Isnin, 28 Mac 2011

Ini Cerita Result SPM yang Tak Gempak (akhir) BANGKIT DARI KEGAGALAN ITU ADALAH LEBIH MANIS.

“Dan apabila hamba-hambaku menanyakan kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat . Aku memperkenankan permohonan ( Doa ) seseorang bila ia memohon kepada-Ku. Kerana itu hendaklah ia mentaati segala perintahku dan beriman kepada-Ku semoga ia selalu dalam kebenaran”. (Al-Baqarah:18)

Bismillah

Assalamualaikum wmt wbt


video




JANGAN BERSEDIH -KANDA :)

JANGAN BERSEDIH
DALAM MENGHADAPI
COBAAN HIDUP
TIADA HENTI

JANGAN KAU LARI
DALAM MENGHADAPI
PASTILAH NANTI
'KAN JADI ARTI

JANGAN SALAHKAN SIAPA-SIAPA
ATAS SEGALA YANG ENGKAU RASA
COBA TENANG SEJENAK LEPASKAN FIKIRAN
TUHAN ITU ADA

BILA SAJA SETIAP MANUSIA
MENSYUKURI SEMUA YANG ADA
KITA AKAN MERASA PENUH RASA CINTA
KITA PUN BAHAGIA

sumber lirik di sini

******************************************************
Tipu sekiranya saya kata yang saya kuat sepenuhnya ketika menghadapi saat kegagalan dalam hidup.
Kekuatan itu perlu dicari bukan dinanti.
Pernah dahulu saya mencari kekuatan saya dengan mengadu kepada manusia, namun saya hanya rasa beban hilang sedikit tetapi tidak menenangkan hati.

Sentuhan Kasih Sayang Allah

Kerana itu percayalah kata saya buat mereka yang beragama Islam.
Pulang kepada Allah. Mengadu kepada Allah. Merintih kepada Allah. Menangis ketika merintih. Membaca al-Qur'an dan bertadabur dengan membaca maksud merupakan satu langkah yang sangat efektif bagi mengurangkan rasa beban dan kesedihan :D

Di dalam al-Qur'an itu terkandung pelbagai sentuhan kasih sayang daripada Allah.
Lihatlah dalam surah Al-Insyirah betapa Allah menyatakan disebalik kesulitan itu pasti akan datangnya kemudahan.
Lihatlah dalam surah Ad-Dhuha bagaimana Allah membelai jiwa Rasulullah dengan menyatakan bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah mahupun membenci Rasulullah. Rasakanlah seolah-olah Allah membelai kita juga.
Lihatlah dalam surah Al-Fatihah, surah yang kita baca 17 kali dalam 5 kali sehari  solat fardhu. Betapa Allah itu bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan kita menyebut di dalam surah itu "Kepada Engkau (Allah) kami sembah dan kepad Engkau (Allah) kami memohon pertolongan"
Bagaimana saya tahu semua ini?
Setiap kali membaca al-Qur'an, rajinkanlah diri untuk baca maksud ayat tersebut. Belilah al-Qur'an yang ada tafsir bahasa Melayu/English/ bahasa apa yang kita faham.

Untuk awak

Untuk Ainull Mardiah, Afiqah, Syaza, Orang-orang, Hajar, Acid, Farhana yang sudi tinggalkan jejak di shoutbox juga buat mereka yang bertanya di ruangan Yahoo Messenger atau apa sahaja. Ketahuilah bahawa segala kekuatan itu datangnya daripada Allah.

Hakikat cerita yang sebenar bagaimana saya boleh mengambil bidang perubatan ini bukanlah mudah. Pada mulanya juga saya turut mengalami krisis cita-cita dimana saya mahu bertukar bidang.

Berkat sokongan ibu bapa saya, guru-guru, kawan-kawan baik saya serta yang paling penting Allah SWT yang sentiasa mengetahui betapa sedihnya hati saya saat itu akhirnya cita-cita saya untuk mengambil bidang perubatan dan belajar di Mesir dimakbulkan Allah.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran selayaknya diberikan kepada Allah.
Allah yang Maha Agung! 

Bersungguh-sungguh,Buat Apa yang Allah Suka, Tinggalkan Apa yang Allah Benci 

It's okey adik-adik sekiranya tidak dapat belajar di luar negara. Bermula sedikit demi sedikit dari bawah dan lakukan dengan bersungguh-sungguh serta menjadi manusia bermanfaat dan buang semua sikap-sikap yang Islam tak suka. Kurangkan melepak,mengumpat,membuang masa,window shooping,membazir duit. Lebihkan fokus pada belajar, hadiri majlis-majlis agama yang mendekatkan diri kita pada Allah agar kita tidak terleka. Kita semua mampu melakukannya,insyaAllah!

Tak mengapa kena ambil matrikulasi,asasi,diploma,STPM,politeknik atau apa sahaja asalkan buat dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH dan TAAT KEPADA ALLAH serta TINGGALKAN LARANGAN ALLAH. Doa pada Allah, solat 5 waktu usah ditinggalkan dan lagi baik solat di awal waktu agar mudah-mudahan Allah mempercepatkan kejayaan yang terbaik untuk kita.

Bila dah buat terbaik dalam pelajaran, buat yang terbaik dalam pekerjaan.



Lepas itu? Duit yang ada, mahu gunakan untuk melihat ciptaan Allah di Mesir,Jordan, UK, US, Perancis, England, Korea, Jepun dan nak pergi mana sahaja..Ha, pergilah! Oh ye,Jangan lupa sedekahkan atau infakkan sedikit juga duit gaji itu ya :)

Jangan lupa pula rukun Islam kita yang kelima, menunaikan haji sekiranya berkemampuan. Saya nasihatkan agar kumpul duit dahulu untuk menunaikan haji. Ini yang paling penting!

Cara Allah Kabulkan Doa

Sekarang ini buka buku baru dan mulakan azam baru. Chill!
Semoga setiap rasa sakit kita dalam menghadapi ujian ini Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita.

Akhir kalam, saya ingin berkongsi cara-cara Allah kabulkan doa hamba-hamba Nya. So sweet. Saya petik dari sini


1)Dikabulkan secara langsung:Allah kabulkan terus ap yang kamu mohon
*contohnye apabila kamu memohon untuk bertemu jodoh dengan seseorang yang sangat kamu cintai maka Allah terus mengakabulkan hajat kamu tersebut dan kamu dapat berkahwin dengan dia. Adakah itu bermakna ALLAH telah mengkabulkan doamu?
 
2)Dikabulkan secara tersembunyi:
Allah kabulkan doamu dengan mengalihkan azab besar yang AKAN menimpamu kelak*contohnye apabila kamu berdoa mohon keputusan yang cemerlang pada peperiksaan yang kamu hadapi, kamu x dapat keputusan cemerlang tersebut, tapi sebenarnye tanpa kamu sedar ALLAH telah pun mengalihkan satu bala bencana besar yang akan menimpamu seperti kemalangan jalanraya. Allah mengalihkan bencana besar ini berkat kegigihan mu berdoa terhadapnye.Apakah itu bermakna Allah tidak mengkabulkan doamu?
 
3)Dikabulkan dengan di simpan sebagai amal soleh:kamu sentiasa berdoa siang dan malam menitiskan air mata memohon pertolongan daripada ALLAH, tapi apa yang kamu doakan itu kamu tidak pernah dapat. Sebaliknye Allah telah mengumpul pahala amalan doamu itu di luh mahfuz dan mungkin dengan pahala ini ia akan menjadi penyebab kamu masuk ke syurga
*contohnye apabila kamu berdoa, kamu tidak pernah dapat ap yang kamu pohonkan itu, tapi ketahuilah sebenarnye Allah sedang mengumpul pahala kegigihan kamu berdoa di luh mahfuz... bayangkan sekiranye kamu tidak putus2 berdoa walupun kamu x pernah dapat apa yang kamu pohonkan, tiba2 dengan pahala amalan kamu itu bisa melayakkan kamu untuk masuk ke syurga
.

Nota kaki 1: 3 post yang lepas termasuk post ini semuanya dirakamkan daripada kenangan-kenangan yang saya ingat. Saya minta maaf sekiranya ada sebarang pendapat mahupun pengalaman saya yang tidaks erasi dengan jiwa anda untuk diaplikasikan dalam kehidupan


Nota kaki 2: Begitu banyak nikmat Allah yang diberikan, namun tatkala baru satu atau dua ujian ditimpakan terhadap kita..kita sudah mengeluh.Astaghfirullah~ (ampuni daku, ya Allah)

0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan