Selasa, 21 Jun 2011

#0[Pengenalan]: 110 Hari Cuti Summer di Mesir

Bismillah

Lagi 6 jam saya akan menduduki kertas terakhir peperiksaan akhir tahun ke-2 perubatan.
Rasa nak bersorak pun ada.

Tapi..

Simpan dulu rasa nak sorak tu. Kena 'ALL OUT' untuk kertas terakhir.

Batch saya merupakan batch terawal yang habis exam. Habis exam 21 Jun 2011 dan start semester baru pada awal Oktober 2011. Cuti 3 bulan lebih.
Tapi kan, tahun ini saya plan tidak mahu balik Malaysia. 
Walaupun ada orang yang memperkecilkan impian saya ini, "Apa? Tak balik Malaysia? Yelah tu. Kita tengok nanti"

Tapi saya ambil benda itu sebagai cabaran.
Saya pun tak tahu lah kenapa orang memperkecilkan hasrat murni saya ini [eceh!]





Sebelum tidur malam semalam, saya ada buat kira-kira. Dijangka cuti summer saya ada dalam 110 hari. Ini kiraan ya

Baki bulan Jun
= 9 hari
Julai = 31 hari
Ogos = 31 hari
September = 30 hari
Oktober =mungkin start dalam 8/9 oktober [saya je memandai buat ni]

total :110 hari


Biasanya semester baru akan bermula pertengahan atau akhir September, tapi  tahun ini mula lambat sebab insyaAllah bulan September ini Mesir akan adakan pilihanraya.

Tahun lepas semasa balik cuti summer, tiada pula nak kira hari-hari ni. Aish.
Tapi tahun ni kena berubah, kena jadi matang.
Teringat pesan seorang akak,
Pemuda+Masa Lapang = Maksiat

Jadinya,saya perlu uruskan masa dengan baik.

Ok. Point yang saya mahu beritahu di sini.
Mungkin bermula dari esok saya akan mula buat ala-ala diary pengalaman 110 hari pengalaman cuti summer di Mesir.

Tiba-tiba rasa macam "ERK! EEEEWWW. takde benda lain ke nak cerita?"

Tapi,saya buat ni bukan sebab main-main. Kalau nak buat diary, baik saya tulis dalam buku.
Tapi ini untuk:

1.Tatapan family di Malaysia.
[Ya. Saya tahu blog ini public. Saya akan kongsi mana-mana yang saya rasa bermanfaat untuk dikongsikan secara umum]

2. Saya merancang untuk cuti summer di Mesir cuma tahun ini sahaja. Selepas ini, setiap tahun saya balik Malaysia. Jadinya, mahu ada catatan kenangan tinggal di Mesir masa cuti summer yang orang kata panasnya sangat membahang :)

3. Kalau saya tak menulis apa-apa tu maksudnya saya tak buat apa-apa yang berfaedah pada hari tersebut. Kiranya benda ni sebagai cabaran untuk saya agar memenuhi 110 hari itu sebaiknya!

Itu yang saya terfikir setakat ini.

Tapi, sekiranya saya rasa macam langsung tak berfaedah post mengenai 110 hari cuti summer di Mesir, saya takkan teruskan penulisan itu.

Hakikatnya, bukan mudah untuk saya duduk sini 110 hari. Banyak cabarannya.
Ni ha. akhir bulan Jun sehingga pertengahan Julai. Mahunya saya di sini macam cacing kepanasan, sebab saya tidak dapat menonton 2 pertandingan debat kesukaan saya iaitu debat MUSLEH dan debat UIA


Haha. Padan muka. Belajarlah untuk berkorban cik kak oii [suara hati saya pada saya] -_-''

Maaflah sekiranya post ini macam nothing. :D

Jaga diri. Jaga iman [iman di dalam hati] :D




Nota kaki : cuti summer itu maksudnya cuti musim panas
Nota kaki 2: Saya rasa macam agak malu jugak lah nak taip "haha" dalam mana-mana penulisan saya. Sebenarnya "haha" tu bukannya gelak. Saya tak gelak pun masa menulis. "Haha" bagi saya tu sebenarnya lebih pada sindiran pada diri sendiri. Tapi nak buat macam mana, nak backspace rasa agak kurang rajin.
Nota kaki 3:Rindu kelab debat. [Rindu family itu semestinya]. Rindu X-gen. Rindu sekolah.
Nota kaki 4: Dah 6 hari tak baca berita T_T patutlah rasa macam 'katak bawah tempurung'

0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan