Khamis, 9 Jun 2011

Mari berbicara tentang D.E.B.A.T !

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt

Mari berbicara tentang debat ! >_<
Pernah satu ketika, saya post tentang debat di blog ini. Selepas itu ramai pihak yang komen, "asik debat aje"

Selepas itu, saya pun bertukar rentak. Cerita selain daripada debat.

Tapi,musim-musim stress exam ini, sungguh indah sekiranya kita bercerita tentang debat :D

Ayuh, bekas-bekas pendebat yang rindukan debat. Mari kita lepaskan rindu pada debat.

Beberapa point yang mahu saya cerita tentang debat sekolah saya dan kisah saya dengan debat.

1. Setiap kali ada pertandingan debat, di mana pertandingan itu saya tidak dapat turun untuk memberikan sokongan untuk adik-adik kerana saya ada di Mesir, dengan tegasnya ingin saya menyatakan bahawasanya saya tidak boleh tidur malam disebabkan teringat sangat  pada junior-junior debat saya.
-ok ke mereka?
-mereka menang ke kalah dalam pusingan tu?
-apa usul [tajuk] debat?
-akhlak mereka okey ke tidak?
Masa ni,kalau belajar pun rasa tak boleh. Dinding bilik, nota-nota semuanya nampak muka-muka junior. Sungguh nampak seperti menipu, tetapi ini adalah kisah benar.

2. Ketika pertandingan debat yang hangat sedang berlangsung seperti Pertandingan Debat MUSLEH dan Pertandingan Debat UIA, saya akan call junior-junior debat saya. At least boleh beri kata-kata semangat "all the best" pun cukuplah. Tapi tahun ini, saya tak boleh janji lagi untuk call mereka. Tengoklah kalau kredit SmartVoip cukup :)
[SmartVoip tu apa? Sila tanya Mr.Google]

3. Lain senior, lagi cara mereka mendidik junior. Saya lebih suka menitik beratkan perihal akhlak pada junior-junior saya kerana bagi saya sekiranya akhlak tidak dijaga, maka pelbagai masalah yang lain akan timbul. Bab berkorban, latihan, penat, sakit dalam berdebat..semua itu adalah cabaran yang normal dan biasa bagi seorang pendebat.  Jadinya, saya malas nak sentuh bab-bab itu kerana ramai sahaja senior yang akan ingatkan [kot?]

4. Tahun lepas, saya tidak dapat menghadiri pertandingan debat MUSLEH dan pertandingan debat UIA. Sangat frust,ok. Tapi saya buat cool. Ada hikmahnya :D

5. Biasanya debat UIA buat pada bulan April, tapi tahun ini buat pada pertengahan bulan Julai.
Debat MUSLEH masih seperti biasa, diadakan sekitar akhir jun sehingga awal julai.

6. Ikut plan saya, saya tidak mahu balik Malaysia pada tahun ini kerana mahu ambil kelas arab fushah dan kelas mengaji al-Qur'an.  Lantas, Allah menguji saya dengan ujian yang hebat.
Logo pertandingan debat MUSLEH peringkat antarabangsa 2011
Logo pertandingan debat UIA
Ujian itu ialah pertandingan debat UIA dan MUSLEH 2011 diadakan sekitar akhir Jun-pertengahan Julai.

Apa kaitannya?
Kaitannya ialah, selepas saya habis final exam pada 21 Jun 2011, saya boleh je nak beli tiket dan balik Malaysia untuk beri sokongan pada pada adik-adik. Bukan senang tau nak balik Malaysia serentak dengan tarikh pertandingan debat >_<

Tetapi,di sini Allah mahu menguji saya sejauh mana saya betul-betul bertekad untuk mengambil kelas arab fushah dan kelas mengaji al-Qur'an.

Oleh itu, mari doakan sama-sama supaya penulis blog ini [saya], kuat untuk menahan rindu pada kelab de'pikir. Saya sudah bertekad untuk pulang menjenguk kelab debat sekolah lama saya  selepas habis pengajian perubatan saya. Maksudnya, berbaki 4 tahun setengah lagi,insyaAllah!
Kecuali kes-kes yang special macam dapat balik winter break baru-baru ni disebabkan evakuasi kes Husni Mubarak dan dalam masa yang sama dapat train junior-junior debat, itu lain cerita. Ini namanya rezeki sebab Allah tahu saya dah rindu dengan debat ^_^

7. Macam kejam kan sebab meletakkan kelab debat sekarang di tempat yang kedua dalam kamus kehidupan? Tak mengapa, Allah tahu apa yang sebenarnya berselirat di hati saya :D


8. Saya sangat rindukan ahli kelab debat yang seangkatan dengan saya terutamanya batch yang ke-12 sekolah serta cik R dan cik N.

9. Saya sayang kelab debat sebab di sini saya dapat mengetahui banyak isu semasa dan membuatkan diri saya tidak jumud atau pun kekurangan ilmu macam katak di bawah tempurung. Di alam universiti sekarang, sekiranya jumpa kawan yang suka update isu semasa..ya Allah! rasa nak peluk dia kuat-kuat dan jadikan dia teman karib sepanjang masa.
[nak menujukkan betapa susahnya nak mencari orang yang update isu semasa berbanding isu artis -_- ]


Penting ke untuk tahu isu semasa?
Wahai rakyat jelata, sesungguhnya update isu semasa ini amatlah penting. Kita akan dipijak kepala sekiranya kita jumud. Orang luar boleh merampas negara kita sekiranya kita tidak bijak. Kita akan kelihatan b*d*h sekiranya kita punyalah kencang mengutuk kenyataan pihak tertentu sedangkan hakikatnya diri kita sendiri yang tak tahu isu itu sepenuhnya.

Sangat lain bicara seorang yang berilmu dan seorang yang kurang ilmunya.


10. Oh ye, kepada junior-junior, mari sini senior kamu mahu beritahu:
saya benci setiap minit ketka latihan debat dijalankan, sebab sangat menyakitkan. Tak best. Asik ditekan dan kena marah. Banyak benda kena buat. Tapi saya bertahan, sebab saya tahu ada sesuatu yang menanti di hujung rasa kesakitan ini.

Akhirnya, memang benar. Banyak benda yang saya belajar dan dididik melalui kelab debat. Saya mampu kuat sekarang ini pun hasil didikan ujian daripada kelab debat.
Nak tulis kelebihan masuk kelab debat ini,alamatnya post ini tidak akan habis ditulis.


Alhamdulillah ^_^

Sekian cerita saya tentang debat.
Terima kasih kepada awak yang sudi membaca sehingga habis.


p,s: log0-logo pertandingan debat saya copy-paste daripada blog pendebat english yang handal, Dalila. [selalu lupa ejaan nama dia. dalilah ke dalila? -_-]

0 lontaran pandangan:

Catat Ulasan