Selasa, 30 November 2010

KITA UNTUNG KE.KITA RUGI KE.KITA TETAP UNTUNG.


bismillah and salaam to all :)

nak share sedikit petikan daripada buku "YOU CAN BE THE HAPPIEST WOMAN IN THE WORLD"
orang yang bukan perempuan pun boleh baca :)

YOU WILL BE THE WINNER IN ALL SITUATIONS you have to seek reward from Allah.If some worry,distress or grief befalls you,remember that it is expiation for sin.......

(copy-paste sikit je ^_^)
************************************************************************************
sweetnya Allah~ Allah sangat baik.Terbukti sifat penyayang dan pengasih-Nya ^_^

Kita ni sebagai seorang muslim,ada satu perniagaan yang menarik Allah dah sediakan.
KITA UNTUNG KE..KITA RUGI KE..KITA TETAP UNTUNG

eik? macam mana tu?

UNTUNG + RUGI = UNTUNG

MUSH MA'UUUUL!!! (tak diterima akal -arab 'ammi mesir)

okey-okey.biar saya terangkan.

bila kita dapat rezeki daripada Allah,kita gunakan sebaiknya,kita bersyukur pada Allah,kita sedekah sikit pada orang.Dapat pahala kan :D
Hatta kalau kita buat baik kerana Allah semata-mata (bukan sebab nak kasi nampak kita baik), insyaAllah dapat pahala kan :D
tapi,kalau kita ditimpa kesusahan,kesakitan..tahu tak kawan-kawan bahawa ALLAH HAPUSKAN DOSA kita!
subhanallah! alhamdulillah!
Bayangkanlah,setakat rasa sakit sikit sebab tercucuk duri pun Allah dah hapuskan dosa :)
Apatah lagi kalau barang kesayangan kita hilang,sedih sebab kehilangan orang tersayang,dapat result yang teruk walaupun dah usaha dan doa banyak..

Chill, semua orang..!! be happy,ok ^__^

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a


p.s: semoga rasa pening,rasa separa sakit semasa musim winter dan proses nak siapkan thesis ni menjadi penghapus dosa ^_^ ameen~

You Can Be The Happiest Woman In The World


bismillah and salaam to all :)
sekarang ni saya tengah baca buku you can be the happiest woman in the world ( A treasure chest of reminder) written by Dr.'A'id al-Qarni.Publisher (penerbit) International Islamic Publishing House.

Sangaat best..!

Buku ni asalnya dalam bahasa arab.Tapi dah diterjemahkan dalam bahasa inggeris.
Saya dah baca buku ni dalam versi bahasa melayu. Tapi tak tahu kenapa tertarik untuk baca sekali lagi tapi dalam versi bahasa inggeris :)

Mungkin orang yang terjemahkan daripada bahasa arab ke bahasa inggeris ini bijak memilih ayat sehingga saya melekat untuk baca buku ini dan siap bawa ke gam'ah (universiti) untuk baca ketika masa lapang. Bahasa Inggeris yang digunakan simple dan mudah difahami.

Saya sangat cadangkan untuk beli buku ini bagi sesiapa yang belum baca ^_^
Kadang-kadang benda yang disampaikan ni sangat simple..benda yang dah biasa kita dengar..tapi macam mana penulis buku ini kaitkan kehidupan kita dengan al-Qur'an dan as-Sunnah
It's okay kalau tak faham Bahasa Inggeris..boleh buka kamus kan? :D

Penulis buku ini mengingatkan kita semula bahawa kegembiraan itu lahir daripada hati.
Kalau kita kaya,hati kusut..tak bahagia juga kan?
Kalau kita pandai, hati tak tenang..tak bahagia juga kan?
Kalau kita ada pasangan yang kacak,cantik..tapi hati setabut..tak bahagia juga kan?
sebaliknya
kalau kita tak cantik,kehidupan kita sederhana tak kaya mana..tapi hati bahagia..BAHAGIA kan? :D

persoalannya, siapa yang memegang hati-hati kita? yang memberi ketenangan pada hati kita?
of course Allah..! :)
Buku ini mengingatkan kita untuk pulang kepada Allah.Ya..pulang kepada Allah walau apa jua situasi melanda kita tak kira ketika sedih mahupun gembira ^_^

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Buku ni siap ada tulis pada bahagian translator's foreword..
"This is a good book for BUSY WOMAN.."
(ZERO ALASAN disebabkan kesibukan takde masa nak membaca benda selain akademik)

oh ye..saya tersentuh dengan banyak quote dalam buku ini.Saya boldkan beberapa quote ye ^_^


1st quote:
The way to happiness is to be found in clarity of knowledge and soundness of education. This cannot be achieved by reading romantic fiction that takes the reader away from reality and is filled with rosy dreams and dizzying illusions, but which leads to frustration and depression.......
2nd quote:

whatever the case, there is nothing better than the stories told by Allah in His Book, and by His Messenger in the Sunnah and the glorious history of the righteous,the caliphs,scholars and pious people.....

Quote tu baru je saya copy-paste dari kata-kata pendahuluan je.Belum masuk artikelnya lagi :)

InsyaAllah, post-post yang akan datang..saya selitkan artikel dalam buku ni di blog dimana kita boleh jadikan muhasabah untuk kita semua :)

Ahad, 28 November 2010

Letakkan Diri Kita Dalam Watak Itu.

bismillah and salaam to all :)(:

maaflah sekiranya pendahuluan post sebelum ni macam membebel apa-apa ntah.

Tapi mesej yang saya nak sampaikan dalam post sebelum ini ialah macam mana sayangnya Rasulullah SAW sehingga di akhir nyawa baginda masih sempat menyebut "ummati,ummati,ummati"
Siapa ummati tu?
ummati tu adalah ummat Rasulullah SAW. Dan dengan rendah diri,ummat Rasulullah SAW tu kitalah!

Sebelum ni saya selalu berfikir..kenapalah Rasulullah SAW bersusah payah nak sebarkan dakwah Islam pada semua orang?
Sampai sanggup diejek sebagai 'orang gila'
Sanggup dihina dengan kata-kata keji
Sanggup bertahan lapar dan menyabarkan ahli keluarga dan sahabat baginda lain ketika dipulaukan oleh masyarakat dimana ketika itu mereka susah untuk berniaga,untuk mendapatkan makanan
Sanggup dibaling batu ketika berdakwah di Thaif sehingga berdarah badan suci baginda.

SEDANGKAN RASULULLAH SAW MENYERU MANUSIA AGAR MENYEMBAH ALLAH dan MENGAKUI NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH SEMATA-MATA.
(mengingatkan semual tujuan manusia dihidupkan.rujuk surah al-baqarah ayat 30 dan surah az-zariyat ayat 56 dimana tujuan manusia dihidupkan adalah untuk mengabdikan diri pada Allah serta menjadi khalifah di muka bumi ini)

ya,HANYA ITU!ada idea tak kenapalah agaknya Rasulullah terus tegar sehingga ke akhir hayat untuk sebarkan Islam? Dan sedihnya orang Islam sekarang ada yang anti dengar perkataan "dakwah" "tarbiyah" "usrah"..hmm..sedangkan benda tu yang Rasulullah SAW buat.

*************************************************************

refleksi diri kita sama-sama :)
ok,semua ready....

dalam mood nak refleksi diri.refleksi diri tu apa?
nama lainnya muhasabah diri.kiranya nilai sikap kita sebelum ni dan kita try perbaiki.
okey? ^_^

saya yakin kat sini semua orang ada kawan.ada adik beradik.ada jiran.
bahasa mudahnya,ada orang yang hidup di sekeliling kita.
sekarang ni..kita try letakkan diri kita pada situasi Rasulullah SAW..

