bismillah
sebelum cuti summer jun 2009,saya menerima perintah daripada mama dan papa untuk pindah rumah untuk serumah dengan kakak saya.saya terima dengan hati reda walaupun saya sangat sayang mahu tinggalkan ex-h0usemates saya.
Farihah,Farahiyah,Huda,Ain,Hani (semua bakal 20 tahun)..rindu kalian semua~
benarlah bahawa Allah tak pernah berjanji untuk beri apa yang kita mahukan, tapi Allah berikan apa yang sebenarnya kita perlukan.
sebelum ini jarang saya untuk ingat hal kematian..tapi semenjak 2nd year dan serumah dengan orang-orang yang lebih tua kak diyanah (bakal 21 tahun), kak nana (bakal 22 tahun) dan kak farhana (bakal 24 tahun).. terlalu banyak 'ibrah (pengajaran) melalui kisah hidup mereka. Lebih-lebih lagi kak farhana yang sudah hidup lebih lama daripada saya.
kak farhana suka sangat cerita.saya pun suka dengar dia bercerita.
sebelum ni, kak farhana suka sangat cerita tentang kematian sebab ramai kawan dia (lebih 3 orang) yang meninggal dalam usia 20-an. Sejak dia cerita tentang kawan dia ada yang meninggal dalam usia muda, saya sangat terasa bahawa kematian itu saaaaaaaaaaangat dekat. sangat dekat :'(
Allah.
dan sejak tahun kedua dalam bidang perubatan, saya sangat suka orang cerita tentang kematian. tentang hari kiamat. kerana semua ini adalah benda yang pasti akan terjadi. hati saya mudah menjadi lembut bila dengar kisah-kisah sebegini.
bila mendengar lagu ini, saya terkedu. ya, Allah itu Maha Melihat. Saya sorokkan keburukan saya daripada pandangan manusia... Allah tetap tahu. Hatta setiap detik hati saya, Allah tahu.
Allah,Allah,Allah :'(
Malam pertamaku di alam kubur..serta diikuti malam yang kedua dan seterunya.
Dalam lubang yang muat-muat badan itu, entahkan aku diterima bumi mahupun tidak.
Bila dah masuk dalam lubang, jasad aku dihadapkan ke arah kiblat dan tanah-tanah berlebihan menetupi lubang kuburku.
Gelap,gelap..sangat gelap.
Mungkinkah kuburku akan menjadi luas dihiasi dengan taman-taman syurga?
atau kuburku menjadi sempit...sempit...ulat-ulat menjamah daging-dagingku?
Allah..
Takde mama,papa,kakak,adik,kawan yang temankan.
Sunyi sepi..malaikat munkar dan nakir menyoalku bertubi-tubi,mampukan aku menjawab?
Amalanku sahaja yang bakal menemaniku.. tapi mungkinkah amalan-amalanku akan menemaniku? adakah al-Qur'an yang aku baca akan mencerahkan kuburku?
10 Mei 2011 bakal menyaksikan sudah genap 20 tahun diriku hidup di muka bumi. Berapa banyak amalan yang diterima Allah pun tidakku tahu.
tak kira orang nak label siapa pun saya, namun pengakhiran hidup itulah yang penting. Mungkin sepanjang hidupnya dia seorang yang beramal soleh,sangat baik..tapi Allah cabut nyawanya ketika dia sedang buat maksiat. Na'uzubillah min dzalik.
Tapi,itu tak bererti kita boleh melanggar perintah Allah sesuka hati dengan alasan "tak semestinya aku buat jahat,ending hidup aku buruk" kerana kematian itu akan datang tanpa diundang.
Adakah pengakhiran hidupku akan berakhir dengan baik?
dengarlah,hayatilah.. langsung tak rugi walau sesaat sekiranya cuba menginsafi diri dengan video yang saya berikan ini.
wassalam.
-demi kejayaan final exam, saya sanggup bersengkang mata sampai pagi. demi mendapatkan rahmat Allah, entah lah benda apa yang saya sudah korbankan....
-risau-risau-risau...bagaimana diriku pada malam pertama di alam kubur?