebagai medical student.
cuak? gementar? semua perasaan ada.
mana tahu suatu hari nanti saya rasa down.bila tengok post ni semula.saya akan rasa bermotivasi semula ^_^
countdown..dan juga kata2 semangat yang saya pegang semasa form 2-3 yang diberikan oleh fadzil yusof sewaktu saya beli buku dia (btul ke?, yang pasti dia pakar motivasi)
perancangan.
kata-kata di atas diberikan oleh junior debat, Qarirah Kahar (jazakillah qarie)
oh ye. saya masih tak kaji..tapi mak saya pesan, kurangkan makan ayam dan daging dalam tenpoh nak dekat exam nie.banyakkan makan ikan.
mak saya cakap untuk mudahkan untuk menghafal.
nak jadi anak yang taat? ikut je laa
ditambah dengan medic yang perlu menghafal banyaaaaak ^_^

ANTARA fail kes yang perlu di 'cover'
banyak lagi..dalam laptop. yang fail ada di ruang tamu :)
1 sem = 11 cases (include unseen case)


WINTER BREAK.WINTER BREAK
winter break kali ini. rezeki saya untuk ke Unted Kingdom (UK) tiada.
insyaAllah,saya yakin Allah menangguhkan pada 1 masa yang lebih baik.
Lagipun, tahun nie baru je datang Mesir, lepas tue nak pergi UK.
Haish~ duit,duit



insyaAllah,banyak je program boleh j0in winter break ni (lepas final exam)
oh.ye..kawan2 di Mansoura..program di atas nie akan dibuat di
darul rahmah (bujang senang)

terkini, di samping ilmu medic.
ada juga kelas-kelas yang saya join.
jadi nak promote pada kawan2 di Mansoura yang mungkin belum tahu.
jom join! best3! ^_^
1) PROGRAM DOKTOR FAQIH
keterangan lanjut;
2) KELAS MENGAJI AL-QUR'AN
walaupun mungkin ada kawan-kawan yang dah pandai mengaji. jomlah join jugak :)
sebab insyaAllah ustaz/ustazah yang jadi mentor anda akan betulakn pula sebutan makhraj dan tajwid anda.
FREE ye.
insyaAllah start lepas habis final exam.
siapa yang tak join lagi, silalah daftarkan diri.
luangkan masa untuk mendekatkan diri pada Allah, insyaAllah Allah akan gantikan masa itu dengan anda mudah faham dalam study atau apa sahaja :)



GANGLION CYST

GANGLION CYST
GANGLION CYST.
sekali lagi bermaharajalela di tangan kananku :(
setiap yang berlaku ada hikmahnya.
baru tahun lepas buat operation (16/2/2009 -- hari guru! + waktu setara SPM)
tahun ini.menyedari ganglion itu timbul balik.waktu nak dekat dengan FINAL EXAM SEM1.
doakan saya moga kuat dan tabah dalam menahan sakit
(ok.sekarang rasa sakit bila menulis banyak)
alang-alang masuk bidang perubatan nie,dah faham banyak terms medic..biarlaa faham semua punca penyakit.
jadi,maybe bagi pembaca yang ada kawan mahupun family atau pernah terjumpa dengan benda yang dinamakan "ganglion",boleh baca info dibawah..jadi,tiadalah anda rasa pelik nanti ye :)

inilah ganglion yang sedang dihadapi saya sekarang.
ganglion itu sedang membesar.masih tak nampak kalau saya bengkokkan tangan sepeti gambar di atas.
tapi kalau ikut tahun tahun lepas, besar ganglion saya macam gambar di atas!
dibela dari darjah 4 sampai tingkatan 5
yelaa..mula2 tak sakit,lepas tue boleh hilang sendiri. dan akhirnya timbul balik dan sakit..apa lagi, bedah.
tapi serius, sekiranya boleh..saya sebagai medical student pun akan cuba elakkan pembedahan.
sebab apa?
sekali anda bedah.bererti ada nikmat Allah yang akan anda hilang :(
oleh itu,jaga kesihatan baik2 ye
doctor pesan.buat rawatan persendirian
selama 10 hari.kalau takde perubahan,jumpa balik dan kalau sakit sangat...silalah bedah untuk kali ke-2 ye
ubat yang bawah tue agak besar untuk ditelan 0_o
( saya bertekad untuk tak masuk dewan pembedahan untuk dibedah lagi!)
ini apa yang kawan Mr.Google & Mr.Google cakap ( ambil info campur-campur );

What is a ganglion?
A ganglion is a lump under the skin that contains fluid.
Most ganglions form near the wrist joint
A ganglion is not serious. If it is causing trouble, your surgeon can remove it.


Ganglion cysts are idiopathic, but presumably reflect a variation in normal joint or tendon sheath function. Cysts near joints are connected to the joint and the leading theory is that a type of check valve forms that allows fluid out of the joint, but not back in. The cyst contains clear fluid similar to, but thicker than, normal synovial fluid. They are most often found around the wrist joint, especially at the scapho-lunate joint, which accounts for 80% of all ganglion cysts.

13 januari 2009
samenoudi,syari' jihan
mansoura,egypt

pesanan:
untuk family di Malaysia,insyaAllah..saya di sini ok


Sabtu, 9 Januari 2010

KUAT YE SAUDARA SEISLAMKU ^_^

bismillah.

this post dedicated to my luvly sister,kakak,yang ada jauh di Malaysia..walaupun jauh di mata namun dekat di hati.
juga khas untuk pembaca blog sekalian :)

apa khabar kesihatan kalian? saya harap dalam keadaan sihat wal'afiat.jika anda sakit,moga sakit itu menjadi penghapus dosa-dosa kalian.
bagaimana pula dengan iman kalian? adakah iman kalian masih stabil atau mungkin sudah nazak?
bagaimana pula dengan keluarga dan saudara seislam kalian?adakah mereka semuanya sihat dan selamat?


Saudaraku,
Adakalanya.Ada saatnya.Memang selalu.
Tiap kali kita membuat kebaikan,pasti akan ada pihak yang mengata.
Pasti akan ada pihak yang memandang serong.
Sedangkan kita hendak mengajak manusia untuk mengenal Islam.
Namun,adakah kerana pandangan serong manusia itu.adakah kerana kata-kata mereka yang menyebabkan kamu terasa,kamu sudah mahu mengalah.

Saudaraku,
sejarah Islam sudah terlakar sejak dahulu lagi.
Jalan dakwah (mengajak,menyeru manusai kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) tidak pernah senang.

Saudaraku,
adakah engkau lupa kisah perjuangan Rasulullah dah para sahabat terdahulu.
adalah engkau pernah mendengar perjalanan mereka untuk dakwah ini dihampar dengan permaidani merah dan puji-pujian?

Saudaraku,
ayuh kita hayati dan soroti kembali perjalanan kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat.
Sejarah ini akan berulang,berulang,berulang dan terus berulang.
Moga engkau akan beroleh kekuatan di sebalik sejarah dan kisah ini.
Usah engkau membaca sejarah dengan akalmu,hanya tahu fakta semata.
KINI
berilah ruang pada imanmu,pada dirimu untuk hayati sejarah dengan hatimu.
letakkan dirimu dalam situasi manusia itu :)

Saudaraku, ayuh kita hayati kisah pertama.
kisah Rasulullah SAW yang setiap hari akan dibaling najis pada rumahnya.Ditambah pula, tindakan itu dibuat oleh jiran sebelahnya, orang yahudi.
Adakah Rasulullah memaki hamun ?
Adakah Rasulullah pergi membakar rumah orang yahudi tersebut ?
Tidak..Tidak..
Rasulullah SAW dengan akhlak ISLAMnya yang sebenar,
baginda dengan sabar mencuci halaman rumahnya, meskipun perlu melakukan perkara yang sama pada setiap hari.Baginda tidak menyimpan dendam walaupun baginda tahu siapa yang melakukan perkara tersebut kerana itulah sikap dan sifat Islam yang sebenar.

Indah sungguh pekerti Rasulullah sehinggalah baginda sendiri hairan tatkala -tiba pada satu pagi, tidak ada seketul najis pun pada halaman rumah baginda.
Jika kita tentu sahaja terlompat keriangan, dengan anggapan orang tersebut sudah berputus asa.
Tetapi bukan Rasulullah SAW .. apa yang baginda buat ?
Baginda pergi menziarahi jirannya itu, sehinggalah baginda dapat tahu bahawa ada ahli keluarga kaum yahudi itu yang sedang sakit. Jika kita tentu sahaja beranggapan, inilah balasannya buat jahat! padan muka.. tetapi bukan Rasul Junjungan kita..
Baginda membantu keluarga tersebut, membawanya makanan sehinggalah orang yahudi tadi berasa sangat malu dan terharu dengan sikap Rasulullah SAW.
akhirnya, jiran Rasulullah tersebut turut menerima kebenaran Islam..alhamdulillah ^_^

oleh itu saudaraku,BERSANGKA BAIK,SABAR dalam setiap perkara yang mendatang.USAH dikau mengeluarkan kata-kata kesat,memaki hamun,menyumpah-nyumpah orang yang membuat jahat kepada anda.
KASIHANILAH MEREKA.mereka masih tidak jelas akan indahnya Islam.SABARLAH dan AJARILAH MEREKA DENGAN ISLAM YANG SEBENAR melalu akhlak dan kata-katamu :)

ayuh kita soroti kisah kedua pula.
seorang sahabat bernama khabab bin arat sanggup dipanggang sehingga air-air lemaknya jatuh memadamkan api. Kesiksaan yang tiadak terperi sakitnya.
ya Allah.padamnya api itu bukan kerana dipadam oleh air..namun kerana seksaan :(

sebuah hadits dari shahabat Khabbab Al Arat Radhiallahu ‘Anhu :
Kami mengadu kepada Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam ketika beliau sedang berbantalkan burdahnya di bawah Ka’bah –di mana saat itu kami telah mendapatkan siksaan dari kaum musyrikin–. Kami berkata berkata kepada beliau :

“Wahai Rasulullah, mengapa engkau tidak memohonkan pertolongan untuk kita? Mengapa engkau tidak berdo’a kepada Allah untuk kita?”

Maka beliau langsung duduk, wajahnya memerah seraya bersabda : “Dahulu umat sebelum kalian ada yang disisir dengan sisir besi, sehingga berpisahlah tulang dan dagingnya, akan tetapi perlakuan itu tidaklah menyebabkan mereka berpaling dari agamanya.

Demi Allah, Allah akan menyempurnakan urusan ini (Islam), hingga (akan ada) seorang pengendara yang berjalan menempuh perjalanan dari Shan’a ke Hadramaut, dia tidak takut kecuali hanya kepada Allah atau (dia hanya khawatir terhadap) srigala (yang akan menerkam) kambingnya. Akan tetapi kalian tergesa-gesa.
[HR. Al BukhariNo. 3612, 3852, 6941; Ahmad IV/165-166, VI/395]

alangkah sedihnya hati ini apabila membaca Rasulullah menyebut sebegitu pada Khabab.
Kalau saya,sejujurnya..saya harapkan agar Rasulullah menyokong saya.
Namun,syurga itu bukan murah saudaraku.
Apa kau lupa janji jual beli syurga dengan Allah?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

Saudaraku,
masih banyak lagi sejarah yang boleh saya coretkan
namun cukup 2 ini dahulu
usah engkau wahai saudaraku berputus asa.usah engkau saudaraku bersangka buruk.
jalan mengajak orang pada kebaikan sememangnya susah.tidak senang.
namun,teruskan usaha...teruskan usaha dengan pelbagai cara :)

KERANA ALLAH MAHU MELIHAT HASIL ITU BUKAN KEPUTUSANNYA

kuat ye saudara seislamku :)
sabar ye saudara seislamku :)
jika selama ini anda pergi ke majlis ilmu untuk dapatkan ilmu, kini sudah tiba masanya and auntuk mempraktikkan ilmu tersebut.
SUSAH? PAYAH NAK HADAPI? RASA NAK HADAPI..
jika itu alasan anda..
itulah yang umat Islam terdahulu hadapi.

with love,
saudara seislammu di Mans0ura,Egypt
6.23 petang
9 januari 2009

Alhamdulillah! Bantuan akhirnya berjaya dibawa masuk ke Gaza

bismillah
alhamdulillah :)
jazakillah sarah sebab update perkembangan ni di FBmu :)


Alhamdulillah! Bantuan akhirnya berjaya dibawa masuk ke Gaza

January 7, 2010


Sorakan beserta airmata kegembiraan! Alhamdulillah, rombongan membawa bantuan ke Gaza akhirnya berjaya melepasi pintu masuk Rafah. Ribuan rakyat Gaza yang dikepung sejak Jun 2007 lalu keluar ke jalanan menyambut ketibaan bantuan dengan mengibar bendera dan memberi hadiah jambangan bunga.

Kerajaan Mesir akhirnya membenarkan bantuan dibawa masuk setelah berlaku pertempuran antara relawan dan pasukan polis Mesir, di mana 55 orang relawan dan sebilangan anggota polis tercedera. Kira-kira 60 orang relawan juga telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.

HALUAN Palestin turut berjaya membawa barangan bantuan berupa selimut untuk musim sejuk dan makanan yang telah dihantar dari Kuala Lumpur sejak pertengahan Disember lalu. Barangan tersebut merupakan sebahagian daripada hasil sumbangan masyarakat dan pertubuhan prihatin Malaysia, termasuk Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI.) Sebahagian lain lagi dihantar ke kem-kem pelarian Palestin di Syria.

Bagi rombongan Viva Palestina pula, perjalanan mereka sejauh ribuan batu selama sebulan, melalui 10 buah negara… merupakan satu usaha yang amat berharga apabila melihat bantuan yang mereka bawa akhirnya sampai ke bumi Gaza. “Kami begitu terharu melihat mereka keluar menyambut kami! Rombongan Viva Palestina adalah suatu yang simbolik. Ia membuktikan kepada rakyat Gaza betapa kami dari Barat prihatin terhadap mereka,” kata pemimpin rombongan Viva Palestina, Kevin Ovenden.

Bagaimanapun, 59 buah kenderaan tidak dibenarkan masuk. Menurut George Galloway yang menyertai rombongan tersebut, kenderaan tersebut beserta barangannya diarahkan supaya diserah kepada pihak Israel untuk disampaikan ke Gaza — suatu perkara yang mustahil. Justeru para relawan bertindak memunggah sebahagian barangan ke kenderaan lain untuk dibawa masuk ke Gaza. Sebahagian lain akan dibawa ke kem-kem Pelarian Palestin di Lubnan dan Syria. Antara bantuan yang disalurkan termasuklah makanan, peralatan sekolah dan ambulan yang lengkap dengan kemudahan perubatan dan juga pergigian.

HALUAN Palestin mengajak masyarakat agar terus memperjuangkan kebebasan bumi Palestin – yang merupakan bumi wakaf bagi setiap orang Islam, dan menolak usaha pengganas Zionis Israel dan sekutunya daripada terus memperkosa hak kemanusiaan rakyat Palestin. Antara perkara yang mendesak adalah berusaha menghalang Kerajaan Mesir daripada meneruskan perancangan mereka membina tembok besi di sempadan Gaza. Tembok tersebut bakal menutup satu-satunya jalan ke dunia luar bagi rakyat Gaza, kerana Pintu Rafah sentiasa ditutup oleh pihak berkuasa Mesir.

Ditulis Oleh HP Admin · dalam Kategori Berita


sumber:

http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3486

p.s:
Sekiranya macam blog nie payah nak bergerak dalam tempoh sekarang-5 feb,maksudnya saya sedang
study.mode.sisters (S.M.S)

final exam sem 1 (28/1/2010-4/2/2010)

Isnin, 4 Januari 2010

RUPANYA UJIAN AKU BARU SEDIKIT.

Bila rasa diri memerlukan motivasi baik untuk belajar mahupun kehidupan
anak panah pergi ke bahagian desktop.
click pada sirah nabawiyah karangan Dr. Mustafa as-Syibaie
tekan "Ctrl" dan "F" secara serentak..lalu menaip "Taif"


Tipu daya dan perbuatan menyakiti Rasul s.a.w. yang dilakukan oleh Quraisy
semakin hebat, iaitu selepas kematian bapa saudara dan isteri Baginda, Baginda menuju ke Taif.
Baginda ke sana dengan harapan akan mendapat sambutan yang baik dan sokongan
kepada dakwahnya di kalangan Bani Thaqif. Namun mereka menolak dakwah Baginda secara
kasar. Mereka menghasut kanak-kanak untuk menyakiti Baginda.
Kanak-kanak tersebut telah melontar batu ke arah Baginda sehingga darah mengalir daripada kedua kaki Baginda yang
suci.
Baginda telah berlindung di sebuah kebun. Baginda memanjatkan doa kepada Allah dengan penuh khusyuk:


اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس ياأرحم الراحمين أنت أرحم الراحمين أنت رب المستضعفين وأنت ربي إلى من تكلني إلى عدو يتجهمني أم إلى صديق مكلته إمري إن لم يكن بكغضب علي فلا أبالي ولكن عافيتك هي أوسع لي أعوذ بنور وجهك الذي أضاءت له السموات و الأرض وأشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والأخره أن ينزل بي غضبك أويحل علي سخطك لك العتبىحتى ترضى ولاحول ولاقوة إلابك