Rasulullah SAW diutuskan untuk menyampaikan kalimah yang haq (benar)
ajak manusia untuk menyembah Allah dan menyaksikan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Serta menjadikan Islam itu sebagai satu cara hidup (dimana apabila orang nampak kita,orang nampak Islam)
Ini yang Rasulullah ajak, tak ajak pun buat benda-benda jahat
Tak ajak pun suruh dengki orang.
Tak ajak pun suruh mengumpat orang.
Tak ajak pun suruh bunuh orang.
Tak ajak pun suruh lawan mak ayah,suruh minum arak,suruh tengok tengok benda porno (lucah)
Tak.tak..Rasulullah tak suruh pun benda-benda yang buruk-buruk tu

Rasulullah ajak buat benda yang baik-baik
Benda yang kalau kita buat,SEMUA orang senang dengan kita
Benda yang kalau kita buat, bila makcik pakcik nampak..terus nak jadikan kita menantu :) (bombastik!)
Rasulullah ajak kita untuk buat benda baik..

dan sekarang kita sama-sama bayangkan orang sekekeliling (muslim or non-muslim) cakap pada kita ayat-ayat sebegini ketika kita menyambung tugas Rasulullah SAW untuk sampaikan mesej agar sembah Allah,mengakui nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan jadikan islam itu sebagai the way of life..

kawan kita si A cakap..KAU NI GILA!
kawan kita si B cakap.. APA AGAMA YANG KAU BAWAK NI? NENEK MOYANG DAH SURUH SEMBAH BERHALA..SEMBAH JELAA
kawan kita si C cakap.. KAU NI BODOHLAA! PERGI KAU!
kawan kita si D cakap.. KAU NI AHLI SIHIR! ADA JE CARA BAK PIKAT HATI ORANG PADA AGAMA BARU KAU
kawan kita si E cakap..BAHLUL! TAHLUL laa kau !
kawan kita si F cakap.. OK,AKU SANGGUP KASI KAU HARTA,PANGKAT SEBAGAI RAJA ASALKAN KAU TOLONGLAH TINGGALKAN KERJA KAU SERU PADA AGAMA SEMBAH ALLAH NI..TOLONGLAAA..!!
kawan kita si G cakap.. EH,KAU NI KALAU NAK BAIK,BAIK SENDIRILAH...KUBUR LAIN-LAIN LAA!
kawan kita si H cakap..FUIYOO..USTAZ/USTAZAH NI DAH START CERAMAH LAA..
kawan kita I cakap.. WEI..KAU NI KOLOTLAA.. APA KES NAK AMALKAN AGAMA YANG KONONNYA SUCI TU?

saya rasa cukup senaraikan 9 contoh.
rasa sebak. Allah~
Jujurnya,sekiranya saya dalam situasi dihina sebegitu..saya rasa sangat down. Rasa lemah semangat.
Rasa nak berhenti je ajak orang untuk kenal Islam tu apa. Allah tu siapa. Apa sebenar tujuan kita dihidupkan.

Tapi,macam mana hebatnya Rasulullah SAW yang kematian ayah ketika berusia 2 bulan dalam kandungan dan kematian ibu pada usia 4 tahun..mampu harungi hidup bergantung secara total 100% pada Allah.
Subhanallah! hebat!

Ada antara kita,kalau ada masalah..boleh luahkan pada mak..pada ayah..tapi Rasulullah? mak ayah dah tiada.

saya baru beri contoh ayat-ayat penghinaan~ yang hanya sekadar melukakan hati kita. Belum lagi melukakan jasad kita.
Kita ni setakat orang mengata dan rasa sakit hati je.
Itu pun ada antara kita yang nak putus asa sebarkan Islam yang sebenar.
Bukan setakat mahu sebarkan pun dah putus asa..malahan nak amalkan ajaran Islam pun masih segan.

Mungkin ada antara kita lupa..
Macam mana teguhnya Sumayyah mempertahankan 2 kalimah syahadah sehingga sanggup syahid disula.
Sedangkan masa tu hukum Islam tutup aurat,zakat,tunaikan haji tak turunkan lagi pun.
Kita ni yang al-Qur'an dah ada al-Qur'an 30 juz tu pun nak amalkan Islam masih lagi rapuh dengan pegangan।
Nak katanya,golongan Islam terdahulu bukan setakat tahu erti 2 kalimah syahadah..tetapi faham erti 2 kalimah syahadah itu. Tahu dan faham tak sama.

Mungkin ada antara kita lupa..
Macam mana Bilal bin Rabah diseksa di tengah padang pasir yang sangat terik.Teriknya yang sangat terik.
Kalau di mesir masa musim panas,ramai je pelajar mengeluh "panaslaa...panaslaa"..
Sedangkan jumpa matahari masa tengah nak pergi dan balik sekolah atau keluar pergi mana-mana.
Bilal bin Rabah yang diseksa direct di tengah padang pasir itu kita tak kenang macam mana tahannya beliau.
Bukan setakat itu..malahan dihempapkan batu yang sangat besar di dadanya.
Tapi,Bilal bin Rabah masih teguh dengan agama Islam!

Mungkin ada antara kita yang lupa..
Khabab bin 'Arad dimana beliau diseksa dengan dipanggang atas bara api.
Awak tahu tak bara api tu macam mana?
Tahu tak sate? ayam panggang? ikan bakar? semuanya secara tradisional dipanggang atas bara api.
sakit ke?
ha..cubalah test letak arang..letak api..panaskan arang..dan try laa golek-golek atas bara api tu.

Dan bara api yang diletakkan jasad Khabab atas itu akhirnya terpadam...
terpadam bukan sebab ada orang siram dengan air~ BUKAN!
tapi sebab lemak-lemak Khabab bin 'Arad yang mencair itu memadamkan bara api itu.
Setelah beberapa ketika Khabab berjumpa dengan Rasulullah dan bertanya..
"Wahai Rasulullah,bilakah pertolongan Allah itu akan tiba?"
lantas Rasulullah SAW menjawab (klik)
"Sesungguhnya orang-orang sebelum Kalian ada yang dibenamkan ke dalam tanah lalu digergaji tubuhnya dari atas kepalanya, tetapi hal itu tidak membuatnya berpaling dari agamanya, dan ada juga yang dagingnya dikuliti dari tulangnya dengan besi panas tetapi tidak membuatnya berpaling dari agamanya. Sesungguhnya Allah swt. akan menyempurnakan agama ini hingga seorang musafir dari Shan’a ke Hadhramaut tidak akan takut kecuali kepada Allah swt. atau kepada singa terhadap kambing-kambingnya, akan tetapi Kalian terlalu terburu-buru"

Khabab yang diseksa sehingga dipanggang atas bara api itu pun masih dikatakan TERBURU-BURU?

Kini,kalian menjadi saksi atas cerita ini..
untuk menyebarkan Islam itu bermula dengan susah payah, pengorbanan air mata, jasad, darah ,hati dan seluruh kehidupan perlu dilakukan.
Terlalu banyak kisah dalam sirah Islam yang perlu dijadikan kekuatan untuk kita.
Bacalah sejarah dnegan mata hati dan hayati dengan meletakkan diri kita dalam watak yang diceritakan~

***********************************************************************
maaf,kali ni seperti menulis panjang.
ayuh kita muhasabah sejenak.
MASIH ADAKAH BERSISA DI HATI KITA RASA MALU UNTUK AMALKAN ISLAM?
MASIH ADAKAH BERSISA DI HATI KITA RASA LOKO/KEKAMPUNGAN UNTUK AMALKAN ISLAM?

Seksaan di hati kita lantaran dihina oleh orang hanya sekelumit daripada pengorbanan sahabat terdahulu.
Masih malukah untuk mengamalkan Islam sebagai satu cara kehidupan total?
Mari hayati kisah singkat ini sebentar (klik)

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
MARILAH BERCITA-CITA DAN MEMPRATIKKAN DENGAN AMALAN AGAR KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN IKHWAN YANG DIMAKSUDKAN OLEH RASULULLAH SAW.

Mengamalkan Islam secara total itu maksudnya..bila orang lihat kita,orang nampak keindahan Islam ^_^
ya Allah,besarkanlah iman kami dalam hadapi mehnah/ujian/tribulasi di dunia yang sementara ini.ameen~

Sabtu, 27 November 2010

Nak Pinjam 10 Miniiiiiit..BOLEHLAH ^_^

Bismillah and salaam to all :)

Awak..
Tadi saya jalan-jalan dekat Facebook sekejap.
Lepas tu saya nak sangat share tentang seseorang ni.
Tapi hati saya dug.dag.dug.dag menanti keputusan pilihan raya PCM.Apa tu? klik sini.
Kat tempat saya study tengah kecoh pilihanraya ni.
Sekarang ni tengah tungguh keputusan (secara online). Orang cakap pukul 11 malam..Ni dah pukul 12 dah.Takde result yang muncul pun :(

Okiedokie.takpe,lupakan tentang pilihanraya.
Sekarang saya nak kongsi satu benda ni.
Pinjamkan saya dalam 10 minit awak boleh? ^_^
Awak,takkan nak pinjam dalam 10 minit pun tak boleh -___-'' Sekejap je. Boleh ye? :D

Saya nak awak test sama ada awak ada tak rasa apa-apa masa baca benda ni.
Lepas habis baca..apa eh perasaan awak?
Takpe kalau awak tak nak bagi tahu.Simpan sorang-sorang je.Tapi kalau kita share sama2 boleh kan?
Perasaan saya? nantilah saya cerita.
Berdebar tunggu keputusan pilihan raya ni ^_^

*************************************************************************************
Dari Ibnu Mas’ud ra bahwa ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:
“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyi la’ la.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait.
Kami bertanya: “Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?”
Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius.
Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah ra. selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah SAW, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.” Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan saja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.” Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar ra. agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pingsan.

Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi ribut sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang ribut itu? Fatimah rha. menjawab: “Orang-orang menjadi ribut dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.” Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan ibnu Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:
“Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, yaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali saja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa.

Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW,
Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!”
Fatimah rha berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?”
Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil ayah, saya katakan kepadanya bahwa ayahanda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?”
Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.”
Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut.
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan `Assalamualaika ya Rasulullah.”
Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?
“Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.
Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW.
Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahwa ajalku telah dekat?
Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?
Jibril pun menjawab: “bahwa pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”
Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?
Jibril menjawab lagi: bahwa pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”
Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku?
Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku.
Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?
Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”
Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.” Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku.

Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.” Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?
Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?”

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: “Ketika aku melalui depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar dari singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

awak..kejap..ada lagi sikit..habiskanlah baca :)

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahwa Mu’adz bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih tidur juga wahai Mu’adz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.” Mu’adz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’adz berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’adz berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’adz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Mu’adz, sehingga ia tak sadarkan diri. Setelah ia sadar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144)
Maka Mu’adz pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.” Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka.

Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”
Lalu Mu’adz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’adz bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’adz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’adz terjatuh dan tak sadarkan diri.
Lalu orang itu menyadarkannya, ia memanggil Mu’adz: Wahai Mu’adz sadarlah dan bangunlah.” Ketika Mu’adz sadar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’adz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’adz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’adz menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sadarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’adz yang sedang pingsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’adz, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’adz, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’adz.” Maka Mu’adz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahwa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’adz mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?”
Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’adz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.” Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata,
“Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’adz bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”
Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’adz?”
Fatimah rha lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah salam saya kepada Mu’adz dan khabarkan kepadanya bahwa ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.” Kemudian Mu’adz bin Jabal keluar dari rumah Fatimah ha menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

tamat

Rabu, 24 November 2010

Allah Knows

Bismillah and salaam to all :)

Bila kita rasa sesuatu novel tu best sangat,kita mesti nak bagi tahu semua orang kan.
Bila kita rasa yang movie tu sangat menyeronokkan,kita mesti nak ceritakan pada semua orang
Bila kita rasa yang restoran tu masakan dia sedap,kita mesti nak bagi tahu kawan-kawan supaya pergi restoran tu
Bila kita suka kat seseorang dan kadang-kadang macam terover excited..kita mesti nak cerita pada kawan yang kita percaya

Dan begitu juga saya
Tak terluah dengan kata-kata mahupun penulisan.
Tetapi saya mahu bagi tahu..apa-apapun yang terjadi ketika kita sedih,gembira..Allah knows :)
Bila kita nak buat perubahan diri ke arah kebaikan..sakitnya perubahan itu..Allah tau.
Bila kita rasa nak menangis sebab ujian yang dirasakan terlalu berat..Allah tahu.
Semuanya Allah tahu ^_^

Allah knows by Zain Bikha (click)

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load

And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS

No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone

Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes

Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS


When you lose someone close to your heart

See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose

Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)



BRIDGE:

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

*************************************************************

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata :
Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda :
Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) :

Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan.

Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -
HADIS QUDSI

Selasa, 23 November 2010

Ayat cinta si hamba buat Rabbnya :)

Bismillah

(190) Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.

SIAPA ORANG YANG BERAKAL TU?

(191) (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring,dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),
"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka"

(192) Ya Tuhan kami, sesungguhnya orang yang Engkau masukkan ke dalam neraka,maka sungguh, Engkau telah menghinakannya, dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang yang zalim.

(193) Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (iaitu)
"Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.

(194) Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu. Dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sungguh,Engkau tidak pernah memungkiri jani

_ surah al-imran_

Perkenanlah doa kami ya Allah. Amiiiin~

***************************

Sekadar memetik ayat-ayat cinta seorang hamba kepada Rabb (Tuhan) nya.
Ayat-ayat cinta dalam al-qur'an sangat menenangkan..
Subhanallah! :)

Ahad, 21 November 2010

When you say..God tells you..


bismillah
assalamualaikum my sisters and brothers :) apa khabar diri anda? apa khabar iman anda ?
saya doakan semoga semuanya dalam keadaan yang sihat!

saya rasa agak terkilan dengan diri sendiri.
blog ini sudah berhari-hari ditinggalkan tanpa sebarang aksara huruf yang menghiasinya
bukan kerana saya tidak mahu
tetapi kerana kerja yang nak dibuat lebih banyak dari masa (kata-kata as-syahid imam hassan al-banna)

saya rindu untuk membelai jiwa-jiwa yang tersentuh dengan penulisan di blog
saya tahu ada je silent reader blog ini
bukan perasan, tapi selalu je orang akan cakap.. "kenapa dah tak update blog? saya ni silent reader blog awak"
jazakumullahu khairan kathira buat mereka yang jadi silent reader :D

Di Mesir,alhamdulillah pada cuti raya aidiladha kami telah diberikan 9 hari cuti.
Cuti itu satu benda yang menyeronokkan.Masa untuk relax.
Tapi bukan bagi orang macam saya.
Bagi saya kerehatan yang panjang itu akan melekakan saya dengan urusan yang tidak bermanfaat dengan menonton video,layari laman web tak berfaedah 24 hours.

Alhamdulillah,cuti 9 hari saya sangat-sangat padat.
Saya memang suka memadatkan cuti saya dengan pelbagai program dan thesis semester 3 yang perlu disiapkan as soon as possible
Orang kata.. "tak penat ke?"
Saya dah jatuh cinta dengan benda-benda yang mendekatkan saya dengan Allah. Saya sudah jatuh cinta untuk meneruskan perjuangan Rasulullah..
Saya mahu putik rasa cinta yang baru tumbuh ini terus kembang dan mekar.
Maka atas dasar cinta (insyaAllah) saya tidak akan membiarkan diri saya terleka dengan rehat.

Atas dasar cinta juga saya takkan biarkan diri kalian juga hanyut.
Sebab itu kita kena saling mengingatkan ^_^

maafkan saya,post tentang 3 classes masih tidak berjaya untuk dihabiskan~
baiklah,dibawah ini gambar-gambar yang saya mahu kongsi bagi mengisi jiwa-jiwa yang kosong.
sayaaaang semua ^_^








with luv,
wani nasir / azwa nasir
mansoura,egypt


Isnin, 15 November 2010

Ilham itu milik Allah

In the name of Allah.
Assalamualaikum wmt wbt.

Saya percaya bahawa Allah itu Tuhan yang Esa.
Satu-satunya Tuhan di alam semesta ini.
Saya percaya bahawa Allah pencipta saya.
Allah tahu kelemahan dan kekuatan saya.

Saya percaya bahawa segala ilmu di dunia ini milik Allah.
Diberikan-Nya ilmu itu bagi sesiapa yang berusaha dan dikehendaki-Nya.

Saya juga percaya bahawa Allah itu yang memberi ilham bila saya buntu.
Ilham untuk jawapan exam.
Ilham untuk bercakap.
Ilham untuk menulis email.
Ilham untuk membalas mesej.
Ilham untuk pikat hati kawan.
Ilham untuk fikir benda yang kreatif.
Ilham untuk resepi masak.

Ilham tu maksudnya macam idea :)

Dan..

Saya percaya bahawa ilham untuk menulis blog juga datang dari Allah.

Kerana tujuan saya menulis adalah untuk menyebarkan keindahan Islam itu sendiri, mana mungkin Allah izinkan saya tulis blog dalam situasi yang sangat busy pada cuti ini sehingga apa yang ingin ditulis tidak lahir dari hati -_-"
Berapa kali entah saya tulis post sambungan untuk post sebelum ini, tapi asik delete dan buat lagi sekali.

Nah! Terbukti bukan ilham itu datangnya dari Allah.
Menulis ini bukan boleh main paksa-paksa.
Boleh je nak menulis,tapi rasa "zuuuuup" nak sampai ke hati mungkin tiada sebab penyampaian tidak datang dari hati.

Anda sendiri pasti pernah merasainya.
Tidak semestinya semasa menulis blog..masa nak buat karangan pun kadang-kadang blurr.

Maaf buat readers yang menanti sambungan post 3 classes:economy,business,first
InsyaAllah,akan diusahakan cepat-cepat :)

P.s: saya tidak menulis blog untuk ada followers ramai,ramai yang lawat blog saya,jadi famous.. TIDAK!saya lagi suka orang jadi silent reader blog saya :D

P.s.s:tatabahasa yang betul, "daripada Allah" bukan "dari Allah". Pengunaan "dari" untuk arah,tempat dan masa (ATM).Disebabkan saya update menggunakan handphone,maka agak susah untuk edit kesalahan.jadinya,inform ni pada akhir post ni kira halal je laa ye :)

Isnin, 8 November 2010

3 Classes: Economy,Business,First

Bismillah and salaam to all :)
Post ini saya publish direct dari handphone untuk kali pertama.
Akan jadi tulisan apa,bentuk apa..saya redha ^_^

Post kali ini berbentuk persoalan.

Pernah naik kapal terbang? Standard lah kan kalau naik kapal terbang duduk di tempat economy (paling murah).
Tahu tak barisan depan tempat duduk economy class ada business class dan first class?

Tahu tak kalau duduk kerusi business class,baru je duduk..pramugari dah hidangkan air dan kacang serta beri kita menu untuk makan.
Oh ye,meja makan kita pramugari tu yang tolong bukakan,letak kain putih sebagai pengalas.Layanan yang tip top punye!
Tempat duduk business class agak besar.Kalau orang yang duduk tepi tingkap nak keluar ke tandas,tak perlu minta orang ke tepi keluar (macam orang economy class selalu kena).boleh keluar.Ruang besar!
Tempat duduk business class boleh sandar belakang banyak-banyak.Ada TV sorang satu yang best.

Itu baru cerita tentang business class.

Kalau 1st class?
Tempat duduk yang berbentuk kerusi itu boleh dibaringkan macam kita tidur atas tilam.
Rasanya satu contoh 1st class sahaja sudah dapat membawa kita bayangkan keistimewaan orang yang duduk di 1st class.

Oh ye,tempat duduk business class,economy class,first class berada dalam satu kapal terbang yang takdelah besar sangat pun.Setiap kedudukan tempat duduk itu hanya dipisahkan dengan barisan sahaja.

Oh ye,orang yang duduk di business class dan 1st class boleh keluar awal bila kapal terbang dah sampai ke tempat destinasi :)

Dan..

Beza ketiga-tiga kedudukan ini dibezakan dengan harga wang yang mereka bayar.

Apa sebenarnya perkaitan yang ingin saya jelaskan?
Insyaallah,nantikan post seterusnya ^_^

Ahad, 7 November 2010

THINGS TO DO on the first 10 days of Dzulhijjah ^_^

Bismillah and salaam to all ^_^
Ya Rabbi, hampir terlupa. Kita sekarang dah masuk 1 dzulhijjah.

The month of Dzulhijjah is the last month of the Islamic Lunar Calendar. What’s so special about it? It’s the month of Hajj, where pilgrims embark on a wonderful sacred journey in Mecca to please God, masyallah. As Muslims, we should make use of the first 10 days of Dzulhijjah and maximize in doing good deeds. Here are the things Muslims ought to do:

1. In order to completely embrace Dzulhijjah, one should learn and get to know the importance of the month. The significance of this month has been highlighted in the Quran, especially on the first 10 days. So let’s increase our knowledge and receive great blessings and rewards from Allah, insyallah!

Related verse from the Quran:
“By the Dawn and by the Ten nights, by the odd and even (8th and 9th Dzulhijjah)” [ Al-Fajr 89:1-3]

Related hadith:
Prophet (pbuh) said: “There are no days in which righteous deeds are more beloved to Allah than these ten days.” [Bukhaari]

2. The next good deed we Muslims ought to do is to remember and glorify Allah. To do so, recite “Laa ilaaha illallah” and “Alhamdullilah”! In addition, increase in doing good deeds such as praying on time, fasting or doing charity during the 10 days mentioned. It is also sunnah to glorify Allah (takbir) from Fajr prayer on the day of Arafah (9th Dzulhijjah), up until after Asar prayer on the last day of Tashreeq (11th to 13th of Dzulhijjah). After each prayer, to takbir:

Alahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar (Allah is great, Allah is great, Allah is great)
Laa ilaaha illallah, wallahu akbar (None has the right to be worshipped except Him)
Allahu akbar wa lillaahil-hamd (Allah is great and to all praises belong to Him)”
Hadith from: Ibnu Abu Shaybah in al-Musannaf / authenticated by Al-Albanee

Related hadith:
The Prophet (pbuh) said: “There are no days during which good deeds are more beloved to Allah than these 10 days” [Al- Bukhari vol 2, book 15, hadith # 86 ]


3. The 9th day of Dzulhijjah is the day of Arafah, where on this day, the pilgrims gather at the mountain plain of Arafah, praying and making dua’ to Allah. For those of us who are not in Arafah, it is mustahabb (HIGHLY recommended) to fast on the day of Arafah! By doing so, according to a hadith from Muslim, our sins from last year and the coming year will be “deleted!” masyallah!

Note: Arafah will fall on Monday, 15th of November 2010. So try to fast on this day!

Related hadith:
Narrated by Abu Qatadah (r.a ): The Prophet (pbuh) said: “Allah will expiate for you your sins of the past year and the coming year” [Muslim #1162 ]

4. Though Qurban (Udhiyyah – Sacrificial Slaughter) is sunnah and not wajib (compulsory), we Muslims should participate in the ritual if we can afford it (monetary). It is indeed a pious, sacred and righteous deed loved by Allah! If you could do so, ask your nearest mosque or Islamic Community Center for further details.

NOTE: For a person who wants to participate in the Qurban, one is not allowed to remove anything from their hair (cut hair) or nails for the first 10 days of Dzulhijjah [Hadith from Muslim]

Related verse from the Quran:

“It is not the flesh and blood of your sacrifice that reaches Allah, but it is taqwa from you that reaches Him” [Al-Hajj 22:37]

5. Make loads of nice dua’s for the pilgrims; such as your mum, dad, grandmother/father, siblings, aunties/uncles, neighbours or even your friend from the internet/social network who have embarked upon the Hajj. Make dua’ to Allah for Him to safeguard the pilgrims from misfortunes and for their safe returns, and also for them to attain Hajj Mabrur, insyallah.

copy-paste from : click

selamat beramal!