status: dengar lagu menjemput bidadari dinyanyikan oleh Dani Setiawan. [Hlovate promote dlm novel VERSUS ;)]
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.maaf,entry ni memang panjang.insyaAllah,post akhir di blog ni ^_^ sebab tu excited kot!
maaf, entry ni guna "aku" untuk gantikan "saya"
biasanya "aku"..saya guna masa tengah doa dan monolog dengan diri sendiri.saje guna "aku", rasa macam diri sendiri tengah menulis
maaf,kalau ada benda2 yang tak betul dalam penulisan.kalau korang tak puas hati,nak comment..silakan.jangan kutuk belakang2..dosa tau! heh~
" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? " (as-Saaf : 2)
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)
kene tegur direct dengan Allah.takde bahasa bunga2..DIRECT TERUS!memang kene batang hidung sendiri.
kadang2 bila aku tulis kat blog,,share benda yang aku dapat,, eceh~ macam baik sangat aku ni.
mujahadah aku yang naik turun.istiqamah dengan amalan pun macam apa je~
point penting yang aku nak tekankan - MASUKLAH ISLAM TOTAL 100% bukan separuh2. saje aku nak tekankan. untuk orang2 yang nak faham.
susah untuk berubah, dari perjalanan manusia yang jauh daripada Allah..mahu kembali pada Dia.
susah untuk berubah daripada manusia yang tahu Islam kepada manusia yang FAHAM islam,praktikkan ISLAM.
susah woooooo~
susah untuk menjadi diri dr.wani (in making)
aku rasa malu bila baca SMS yang aku pernah bagi pada lelaki2.
memang niat SMS tu tujuannya penting, tapi bila baca balik SMS2 tu macam aku ni takde maruah.ni cerita dulu2.
tak salah pun nak SMS,nak call..tapi make sure betul2 penting.dan tunjuklah ketegasan.
lantaklah si lelaki tu nak cakap kau perempuan tak lembut macam datuk siti nurhaliza ke,fasha sandha ke,lisa ke..
buat apa kau kisah??
manja kau,senyuman manis kau,kelembutan kau..semua tu special khas untuk SUAMI.kan? ^______^
sungguh,aku menyesal~ tak mahu buat lagi!
tapi,bukan mudah nak berubah kan.
tapi,aku nak berubah jugak! dah berbulan-bulan menangis meratapi kelemahan.dah banyak air mata aku tumpahkan.
aku masih tak percaya dulu2 aku pernah jadi kepimpinan pelajar -________-''
memang Allah betul2 nak uji aku untuk kasi aku muhasabah diri.nak sedarkan aku masa tu yang aku ni sebenarnya takdelaa bagus sangat. cuba hati aku je koot yang masa tu kotor, tak sedar dengan tarbiyah [didikan] yang Allah tengah kasi.
aku rasa LOSER habis.
aku tak mahu masa diputarkan kembali.tapi andai diberi peluang, memang aku akan betulkan benda masa aku jadi kepimpinan time aku form 4 dan form 5.
tapi..sumpah! aku taknak kembali pada zaman tu. 2 tahun tu merupakan tahun yang aku try larikan diri. tahun yang aku cuba padamkan daripada memori.
baru sekarang aku berani nak imbas balik semua memori tu.
air mata tumpah lagi :'(
sakitnya jadi pemimpin bukan kepalang~ tapi aku tahu,Allah tengah nak didik aku.
terima kasih Allah sebab makbulkan permohonanku untuk dicampakkan ke Mesir
kali pertama jauh daripada family, duduk dengan kawan2, kenal dengan raaaaaaaaaaaaaaamai sisters mesir,UK,france,jordan, ntah mana2 lagi dari seluruh dunia yang baik :D
dan ini menjadi kekuatanku untuk terus jadi muslimah yang luar biasa.
aku nak je delete je post2 sebelum ni.
tapi aku tak nak sebab maybe ada post2 sebelum ni yang berguna untuk korang baca. tambahan lagi,aku paling sayang dengan post tentang debat yang dulu2 aku punyelah rajin tulis dan post macam mana aku boleh berubah.
susah untuk berubah.
aku cadangkan, korang yang budak biasa2 macam aku. yang memang kene akui kita ni bukan baikkan? :)
kita ni bukannya malaikat.. TAHU je ISLAM. tapi kadang2 tak FAHAM..mahu berubah.
korang bacalaah novel karya HLOVATE..publisher dia JEMARI SENI [JS]
aku dah habis baca novel2 dia.
1)5 tahun 5 bulan
2) Tunas
3)aA+bB
4)VERSUS
5)Rooftop Rant
ada 2 cerpen dia yang aku tak baca lagi.
komen aku? sumpah,best!
aku dapat kekuatan untuk berubah daripada novel2 Hlovate esp VERSUS dan ROoftop Rant.
Aku sampai nangis2 bila baca Rooftop Rant.
Aku tak naklah tipu yang aku ni baik habis sampai tak pernah cakap dengan lelaki kan.
aku pun pernah buat salah~ ada jugak kadang2 tu bila tak sedar iman tengah lemah.. ter'over' acting laa pulak. perangai tak macam muslimah sejati gitu ~ -_______-''
aku share problem dengan orang yang aku percaya sahaja! ada lelaki sorang ,ada perempuan sorang.
bila dah faham Islam ni, yang lelaki tu aku memang berjuang habis-habisan untuk tak cerita lagi kat dia..aku try cerita dan share kat sorang kawan perempuan.
dan korang kene tahu...SEKSANYA NAK MUJAHADAN [LAWAN HAWA NAFSU] taknak bergantung lagi pada orang yang berlainan jantina..sampai berbulan-bulan kot aku menangis sendiri.
dia..orang yang sudi jadi telinga dengar masalah aku.
orang yang sudi balas SMS aku bila aku tanya jalan penyelesaian.
orang yang sudi balas email aku yang panjang berjela~ dan dia nasihatkan aku dengan benda yang memang berpijak di bumi yang nyata.
orang yang selalu memaafkan bila aku selalu sakitkan hati dia.
orang yang selalu bantu aku bila aku minta pertolongan.
orang yang jarang hampakan permintaan aku.
sungguh~ dia tak salah pun.aku pun masa tu memang tak sedar! kami x couple pun.
aku je..yang mungkin masa tu perlukan kawan yang memahami kondisi masalah aku..takde siapa yang faham kecuali orang tu [bagi aku masa tu]
mujur kawan perempuan aku yang sorang tu muncul cepat2
heh~ kesian korang kene baca panjang2. tapi apa yang aku nak bagi tahu,masa ni aku lupa..yang Allah tu tempat mengadu paling UTAMA.
sekarang ni apa2 ngadu kat Allah je.bila nak minta pandangan orang,baru tanya kawan perempuan aku tu ^_^
dan, memang novel Hlovate laa yang jadi kekuatan aku betul2 supaya kita bergantung total 100% pada Allah.
Allah tu takdenye kejam nak kasi problem yang kita tak sanggup nak pikul.
Kalau sekarang kita taknak berubah, bila lagi?
MATI TU DATANG TAKDENYE KASI KAD JEMPUTAN. DIA MAIN "CAK-CAK"..SURPRISE GITU.
korang jugak kalau dah faham Islam lepas tu nak berubah jadi muslimah sejati~
bolehlaa baca novel karya Fatimah Syarha Nordin..
1)Tautan Hati
ada satu buku dia tajuknya kalau x silap.
CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASULULLAH SAW
best laa jugak :)
tapi untuk korang yang baru nak start berubah tu, aku cadangakan Hlovate dulu.
aku mahu keluar daripada kepompong lama.
ni cerita lama aku [blog lama] dari umur 16,17 dan 18. aku tak banyak tulis sangat, sebab ntah..
blog yang korang tengah baca ni blog masa umur pertengahan 18 sampailah 19 tahun 4 bulan.
aku dah nak berhenti menulis kat blog2 aku.
tapi tipulah kalau aku takkan menulis.
aku cadangkan korang pergi 3 blog ni, insyaAllah..aku ada je menyelit kat situ.kalau tak post,aku menyibuk kat "shoubox"
dakwahcircle [blog batch saya,xgen]
nuqabahidayah [blog PRS sekolah lama saya]
depikirsmih [blog debat.erk.aku tulis ke?]
nama lepas ni yang aku guna? entah... maybe masih kekal "dr.wani" atau "wanie" atau "shazwani" atau..ntah. xpayahlaa kot korang tahu ^_^
maybe post ni banyak benda yang akan membuatkan korang terperanjat.sorrylah kalau ada antara korang yang ingat aku ni baik,tapi aku selalu tulis kan yang aku ni "student medic biasa-biasa"
sebab tu aku taknak tulis lagi.
aku sekarang nak tulis benda2 yang berpijak di bumi realiti ^_^
sebab aku dulu2 pernah kurang baik, jadinya aku nak spread kat orang sekeliling benda2 yang berfaedah melalui blog2 yang okey sikit :) yang ada kawan2 boleh support.
aku tak kisah apa pandanga korang yang kenal aku bila baca post ni.
aku memang tak baik dan try berubah laa ni. [doakan ]
DOAKAN SEMOGA AKU BOLEH SPREAD KAN MAGIC AKU KAT ORANG SEKELILING YANG MUNGKIN ADA KISAH SAMA MACAM AKU.
sepertimana Hlovate telah spread kan magic dia kat aku.
akhir sekali;-
Allah - terima kasih kerana mendidik hamba-Mu ini untuk berjiwa besar.terus pimpin kami ya Allah.ameen~
Rasulullah SAW dan para sahabat- terima kasih atas pengorbanan darah,air mata,peluh,suara,tubuh badan kalian untuk menyebarkan ajaran Islam
Family- thanks alot! atas sokongan
sekolah2 lama aku [guru2,senior2,junior2]- jazakumullahu khairan kathira sebab terima aku seadanya.minta maaf atas salah silap
orang lelaki - kalau kau baca post ni,aku rasa kau pun tahu kan yang jasa kau pada aku sangat banyak. tak dapat dinafikan nasihat2 kau buatkan aku FAHAM Islam.Kau nasihatkan aku untuk pratikkan Islam.Bukan setakat tahu je.tahu sabar,ikhlas,bersangka baik..tapi kalau tak praktikkan buat apa? itu kata kau yang aku masih ingat. kau jugak ada kata [aku minta izin share benda yang kau nasihatkan aku]..
"from my experience..kalo kte nk change someone..first kte kne free from all negative thinking about that guy/girl..kte xleh cop 'bdk bermasalh' or ape2 yg negative..wlaupun kte x ckp die brmasalah dpn die..tp die ade aura tau sbb kte manusia bkn robot..sbb 2 kt hidyah (sekolah lama aku).ssh nk change bdk.sbb kte yg perasan baik nie(not me,sbb ana mmg ngaku ana x baik).ske cop bdk..bdk bermasalah laa.bdk gatal laa,dn mcm2 lg.walupun kte x nk ngaku tp 2 laa hakikatnye...mcm ade dinding yg memisahkn..
bebual pn x selesa..nie bkn n ceramah anti tau just sharing...n percayalah masalah2 nie lah yg akn mematangkn kte..."
Thanks alot! Aku try sedaya mampu untuk tak cerita apa2 lagi kat kau.semoga kau pun berubah ke arah kebaikan. Minta maaf kalau tiba2 bersifat pasif kat kau. Tapi aku nak kau tahu, jasa kau akan aku kenang.
korang amiklah benda nasihat yang berfaedah atas ni.amik yang baik, yang buruk korang jangan ikut. kalau korang ikut benda yang buruk, sakit woooo nak berubah!
