Jumaat, 25 Mac 2011

Ini Cerita Result SPM yang Tak Gempak (3)

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt


"Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai dgn kesanggupannya"   
(Al-Baqarah : 286) 

Pertamanya,saya minta maaf sangat-sangat kerana saya buat post ini secara bersiri sebab saya mahu berkongsi sedikit demi sedikit mengikut pengalaman yang saya ingat dan mengikut masa lapang yang saya ada.
Sekarang ini cuti saya cuma satu hari sahaja iaitu hari Jumaat.
Sabtu,Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis ada kuliah.
Hari Jumaat itulah masa untuk pergi siapkan nota yang tergendala.Masa untuk pergi pasar.Masa untuk jumpa adik-adik.Masa untuk usrah.Masa untuk tuition arab. Tak menang tangan saya dibuatnya. Walau apapun,sebagai doctor-to-be saya kena cool dan relax. Kesibukan ini baru sedikit sahaja kerana akan sampai satu masa yang diri saya akan sangat sibuk.



Adik-adik dan awak yang sedang membaca, mahu tahu tak..
Betapa ramainya orang di luar sana yang masa SPM tak gempak tapi di universiti dialah yang paling menyerlah :)



Hatta di tempat saya belajar sekarang ada couse pharmacy,dentistry dan medic. Ada je yang result tak gempak masa zaman SPM.
Tapi di sini, alhamdulillah, semuanya okey-okey ^_^


PENGALAMAN BEKAS HOUSEMATE


Untuk post kali ini, saya nak share pengalaman kawan saya. Dia ni bekas housemate saya.
Kawan yang selalu tolong saya bila suka dan duka.
Dia ambil satu course dengan saya iaitu MBBCH (Bachelor degree of medicine and surgery) Mansoura-Manchester Programme, Mansoura University, Egypt.
Nah! ambil. Lengkap detail course yang kami berdua ambil.
Kami sekarang dah berada di tahun kedua perubatan. Doakan ye semua semoga urusan kami dimudahkan!


See~ siapa kata orang yang kantoi zaman SPM tak dapat JPA/MARA untuk ambil perubatan selepas SPM tak boleh nak ambil medic?

Kalau Allah dah kata ini rezeki hamba-Nya, datanglah rezeki tu ^_^



Baiklah, selamat melihat gambar-gambar dan kata-kata daripada kawan saya.





kata-kata daripada ibu beliau. Ditulis atas kertas yang boleh diconteng,dipadam. 




Kata-kata yang saya copy-paste daripada Facebook beliau.


♥ There are people who can pretend to be strong without remembering Allah..but as time passes by, they realize that they are not strong enough, just not strong enough to sail the ocean of life without seeking Allah's LOVE ♥


komen saya:
Nasihat saya dalam apa jua situasi kita sekalipun, kita perlu kembali pada Allah. Mungkin result SPM kita kurang gempak disebabkan hubungan kita dengan Allah tidak mantap. Hakikatnya yang memberi ilmu itu adalah Allah. Memberikan rasa kefahaman pada subjek yang kita belajar adalah Allah. Memudahkan urusan kita adalah Allah. Membolak-balikkan hati penanda kertas SPM untuk beri markah lebih atau tidak adalah Allah. Semuanya adalah Allah. Maka perkuatkanlah hubungan kita dengan Allah. 

Tiada soal terlambat atau tidak. Selagimana matahari belum terbit di sebelah barat di pagi hari. Selagi itu kita masih ada peluang untuk bertaubat dan kembali kepada Allah. Allah lah sumber kekuatan kita. Sumber ketenangan hati. Kita tidak boleh mengubah result yang kita dah dapat. Tapi kita boleh memperbaiki result exam yang akan kita hadapi di matrikulasi/diploma/asasi/degree dan lain-lain.



Di kala diri terasa ingin sangat2 berputus asa..Ingat Kekasih kita yg paling mencintai kita Marah dan Larang utk kita berputus asa..Dia kata, dia masih ada,dekat lagi drpd urat di leher kita, we have Him..nak takut apa..Be Strong, Allah is there, just close your eyes but open your Heart.. ♥ ♥


komen saya:
Yup,Allah sendiri melarang kita untuk berputus asa. Oleh itu jangan berputus asa. Sekiranya sekarang pening-pening untuk memilih course, bincang dengan ibu bapa. Bincang dengan kaunselor sekolah. Bincang dengan orang yang berpengalaman dan lebih tua. Usah bertindak tergopoh gapah hanya berpandukan maklumat di internet mahupun kata-kata kawan sahaja dan seterusnya lakukan solat ikhtikharah agar Allah memberi kita petunjuk untuk memilih course yang terbaik untuk diri dan menyumbang pada agama,negara dan bangsa.




ya Allah,rindunya kata-kata di bawah ni. Ni kata-kata yang kami tulis atas brosur yang kami sebarkan semasa kami sama-sama sedang mengikuti persediaan di timur tengah di UKM,Bangi.


"Dalam menyulam harapan sering kita KECEWA,
Dalam meniti kehidupan sering kita PASRAH,
Dalam mengukir kejayaan sering kita GAGAL,
Dalam memburu impian sering kita TERKANDAS,
Namun itulah sebenarnya sumber KEKUATAN JIWA,
Kerana disitulah kita belajar erti manisnya TAWAKAL
Dan REDHA DENGAN KETENTUAN-NYA"



SAYA MEMANG SILENT READER


Saya memang silent reader bagi berpuluh-puluh blog. Salah satunya blog bekas housemate saya ni. Mahu share satu link, dan adik-adik yang sedang bersedih dengan result SPM bolehlah baca :) 


http://masihmencaricahayasebenarislam.blogspot.com/2009/03/permulaan-kejayaan-aku-dan-kamu.html


Sekiranya adik-adik rajin, bolehlah tulis di bahagian shoutbox blog tersebut dengan menaip,
" Salaam,akak. Updatelah blog!"


Mari kita tulis beramai-ramai di shoutbox beliau. Oh ye, tiada unsur paksaan ye. Blog kawan saya ni best,kan? Penulisan dia sempoi. Saya pula skema. Susah nak tulis bahasa sempoi-sempoi ni (yelah tu~)


Okey semua. Be happy!
Wassalam


p/s: Bukan mudah nak korek pengalaman 2 tahun lepas dan berkongsi perasaan duka yang dah tak duka lagi. :)

0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan