Bismillah and salaam to all.
Monolog dalaman berlaku sebentar bila memikirkan tentang 'baik'
Dulu mungkin aku jahil
Jahil menentukan mana betul,mana salah
Jahil menentukan mana putih,mana hitam
Sebab di antara dua benda itu ada kelabu atau syubhah
Syubhah tu benda yang meragukan dan ada potensi untuk menjerumuskan diri pada benda salah
Orang kata..
Baik tu bila dia sekolah agama
Kalau macam tu aku sekolah agama
Baik tu bila dapat sambung belajar kat mesir,jordan,madinah,mekah,yaman
Kalau macam tu aku sekarang sambung belajar kat mesir
Bukan setakat ada ilmu agama,ilmu medic pun aku kebas
Baik tu bila dia pakai stokin dan handsock bila keluar dari rumah sebab tak ramai perempuan titik beratkan soal ni
Kalau macam tu aku pun pakai stokin dan handsock bila keluar rumah
Cuma baru 2 hari ni je aku tak pakai handsock sebab semuanya dah kotor.
(Ok2,insyaAllah selasa cuti awal muharram,aku basuh)
Baik tu bila pakai tudung labuh.lagi labuh lagiii baik.
kalau macam tu,aku nak tanya..apa definisi labuh kau?
Kalau melebihi dada..aku pun pakai tudung labuh.
Baik tu bila pandai baca al-qur'an
Kalau macam tu aku pun pandai baca al-qur'an..sekali dengan hukum tajwid (yang basic masa zaman sekolah)
Baik tu bila pandai masak (bagi perempuan)
kalau macam tu kalau aku cakap aku dah pernah masak mee rebus,mushroom soup,sos lada hitam,cucur,cekodok,nasi goreng dan lain-lain tanpa guna perencah..
Kiranya aku pandai masak tak?
Tapi adalah guna perencah jugak selalu :)
Baik tu bila dia cakap je keluar segala hadis,ayat qur'an
Kalau macam tu aku pun kadang-kadang macam tu.
*************************************************************
Lihat!
Kamu boleh baca pandangan manusia tentang definisi 'baik'
Dan saya rasa semua dah lali dengan definisi-definisi ini :)
Sekiranya itulah definisi baik bagi kita,
Maka SAYA LULUS DIKIRA SEBAGAI BAIK!
Dan konfemlah saya dapat masuk syurga
Sebab orang kata orang baik dapat masuk syurga.
Tapi yang menentukan dapat masuk syurga atau neraka tu Allah.kan3?
Jadinya mari ikut saya tengok definisi 'baik' bagi Allah.
"Wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah (seluruh). Dan janganlah kamu mengikut jejak-jejak syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (surah al-baqarah:208)
Nah,ini dia definisi baik yang Allah dah terangkan dalam al-qur'an.
Allah kata masuklah kamu ke dalam Islam secara seluruh 100 peratus!
Takde ikut sifat jahiliyah sikit pun.
Jahiliyah tu apa?
Jahiliyah tu apa-apa benda yang selain daripada islam.
Macam bunuh,curi,lawan kata mak ayah,tak tepati masa,mengejek,mengumpat,tak jaga pergaulan lelaki perempuan,riba'..dan apa-apa yang islam tak ajar
Hmm..nak tinggalkan karat-karat jahiliyyah tak senang.tapi tak mustahil :)
Saya sendiri pun,rasanya dah berapa kali hati seolah-olah direntap..bergelen-gelen air mata (hiperbola sungguh) bila nak berubah
Mula-mula memang sakit sebab kita nak tinggalkan benda jahiliyah yang dah biasa kita buat.
Tapi percayalah,ada ketenangan yang sukar diungkapkan di sebalik kesakitan itu.
Proses perubahan diri untuk mencapai definisi baik bagi Allah pasti akan terus berlaku sehingga ke akhir hayat.
Berubah tu sakit sebab syurga itu manis.
Nak skor jadi top student,kene berkorban kurangkan tengok tv,internet,main-main..sakit tau nak berkorban ni!
Nak diet jadi kurus,kenelah berkorban kurangkan makan benda karbohidrat(nasi,tepung)dan lebihkan sayur,buah.seksa,seksa..
Nak dapat benda yang best,kenelah korbankan banyak benda.
Tapi di penghujung pengorbanan tu..insyaAllah,manis :D
Hakikatnya pahit yang perlu saya terima sekarang,
Saya masih belum baik.titik.
Dulu-dulu ingatkan dah baik.rupanya belum.
Kalau kalian nak lebih mendalami..bacalah buku VERSUS yangh ditulis oleh Hlovate. Terbitan JS (jemari seni)
Bila baca novel ni dan ikut daurah (macam ceramah) tajuk sayonara jahiliyah (selamat tinggal jahiliyyah)..baru saya faham erti baik.
Ini kisah setahun lepas masa proses perubahan dan pemahaman saya terhadap Islam mula bercambah.
Yelaa..dulu-dulu kat sekolah agama tahu je ilmu agama,tapi tak faham.
Tahu je kene ikhlas,tapi tak ikhlas.tahu je kene jaga pandangan,tapi tak jaga :(
Dan hari ini sempena ma'al hijrah.
Beberapa target perlu dibuat untuk capai definisi baik surah ke dua ayat 208 yang saya tulis tadi :)
Takpelah,biarlah manusia mengherdik perubahan kita ke arah kebaikan..lama-lama mereka akan terdiam juga.
Nak berhijrah dari baik ke arah yang lebih baik.
Mari-mari, join our group! :D