Isnin, 31 Mei 2010

CAKNA PALESTIN [ambil peduli!]


Dengan nama ALlah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
ini dial0g antara saya dan Allah.mungkin anda juga mahu berdialog dengan Allah selepas membaca blog2 yang saya sarankan?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Allah,final exam 1st year hampir mengaburi mata aku dengan keadaan isu semasa.

http://ms.langitilahi.com/motivasi-cemburu-dengan-mereka/#more-2627

Bila aku membaca blog di atas(pernah satu sekolah denganku,senior 2 tahun)..
aku terkesima~
Allah,jauh sungguh syurga itu dariku. Sangat2 jauh.

Sungguh ya Allah,amalanku masih terlalu sedikit.apakah rahmatMu sudah mampu membawaku ke syurga..sedangkan amalanku banyak yang tertebuk :(

Allah,baruku tahu antara mereka2 yang pergi itu adalah ayah kepada sahabat2ku di sekolah dahulu :(
Allah..aku baru tahu.sahabat2ku mungkin dalam keadaan sedih kerana ayah mereka pergi berjuang,aku pula boleh leka untuk tidak tahu isu 'misi to gaza' yang membantu hamba2Mu yang tertindas di Palestin.

Lalu,aku membuka blog salah seorang kawanku.

Allah,akhirnya..air mataku mengalir juga.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

terhenti untuk memikir sejenak.
apa sumbanganku pada ISLAM?
nak,cakna (ambil peduli) tentang isu palestin sekarang dan selamanya~

http://twitter.com/lifeline4gaza (WAJIB click)

Jumaat, 28 Mei 2010

TAK PERNAH BAYAR PUN [$_$]

BISMILLAH
Assalamualaikum wmt wbt

Status : exam mood.Ini post muhasabah,mungkin panjang.Ini post dibuat waktu nak dekat exam,jadinya tak sempat nak cantik-cantikkan :)

Lumrahnya,bila kita sakit..sudah tentu badan kita akan rasa lemah,semua kerja yang dibuat rasa tak senang.Makanan yang sedap2 juga seperti ayam panggang,sate,bakso,ikan bakar..boleh jadi tak selera.
Kita hanya manusia biasa.Bilamana Allah tarik nikmat kesihatan..baru kita tahu langit tinggi rendah.baru kita sedar bahawasanya Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu.Barulah ketika ini setiap detik kita ingat ALLAH..ALLAH..ALLAH
Kalau tak..sebelum ni,mungkin setiap 3 jam sekali sahaja ingat Allah.Mungkin tiap kali solat je baru ingat.Mungkin tiap kali sebelum tidur.mungkin tiap kali bila rasa lemah.mungkin tiap kali bila rasa susah nak belajar.Mungkin tiap kali itu..baru kita nak ingat ALLAH.

Allah menarik nikmat kesihatan agar kita kembali mengingati-Nya
Allah itu adalah Tuhan kita.Tuhan yang menciptakan kita dengn sebaik-baik kejadian.Dia terlalu mencintai kita hamba2Nya.
Diberikan udara untuk bernafas dengan PERCUMA
Diberikan akal untuk berfikir dengan PERCUMA
Diberikan kaki untuk berjalan dengan PERCUMA
Diberikan tangan untuk menulis,menaip,menjahit,memasak dan sebagainya dengan PERCUMA
Diberikan mata untuk melihat keindahan alam dengan PERCUMA
Diberikan telinga untuk mendengar keindahan alunan muzik dunia,air terjun dengan PERCUMA
Diberikan mulut untuk bercakap dan makan dengan PERCUMA
Diberikan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan agar setiap sel dalam badan mendapat bekalan oksigen mencukupi dengan PERCUMA
DIberikan paru-paru untuk proses bernafas dengan PERCUMA
Diberikan bulu mata untuk menghalang habuk masuk ke mata dengan PERCUMA
Diberikan perut untuk proses menghadamkan makanan dengan PERCUMA
Diberikan 2 buah pinggang yang saiznya hany sebesar penumbuk untuk menjalankan fungsinya menstabilkan ion dalam badan dengan PERCUMA
Diberikan nikmat membuang air kecil dan buang air besar untuk membuang bahan2 yang tidak diperlukan oleh badan kita dengan PERCUMA
Semua ini tidakku peduli sewaktu sihat.Yang saya tahu saya belajar medic untuk lihat keajaiban Allah,mendekatkan diri pada Allah.Tapi kadang2 saya susah nak belajar sebab saya tak nampak cinta Allah pada saya.

