tanpa-Mu kasih ku tak berdaya
hilang punca dan arah
hanyut alpa diarus bergelora
Kasih,daku derita
lemah dalam sengsara
jiwa dan tubuh kepedihan terseksa terhukum
menanggung kifarah dari-Mu
hilang punca dan arah
hanyut alpa diarus bergelora
Kasih,daku derita
lemah dalam sengsara
jiwa dan tubuh kepedihan terseksa terhukum
menanggung kifarah dari-Mu
[tanpa-Mu, In-Team]
Bismillah.
[buat yang mengerti dan memahami]
selepas 2 tahun, saya kembali dengar lagu ini.
lagu yang pernah beri kekuatan pada saya dahulu ketika saya rasa bekeseorang untuk jaga dan didik adik-adik debat saya.
kini, saya perlu menjaga sistem dakwah dan tarbiyyah di tempat saya belajar.
berat.
lelah.
pening.
rasa sangat tak mampu.
rasa nak silent kan phone 24 jam supaya tiada orang ganggu.
rasa nak deactivate facebook supaya tiada yang bertanya apa-apa.
rasa nak lari jauh ke negara yang orang tak dapat jejak.
banyak, sangat banyak, banyak yang tak terkata dimana semua titik-titik kelemahan saya diuji oleh Allah supaya saya boleh menjadi kuat!
kini, baru saya nampak hikmahnya, kenapa 2 tahun lepas Allah mencampakkan saya keseorangan pada awalnya dalam membimbing adik-adik debat saya.
adik-adik debat yang nampak macam zero. tapi tak tahu dari mana datang keyakinan dalam hati bahawa mereka akan menjadi hero dan bergelar juara.
dan akhirnya, mereka menjadi juara.
begitu juga dengan situasi di tempat saya sekarang.
tatkala mata zahir ini memandang mutarobbi di keliling ini zero.
entah dari mana keyakinan datang bahawa mereka suatu hari nanti akan menjadi hero.
saya yakin suatu hari nanti, mereka akan menggerakkan dan melajukan dakwah dan tarbiyyah di tempat ini dan di malaysia.
saya yakin.
dan keyakinan ini tidak akan pudar.insyaAllah.
mungkin di akhir pengajian saya lagi 4 tahun, saya akan tersenyum bila membaca post ini semula. insyaAllah.
sengaja saya coretkan pengalaman ini agar saya dapat kongsikan pada adik-adik saya yang bakal mewarisi jalan dakwah dan tarbiyah di sini tahu bahawa perasaan tak mampu ini semua orang rasa. cuma kita kena yakin bahawa Allah tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan apa yang hamba-Nya mampu.
usaha yang kuat dan gigih perlu dilakukan!

wassalam.
nota kaki :
catatatan 2 tahun lepas semasa membimbing adik-adik debat. kini, saya tersenyum bila membaca post ini.
http://dr-wani.blogdrive.com/comments?id=69 [click]
nota kaki :
catatatan 2 tahun lepas semasa membimbing adik-adik debat. kini, saya tersenyum bila membaca post ini.
http://dr-wani.blogdrive.com/comments?id=69 [click]
0 lontaran pandangan:
Catat Ulasan