Khamis, 25 Februari 2010

BICARA DIA.BICARA QUDWAHKU ^_^

bismillah
assalamualaikum wmt wbt

BICARA DIA.BICARA QUDWAHKU.
QUDWAH tu maksudnya contoh ikutan :)

saya try untuk menulis tentang baginda Rasulullah SAW
tetapi tiap kali tulis,saya akan 'backspace'
tiap kali tulis,hanya perkara2 yang indah yang dikeluarkan
tiap kali tulis,saya akan rasa mahu menangis kerana teringat pelbagai kisah yang memaparkan keindahan akhlak baginda Rasulullah SAW.
baginda terlalu baik,sangat baik,tersangatlah baik.
tiap kali tulis,saya akan akui.saya adalah antara umatnya yang tidak sepenuhnya mengamalkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

saya sayang dengan diri saya.namun saya benci dengan sikap mazmumah saya.
saya kata Rasulullah SAW itu qudwah,maka..saya berusaha ke arahnya.insyaAllah.
hari khamis,pada waktu maghrib.SALAM MAULIDUR RASUL saya ucapkan :)





antara kisah yang saya suka cerita pada orang,dan tiap kali saya akan sebak bila menceritakan;


Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."

Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali).

(Muslim)

para sahabat Rasulullah SAW sedih dan menangis kerana gelaran ikhwan itu bukan untuk mereka sebaliknya untuk kita,ya! untuk kita. umat Rasulullah SAW di akhir zaman.
hopefully,hadis dan kisah di atas akan menjadi perangsang untuk kita
MEREBUT GELARAN IKHWAN DI AKHIR ZAMAN.
yuk,sama2 ^_^



Selasa, 23 Februari 2010

BILA SAYA REFLEKSI DIRI

bismillah
status:sakit itu merupakan salah satu cara Allah menghapuskan dosa hambaNya :)

APA ERTINYA SAYA MENJADI DOKTOR?

alhamdulillah,3rd seminar perubatan telah berlangsung dengan jayanya pada 17&18/2/2010
alhamdulillah,night of professionalism 2 di mansoura juga telah berlangsung dengan jayanya pada 20/2/2010
alhamdulillah,saya bersyukur kepada Allah kerana saya dipilih untuk menghadiri kedua-dua sesi talk ini bilamana ada insan yang sedih kerana tidak dapat menyertai,insan yang kurang rajin untuk pergi,insan yang nak pergi tapi ada hajat lain.

ini resolusi yang telah kami buat di akhir rogram 3rd seminar perubatan 2010

Kami, mahasiswa perubatan Malaysia di Mesir berikrar dan berazam akan:

  • Membina jati diri dan integriti sebagai mahasiswa perubatan Malaysia Mesir
  • Beriltizam dan bersungguh-sungguh dalam bidang perubatan khususnya dan bidang-bidang lain yang diceburi.
  • Menerapkan sifat profesional dalam setiap tindakan yang dilakukan.
  • Mengoptimumkan segala peluang pembelajaran dalam bidang agama, bahasa Arab dan nilai tambah diri sepanjang keberadaan di bumi Mesir.
  • Membuat usaha-usaha memantapkan kemahiran klinikal.
  • Memperkukuhkan rangkaian (networking) antara individu pelajar dan pengamal perubatan, persatuan-persatuan perubatan serta masyarakat.
  • Merancang dan menggagaskan penubuhan Alumni PERUBATAN.


-----------------------------------------------------------------------------
-masih terus dalam proses muhasabah diri.saya masih terus mencari identiti diri.
-saya tidak mahu menjadi seperti dia,dia,dia dan dia.
saya mahu menjadi diri saya yang dicelup dengan adunan QUr'an dan dididik dengan sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW
(memang susah~ saya tahu (T_T). tapi saya dah kata Rasulullah itu contoh ikutan saya,jadi saya kenalah berusaha sedaya habis mungkin untuk ikut.kan?)


saya suka kartun di bawah ni.dapat daripada seorang blog akhawat
sebab kadang2 saya akan rasa perasaan sebigini.


saya doakan moga saya.awak.kita.kamu.kita2 semua sentiasa kuat
bilamana saya melihat 'pakcik2 dan makcik2' (mungkin cuma kita-kita yang faham) semakin tua,melihat keadaan ummah semasa
adakalanya saya tidak mampu untuk mengulitkan satu senyuman,namun saya kena harus senyum bukan?
kini saya sedar,
walau dalam keadaan berlari,berangkak,bertatih..saya kena kuatkan hati saya.kerana saya adalah generasi Islam.
saya tahu,
Allah tidak memerlukan saya dalam membangkitkan agama Islam ke puncak kegemilangan kembali,namun SAYA YANG PERLUKAN ALLAH (T_T)

saya sudah banyak merepek.
merepek untuk muhasabah diri bersama.

wassalam :)

Isnin, 15 Februari 2010

HIJRAH MENJADI MANUSIA HEBAT!