orang perempuan- akak, jazakillah sebab datang dalam hidup saya masa saya tengah butuhkan seorang kawan. Saya sayangkan akak sangat2.ALhamdulillah,Allah dah pilih kita sama2 untuk berada di jalan-Nya. sama2 kita SPREAD THE WORDS OF ISLAM ^____________^
Akak,terima kasih kerana sudi jadi pendengar yang baik,pembaca YM saya yang panjang lebar, nasihat2 yang bernas. Walaupun BARU SEKALI kita jumpa, tapi tu bukan alasan yang kita tak boleh share 1001 cerita kan :)
[ sungguh! saya baru jumpa orang perempuan ni sekali je]
Nadhirah MK, Fadzilah Zainal -aku rindu dan butuhkan kawan macam korang. yang sangat pandai simpan rahsia aku, yang sabar dengan karenah aku, layan aku, study sama2 dengan aku masa zaman sekolah, yang kuatkan aku. cuma mungkin salah aku sebab x share benda2 penting kan kat korang.sebab masa upper form,masing2 busy kan.
Sungguh, aku sayangkan korang berdua sangat2. Aku nak ada kawan macam korang. Hmm..maybe Allah nak suruh aku jadi macam korang berdua kot :)
kawan2 Xgen - jazakumullahu khairan kathira sebab terima aku seadanya. Benda2 yang dah lepas tu,aku mohon korang maafkan. Terimalah aku seadanya. memang aku ni jahil dulu2. Tak tahu macam mana aku boleh diangkat jadi pemimpin -_-'' Panjang kisahnya. Tapi benda dah lepas kan..biarkan. Ini didikan Allah untuk aku.
pada readers dan semua yang aku tak tulis nama- terima kasih kerana telah mencorakkan hari2 aku dengan pelbagai kenangan dan didikan :) pada sisters egypt thanks alot sebab kalian saya ada kekuatan untuk kenal Islam dengan menggunakan wasilah yang betul.
oh ye..untuk naqibah2 aku - terima kasih ye. saya sayangkan kalian.especially naqibah masa saya habis SPM ^_^
kelab de'pikir SMIH- hehe. terima kasih banyak2 sebab dah bagi aku 100000000000000000000000001 kenangan yang pahit manis kelat. tapi yang pahit lagi banyak laa [heh.jujur]. tapi, pengalaman pahit tu yang menyebabkan aku jadi kuat dan berjiwa besar [serius!] kalau korang ada baca ni.. AKAK NAK BAGI TAHU, yang akak tak turun train korang 5 tahun ni.maksudnya,habis degree baru datang turun train.Akak ada alasan, bagi yang dah tahu tu..mungkin faham ^_^
kalau turun pun, tengok2 korang je :) hoho, debat dah mengalir dalam darah. bajet muka control dah tak sayang debat. tapi kalau ada pertandingan debat MUSLEH dan UIA,akulah orang yang duduk depan laptop, sebelah handphone 24 jam.tak boleh tidur! doa sentiasa mengiringi kalian. yang dah senior2 debat tu,yang dah pencen, wariskanlah ilmu terus ye.
sekali lagi, AKAK ADA ALASAN KENAPA BERTEKAD TAK NAK TURUN TRAIN 5 TAHUN.
[ ustazah anis,minta maaf banyak2 sebab tak cakap direct lagi -__-'' takut ustzh kecewa dgn sikap ex-debater yg mcm lupa diri ni]
aku nak stop tulis.makin panjang lebarlaa pulak.
dan sungguh, aku nak kata kat korang. aku tulis ni air mata dah bergenang dan ni. kalau pejam mata ni,konfem mengalir air mata :')
kenangan dan ujian tu yang corakkan kita jadi manusia.
aku manusia biasa2 nak jadi manusia luar biasa.
aku bercita-cita tengok Islam berada di puncak kegemilangan.
aku PERLU jadi batu2 pendakian puncak itu.
aku PERLU Allah tengok aku.lantaklaa manusia tak tengok aku pun.
aku USAHA UNTUK Allah tahu yang aku betul2 nak tegakkan Islam di muka bumi.
aku memang orang yang selalu bercita-cita tinggi.kadang2 sampai orang gelak.heh~ apa aku peduli.
debat UIA 2009 jadi bukti yang cita2 tinggi jadi JUARA UIA x mustahil!
cuma setahun dua kebelakangan ni je semangat aku hilang.