“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya
kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan
Yang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga
Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yang
memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai
urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang
menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku
berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta
memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada
kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk
mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan
melainkan dengan-Mu.”

wajah bengis
iaitu melihat dengan pandangan benci. Ia adalah kiasan kepada permusuhan dan kebencian


Rasulullah s.a.w. pulang dari Taif dalam keadaan dakwah-nya tidak mendapat
sebarang sambutan daripada kaum Thaqif. Yang ada hanyalah keislaman Addas, hamba kepada Utbah dan Syaibah, anak-anak lelaki Rabiah.
Addas merupakan seorang hamba beragama Nasrani. Kedua-dua tuannya meminta beliau menghidangkan setangkai anggur kepada Rasul s.a.w. semasa Baginda sedang berlindung dalam sebuah kebun. Mereka memerintah beliau berbuat demikian setelah melihat Rasulullah kepenatan dan layanan buruk Thaqif kepada Baginda. Apabila Addas menghidangkan anggur itu kepada Raaul s.a.w.,
Baginda mula memakannya seraya berkata: Bismillah (Dengan nama Allah). Ucapan
basmalah itu menarik perhatian Addas, kerana tiada sesiapa di kalangan kaum itu
mengucapkan kalimah seperti itu. Beliau memeluk Islam setelah berdialog dengan Nabi
s.a.w..

apa dialaog antara Addas dan Rasulullah SAW?
saya membuka folder "documents".
click "Bagaimana menyentuh hati (At-Thaariq ilal Quluub)" karangan Abbas Asiisi

lalu tekan "Ctrl" dan "F"secara serentak dan menaip
"Addas"
tak juma :(
try again..taip "Adas"
alhamdulillah jumpa.
Apa dialognya? --mungkin inisiatif anda untuk mencarinya :) umat Islam harus rajin taw!--


lalu saya kembali kepada sirah nabawiyah..

Pemergian Rasul s.a.w. ke Taif setelah penduduk Makkah menolak dakwahnya
merupakan bukti kepada tekad yang kental dalam jiwa Rasul untuk meneruskan dakwahnya.
la juga merupakan bukti sikap tidak putus asa Nabi s.a. w. terhadap penerimaan orang ramai
kepada dakwah. Baginda mencari medan baru untuk dakwah setelah terdapat halanganhalangan
yang menyekat dakwah di medan pertamanya (kota Makkah). Sementara hasutan
Bani Thaqif kepada kanak-kanak dan golongan bodoh daripada kaum mereka supaya
menyakiti Rasul s.a.w., menjadi bukti bahawa kejahatan sama sahaja walau di mana ia
berada. Kejahatan bergantung harap kepada golongan bodoh untuk menyakiti para
pendakwah. Peristiwa kaki Nabi s.a.w. luka mengalirkan darah padahal Baginda adalah Nabi
yang mulia, menjadi contoh penting kesakitan dan penindasan yang akan ditanggung oleh
pendakwah di jalan Allah. Manakala doa abadi Nabi s.a.w. semasa berada di kebun menjadi
penegasan kepada kejujuran Rasul dalam dakwah dan keazamannya untuk terus
melaksanakan tugas dakwah meskipun berhadapan dengan berbagai kesulitan. Perkara yang
penting bagi Baginda hanyalah redha Allah semata-mata. Baginda tidak menghiraukan redha
para pembesar, pemimpin, orang awam dan kebanyakan.
آن لم يكن بك غضب علي فلا آبالي
"Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa)."
Dalam doa Baginda terkandung cara-cara memperolehi bekalan kekuatan daripada
Allah. Iaitu dengan cara kembali dan meminta pertolongan-Nya ketika kesengsaraan yang
dipikul pendakwah semakin berat. Doa ini juga menunjukkan perkara yang paling ditakuti
oleh pendakwah ialah kemurkaan dan kemarahan Allah ke atas beliau. Bukannya kemurkaan
makhluk selain-Nya


tiada perasaan untuk membaca?
apalaa sangat sejarah nie..haih~bosan!
alasan ini kerana kita membaca sejarah menggunakan otak
apa kata kita menggunakan hati.
LETAKKAN DIRI ANDA DALAM SITUASI RASULULLAH SAW

tatkala dibaling batu.
tatkala kaki berdarah sehingga ada sumber lain menyatakan bunyi kaki Rasulullah berdarah itu umpama bunyi selipar yang baru keluar dari baldi air.maksudnya,memang banyak.
tatkala dihina dan diherdik untuk menyampaikan perkara yang benar
dan dalam masa yang sama ketika sudah berdakwah di Taif
tiada ayah
tiada ibu
tiada datuk kesayangan lagi
tiada isteri,Khadijah lagi

aduh.
kerdilnya diri jika mengeluh tatkala ujian menimpa diri.
RUPANYA UJIAN AKU BARU SEDIKIT.
ini baru satu kisah..belum lagi saya angkut copy paste semua sejarah Rasulullah SAW

sudah mahu mengeluh?
ish~ malu3

Ahad, 3 Januari 2010

PERGILAH SEJAUH,SETINGGI,SEDALAM MUNGKIN

Bismillah
status : speechless
--saya sedar sejak kebelakangan ini banyak post berkaitan dengan muhasabah.saya sedar post sebelum ini mengatakan blog ini akan berehat.ya,blog ini rehat.namun tarbiyah dan dakwah itu akan terus berjalan.adalah 24 jam hanya untuk belajar semata? sesekali luangkan beberapa minit untuk share ilmu pun xpe kan? :D--




pergilah.pergilah sejauh mungkin
pergilah.pergilah terbang setinggi mungkin
pergilah.pergilah hilang tenggelam dalam lautan
pergilah.pergilah sejauh,setinggi,sedalam yang mungkin
sehingga aku tidak mampu mengingati walau sedetik tentang itu.

pergilah.janganlah belenggu diri ini
pergilah.janganlah datang lagi
pergilah.cukuplah kenangan itu menjauhkan aku dari Allah

“… Dan syaitan telah menjadikan indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan ALLAH, maka mereka tidak mendapat petunjuk” Surah An-Naml ayat 24.
pergilah.pergilah
aku tak mahu ingat kenagan tatkala syaitan menjadikan dosa itu satu yang indah buat diriku
aku tak mahu hidup dalam kenangan yang menjadikan aku kabur dengan keindahan Islam

ya ALLAH.
Andai kenangan yang lampau.kenangan yang menjauhkan kami daripada Engkau merupakan satu tarbiyah dan ujian..kami terima,maka tabahkanlah kami.
cukuplah sekali kami jatuh dalam lubang yang sama.cukuplah ya Allah.

Aku cukup sebak tatkala ingat kembali satu demi satu kenangan yang menyebabkan aku jauh daripada Allah
Segalanya tanpa disedari..
Aku cukup terkilan kenangan bilamana aku menjadikan manusia sebagai tempat mengaduku.Sedangkan aku meletakkan Allah sebagai tempat utamaku

memetik post yang pernah dipost pada blog lamaku (http://dr-wani.blogdrive.com/) pada 13/12/2008

((Perbualan antara mantan timbalan ketua pengawas 2,satu di malaysia..satu di mesir))
Khairunnisa Wan: at least byk pengajaran wani blaja
dr_wani91: tapi susah nak lupakan
Khairunnisa Wan: xmntak lupakan pun
dr_wani91: tapi makin ingat, makin sakit hati
Khairunnisa Wan: bila wani ingat...lagi wani xkn ulangi kesilapan yg sama...mengajar kite erti brlapang dada..mengukur sjauh mane keikhlasan kie dlm bermuamalah n dlm stp prkr...makin kite ingat, kite xmgkn nk wat pkr yang sama kt orang laen..btul x?
don't take by heart
dr_wani91: btul2
insya-Allah..wani cuba
Khairunnisa Wan: ingat x Allah kate...blh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bgmu n blh jadi kamu sukai sesuatu padahal ia buruk bagimu..
cube renungkn
la tahzan innallaha ma'ana


Wani, akak ingat naqibah akak pesan..
bila nak capai redha Allah (mardhatillah), pelbagai ujian yang akan datang



video


Opick Feat Amanda - Maha Melihat (OST Manohara)

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
S'gala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau yang maha melihat
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyanyang
Kau yang maha pelindung
PadaMu semua bertekun

Yang dicinta 'kan pergi
Yang didamba 'kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus s'galanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata



AYUH.REFLEKSI DIRI KITA.
CUKUPKAH AMALAN KITA UNTUK MELAMAR RAHMAT ALLAH BAGI MEMASUKI SYURGA-NYA?