Ahad, 22 Ogos 2010

..AND THEIR INTERCESSION WILL BE ACCEPTED (^_^)v

in the name of Allah.
Salam 'alayk my brothers and sisters.

'Abdullah ibn 'Amr reported that the Messenger of Allah (pbuh),said:
"The fast and the QUr'an are two intercessors for the servant of Allah on the Day of Resurrection.
The fast will say: 'O lord, I prevented him from his food and desires during the day. Let me intercede for him.'
The Qur'an will say: 'I prevented him from sleeping at night. Let me intercede for him.'
AND THEIR INTERCESSION WILL BE ACCEPTED"
(Ahmad)

Subhanallah! ^___________^

*******************************************************************

p.s: pbuh (peace be upon him)

[PUASA KITA VS PUASA MEREKA.muhasabah diri semula]

p.s 3: Life is an Open Secret-Ramadan Special - Zabrina A.Bakar. TWO THUMBS UP for sis Zabrina! (^_^)V

Sabtu, 21 Ogos 2010

TRIPLE 'S' (3S) - santai,simple&sweet ^_^


[saya lupa bahawa orang sekeliling saya yang membaca blog tak semuanya sekepala,sama pengalaman,sama takdir dengan saya]

salam 'alayk, my brothers and sisters :)

sudah 3 tahun saya menulis di blog.
bermula dengan http://dr-wani.blogdrive.com sekitar April 2007, lalu saya berpindah ke blog sekarang sekarang sekitar Julai 2009.Sengaja berpindah,untuk cari nafas baru ^_^

sudah tentu pelbagai pahit manis tawar kelat telah saya rasa sepanjang saya menulis blog.macam main masak2 pulak ;)
dapat kenalan blog.siap boleh jumpa lagi.
dapat menulis pendapat sendiri.
dapat share cerita dengan pembaca yang mempunyai pengalaman yang sama.
dapat copy-paste artikel yang berfaedah.dan macam2 ^_^

sedikit demi sedikit pandangan saya pada blog berubah mengikut usia dan tahap kefahaman :D

kalau dulu2 saya menulis di blog untuk kongsi artikel yang berfaedah
seterusnya melencong pada sesi luahan rasa
seterusnya kembali pada jalan asal dengan kongsi benda berfaedah mengikut situasi sendiri
dan sekarang penulisan saya secara spontan.mengikut situasi semasa..aspek perubahan.
bila dibelek-belek penulisan yang lepas di blog ini,banyak penulisan saya berkisar dengan dakwah,tentang islam yang saya menulisnya dengan berat :)
mungkin kerana saya duduk dalam kelompok2 itu,sehingga jiwa,pemikiran dan penulisan saya dipengaruhi.

namun,sayang seribu kali sayang.
niat saya untuk mengajak pembaca agar kembali memahami maksud Islam agak kurang tercapai,mungkin.
sebab sayaberpendapat penulisan saya sebelum ini agak berat dan kadang2 tersangkut separuh jalan,seolah-olah semua manusia tahu apa perasaan saya -_-''

[berapa ramai agaknya yang masih mencari jalan pulang ke arah memahami Islam yang sebenar.MEMAHAMI ye bukan setakat TAHU]

Sekembalinya ke tanah air pada akhir Julai,saya kembali aktif membaca akhbar2.
bukan 1,bukan 2, tapi banyak..memang ini didikan ayah saya kepada anak-anaknya.Jangan percaya pada 1 sumber sahaja.Berita Harian,Utusan,New Straits Time,The Star,Harakah,Metro..
Dan melalui pembaca akhbar dan diikuti dengan majalah2,saya sedar bahawasanya masalah gejala sosial semakin berleluasa.
KES BUANG ANAK,MEREMPIT,ZINA,DADAH,MINUM ARAK,MELEPAK,BULI dan lain2.

Sungguh! Dulu2 masa saya baca akhbar..saya takde apa2 perasaan bila baca benda2 masalah2 ni.
Mana taknye..dulu2 kalau tengok cerita perempuan dengan lelaki pegang tangan,berpelukan..saya takde perasaan apa2,main bedal tengok je.Saya lupa bahawa hukum lelaki dan perempuan berpelukan hatta berpegang tangan itu HARAM DI SISI ALLAH.
Sungguh lemah iman saya.Langsung tak rasa apa2 dulu2 :'(

[adakalanya jalan untuk pulang kepada Allah tidak nampak kerana tiada siapa yang menghulurkan tangan untuk membantu.Atau mungkin kerana dosa?]

Lahir daripada sini,saya terus mendapat ilham untuk menulis penulisan yang santai dan bermesej.

Saya berharap dan berdoa agar penulisan2 saya ini dengan bantuan Allah,dengan ilham Allah dapat mengubat hati mereka yang jauh tersasar daripada landasan Islam yang sebenar.Ameen~

sungguh naif saya,
mahu mengajak orang kepada Islam...tapi tulis benda yang hanya orang2 join 'usrah' atau orang yang konon-kononnya baik sahaja yang faham.
Agaknya,semua ke mat rempit,semua ke penangih dadah,semua ke orang yang berzina faham apa itu usrah? apa itu sayonara jahiliyyah? apa itu syahadatul haq? apa itu daurah? siapa saidina abu bakar? siapa zainab al-gahazali? apa tu muntalaq? apa tu dakwatuna?

astaghfirullah~



kepada awak yang membaca.
Bantulah saya juga :)

Selepas ini mejoriti penulisan saya bercorak SANTAI,SIMPLE DAN SWEET (letak gambar2 kot?)



Khamis, 19 Ogos 2010

KAHWIN :'D

salam 'alayk ^_^
tahun ini,2 sisters kesayangan saya yang belajar medic di mesir dah selamat menjadi isteri orang.
dalam surat khabar pula kecoh dengan cadangan nak kasi budak sekolah kahwin awal.
oleh itu,tercetuslah nak buat post ini :)
entah,kenapa sejak kebelakangan ni suka post benda santai2,benda sekeliling..mungkin sebab aura Malaysia kot :)

cincin dan bunga ros.bunga ros itu lebih menarik perhatianku :)

KISAH 1

Suatu hari di meja makan sewaktu berbuka.
"Tadi makcik **** ada tanya mama, ___ dengan awak kosong lagi ke? ada sorang doktor uni _______ nak masuk m*n*ng.mama pun gelak je.mama jawab,tunggulah anak saya habis belajar dulu"

saya pun tumpang gelak.adik2 kecik saya berdehem tanda sindiran.beranilaa nak gelak...mahunye sorang2 kene piat telinga nanti :D

"mama,ni nak habiskan medic 1st year pun dah nak tersemput dibuatnya."saya mencelah sambil gelak perlahan.sebab masa ni saya terfikir.ada satu perasaan membelenggu, rupanya saya dah besar.dah 19 tahun.bukan budak sekolah lagi.
Tapi selagi daya,saya akan tepis benda2 ni.saya mahu fokus medic sahaja dahulu.

KISAH 2

mak saya adalah kenal dengan ibubapa kepada seorang budak lelaki yang kebetulan satu tempat study dengan saya.Adalah peristiwa yang menyebabkan mak saya bad mood dengan sikap salah seorang ibubapa kawan lelaki sekuliah saya tu.

balik rumah je lepas berbuka mama saya pun bertanya:-
"kawan awak tu okey ke?"
"okey je" saya jawab
"huh.mama tak merestui perhubungan korang kalau awak tu ada apa2 hubungan dengan budak lelaki tu"
"hahahahhahahahahahhahahahahha" saya dan adik2 ketawa.
Mujur tak tersedak air bandung sejuk :D

mama.mama.
buah hati saya ni cuba buku medic tue jelah sekarang :')
nak layan ragam buku2 medic dan program2 membina rohani pun dah pening..^___________^

saya pun tak tahu.
benda ni boleh ke tak publish pada orang?
kalau sebenarnya tak boleh,terbukti saya tak serius lagi dengan benda2 ni :D

rentetan daripada kes2 di akhbar yang nak kasi budak2 sekolah kahwin.masih dalam perbincangan lagi kes ni.
adeyh,alasannya..untuk elakkan zina.
come on remaja2 dan budak2 sekolah sekalian, fokus pada study !
cinta-cinta ni memang best tapi tak bawa ke mana pun.lagi sweet cinta lepas nikah :D
masa tu kalau nak pujuk si dia dengan pegang2 HALAL!
masa tu kalau rasa rindu nak peluk di dia HALAL!
masa tu kalau nak jalan pegang2 tangan kat taman bunga HALAL!
masa tu kalau nak duduk berdua-duaan HALAL! tak kene tangkap basah :D
masa tu kalau rasa rindu dan cinta sangat sampai nak call 2 jam HALAL!
masa tu kalau nak fikirkan dia,terbayangkan dia HALAL!
best apa?
kalau sebelum nikah...boleh je nak buat tapi HARAM !
Tak sweet sungguh -_________-
nak buat kene sorok2.kalau buat terang2an,mak ayah marah,pihak sekolah denda,kawan2 mengutuk.sungguh tak best :(
Bukan saya yang buat hukum ni ye, tapi Allah SWT :)
Dunia ni luas..keluar dari kepompong sekolah, ada ramaaaai lagi jejaka2 dan gadis2 yang jauh lebih baik,cantik,handsome daripada di sekolah.

Fikir ye adik2 sekalian,
Saya yang nak masuk tahun kedua ni..duit dalam bank tak sampai RM 10,000.
Kita kahwin bukan untuk suka-suka.Kalau nak kahwin,maksudnya dah sedia nak menerima anak :)
Ada anak nanti bukan mudah harga barang2 mereka.
Lampin nak dekat RM 30.00 (sebulan mahunye beli 4-6 bungkus)
Botol susu
Sabun mandi
Susu (kalau guna susu tepung)
Ubat-ubatan
Pakaian
Mahal remaja2 sekalian :D Bukan murah.
Kalau takde duit dalam bank,takkanlaa nak pinjam mak ayah..si suaminya, tak macho laa anda kalau macam tu.
Takkanlaa nak bagi anak bini makan pasir kot.

Nak tundukkan nafsu bukan dengan nafsu,tapi dengan agama.
Bila dah sedar nafsu diri terlalu liar, tak tahan nak tengok orang yang berlainan jantina ditambah lagi tak mampu nak kahwin..silalah berpuasa :) tundukkan pandangan, hentikan membaca majalah2 mahupun movie2 yang tak elok :) tengok ASTRO OASIS ke..ada faedah jugak kan? ^__________^


bawah ni 2 sisters egypt yang kahwin tahun ni :)
barokallahulakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi kheyr [hafal dari lagu maher zain]

ini kak fathy.atau nama penuhnya wan fathiyyah :)
sudah jadi isteri kepada akh umair
insyaAllah,masuk tahun 4 medic naik summer break ni

ni kak ruqaiyah
sudah selamat menjadi isteri kepada akh taufik
sister kesayangan mansoura saya ni
insyaAllah,masuk tahun 5

kak qaiyah kata dia sendiri tak sangka akan kahwin masa akhir tahun 4.tak sangka pun akan kahwin masa tengah belajar.
kak qaiyah nasihatkan juga kalau nak kahwin,paling kurang masa lepas habis pra-clinical (akhir tahun 3)
itu kata kak qaiyah.

orang lain pulak cakap,macam2.waktu ni sesuai laa..waktu tu sesuailaa.
sampai saya terdetik dalam hati,sesuai tak sesuai tu berbeza mengikut individu

pendapat saya?
sekiranya Allah dah tetapkan jodoh kita.mak ayah restu,teruskan jelaa.tak payah susah2 nak fikir :)

pesanan:
XGEN,siapa yang nak start dulu ni.siapa yang start waktu tengah study ni memang hebatlaa! :D
Jom,kumpul duit untuk masa depan :)

Rabu, 18 Ogos 2010

'KITA' dan 'MEREKA'.TQ budak kecik :')

salam 'alayk :)

And He gives you of all that you ask Him; and if you count Allah’s favors, you will not be able to number them; most surely man is very unjust, very ungrateful.
- Noble Qur’an (14:34)

sesuatu untuk kita menghayati dengan mata hati
kisah 'kita' dan 'mereka' :')
terima kasih untuk budak kecik perempuan~

sebab kita sentiasa memandang rendah,sehingga kita tak pernah bertanya perasaan mereka.
sebab kita sentiasa menjangka mereka lemah,sehingga kita tak perasan kekuatan mereka
sebab kita tak pernah ambil berat akan hal mereka,sehingga kita tak pernah rasa kehadiran mereka di dunia ini adalah untuk kita mensyukuri nikmat Allah.
sekiranya ada dalam kalangan mereka yang mampu berjaya..mengapa kita tidak?
sekiranya ada dalam kalangan mereka boleh melukis menggunakan kaki dan mulut, mengapa kita masih lagi merangkak untuk mengejar kejayaan.

Sungguh! Allah tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia.
Apa mungkin Allah ciptakan sesuatu tanpa sebab?
Ada mata, gunakan untuk melihat.Ada telinga, gunakan untuk mendengar.Ada hati, gunakan untuk merasai dan menjiwai.Ada akal, gunakan dengan rasional.
Mereka tidak pinta untuk dilahirkan sebegitu.

Penulisan di bawah ini bukan penulisan tipu.Tapi ditulis oleh my beloved younger sister,juga salah seorang dalam kalangan 'mereka'
Tiada edit. Original 100% dari blognya :) Cuma saya pendekkan nama dia.heh.

Mungkin hari-hari kita dihiasi dengan kealpaan.Apa kata hayati sejenak,kata2 'mereka'. Semoga kita terus mensyukuri nikmat yang ada.Sehebat manapun kita, bagi saya..kita masih belum dapat menandingi ketabahan dan kecekalan 'mereka'

*****************************************************************************
DIRIKU..................IMPIAN KU
aku lahir pada 27 oktober 1995,nama diberi Ida (saya pendekkan namanya).Aku lahir tidak seperti bayi lain aku lahir dengan tidak sempurna..pasti ade hikmatnya
aku masuk tadika sejak lima tahun...tadika itu aku tidak ingat namanya dan enam tahun aku tadika iman di skudai,Johor Bahru.aku tiada kawan kerana kawan tidak berani m'dekati aku..dari situ aku faham erti sabar
semasa 2002 hingga 2007,aku telah menjadi pelajar sekolah rendah,ramai yang ejek aku CACAT tetapi aku sabar.kadang2 aku menangis kerana tidak tahan ejekan kawan....

2008 hingga kini..aku sudah menjadi pelajar sekolah menengah,alhamdulilah..banyak cabaran yang aku lalui suka dan duka...aku SAYANG KAWAN aku iaitu Nurul Raudhah,Tasha,Nur Syahirah dan Fathini Nabilah
kamu berempat memberi semangat kepada diriku semasa ku berade dlm keadaan yang susah.Tidak dapat ku balas hanya tuhan saja yang dapat m'balas..terima kasih ku ucapkan i love u forever....tASHA terima kasih kata2 u beri pada tingkatan satu...semasa pertemuan kali ketiga walaupun tidak sama sekolah tetapi kau kawan yang sangat baik.
Salah satu u beri kata-kata semangat kpd i ialah u hantar msg panjang2 kt i yang tidak ku padam sampai sekarang ialah

KAWAN
Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU
ialah kawan yang sejati !

Di manakah letaknya
kejujuran,
Apakah sebenarnya erti
pengorbanan,
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan.

Meskipun pelbagai kesengsaraan
menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan
tabahkan hatimu
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau gapaikan

bumi neraka pernah kau lalui
bagai mimpi ngeri bagimu
bangunlah kawanku..bangun...

sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini
bendunglah segala gejala sosial
menjadi yang hebat..walaupun tidak sehebat
mahadzir
(SMS ni lepas org kesayang ku telah pergi untuk meneruskan kejayaan di Amerika)


Insyallah,lepas spm aku ingin belajar di Paris mengambil bidang Pereka fesyen.amin.
aku harap kejayaan aku akan tercapai pada sesuatu hari nanti....

knp aku ingin belajar di paris????
kerana Paris banyak pereka yang sangat hebat dan cantik...
suasana dia sangat tenang...



Selepas habis belajar,aku ingin membuat jenama sendiri..itu la impian aku dari kecil...
aku ingin jenama aku buat, akan menjadi minat orang ramai...dan menjadi jenama itu ke ANTARABANGSA pada suatu nanti..aku bukan la mengejar popular ataupun kekayaan aku ingin bukti yang aku tidak sempurna boleh buat apa yang org tidak sangka.


Pesanan:
Papa:biarla org berkata kepada kita asl kan kita jgn m'balas
mama:sabar la ida,ini semua dugaan allah..allah nk uji kita antara kita sabar atau tidak
Haikal:Kuatkan semangat..semua orang tahu ida tidak sempurna tetapi bukan bererti ida tidak
boleh buat ape2 yang penting belajar la bersunggup2.
Wani:Ida sayang,kalau tiada kawan x pe tapi allah tetap ada.x payah peduli org ckp ape.

i love papa,mama,kakak,nana,wani,haikal,hafetz,raudhah,syafiqah,syahirah zakaria,tasha,fathini nabilah,mas,ustaz,syafiq and fathini

*****************************************************************************
may Allah bless you dear :D
Kepada mereka yang Allah kurniakan dengan 'keistimewaan'
Sungguh! Allah tidak membecimu mahupun membebanimu.Kerana engkau kuat,Allah mengujimu :)
Kalian diciptakan untuk melembutkan hati manusia yang keras seperti batu
Kalian diciptakan untuk memberi kekuatan kepada manusia kononnya sempurna tapi mudah mengalah
Kalian diciptakan untuk melengkapi kelemahan kami :)

UNTUK SI BUDAK KECIK :D

Salam 'alayk my brothers and sisters ^_^


"hafetz,tahun depan kakyang tak balik koot.nak stay kat egypt.maybe kita jumpa tahun depan lagi satu.masa tu hafetz dah form 1...."

suasana senyap.

"sorrylaa..kakyang tak dapat ajar hafetz untuk SPPM (sijil pentaksiran pelajar musleh) dengan UPSR"

senyap.

"ingat,kalau tahun ni tak dapat minimum 6A,kakyang taknak kasi hafetz hadiah bila balik dari Mesir. Hafetz tak rindu kakyang ke nanti?"

"RINDULAAAA...."

suasana senyap kembali.tidak mahu meneruskan perbicaraan kerana tidak mahu ada pertumpahan air mata.2 bulan di Malaysia...haish~ rasa x cukup nak melepaskan rindu :'(

Kami meneruskan pembacaan komik.. Detektif Conan,Lawak Kampus,dan macam2 lagi. Saya pula sambil2 temankan di kecik itu baca komik,saya main rambut dia yang macam padang golf itu.heh :)

Ini rutin harian saya,sebelum tidur pasti berbual dengan adikberadik, buat perkongsian..selepas habis ulangkaji pelajaran :D
Kami bertiga je dirumah.Lagi tiga tercampak di tempat lain.
Rindu untuk meriuhkan kembali rumah.Rindu mahu bergaduh.Rindu berebut makanan.Rindu main jerit2.Rindu baking cake sama2.Rindu kena marah sama.Rindu shooping sama2.
Rupanya kami dah membesar sekarang..mengejar cita2 masing-masing :)(:

