Isnin, 6 Jun 2011

Allah sentiasa bersama, walaupun seluruh dunia menolak kita.

Bismillah
Perkongsian surat cinta daripada seorang hamba Allah  yang sanggup berulang alik 3 jam perjalanan pergi, 3 jam perjalanan balik setiap minggu untuk mendidik jiwa-jiwa kami dengan keindahan Islam.. jazakillahu khairan katheera :')
[3 jam tak termasuk sesak jalan raya, perjalanan nak ke stesyen bas -_- ]

dia buatkan saya terharu sangat tatkala menerima surat cinta ini. 

saya tak mampu nak tulis apa-apa.speechless.

saya tak pernah nak hirau betapa penatnya perjalanan dia dari jauh nun sana ke sini.
saya tak pernah tanya sama ada dia lapar ke tidak setiap kali dia datang dini.
saya tak pernah nak tanya khabar dia selalu.

may Allah bless you,akak :')

Terasa seperti ada roh baru masuk ke dalam jiwa ini :')

Akak, walau kita sudah berjauhan jasad. Namun hati kita bertemu dalam doa rabithah.
Peluk akak ketat-ketat *hugs*

p.s: Aku menemui erti cinta seorang murobbiyah pada mutarobbiyah nya setelah berpisah T_T

****************************

perkongsian yang bagi saya bermanfaat dan wajar dikongsi bersama.


Buat kamu, permata buat agama yang kita cintai ini,

Jangan pernah kamu rasa sendiri. Allah sentiasa bersama, walaupun seluruh dunia menolak kita.

Bangkit segera dari futur. Umat ini sangat memerlukan pejuang, bukan si putus asa.

Syurga itu teramat mahal. Ciptalah segala alasan yang melayakkan kita memiliki syurga, bukan dengan merasa cukup dengan apa yang sedia ada.

Teruslah berubah demi agama ini. Jadikan diri peribadi muslim yang sebenarnya, peribadi muslim yang dapat menjadi qudwah buat umat, kerana zaman ini kita benar-benar ketandusan qudwah yang dapat menjadi ikutan,menjadi contoh terbaik untuk setiap anak tangga marhalah tarbiyyah kita.

Jangan takut untuk berbeza dari yang lain. Jadilah golongan yang berbeza itu. Golongan yang tamayyuz. Jelas perbezaan antara yang hak dan batil. Yang benar dan yang salah. Yang halal dan yang haram. Jadilah ghuraba’ yang bermati-matian mengakkan kalimah Allah di muka bumi.

Jaga tarbiyyah dzatiyahmu. Ini sahaja yang dapat menyelamatkan kita dari tersungkur sebelum sampai ke destinasi yang kita cita-citakan.

Hati seorang mukmin itu, sangat peka dengan dosa yang dilakukan. Jangan biarkan diri lemas dalam perbuatan sia-sia yang tidak menambah apa-apa pada iman kita.

Teruskan langkahmu di jalan dakwah ini, jalan yang pernah dilalui oleh para nabi, sahabat, tabi’ tabiin, dan para du’at sehingga hari ini. Besarkan potensi diri yang Allah kurniakan, untuk disalurkan ke jalanNya. Allah memilihmu dari yang lain, maka berbesar hatilah dan kuatlah memikul amanah ini, dan Allah tidak akan pernah meninggalkanmu walau kadar sekelip mata.

Buat kamu yang menjadi memori terindahku,

Jazakunnallah atas segalanya. Kamu adalah peringatan terbesar yang Allah berikan untuk aku kekal kuat dan tsabat di jalan ini. Jangan pernah merasa lemah atau bersedih hati, kerana kamu yang paling tinggi darjatnya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah.

Jalan ini masih terlalu panjang. Doakan aku dan kamu terus tsabat, sehingga sibghah Allah benar-benar sebati dan sentiasa mengalir dalam tubuh kita.


nota kaki:
Saya kena jadi hebat! Hebat pada pandangan mata Allah. Ameen~
Kena jadi celupan Islam yang terindah. Ameen~
Walaupun saya tahu payah. walaupun saya tahu adakalanya saya akan jatuh dalam proses berubah.
Tapi,saya takkan putus asa.InsyaAllah.

nota kaki 2:
akak yang mengarang surat cinta ini! saya share bahagian2 surat cinta yang bermanfaat pada orang sekeliling :) boleh kan.

0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan