Isnin, 5 Julai 2010

PEJUANG SAYONARA JAHILIYYAH (^_^)V


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya secara keseluruhan; dan janganlah kamu menurut jejak langkah
Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata
.

(Al-Baqarah:208)



sengaja saya post entry hari ini banyak2 kerana.....
SAYA FIKIR SAYA PERLU BERHENTI SEKETIKA.
(target start menulis awal ogos)
BERHENTI MENULIS SEKETIKA.
UNTUK MEMBERI RUANG KEPADA HATI UNTUK DIPERBAIKI AGAR IANYA TERPANCAR DALAM GERAK TARI TULISAN.
kerana saya tidak suka menulis tanpa diiringi hati, hati yang dekat dengan Allah.
SAYA ORANG YANG SEDANG BERMUJAHADAH.
SAYA MUJAHIDAH (dah lama tak guna term ni)
ORANG YANG SEDANG MELAWAN HAWA NAFSU AGAR DITUNDUKKAN PADA PERINTAH AGAMA.
sedang terus menerus berjuang untuk SAYONARA JAHILIYYAH
(sayonara=selamat tinggal)
bukan tinggalkan karata2 jahiliyyah dalam diri sikit demi sedikit.tapi secara TOTAL!
doakan!
semoga saya dan awak juga akan bergerak laju, sederas lajunya gerakan dakwah dan tarbiyah.


ini nasyid baru yang saya pilih untuk menghiasi blog saya.

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah 1000 duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
gerak dosa yang menghiris hati


Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selaitan syukurku hanya setitis nikmatMu di bumi
Tuhan..
Walau taubat seringku mungkin namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkahku rapat padaMu
seribu langkah Kau rapat padaku
05072010
beyt kaffah
syari' iman,mansoura,egypt

ANTI-SYAITAN

entry kali ini...
celik mata besar-besar.
iringkan dengan hati.
sebut, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :)
teruskan pembacaan..
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah
menjanjikan kamu dengan janji yang benar
dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku
mungkiri janjiku itu kepada kamu
; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa
mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru
menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu
sendiri
. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat
menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan
(perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang
yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak
terperi sakitnya.

(Ibrahim:22)
amacam?
*dush* saya rasa macam kene penumbuk masa tadabur ayat ni sorang2 dalam bilik.
macam ada satu hentakan yang dahsyat ketika saya dalam dilemma untuk meninggalkan sikap2 jahiliyyah saya :(
astaghfirullah~
sangat susah untuk tinggalkan benda2 buruk yang dah sebati dalam jiwa, tapi kalau biarkan...lagilah berat.

saya dah sebarkan ayat ni pada anda.anda mahu SIMPAN atau SEBARKAN?
saya dah bagi tahu anda awal2 bahawasanya SYAITAN ni MUSUH YANG NYATA.syaitan ni dia akan buat kita lari jauh dari Allah,lari jauh dari agama,biarkan kita terhuyung hayang.konon janji selamatkan kita kat akhirat,tapi PENIPU!
yuk,sama2..kempen mujahadah menundukkan nafsu.
anti-syaitan.
bertahan!kuat!
p.s: nafsu tidak boleh dihilangkan tapi boleh ditundukkan



05072010
beyt kaffah
syari' iman,mansoura,egypt


PERKONGSIAN- WUDHU' \(^_^)/

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

hari-hari berbaki di bumi Anbiya' , Mesir
ada satu masa tiba2 jiwa terasa kosong.Saat itu juga azan berkumandang.
Alhamdulillah,tarbiyah di Mesir cukup mengajar diri..solat di awal waktu :)
perubahan waktu yang selalu sangat berubah,ditambah dengan 4 musim,menyebabkan saya kurang hafal waktu solat sangat.Dengar azan je, SOLAT! habis cerita~


pada waktu itu..bila nak mulakan solat,jiwa sangat kosong.Tak rasa kehadiran Allah.Fikiran entah jauh dimana.
dah umur 19 tahun daa.solat pun tak tahu khusyu' tahap macam mana -_-''

***********************************************************************************************
selesai solat,saya duduk atas katil.
hela nafas panjang~
saya cuba imbas kembali macam2 ceramah yang pernah diadakan di Sekolah Menengah Islam Hidayah,Johor.sekolah lama saya.


TIBA-TIBA..

WUDHU'..ya, WUDHU'!
saya teringat satu cerama di mana ustaz tersebut ada bagi tahu, untuk hadirkan rasa khusyu', rasa ketenangan dalam solat..bukan masa start solat tu.Sebaliknya,sebelum solat tu lagi,PALING KURANG pun semasa mengambil wudhu' (air solat)

dan ustaz itu ada mengajar..
1)bahagian wajib untuk ambil wudhu' ada 4:
muka,tangan hingga ke siku,rambut dan kaki
sebaiknya,berwudhu'lah pada bahagian yang sunat juga.sebab BAHAGIAN YANG TERKENA AIR WUDHU' NI SETIAP TITISAN AIR YANG MENITIS..DOSA2 KITA AKAN TERHAPUS.
Jadi,pembaca sekalian termasuk saya, jangan sia-siakan peluang ini!

2)setiap kali mengambil wudhu'..membasuh bahagian yang sunat dan wajib..baca dalam hati ayat2 ini.oh yeah! setiap bahagian tu lagi bagus basuh 3 kali.
air paip tu jangan bukak kuat2,sederhana sahaja.Elakkan membazir :)
pada basuhan pertama:
"Ya Allah,sesungguhnya anggotaku ini ada buat dosa pada hari ini" (lagi spesifikkan dosa tu lagi bagus)
pada basuhan kedua:
"maka dengan rahmatMu,Kau ampunkanlah dosa2 itu"
pada basuhan ketiga:
"dan masukkanlah ia ke dalam syurga dan jangan masukkannya ke dalam neraka"

*zzuuuuuup*

perasaan saya terasa dicucuk.rasa sebak.sudah berapa lama saya tidak spesifikkan dosa2 saya bila berbicara dengan Allah.
ini perasaan saya ketika cuba praktikkan benda yang lama saya dah tinggalkan ni.
Saya try pratikkan masa tingkatan 2,dan saya tiba2 tinggalkan masa bila ntah.
Kini,pada usia 19 tahun..saya kembali mempratikkannya lagi..dan saya mahu terus istiqamah (tetap dengan amalan ini)

Mula2 tu rasa tak biasa..sebab macam panjang sangat ayat ni.
Tapi,pandai2laa ye nak buat macam mana.
Alhamdulillah,sungguh! rasa bersedia sebelum solat untuk menghadap Allah sungguh terasa ^_^
Andainya anda ada tips lain jugak, kongsi2laa ye ^_^

URUTAN ambil wudhu yang betul :)
WAJIB ikut urutan tau!


05072010
beyt kaffah
syari' iman,mansoura,egypt

BERTAHANLAH!

Bismillah

[103]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan
orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

[104]
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang
mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang
mereka lakukan".
[105]
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan
pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak
akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

[106]
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka
kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai
ejek-ejekan.

(AL-KAHFI:103-106)

ini antara gambar kenang-kenangan dari Syria.



ini gambar yang menduduki ranking pertama bagi saya ^_^
sangat3 cantik.Subhanallah.


beratus anak tangga yang terpaksa didaki untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik itu.Atas ini gambar anak2 tangga yang saya terpaksa panjat.
pada mulanya tangga setinggi BETIS!lama2 semakin kecil.

Dalam perjalanan itu,rasa sudah mahu berpatah balik.tidak sanggup meneruskan perjuangan.
Namun,ada seorang pak cik Arab berkata dalam bahasa Arab dan saya translatekan:
"bertahan! bertahan! lagi sikit nak sampai ke puncak!"

saya cuba bertahan.cuba tidak melayan perasaan mahu muntah ketika itu.
Alhamdulillah,akhirnya sampai juga ke puncak.

Apabila sudah tiba di puncak maqam arba'in.
segala penat lelah sudah hilang.sudah hilang^_^


**********************************************************************
Islam itu akan kembali gemilang,ini janji Allah.
cuma kita sahaja.mahu jadi PENONTON sahaja atau PENGGERAK ?

Dalam study juga, bukan senang untuk meraih markah tinggi..dapat A+ / mumtaz.
Usaha kuat kene dilipatganda!

terus yakin dengan janji Allah!
bertahanlah dalam perjalanan ini.bertahanlah,saudara seIslamku :)
kerana sesungguhnya tidak mungkin Allah akan membebani dirimu dengan sesuatu yang engkau tidak mampu.
Engkau bukann keseorangan.kita bergerak secara jemaah.kita bertebaran di muka bumi Allah ini :)
Kuatkan dirimu,saudaraku (^_^)v

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(AS-SYARH:5-6)

05072010
beyt kaffah
syari' iman,mansoura,egypt

HILANG SKILL.

rasa seperti mahu terbang.terbang bebas dari macam2 persoalan yang membelenggu pemikiran



tatkala rasa sejuknya air tatkala masuk ke dalam kerongkong kita dalam situasi panas terik.


betapa lembutnya hati sehingga mampu menitiskan air mata apabila ada orang yang membelai kita dengan janji2 Allah yang begitu manis.


betapa teguhnya diri membentengkan nafsu untuk bertahan daripada kembali kepada dunia jahiliyah..bertahan agar tidak kembali kepada zaman silam yang jauh daripada Tuhan.


sungguh indah saat2 ini ^_^


dan saya ingin kembali pada zaman bilamana saya mampu menulis dengan hati~


SUNGGUH! hampir setahun dalam dunia perubatan yang penuh dihiasi dengan perkataan2 medic membuatkan penulisan saya tergugat.hilang serinya.hilang...entah kemana =(



"Ya Allah berkatilah kami di bulan rejab dan sya'ban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadan." [amalkan doa ini ye]