dan semangat dan cita2 aku kembali datang. [THANK YOU ALLAH]
ok.aku nak kejar cita2 aku.
korang buat bina cita2
WE AIM FOR THE SKY!
aku perlu habis degree dalam tempoh 5 tahun lagi-->housemanship
aku perlu ambil master..aku PERLU JADI DOKTOR PAKAR!
aku perlu kerja kat Hospital An-Nur ke..Prince Court Medical Centre..
kalau boleh yang swasta punye.aku tak gila duit okey! tapi aku HARUS ADA DUIT sebab banyak kerja yang perlukan duit.
aku perlu kerja jadi pendidik kat CUCMS.college swasta jugak..pakcik2 dan makcik2 yang faham Islam,yang doktor kerje kat situ.aku nak warisi tugas mereka. CUCMS tu CyberJaya University College of Medical Sciences
aku perlu join mana2 pertubuhan yang betul [AQSA SYARIF ke,MERCY ke]untuk bantu saudara mara di Palestin.maybe aku tak kuat untuk berlawan.tapi,at least aku mampu merawat mujahidin di Palestin.
aku nak buat buku..novel ke,cerpen ke..apa2 yang boleh aku kongsikan dengan budak2
aku perlu jadi muslimah dukturah yang berjaya! sungguh!
aku perlu fasih berbahasa melayu,arab fushah,arab 'ammi,perancis dan beberapa bahasa yang aku tengah fikir untuk blaja.aku nak jalan2 seluruh dunia andai ada rezeki,mahu sebarkan Islam. kalau tak ceramah, melalui conference medic yang aku mungkin akan join berpuluh tahun lagi. siapa tahu,kan?
doakan aku dan mereka2 juga mungkin korang yang nak jadi batu-bata kebangkitan Islam
saje aku tulis kat sini sebabnya,aku nak korang pun sama2 capai impian korang. aku mungkin kat bahagian perubatan, korang ada yang amik bahagian engineering, accountant, pendidikan, business, ekonomi,pharmacy, bioscience, TeSL, etc..
kita ada macam2 wasilah/wahana/wadah untuk buat kerja kita.
sampailah Islam tu jadi role model seluruh dunia.ni zaman skrg,amerika jadi role model.apa kes?
kita bercita-cita. sama ada tercapai atau tak. biar Allah uruskan.he knows best. tapi kita kene usaha.
doa.doa.doa.usaha.usaha.usaha.ikhtiar.ikhtiar.ikhtiar.tawakkal.tawakkal.tawakkal
kalau korang ada yang rasa sakit untuk berubah..ketahuilah,aku ni yang nak berubah pun rasa sakit tak kepalang.
berguni-guni air mata aku kooot~
rasanya ada lagi raaaaaaaaamai orang yang rasa sakit macam kita.
tapi,jangan sedih lama2. Allah pasti ganjari kesakitan ni. kita berubah pun sebab Allah kan :)
Allah kan sweet~ saje kasi ujian, nak suruh kita nangis ngadu kat dia. Dia rindu dengar rintihan kita.
okey, semoga kita jumpa kat mana2 ^___________^
terutama di Syurga.ameen~ameen~
maafkan salah silap.
p.s: NASYEED MAHER ZAIN! MAHU PROMOTE!!!! BELI2. best sangat100x.
maher zain [penyanyi], Hlovate [penulis novel]..
mengikut pengalaman, orang2 yang x layan bahasa melayu, org2 yang kureeeng baik macam aku ni akan tersentak bila dengar lagu maher zain dan baca novel Hlovate!
p.s 2: jangan tinggalkan alQur'an dan hadis/sunnah Rasulullah.2 benda ni je penyelamat di akhir zaman.
takde niat nak bukak pekung di dada, just nak ajak je sape yang nak join aku untuk dekatkan diri pada Allah :)
kalau bosan nak bac ablog, click laa link2 blog yang aku dah letak kat tepi blog :D
done!
11.06 pagi
3 september 2010
bilik mama&papa, laptop papa ^_^
dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim [dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang] saya akhiri post terkahir di blog dr-wani91 ^_^
w'salam