Budak kecik Hafetz,
Selamat Hari Lahir ke 11 ye :)
Semoga kamu terus jadi adik bongsu yang terbaik dan superduper best ^_______^
Kamu memang sudah berubah,berubah ke arah kebaikan..sungguh,saya terharu!
Jangan nakal2.Saya pasti rindukan kamu.
Membesar menjadi muslim yang soleh wa musleh (baik dan mengajak orang buat kebaikan)



Sabtu, 14 Ogos 2010

DOA TU WIRELESS.COVERAGE DIA MASUK SATU UNIVERSE :)


TERFIKIR SEJENAK

Ketika solat didirikan, dan setelah selesai berdoa..
Terfikir sejenak.
Seandainya, semasa kita berdoa kita
mendengar.....

"Thank you for calling Baitullah, Please Select your language"
Press 1 for English.
Press 2 for Arabic.
Press 3 for other language.

Kemudian, kita dengar pula yang ni...

Press 1 for "Requesting."
Press 2 for "Expressing Gratitude."
Press 3 for "Complaining."
Press 4 for "Expressing Sadness."
Press 5 for "other preferences."


Atau....
Bagaimana pula kita dengar seperti ini:

"At the moment, all angels are helping other customers. Please be patient."

Atau mungkin juga ini :

"Our system Showed that you have made one request. Please try again tomorrow."

atau...

"Our services closed on Sunday. Please call us tomorrow after 9 o'clock in the morning. Thank You."

Alhamdulillah.. Allah SWT mengasihi hambaNya, kita dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Tiada HAD MASA,
tiada pencarian COVERAGE,
dan tiada "TALIAN SIBUK."


Talian terus,
tanpa OPERATOR,
tanpa PERANTARA,
tanpa CAJ BIL.
Mahupun perantaraan BAHASA!


Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.
Setiap hari Allah menerima panggilan yang entah berjuta-juta
banyaknya.. Dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun..!!!
Hebatnya kekuasaan Allah, manakan penciptaan manusia dapat menandingi Dia...

"Your Lord has neither forsaken you nor hated you.."
[Ad-duha:3]

..الحمد الله


doa tu wireless.coverage dia masuk satu universe. -VERSUS,Hlovate-

RAMADAN KAREEM ^_^

Bismillah

Assalamualaikum wmt wmt

Kepada awak yang bertanya kenapa saya rasa Allah tu sangatlah sweet~~


Meski rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya dirimu yang bertahta
[ Opick, Rapuh ]


Allah tu baik.Allah tu sangat sweeeeet.
Kalau kita ada buat dosa,lalu kita bertaubat,insyaAllah..Allah maafkan.
Tapi bukan taubat yang main2 ye ^_^
Berulang kali kita buat salah pun, Allah tak benci kita..tapi Allah beri peluang untuk kita bertaubat

Tarbiyah tu didikan
Tarbiyah Allah pada hambaNya sangat best. Dia beri kita ujian supaya kita jadi kuat :)
Allah beri kita ujian sebab dia nak dengar rintihan kita.Dia rindukan suara rintihan kita.

"Maka apabila hamba2Ku bertanya kepadamu tentang Aku (Allah), maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat..." (Al-Baqarah :186)

Ini secara ringkas sahajalah :D

Buat kalian yang bertanya kenapa mesir tu best.InsyaAllah saya jawab.Nak pilih gambar2 yang menunjukkan siatuasi mesir sebenar.
Ada tak soalan lain daripada soalan "kenapa mesir tu best?"

Ramadan Kareem ^______^
Shooping pahala di pusat Ramadan banyak2!

Sabtu, 7 Ogos 2010

OTAK..LAIN BICARANYA DENGAN HATI

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang
Assalamualaikum :)

Angin subuh membelai lembut wajah.Namun,udaranya tidak sesegar udara sepertiga malam.
Suasana subuh masih lagi gelap gelita
Ramai manusia yang hanyut lena dalam buaian mimpi
Apa mungkin kita mahu digelar sebagai MENCINTAI ALLAH DAN RASULULLAH,sekiranya bangun Subuh pun lambat -_-'' Astaghfirullah~
Beberapa jam lagi,angin Dhuha pula akan datang.Angin Dhuha,saya sangat mencintainya.Sungguh mendamaikan :)

OTAK vs HATI

Seringkali kita mendengar kisah-kisah bahawa Islam kini mampu tersebar di seluruh dunia dengan pengorbanan dan titisan darah serta keringat pejuang-pejuang Islam terdahulu.
Pejuang Islam yang teguh di medan perang,
Saidina Abu Bakar
Saidina Umar Al-Khatab

Saidina Ali
Saidina Uthman
Khanzalah
Salman Al-Farisi
dan sebagainya..
Seringkali juga kita mendengar pengorbanan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam ini.

Kali ini Letakkanlah diri anda di tempat baginda,Rasulullah SAW.


Tatkala baginda ingin menyebarkan ajaran Islam,ajaran yang baik dan tidak mengundang perpecahan..baginda dihina,baginda diejek,baginda dibaling dengan najis,baginda dipulaukan oleh masyarakat.
Dalam masa yang sama,KETAHUILAH! baginda sudah kehilangan kedua ibu dan bapa semenjak kecil lagi.
Sungguh,kita takkan mampu merasai kesakitan ini sekiranya kita memikirkan menggunakan otak,gunalah
HATI anda.

di THAIF

Kita juga pernah mendengar kisah Rasulullah SAW pernah berdakwah di Thaif dengan harapan akan mendapat sambutan yang baik dan sokongan kepada dakwahnya di kalangan Bani Thaqif. Namun mereka menolak dakwah Baginda secara kasar. Mereka menghasut kanak-kanak untuk menyakiti Baginda. Kanak-kanak tersebut telah melontar batu ke arah Baginda sehingga darah mengalir daripada kedua kaki Baginda yang suci.

Sungguh!saya sendiri tiada perasaan apa2 ketika mendengar kisah ini berulang kali.
Namun,apabila saya menggunakan hati membaca kisah2 Rasulullah SAW,alangkah hibanya hati saya bila memikirkan, balingan batu bukanlah selembut balingan kertas.
Batu itu sangat keras.Hanya sebiji dibaling ke kepala sudah berdarah.

Ketika saya menghadiri satu program,penceramah ada mengatakan,Rasulullah SAW keluar dari kota Thaif itu dalam keadaan badan baginda berlumuran darah!
Sehingga kasut yang baginda dipenuhi darah!
Umpama kita memakai selipar di dalam tandas yang dipenuhi air.
bagaimana bunyinya?

Betapa tingginya akhlak baginda..apabila malaikat Jibrail datang menyoal Rasulullah SAW sama ada mahu diberikan hukuman ke atas penduduk Thaif atas kebiadapan mereka kepada Rasulullah SAW..
Lantas Rasulullah TIDAK MEMBENARKAN.Malahan mendoakan agar penduduk Thaif diampunkan atas kejahilan baginda.
Sungguh tinggi pekertimu ya Rasulullah.

PERSOALAN

Kenapa bila kita membaca sebuah novel setebal 500 muka surat,kita mampu menceritakan kembali kepada kawan dengan penuh perasaan?
Kenapa bila kita membaca buku sejarah tingkatan 1, kita tidak mampu untuk menceritakan kembali kepada kawan dengan perasaan?

Beza bukan apabila membaca dengan hati dan otak?

APLIKASI SEBENAR

Dalam dunia realiti yang berpijak di bumi nyata, ingin saya menyatakan..

Apabia si hamba Allah itu belajar agama menggunakan otak, dia hanya sekadar tahu ilmu itu..tapi sukar untuk mengaplikasikannya.

Contohnya, berapa ramai yang stahu SABAR? tetapi berapa ramai yang benar2 mengaplikasikan sifat SABAR ketika dia diuji dengan kemarahan,penderitaan?

Kita tahu dengan kita dididik sangat berlainan.
Saya memang tahu SABAR sejak tadika lagi.Namun saya dididik dengan sabar dengan sebenarnya ketika berusia 17 tahun.
Kerana didikan itu adalah tarbiyah.tarbiyah itu adalah didikan.Dan didikan itu salah satunya dengan usrah:D
Usrah yang Rasulullah SAW gunakan untuk mendidik para sahabat agar menjadi hebat!
Usrah yang ramai orang tak nak join sebab takut. [punca...?]

Didikan itu juga boleh diperoleh dengan ujian Allah.
Didikan itu ada dengan pelbagai cara.Namun,USRAH itu merupakan tempat untuk kita memahami Islam dengan hati.

ini pandangan saya
Mungkin anda ada pandangan lain?




Jumaat, 6 Ogos 2010

BILA 2 BERCAKARAN.

apabila cita-cita dan pengorbanan mula bercakaran
istikharah dan tanya pendapat menjadi rutin harian

Allah menjadi tempat pergantungan yang paling tertinggi!

Sungguh,cita-cita itu memerlukan perngorbanan
Bukan pengorbanan yang biasa-biasa
Pengorbanan yang sehingga menitiskan air mata selama berbulan-bulan dan mungkin juga bertahun
Pengorbanan yang melukakan hati tanpa darah namun bekasnya amat mendalam

Setiap cita-cita lain pengorbanannya
Hidayah Allah juga sudah tentu tidak percuma untuk dimiliki

Ini adalah bicara tersirat

untuk mereka yang sedang berkorban, sabarlah.
Allah knows the best ^_^

pesanan 1: baik,blog sudah menunjukkan perubahan.dah ada perubahan sikit demi sedikit dari segi link :) heh!
pesanan 2: okey,Alhamdulillah.sudah mampu untuk menulis dari hati.utuhkan langkahku dan hatiku Ya Rabb

Ahad, 1 Ogos 2010

HARI NI 1 OGOS =)


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

seperti yang dijanjikan, bulan OGOS sudah tiba.
lagi beberapa hari Ramadan akan menjelma.sudah bersediakah kita?
bersedia untuk mengumpul sebanyak pahala di bulan Ramadan.Latih tilawah alQur'an banyak,latih MENUNDUKKAN SUNGGUH2 hawa nafsu ketika berpuasa.

Allah.
Maha Mendengar
Maha Berkuasa
Maha Menjaya
ALlah, satu-satunya Tuhan yang layak disembah.

Alhamdulillah,saya sudah selamat sampai di bumi Malaysia.
Hari ini 1 ogos, dah masuk 2 ogos dah pun =)
ALhamdulillah,tak kene jet lag!
Tidur macam biasa..ikut time Malaysia,mana taknye..sampai je KLIA --> JB.
siap terus pergi sekolah kesayangan terus dan jalan-jalan ^_^

Ini novel.Tajuknya "VERSUS" by Hlovate.
Hlovate adalah benda duniawi yang setakat ini mampu membuatkan saya tersenyum kegembiraan sampai ke telinga,meloncat kegembiraan apabila dapat novel karyanya.SUngguh!
Saya sangat sukakan hasil karya Hlovate.
Jiwa saya mampu hidup dalam setiap watak yang dimainkan.
Bermula dengan 5 tahun 5 bulan, Tunas , Aa+Bb dan Versus

Siapa Hlovate?
ENtah,dialah penulis yang tidak mahu identitinya diketahui orang.
ENtah lelaki entah perempuan
Entah muda entah tua.
yang pasti,saya sukakan karyanya ^_^

InsyaAllah,sambung next post =)