selalu itu yg kau ucapkan padaku
saya ambil lirik di sini
kadang2 saya pelik kenapa kalau orang bercinta sanggup bunuh diri kalau putus cinta.
kadang2 saya pelik kenapa orang sanggup buat tindakan yang tak masuk akal bila masuk bab2 cinta.
kadang2 saya pelik, orang yang tak handsome/x cantik boleh jadi handsome/cantik kalau kita dah jatuh cinta dengan dia.
kadang2 saya pelik,apabila orang tu banyak duit tiba2 kita boleh jatuh cinta dengan dia.
kadang2 saya pelik,bila kita sanggup buat apa sahaja demi orang yang kita cinta.
memang saya sangat pelik tapi saya tak kutuk siapa-siapa kerana saya tahu Allah tak uji saya untuk part ni lagi.
Part...bila tiba2 terjatuh cinta -_-''
Yelah,sekarang ni takdelah masa nak fikir benda ni.mana taknye, buku2 medic banyak lagi yang nak dikhatamkan :) haish~
kadang2 benda sekeliling kita memainkan peranan.
bila dah putus cinta tu,kita ambil langkah dengar lagu2 jiwang karat.memanglah asik menangis.asik terkenangkan dia.dengar lagu yang seolah-olah dunia ni hanya dia satu2nya nyawa kita.aish~ tak boleh tu.
jadi,matang2kan diri untuk buat benda yang berfaedah.
sebab tuelah tak hairan kenapa ada sesetengah orang buat prinsip..dia hanya dengar lagu yang hanya meningkatkan iman sahaja.sebabnya,bila dengar lagu yang jiwang2 sebegini, kita hanya waste our time pada benda yang bukan realiti, menangisi benda yang lalu,meratap kenangan lama,berangan benda yang tak tahu kesudahannya di alam realiti.
Kan rugi masa.tak tambah pahala pun kan benda2 ni ^_^
remember,
IBADAH = NIAT KERANA ALLAH + IKUT SYARIAT ISLAM
secara asas,benda2 yang ibadah ini sahaja yang akan Allah berikan pahala.
tapi.kalaulah kita berfikir tentang si dia (yang sah2 bukan suami/isteri kita, orang2 yang halal untuk kita kahwin) adakah itu mengikut syariat islam?
tidakkan ^_^
saya tahu benda2 ni memang susah.tapi hakikatnya semuanya bergantung pada diri kita.
masih ada benda besar di hadapan untuk kita fikirkan especially isu umat Islam sejagat :D
HIDUPLAH UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA BUKAN MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA [movie laskar pelangi]
pesanan:
post ini ditaip ketika lecture pagi hari ini kena cancel.ambil masa update blog 10 minute.okey,jadinya..bagi yang post comment di blog / shoutbox..nnt saya balas yeah.tak sempat nak balas sekarang :( [jujur ni]
pesanan 2:
tahniah buat pasukan debat SMIHidayah untuk 3-3 bahasa, B.melayu, B.inggeris, B.arab :)
siaplah kalian2 semua bila saya balik malaysia yeah. semua bahasa akan saya kasi 'cuci otak'.
pesanan 3:
okey,okey. saya nak cuba try balik daripada class hari ini. pharmacology.saya nak update blog.boleh kan? :D
tengoklah.kalau takde kerje. [hakikatnya banyak lagi kerja]
pesanan 4:
"saya memilih jalan ini bukan kerana rasa tanggungjawab itu lebih.sebaliknya kerana jalan ini adalah jalan cinta. kerana saya cintakan jalan ini.saya sanggup korbankan apa sahaja." [tak sabar post entry ni ^_^.tak tahu bila boleh nak update]
pesanan 5:
jangan tanya saya kenapa saya update benda yang berkaitan dengan hati.nanti saya bagi tahu. yang pasti sekarang ni saya okey je.cuma itulah, sejak kebelakangan ni case yang saya dapat secara konklusinya memang minta suruh kahwin awal :D
pesanan 6:
KALAULAH PEMBACA DA KISAH SILAM BAB2 PUTUS CINTA NI,SAYA NASIHATKAN TIDAK PERLULAH DENGAR LAGU YANG SAYA LETAK LIRIK DALAM BLOG NI YEAH! CARILAH LAGU2 YANG MENINGKATKAN IMAN DAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH (^_^)V
okey2,dah..nak siap2 pergi gam'ah (universiti)
26 april 2010
isnin
samenoudi,syari' jihan,mansoura
9.15 pagi
