Isnin, 11 Julai 2011

Politik : Persediaan sebagai remaja.

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt

Ini pandangan saya, anda ada hak untuk memberi pandangan anda tapi gunakan bahasa yang sopan untuk menegur,ok? :D
Budi bahasa budaya kita.


Ada yang bertanya dan pelik dengan sikap saya.
Sebagai seorang bekas pendebat yang minat isu politik, mengapa saya tidak menulis perkara yang berkaitan dengan politik. Mengapa perlu tulis perkara yang simple.


Baiklah,tidak perlu label sebagai seorang bekas pendebat. Cukup sebagai seorang insan biasa. Baiklah,mari sini saya menulis sikiiiiit je berkisar politik. Sekarang kan tengah mood BERSIH. Tapi ini tak bermakna saya sokong BERSIH dan juga tidak bermakna saya tidak sokong BERSIH.


Hidup ini perlu adil. Tidak boleh bergantung pada satu sumber sahaja untuk mencari bukti.
Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada berita di kaca televisyen. 
Kita perlu membaca surat khabar.
Bila membaca surat khabar, bukan baca satu jenis surat khabar. Tetapi baca semua jenis surat khabar. Ayah saya sejak kecil mendidik keluarganya untuk membaca semua jenis surat khabar kecuali surat khabar bahasa cina dan bahasa india sebab kami tak faham bahasa cina dan bahasa india.
Rasanya kalau ayah saya faham bahasa cina dan bahasa india, memang dah beli semua jenis surat khabar di malaysia.


Beli banyak surat khabar selepas itu  kita perlu baca dan fikir.
Beli Berita Harian,Utusan Malaysia,Harakah,Harian Metro,Berita Mingguan,Sinar,Harakah,The Star,New Straits Times.
Baca semuanya dan nilai sendiri.
Ya, saya akui duit yang perlu dibelanjakan untuk beli semua akhbar ini boleh mencecah sehingga RM 15. Tapi antara kebenaran dan kejumudan, mana satu pilihan anda?
Eh,lupa pula. Sekarang kan dah boleh baca akhbar melalui internet :D


Selepas itu, media cetak seperti majalah dan buku-buku ilmiah juga seharusnya dibeli. Belilah buku tulisan Tun Mahathir ke Nik Aziz ke. Kalau tak nak beli pun, belilah buku yang berilmiah.
Bila dah usia semakin meningkat, takkan masih baca komik dan majalah gosip MANGGA kot?
Sila jadi matang!
Bila dah asik layan majalah gosip [gosip=fitnah, fitnah tu dosa], layan buku komik yang tak bermanfaat.. jadinya minda tak terbuka. bila minda tak terbuka,otak malas nak berfikir. Bila malas nak berfikir, bila orang sibuk cakap tentang politik, orang sibuk cakap pasal ekonomi negara, orang sibuk memikirkan masa depan negara, kau pergi hidup dalam dunia sendiri-sendiri. Pergi hentam orang sana, pergi hentam orang sini, tapi diri sendiri tak tahu kisah sebenar.
Bila orang tanya apa yang kau tahu tentang benda ni? Terus tergagap-gagap nak jawab.Aish.

Menambahkan ilmu pengetahuan terutama ilmu politik melalui sumber mulut ke mulut tanpa mencari sumber lain melalui media cetak dan media eletronik  lepas tu sesuka hati main hentam orang adalah perkara yang menjelekkan.

Tak kisahlah sama ada kamu pro-kerajaan atau pembangkang, hidup ini kena adil !
Sekalipun kita yakin parti yang kita ikut itu benar, tapi bila parti tu buat salah..benda tu tetap salah dan kena dibetulkan. Tolong jangan butakan mata. Semua benda akan disoal di akhirat kelak.

Sekarang ini dah ada internet. Segala benda boleh cari di hujung jari. Ada forum,ada blog,ada facebook dan lain-lain.Cumanya, kena rasional ! Kita tak boleh nak hentam sesuka hati. Tak semestinya benda yang disebarkan itu benar.Kalau dah yakin benar, kalau nak nasihatkan,nasihatkanlah. Tapi ingat, jaga adab sopan dalam penulisan.


Oh ye, lupa pula. Bila mahu buat pencarian di internet atau apa sahaja berkaitan dengan politik ni. Kita harus adil. Kita perlu dengar pendapat dua-dua pihak. Bukan satu.
Walau macam mana kau benci dekat parti politik tu, nak tak nak kena dengar pendapat daripada pihak dia. Tak perlulah saya beri contoh.Nanti post ini jadi panjang. Serius.
Cukup ingat pesanan saya [untuk diri saya juga], dengar pendapat 2-2 pihak.
Kalau kau peminat Tun Mahathir dan minat baca blog Tun, tak bermakna kau tak perlu dengar pendapat pihak pembangkang. [teguran untuk saya]

Dulu saya pun sangsi apa ke pasalnya isteri Anwar Ibrahim,Wan Azizah tak mahu tunjukkan jam omega Anwar yang dikatakan dalam simpanannya. Kalau dah ada,tunjukkan jelah! Tapi bila baca blog seorang kawan saya yang belajar di Yaman, saya rasa terketuk sedikit di situ. Salah saya pada mulanya sebab percaya pada satu sumber. Dah lama saya nak kongsikan artikel di blog itu, tapi masa tu macam agak kurang rajin nak tulis tentang politik dalam blog ini.

Sebagai seorang remaja yang berusia 20 tahun lebih dan bakal 21 tahun pada tahun 2012, saya rasa sangat tak suka dengan kelakuan menggunakan bahasa yang tidak sopan. Sekalipun kita benci dengan orang itu, please..guna bahasa yang sopan.Ok?
Tolonglah jangan guna perkataan BABI,BODOH,AHLI NERAKA,JAHANAM,FUCK dan seumpamanya.
Tengok,habis blog ni tercemar dengan bahasa kurang sopan. Astaghfirullah.Maaf,saya terpaksa senaraikan sebab nanti ada yang buat-buat tak faham apa itu bahasa kurang sopan.


Dan jangan lupa,
berbincang dengan orang itu juga penting. Untuk menilai perkara yang benar dan yang salah.
Orang itu bukan sebarang yang orang. Orang itu seharusnya seorang yang rasional. Bincanglah dengan peguam ke,ahli politik ke, penganalisa politik ke, ahli ekonomi ke, ustaz ustazah ke,nenek-nenek dan atuk-atuk ke, datuk dan datin ke, kawan-kawan yang ambil course berkaitan dengan politk,ekonomi ke, tak kisahlah sesiapa. Tapi sekiranya berbincang dengan seseorang yang bila baru sebut nama parti politik yang dia benci pun dah naik marah, baiklah tak usah bincang dengan dia. Tapi kalau kau jenis yang penyabar dan sanggup nak dengar pendapat dia, no hal. Boleh aje.


Dulu saya sangat suka politik. Bila ada debat tajuk politik, saya amat suka. Politik ni dia menarik sebab dia boleh membuatkan orang pening kepala. Percayalah.
Saya kagum dengan mereka yang jadi penganalisa politik. Macam manalah agaknya mereka boleh bersabar.


Selepas itu,saya tak suka politik. Sebab banyak sangat benda kotor dimainkan. Isu seks, isu fitnah. Tolonglah! banyak lagi isu yang boleh dibincangkan. Ini pergi kecohkan hal yang tiada manfaat. Apa yang rakyat boleh dapat bila tengok video seks dan fitnah? 

Dan selepas itu, saya minat politik kembali. Tapi bukan sebab nak menghentam mana-mana ahli politk. Sebaliknya kerana saya amat merasakan tanggungjawab yang besar untuk mengundi parti politik yang bakal mengepalai negara pada pilihanraya akan datang. Tahun 2012,usia saya sudah 21 tahun. Umur mengundi.InsyaAllah,saya tidak akan meng'khinzir' buta mengundi parti yang orang kata kena undi berdasarkan dari mulut ke mulut. Kajian perlu dilakukan.


Yes. memang penat nak mengkaji. Tapi, sementara cuti 3 bulan ni. Takde hal nak buat kajian. Tak mengapa penat sekarang, jangan diseksa di akhirat kelak sebab undian yang tidak bersih sudah (:


Dan anda,remaja yang mungkin sedang membaca post ini.
Kita bakal menentukan masa depan negara. Ingat! (:


Minta maaf sekiranya ada terkasar tulisan dan bahasa.

Wassalam.

daripada remaja yang bukan bukan pro-kerajaan dan bukan pembangkang. orang tengah-tengah.hee~


p.s: saya akui gelanggang debat sangat membuka mata untuk mengetahui banyak benda berkaitan dengan negara. Terima kasih debat.

1 lontaran pandangan:

  1. :) cantik tulisan wani, mudah dihadam:):)
    tp jom kita cuba bezakan between politik dan parti politik ^_^
    besar peranan kita sebagai qudwah kepada masyarakat kan? apatah lagi masyarakat majmuk..tapi Rasulullah telah pun menunjukkan teladan terbaik untuk deal dgn pelbagai latar masyarakat, untuk jadi contoh ikutan buat kita:)

    BalasPadam