video

bismillah.
perkongsian video yang menarik.ringkas tapi padat.
HIJRAH tidak semestinya pada tahun baru hijrah
perubahan ke arah kebaikan tidak boleh ditangguh :)

rumusan video (Ustaz Hasrizal);
saya kira soal melaksanakan perubahan bukan satu pilihan tapi dia SATU KEMESTIAN.
cukup sekadar saya katakan bahawa insyaAllah akhir perjalanan kita ialah di syurga Allah SWT.
Siapakah yang akan kita jumpa di syurga?
Kita akan berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar,Uthman,Ali,Nabi Ibrahim, Fatimah,Khadijah
Siapakah mereka itu?
Mereka itu adalah orang-orang yang hebat
Syurga hanya menerima orang-orang yang hebat untuk menyertainya.
Dan kalau sekiranya kita tidak hebat,apakah pilihan yang kita ada?
Kalau tidak berjaya masuk ke Syurga..jangan pula difikirkan nak cari kayu ke buat syurga setinggan
Takde ye..
Kalau tak layak ke syurga, nerekalah jawabnya
Maka kita takde pilihan melainkan menjadi manusia yang hebat.
Allah SWT telah memberikan segala potensi untuk kita menjadi manusia yang hebat.
"Allah telah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian" (at-tin:4)

status seorang teman di Facebook:


perubahan ke arah kebaikan yang lebih Islamik bukan pilihan tapi KEMESTIAN. Nak masuk ke syurga untuk bersama dgn orang hebat spt Rasulullah saw, anbiya', Khadijah, Abu Bakr dan para sahabat yang lain. Kalau kita tak sehebat mereka, tiada istilah syurga kos rendah atau syurga setinggan. Tidak ke syurga, NERAKA lah jawabnya.
pesanan:
sedang muhasabah diri..apakah aku layak ke syurga Allah? Namun,aku tidak sanggup ke neraka (T_T)
SAYA KENA JADI MANUSIA HEBAT!

EKSPRESIKAN RASA CINTAMU?

bismillah
status: dengar nasyeed yang luvly sisters perkenalkan. Keimanan by Syaffix


Bare your love this Valentine’s Day,
female students urged


SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:

“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”

sumber:http://thestar.com.my/news/story.aspfile=/2010/1/29/nation/5567822&sec=nation

setibanya di Cairo Airport dari musafir di Syria.
berbual dengan seorang ukhti yang menolong ambil saya dan kawan-kawan di airport.
ISU VALENTINE'S DAY.
bila mendengar berita ini sehingga kini, saya speechless.tidak mampu berkata-kata.TERKEJUT.
1)masyarakat Malaysia.Malaysia negara saya.saya terkilan kerana saya tidak buat apa-apa.
2)saya terkilan kerana bila benda2 maksiat berlaku saya mengukur sejauh mana kerja saya untuk menyebarkan ajaran agama Islam yang sebenar-benar pada masyarakat.

buat pembaca sekalian,
usah jadikan cinta gelapkan malah membutakan mata hati.
sehingga perkara yang haram,jadi halal.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

pesanan:
muhasabah diri.melihat sejauh mana usaha menjadikan Islam sebagai satu cara kehidupan
pesanan 2:
sekiranya kita tak berusaha kuat untuk menyeru masyarakat ada kebaikan dan mencegah kemungkaran, please....jangan kutuk2 orang.kesian orang yang buat dosa.maybe dia buat dosa dalam keadaan dia tak tahu kan?

cerita lebih lanjut,anda boleh research di "Google"

Ahad, 14 Februari 2010

SAYA RINDU......

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
musafir ke Syria membawa 1001 perkara yang menyentakkan hati.
mungkin ada hikmahnya tidak ke UK
syria..
bumi yang menyebakkan saya tatkala ingin berpisah
syria..
bumi yang mengajar saya erti diri sendiri
syria..
saya rindu kamu
syria..
kamu mengajar hamba Allah ini untuk kenal siapa Allah dengan lebih dekat
selingan gambar yang diambil dari "Mr.Google"
awan yang mengajar saya erti sebuah kehidupan
mungkinkah saya akan menjadi....perindu awan? perindu alam Illahi?
awan 1
awan 2

awan 3
awan 4



Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?
QS. al-Mulk (67) : 3

Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.
QS. al-Mulk (67) : 4

MONOLOG DIRIKU TATKALA INI

"Allah..
Andai nafas aku ditarik sekarang, apakah darjatku disisimu?

Allah,
Andai aku mati sekarang,
apa mungkin syurga menjadi temat penginapan selamanya bagiku atau mungkin neraka yang panas?

Allah,
Aku lemah.Terlalu lemah.Sangat lemah."


pesanan:
alhamdulillah,selamat sampai ke rumah BADAR 313,Cairo. Musafir panjang di bumi Syria.

pesanan 2:
31/1/2010- birthday kakak sulong yang ke-22
12/2/2010-birthday papa yang ke-52
post yang tak dapat diupdate..lepas ni insyaAllah! ^_^

Sabtu, 6 Februari 2010

BERJALAN.MELIHAT.MENTAFSIR

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wmt wbt

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.
~Final exam sem 1 telah tamat pada 4 februari 2010
~ Winter break sudah bermula ^_^
~ Perjuangan menjejaki kembali sejarah Islam di luar Mesir bakal bermula

InsyaAllah, 6 orang manusia yang dipilih oleh Allah SWT akan bermusafir ke bumi Syria selama 9 hari.
Satu musafir yang tidak pernah dijangka dan dirancang.
Namun rezeki Allah, perancangan Allah..tiada siapa yang tahu

1. Farah
2. Ain
3. Huda
4. Fatimah
5.Kak Nana
6. Saya!


dan.
bl0g ini masih dalam proses penyempurnaannya lagi.
ish~ asik2 proses pembaikpulih aje.
haih..seperti iman, mesti ada proses naik dan turun.bila turun,kene perbaiki juga kan? begitu juga dengan blog.
Saya yakin dengan optimis (pendapat saya) bahawasanya blog melambangkan apa yang hati penulis itu mahu bicarakan dan digerakkan atas dasar ilmu dan dipengaruhi dengan iman mahupun nafsu.

akhir kalam.
hayatilah nasyeed daripada Maher Zain iaitu Always Be There


Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us


So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart


So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

pesanan:
sedang memikirkan masa depan paper MEDICAL TERMINOLOGYku (T_T)

pesanan 2:
terima kasih kepada ahli beyt Badar 313,Cairo yang sudi beri saya dan kawan2 dari Mansoura untuk gunakan 'wireless' internet. Saya try gunakan untuk upgrade kan bl0g :D

Selasa, 2 Februari 2010

SAYA AKAN KEMBALI..INSYAALLAH :)

marsyal mahattah. tempat naik train
lokasi pertama pertemuan antara 2 sahabat yang tidak bertemu selama ini di alam nyata
luv u kak atiqah ^_^ (http://nurauni.blogspot.com)
kubu Salahuddin di Cairo

antara pemandangan di Mesir

__________________________________________________
bismillah
assalamualaikum wmt wbt

sehingga satu masa,satu detik yang sesuai.
bl0g ini akan kembali semula ^_^
maaf, kerana tidak dapat basahkan hati pembaca dengan suburan iman buat sementara waktu
mungkin kita akan bertemu.namun di lain bl0g
mungkin kita akan bertemu
namun ketika itu bukan saya yang dahulu
mungkin kita akan bertemu..suatu masa yang akan datang insyaAllah di bl0g ^_^

target: 2 minggu (20 februari saya akan kembali.insyaAllah)

saya mahu kembali bilamana
SAYA MENGUTAMAKAN PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA ^_^

Isnin, 1 Februari 2010

SAYA SAYANG MAMA

bismillah.
kamu.awak.mereka yang duduk dekat dengan family..mulut tutup rapat2.hati jangan nak mengutuk
ini buat saya.kita-kita yang duduk jauh dari family..sampai terkena penyakit 'homesick'
rasa sayang itu memang fitrah.sayang lahir daripada hati
hati dalam english ---> liver
tapi setakat yang saya belajar..liver secrete insulin or glucagon.hee~
takde pula cakap secrete 'rasa sayang'
pelik2.
itulah perasaan yang Allah ciptakan ^_^ penuh dengan keunikan.mampu dirasa namun tidak nampak.
sesekali tengok email2 yang lama.
post kali ini di copy paste..papa saya yang send..saya mahu kongsikan bersama anda.
apabila duduk jauh daripada mama dan papa.serta...belajar medic especially tajuk embryology, saya semakin menghargai mereka ^_^
memang betullah.tarbiyyah Allah pada hamba2Nya berlainan coraknya :)

terima kasih kepada housemate,Ain, yang sudi teman saya menangis ketika membaca email di bawah :)
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu
pesanan:
nak balik Malaysia sekarang boleh tak?

PROSES BAIK PULIH :)


bismillah.
sangat lama.agak lama.terasa lama tidak update bl0g T_T
rindu.rindu dan rindu.
alhamdulillah, final exam 2 paper dah lepas - MCQ dan short essay
bakal menanti- OSCE dan MEdical Terminology


saya kini mengalami;
-RINDU RUMAH DAN FAMILY
-RINDU XGEN
-RINDU FAMILY DEPIKIR
-RINDU SEK ISLAM HIDAYAH,JOHOR
okey?

insyaAllah.exam bakal tamat 4 februari 2010.
selepas itu...
WINTER BREAK 5/2/2010-20/2/2010
5/2/2010 - CAIRO
6/2/2010-14/2/2010-SYRIA
15/2/2010- KENDURI KAHWIN KAK AQILAH ^_^
17-18/2/2010- 3RD SEMINAR PERUBATAN DI CAIRO
19/2/2010- MANSOURA? O_0
20/2/2010- SEM 2 BERMULA.
dan.
BLOG INI DALAM PROSES PEMBAIKPULIHAN.
HARAP MAKLUM.
pesanan:
Ingat Allah tatkala susah dan senang.