Ahad, 21 Ogos 2011

Benda apa yang kekal dalam dunia ini?

Bismillah

Berada di fasa terakhir Ramadan. Allah. Sungguh pantas masa berlalu.

Tak tahu kenapa dan mengapa.

Saya rasa, saya mahu delete blog ini dan blog lama saya.

Delete selamanya.

Tapi rasa sayang untuk delete.

Tapi apa je benda dalam dunia ini yang akan kekal selamanya.

Kadang-kadang saya terfikir, adakah penulisan saya ini akan beri manfaat pada orang yang membaca? Atau sekadar syok sendiri sahaja?

Dalam blog ini penuh dengan coretan kenangan. Rasa sayang mahu dipadam.

Tapi...Sekali lagi, benda apa yang kekal dalam dunia ini?

Bila saya dah meninggal nanti, adakah saya akan membiarkan blog saya ini akan menjadi tatapan manusia?
Sekiranya bermanfaat tak mengapa.Sekiranya tidak?

Yang kekal hanya satu iaitu ALLAH.


2 lontaran pandangan:

  1. wanie! jgn risau.sngt bermanfaat.wlpun kdg2 wanie tulis cme pengalaman,tetapi penuh dgn ibrah nye kn. dan mampu memberi manfaat pada yang lain :)

    BalasPadam
  2. kak wani.. no need to delete. oke je.. pengalaman yg boleh dikongsi.
    :)

    BalasPadam