TUhan yang mencintai saya saya TAK NAMPAK CINTANYA!
yang saya nampak hanyalah hiasan 2 duniawi..cinta insan yang tak dijamin akan membawa ke syurga.
Sungguh kejamnya saya pada Tuhan yang mencintai saya.
Saya membalas cinta ALLAH dengan ibadah yang acuh tak acuh.Yang wajib pun tak konfem diterima.Amalan sunat pula banyak tebuk2

SELAMA 19 TAHUN SAYA HIDUP, SATU SEN PUN SAYA TAK PERNAH BAYAR PADA ALLAH atas segala nikmat yang diberikaNya
sedangkan Dia terus menerus memberikan nikmat pada saya sama ada saya dalam ketaatan mahupun saya sedang membuat dosa ketika itu :(

ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..
AKhirnya ENgkau menimpakan rasa sakit yang terus menerus,agar aku hambaMU terus mendekatkan diriku padaMu..Agar aku hambaMU terus merintih setiap detik untuk bergantung padaMu..Agar aku hambaMu terus bersabar atas ujian sakit ini..AGAR AKU HAMBAMU NAMPAK NILAI KASIH SAYANGMU..NILAI CINTAMU YANG AGUNG PADA SETIAP HAMBA2MU.
ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PENGALAMAN KE HOSPITAL

Segalanya jelas bilamana saya terpaksa membayar bil bagi setiap rawatan yang dikenakan.

Sekiranya saya kena ‘tonsilitis’, TANPA jumpa doctor, pandai2 beli ubat sendiri..nilai ubat itu sahaja sudah 25 genih.

Sekiranya saya pergi ke hospital untuk jumpa doctor mata, harga 20 genih. Selepas itu mahu buat cermin mata.. nilai cermin mata setelah dicapur dengan power lebih kurang 550 genih. UNtuk mata sahaja,jumlah keseluruhan 570 genih.

Untuk check darah dan hormone..harganya sudah mencecah 175 genih.
Tak kisahlah apa2pun,bila nak jumpa bahagian doctor pakar di hospital untuk pelajar..secara basicnya kene bayar 10 genih.

DUlu2 saya tak nampak benda ni,saya mula sedar bila saya berfikir sejenak.
Bila saya membayar semua kos rawatan ini, baru saya sedar bahawa SELAMA INI UNTUK SEGALA NIKMAT KESIHATAN..SAYA TAK PERNAH BAYAR! TAK PERNAH!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..
Benarkan aku hambaMu yang hina ini untuk menyebut namaMu.Allah,jangan bawa aku lari jauh dariMU.Allah,jadikan rasa sakit ini sebagai penghapus dosa2ku.Aku kini jauh daripada keluargaku tercintaku, tiada yang mampu memberikan sokongan moral. Hanya Engkau kini satu2nya tempat untuk aku bergantung.

Hamba yang sakit dan final exam 1st year lagi 6 hari sahaja.
samenodi,syari’ jihan
mansoura,Egypt
28/6/2010

Khamis, 6 Mei 2010

[INI KISAH MEDIC] NILAI SYUKUR KITA


bismillah
assalamualaikum wmt wbt

sesekali saya tersentak apabila terbaca ayat2 Allah di dalam Qur'an yang bermaksud;
"...............sedikit sekali hamba2KU yang bersyukur" [Saba: 13]

Lalu saya terdiam seketika.Pergi menghiburkan hati sebentar di bilik rakan sambil berbual-bual.
Kemudian membaca dan menghafal 'lower limb'
f0kus saya lari, lalu saya mencari dengan bantuan Google penyakit2 yang saya belajar melalui kes sepanjang tahun pertama.
Dan juga penyakit2 yang saya tahu.

Astaghfirullah.
Allah, setakat ini hamba-Mu ini masih sihat. Hamba-Mu yang membaca blog ini masih lagi tidak buta.Kenapa kami masih lagi belum sedar akan nikmat-Mu yang terlalu banyak? Kami masih terus lagi merungut,merungut dan merungut. Engkau telah kurniakan kami terlalu banyak nikmat namun kami memandang remeh akan
tujuan kami diciptakan;


MANUSIA sebagai HAMBA ALLAH

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”
( Adz-Zariyat :56).

MANUSIA sebagai KHALIFAH dimuka bumi

"I
ngatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Rabb berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (Al-Baqarah:30)

sebaliknya kami terus bersenang lenang, berhibur sesuka hati tanpa mengikut syariat Islam.
Kami hidup kerana untuk enjoy.
Al-Qur'an dan Sunnah yang sewajibnya menjadi panduan kami,hanyalah sekadar hiasan di dalam bilik.

*******************************************************************
Kerana kita tidak diujI lagi dengan ALlah menarik nikmat kesihatan dan kelapangan masa, maka kita lalai.
Sekiranya Allah menarik nikmat kesihatan, waktu itu baru menginsafi bahawa masa sihat TELAH KITA BAZIRKAN.

Kerana kita tidak pernah didedahkan oleh doktor2 (mungkin) bahawa sebenarnya kita manusia yang tiada serba kekurangan daripada segi fizikal ini, hakikatnya SEJAK DARIPADA JANIN LAGI, semuanya normal untuk kita.
~sekiranya terlebih atau terkurang amniotic fluid (air ketumban) , boleh jadi abnormal (ada kekurangan)
~sekiranya chromosome kita terkurang atau terlebih, kita boleh jadi abnormal
~sekiranya ectoderm and endoderm tu tak bergerak dengan baik,kita boleh jadi abnormal [lalala~ nak fikir ayat mudah tak dapat cari~]
Nantilah~ saya cerita.(insyaAllah)

Tapi nak katanya, Allah nak beri peluang pada kita..Allah tak beri ujian2 sehebat ini pada kita lagi. Oleh itu, kembalikan hati kita pada Al-Qur'an dan As-Sunnah.Ketahuilah tujuan kita diciptakan.Laksanakan sebaiknya!
SEBELUM SEGALA NIKMAT DITARIK

************************************************************


ini antara gambar yang paling sopan yang saya dapat.
boleh je nak letak gambar2 yang lagi dahsyat, cuma risau nanti ada yang 'termuntah' :)
kalau nak tengok yang lebih tragik..copy nama penyakit, dan anda boleh cari di google
dan ketika itu, nilailah sejauh mana nikmat syukur kita kepada Allah SWT


barah leher
~kepada orang2 yang menghisap rokok, INSAFLAH!


kudung kaki dan tangan
~ apa sumbangan anda pada agama dengan menggunakan kaki dan tangan kita?


umbilical hernia
~antara benda yang boleh berlaku ketika janin berada dalam rahim.

kyphosis (spinal curve that results in an abnormally rounded back)
~nampak biasa, tapi sakitnya..hanya orang yang alami yang tahu.


anencephaly (lack of forebrain)
~bersyukur kerana kita dihidupkan oleh Allah dalam keadaan yang normal. ALhamdulillah


rheumatoid arthritis
~autoimmune disease.bilamana our Antibody attack self antigen
[patutnya attack foreign antigen only]
~penyakit yang tak tahu puncanya.



pesanan 1:
final exam 29 hari lagi! yeah! (T_T) --suke ke tak suke ni?
pesanan 2:
MCQ 200 soalan..+/- 100 soalan anatomy!
anatomy...o0o0..anatomy..

Selasa, 4 Mei 2010

INI KISAH PERANTAUAN + MEDIC (^_^)V

bismillah
assalamualaikum

ada orang tanya,kenapa blog saya ni isu dia kadang2 berat,kadang2 biasa je.kadang berat bila berbicara tentang dakwah dan tarbiyah sahaja..kadang2 remeh bila diselitkan dengan benda soal "hati"

saya jawab, sebabnya masyarakat sekeliling saya bukan sahaja terdiri daripada mereka yang bergerak untuk menyebarkan keindahan Islam serta menunaikan syahadatul haq (penyaksian kepada kebenaran).Namun disekeliling saya ada juga insan2 yang baru sahaja nak faham Islam.
dan biasalah dalam usia remaja ni kalau ada yang putus cinta,belajar nak bercinta,korbankan cinta.
Jadi,saya ikutlah situasi dan rentak sekeliling ^_^

Jadi,pada yang tak suka..maaflah ye.

*********************************************************************
Ada yang bertanya,
apa dugaan yang terbesar bila belajar luar negara yang menuntut sama ada dapat atau tidak balik ke Malaysia?

Saya jawab, "bila kedua ibu bapa meninggal dua"
Sebabnya dah ada 2 orang rakan saya yang baru sahaja 1st year sama macam saya.
Seorang ayahnya meninggal,seorang lagi ibunya meninggal.
Kedua-duanya tidak sempat melihat kali terakhir wajah ibu dan ayah mereka -_-''

*********************************************************************

Ini pula kisah ala-ala medic daripada saya dan ujian untuk saya di bumi perantauan :)


Sudah masuk 2 bulan demam saya on,off,on off
hari ni demam,esok ok,lusanya demam,tulatnya okey.
[hari ini dengan rasminya,hari Selasa saya cuti daripada kuliah sepenuhnya.]
bila keadaan macam ni,saya nak satu benda je.
Saya nak mama saya berada di sebelah saya… hebatlah seorang doctor tu macam mana, tapi bagi saya
‘mom is the best doctor in the world’ :)

Sebab mama bukan setakat akan nasihat bila kita sakit,tapi ingatkan bila makan ubat,jaga kita dengan penuh kasih-sayang,malahan masak yang sedap2 ikut selera orang sakit.

Dan semester 2 inilah,ade je kelas yang saya skip -_-
benci2
sorrylah yang tanye, “awak sihat ke?”..selamba mamba saya jawab, “Alhamdulillah,sihat”
sebab saya rasa benda tu macam skrip yang dihafal dari tadika. [w/pun tak sihat sebenarnya]
Okey,okey..tapi inilah dugaan hebat apabila belajar di luar negara.
Daripada huruf A-Z semuanya kene berdikari.
Tak pernah2 duduk asrama [paling maximum : 1 bulan je -_-],sekarang ni nak tak nak kene latih duduk dengan kawan2. Biasalah tu adat resam kalau suka,duka bersama.gaduh2.manja2.gurau2
Bila sakit,pandai2lah nak jaga diri.Sentuhan seorang rakan tak sama dnegan sentuhan seorang ibu.
SETUJU?

Dan saya kira balik Malaysia ni, DEMI KEMASLAHATAN UNTUK BELAJAR..saya mahu buang tonsil saya.
Tonsilitis ( ‘it is’ menunjukkan maksud inflammation / bengkak..sebab tu kalau benda2 yang bengkak dia akan letak ‘it is. Cth lain : pharyngitis ~pharynx membengkak.


Okey2,jujurnya 16 mei 2008 saya tekad takkan masut OR melainkan sbg seorang doctor, saya taknak kene bedah.
~saya suka proses tidur wktu bedah
TAPI SAYA BENCI
~kene pakai pakaian bedah [hanya orang yang pernah bedah sahaja tahu kot apa pakaian die.] kalau kamu suke,xpe.yang pasti,saya tak suke!
~orang yang usung saya dripada wad ke OR adalah LELAKI [I hate! I hate!!!]
~proses nak sembuh daripada pembedahan.banyak sangat pantang larang aktiviti dan makanan -_-‘’

oreyt,bagi junior2..kawan2 yang bakal fly tahun ni.
bermesra-mesralah dengan ibu anda :)
sebab kita tak tahu bila lagi kita boleh jumpa mereka kan..juga bermesralah juga dengan ayah anda

p.s:
pengajaran daripada kisah2 di atas,
bila ada orang sakit..jangan lupa doakan dia bila berjumpa.kalau pesakitnya lelaki,katakan "syafakallah". kalau perempuan,"syafakillah".