bismillah.
post ni nak tulis khas untuk adik-adik debat saya :)
dah lama tak menulis berkisar tentang debat. nak ambil masa sekejap jee.
***********************

untuk menghasilkan satu e-mail yang berbentuk perkongsian pengalaman bukanlah mudah.
kadang-kadang perlu korbankan perasaan sayu bila nak menulis.
tapi,pengalaman itu perlu dikongsi juga agar kesalahan yang pernah dilakukan tidak diulangi oleh generasi seterusnya.
2 jam menulis email berbentuk perkongsian.
takdelah panjang sangat. adalah dalam 2 muka surat.
ditulis dalam kemelut seminggu lagi nak final exam. ditulis sekitar sepertiga malam :)
setiap bait-bait tulisan dalam e-mail itu juga bukanlah direka sesuka hati, bukan ditulis kerana untuk menunjuk-nunjuk.
hasil penulisan dalam email berbentuk perkongsian itu telah ditapis, di 'edit' beberapa kali, dan telah diringkaskan kisahnya.
memang jiwa kita akan rasa sakit bila nak mendidik orang..
orang daripada seorang manusia biasa kepada seorang manusia yang luar biasa.
daripada orang yang tergagap-gagap bila nak cakap depan khalayak ramai kepada orang yang berkeyakinan tinggi pada diri.
daripada orang yang jahil tentang islam kepada orang yang faham bahawa islam itu 24 hours/7 days dan tidak boleh dipisahkan dalam sikap walau sesaat.
sebab islam itu ad-deen.ad-deen itu maksudnya cara hidup.maksudnya,bila orang lihat kelakuan kita..orang akan nampak keindahan islam.
tapi ni semua adalah ujian sikit dibandingkan dengan hakikat dunia luar.
betapa ramainya masyarakat di dunia luar yang hidup luar daripada kepompong tarbiyyah dan islam memerlukan sentuhan dan disantuni dengan islam yang sebenar-benarnya.
dan mahu bantu kawan untuk berubah ke arah kebaikan bukanlah mudah..memang tidak mudah.
cukuplah email yang panjang itu menggantikan diri ini yang sedang berjuang di perantauan.
buat adik-adik debat.
selamat berjuang.
adik-adik bukanlah orang yang memulakan perjuangan yang menyakitkan ini, tetapi menyambung perjuangan ini :)
0 lontaran pandangan:
Catat Ulasan