Isnin, 28 Mac 2011

Ini Cerita Result SPM yang Tak Gempak (akhir) BANGKIT DARI KEGAGALAN ITU ADALAH LEBIH MANIS.

“Dan apabila hamba-hambaku menanyakan kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat . Aku memperkenankan permohonan ( Doa ) seseorang bila ia memohon kepada-Ku. Kerana itu hendaklah ia mentaati segala perintahku dan beriman kepada-Ku semoga ia selalu dalam kebenaran”. (Al-Baqarah:18)

Bismillah

Assalamualaikum wmt wbt


video




JANGAN BERSEDIH -KANDA :)

JANGAN BERSEDIH
DALAM MENGHADAPI
COBAAN HIDUP
TIADA HENTI

JANGAN KAU LARI
DALAM MENGHADAPI
PASTILAH NANTI
'KAN JADI ARTI

JANGAN SALAHKAN SIAPA-SIAPA
ATAS SEGALA YANG ENGKAU RASA
COBA TENANG SEJENAK LEPASKAN FIKIRAN
TUHAN ITU ADA

BILA SAJA SETIAP MANUSIA
MENSYUKURI SEMUA YANG ADA
KITA AKAN MERASA PENUH RASA CINTA
KITA PUN BAHAGIA

sumber lirik di sini

******************************************************
Tipu sekiranya saya kata yang saya kuat sepenuhnya ketika menghadapi saat kegagalan dalam hidup.
Kekuatan itu perlu dicari bukan dinanti.
Pernah dahulu saya mencari kekuatan saya dengan mengadu kepada manusia, namun saya hanya rasa beban hilang sedikit tetapi tidak menenangkan hati.

Sentuhan Kasih Sayang Allah

Kerana itu percayalah kata saya buat mereka yang beragama Islam.
Pulang kepada Allah. Mengadu kepada Allah. Merintih kepada Allah. Menangis ketika merintih. Membaca al-Qur'an dan bertadabur dengan membaca maksud merupakan satu langkah yang sangat efektif bagi mengurangkan rasa beban dan kesedihan :D

Di dalam al-Qur'an itu terkandung pelbagai sentuhan kasih sayang daripada Allah.
Lihatlah dalam surah Al-Insyirah betapa Allah menyatakan disebalik kesulitan itu pasti akan datangnya kemudahan.
Lihatlah dalam surah Ad-Dhuha bagaimana Allah membelai jiwa Rasulullah dengan menyatakan bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah mahupun membenci Rasulullah. Rasakanlah seolah-olah Allah membelai kita juga.
Lihatlah dalam surah Al-Fatihah, surah yang kita baca 17 kali dalam 5 kali sehari  solat fardhu. Betapa Allah itu bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan kita menyebut di dalam surah itu "Kepada Engkau (Allah) kami sembah dan kepad Engkau (Allah) kami memohon pertolongan"
Bagaimana saya tahu semua ini?
Setiap kali membaca al-Qur'an, rajinkanlah diri untuk baca maksud ayat tersebut. Belilah al-Qur'an yang ada tafsir bahasa Melayu/English/ bahasa apa yang kita faham.

Untuk awak

Untuk Ainull Mardiah, Afiqah, Syaza, Orang-orang, Hajar, Acid, Farhana yang sudi tinggalkan jejak di shoutbox juga buat mereka yang bertanya di ruangan Yahoo Messenger atau apa sahaja. Ketahuilah bahawa segala kekuatan itu datangnya daripada Allah.

Hakikat cerita yang sebenar bagaimana saya boleh mengambil bidang perubatan ini bukanlah mudah. Pada mulanya juga saya turut mengalami krisis cita-cita dimana saya mahu bertukar bidang.

Berkat sokongan ibu bapa saya, guru-guru, kawan-kawan baik saya serta yang paling penting Allah SWT yang sentiasa mengetahui betapa sedihnya hati saya saat itu akhirnya cita-cita saya untuk mengambil bidang perubatan dan belajar di Mesir dimakbulkan Allah.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran selayaknya diberikan kepada Allah.
Allah yang Maha Agung! 

Bersungguh-sungguh,Buat Apa yang Allah Suka, Tinggalkan Apa yang Allah Benci 

It's okey adik-adik sekiranya tidak dapat belajar di luar negara. Bermula sedikit demi sedikit dari bawah dan lakukan dengan bersungguh-sungguh serta menjadi manusia bermanfaat dan buang semua sikap-sikap yang Islam tak suka. Kurangkan melepak,mengumpat,membuang masa,window shooping,membazir duit. Lebihkan fokus pada belajar, hadiri majlis-majlis agama yang mendekatkan diri kita pada Allah agar kita tidak terleka. Kita semua mampu melakukannya,insyaAllah!

Tak mengapa kena ambil matrikulasi,asasi,diploma,STPM,politeknik atau apa sahaja asalkan buat dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH dan TAAT KEPADA ALLAH serta TINGGALKAN LARANGAN ALLAH. Doa pada Allah, solat 5 waktu usah ditinggalkan dan lagi baik solat di awal waktu agar mudah-mudahan Allah mempercepatkan kejayaan yang terbaik untuk kita.

Bila dah buat terbaik dalam pelajaran, buat yang terbaik dalam pekerjaan.



Lepas itu? Duit yang ada, mahu gunakan untuk melihat ciptaan Allah di Mesir,Jordan, UK, US, Perancis, England, Korea, Jepun dan nak pergi mana sahaja..Ha, pergilah! Oh ye,Jangan lupa sedekahkan atau infakkan sedikit juga duit gaji itu ya :)

Jangan lupa pula rukun Islam kita yang kelima, menunaikan haji sekiranya berkemampuan. Saya nasihatkan agar kumpul duit dahulu untuk menunaikan haji. Ini yang paling penting!

Cara Allah Kabulkan Doa

Sekarang ini buka buku baru dan mulakan azam baru. Chill!
Semoga setiap rasa sakit kita dalam menghadapi ujian ini Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita.

Akhir kalam, saya ingin berkongsi cara-cara Allah kabulkan doa hamba-hamba Nya. So sweet. Saya petik dari sini


1)Dikabulkan secara langsung:Allah kabulkan terus ap yang kamu mohon
*contohnye apabila kamu memohon untuk bertemu jodoh dengan seseorang yang sangat kamu cintai maka Allah terus mengakabulkan hajat kamu tersebut dan kamu dapat berkahwin dengan dia. Adakah itu bermakna ALLAH telah mengkabulkan doamu?
 
2)Dikabulkan secara tersembunyi:
Allah kabulkan doamu dengan mengalihkan azab besar yang AKAN menimpamu kelak*contohnye apabila kamu berdoa mohon keputusan yang cemerlang pada peperiksaan yang kamu hadapi, kamu x dapat keputusan cemerlang tersebut, tapi sebenarnye tanpa kamu sedar ALLAH telah pun mengalihkan satu bala bencana besar yang akan menimpamu seperti kemalangan jalanraya. Allah mengalihkan bencana besar ini berkat kegigihan mu berdoa terhadapnye.Apakah itu bermakna Allah tidak mengkabulkan doamu?
 
3)Dikabulkan dengan di simpan sebagai amal soleh:kamu sentiasa berdoa siang dan malam menitiskan air mata memohon pertolongan daripada ALLAH, tapi apa yang kamu doakan itu kamu tidak pernah dapat. Sebaliknye Allah telah mengumpul pahala amalan doamu itu di luh mahfuz dan mungkin dengan pahala ini ia akan menjadi penyebab kamu masuk ke syurga
*contohnye apabila kamu berdoa, kamu tidak pernah dapat ap yang kamu pohonkan itu, tapi ketahuilah sebenarnye Allah sedang mengumpul pahala kegigihan kamu berdoa di luh mahfuz... bayangkan sekiranye kamu tidak putus2 berdoa walupun kamu x pernah dapat apa yang kamu pohonkan, tiba2 dengan pahala amalan kamu itu bisa melayakkan kamu untuk masuk ke syurga
.

Nota kaki 1: 3 post yang lepas termasuk post ini semuanya dirakamkan daripada kenangan-kenangan yang saya ingat. Saya minta maaf sekiranya ada sebarang pendapat mahupun pengalaman saya yang tidaks erasi dengan jiwa anda untuk diaplikasikan dalam kehidupan


Nota kaki 2: Begitu banyak nikmat Allah yang diberikan, namun tatkala baru satu atau dua ujian ditimpakan terhadap kita..kita sudah mengeluh.Astaghfirullah~ (ampuni daku, ya Allah)

Jumaat, 25 Mac 2011

Ini Cerita Result SPM yang Tak Gempak (3)

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt


"Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai dgn kesanggupannya"   
(Al-Baqarah : 286) 

Pertamanya,saya minta maaf sangat-sangat kerana saya buat post ini secara bersiri sebab saya mahu berkongsi sedikit demi sedikit mengikut pengalaman yang saya ingat dan mengikut masa lapang yang saya ada.
Sekarang ini cuti saya cuma satu hari sahaja iaitu hari Jumaat.
Sabtu,Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis ada kuliah.
Hari Jumaat itulah masa untuk pergi siapkan nota yang tergendala.Masa untuk pergi pasar.Masa untuk jumpa adik-adik.Masa untuk usrah.Masa untuk tuition arab. Tak menang tangan saya dibuatnya. Walau apapun,sebagai doctor-to-be saya kena cool dan relax. Kesibukan ini baru sedikit sahaja kerana akan sampai satu masa yang diri saya akan sangat sibuk.



Adik-adik dan awak yang sedang membaca, mahu tahu tak..
Betapa ramainya orang di luar sana yang masa SPM tak gempak tapi di universiti dialah yang paling menyerlah :)



Hatta di tempat saya belajar sekarang ada couse pharmacy,dentistry dan medic. Ada je yang result tak gempak masa zaman SPM.
Tapi di sini, alhamdulillah, semuanya okey-okey ^_^


PENGALAMAN BEKAS HOUSEMATE


Untuk post kali ini, saya nak share pengalaman kawan saya. Dia ni bekas housemate saya.
Kawan yang selalu tolong saya bila suka dan duka.
Dia ambil satu course dengan saya iaitu MBBCH (Bachelor degree of medicine and surgery) Mansoura-Manchester Programme, Mansoura University, Egypt.
Nah! ambil. Lengkap detail course yang kami berdua ambil.
Kami sekarang dah berada di tahun kedua perubatan. Doakan ye semua semoga urusan kami dimudahkan!


See~ siapa kata orang yang kantoi zaman SPM tak dapat JPA/MARA untuk ambil perubatan selepas SPM tak boleh nak ambil medic?

Kalau Allah dah kata ini rezeki hamba-Nya, datanglah rezeki tu ^_^



Baiklah, selamat melihat gambar-gambar dan kata-kata daripada kawan saya.





kata-kata daripada ibu beliau. Ditulis atas kertas yang boleh diconteng,dipadam. 




Kata-kata yang saya copy-paste daripada Facebook beliau.


♥ There are people who can pretend to be strong without remembering Allah..but as time passes by, they realize that they are not strong enough, just not strong enough to sail the ocean of life without seeking Allah's LOVE ♥


komen saya:
Nasihat saya dalam apa jua situasi kita sekalipun, kita perlu kembali pada Allah. Mungkin result SPM kita kurang gempak disebabkan hubungan kita dengan Allah tidak mantap. Hakikatnya yang memberi ilmu itu adalah Allah. Memberikan rasa kefahaman pada subjek yang kita belajar adalah Allah. Memudahkan urusan kita adalah Allah. Membolak-balikkan hati penanda kertas SPM untuk beri markah lebih atau tidak adalah Allah. Semuanya adalah Allah. Maka perkuatkanlah hubungan kita dengan Allah. 

Tiada soal terlambat atau tidak. Selagimana matahari belum terbit di sebelah barat di pagi hari. Selagi itu kita masih ada peluang untuk bertaubat dan kembali kepada Allah. Allah lah sumber kekuatan kita. Sumber ketenangan hati. Kita tidak boleh mengubah result yang kita dah dapat. Tapi kita boleh memperbaiki result exam yang akan kita hadapi di matrikulasi/diploma/asasi/degree dan lain-lain.



Di kala diri terasa ingin sangat2 berputus asa..Ingat Kekasih kita yg paling mencintai kita Marah dan Larang utk kita berputus asa..Dia kata, dia masih ada,dekat lagi drpd urat di leher kita, we have Him..nak takut apa..Be Strong, Allah is there, just close your eyes but open your Heart.. ♥ ♥


komen saya:
Yup,Allah sendiri melarang kita untuk berputus asa. Oleh itu jangan berputus asa. Sekiranya sekarang pening-pening untuk memilih course, bincang dengan ibu bapa. Bincang dengan kaunselor sekolah. Bincang dengan orang yang berpengalaman dan lebih tua. Usah bertindak tergopoh gapah hanya berpandukan maklumat di internet mahupun kata-kata kawan sahaja dan seterusnya lakukan solat ikhtikharah agar Allah memberi kita petunjuk untuk memilih course yang terbaik untuk diri dan menyumbang pada agama,negara dan bangsa.




ya Allah,rindunya kata-kata di bawah ni. Ni kata-kata yang kami tulis atas brosur yang kami sebarkan semasa kami sama-sama sedang mengikuti persediaan di timur tengah di UKM,Bangi.


"Dalam menyulam harapan sering kita KECEWA,
Dalam meniti kehidupan sering kita PASRAH,
Dalam mengukir kejayaan sering kita GAGAL,
Dalam memburu impian sering kita TERKANDAS,
Namun itulah sebenarnya sumber KEKUATAN JIWA,
Kerana disitulah kita belajar erti manisnya TAWAKAL
Dan REDHA DENGAN KETENTUAN-NYA"



SAYA MEMANG SILENT READER


Saya memang silent reader bagi berpuluh-puluh blog. Salah satunya blog bekas housemate saya ni. Mahu share satu link, dan adik-adik yang sedang bersedih dengan result SPM bolehlah baca :) 


http://masihmencaricahayasebenarislam.blogspot.com/2009/03/permulaan-kejayaan-aku-dan-kamu.html


Sekiranya adik-adik rajin, bolehlah tulis di bahagian shoutbox blog tersebut dengan menaip,
" Salaam,akak. Updatelah blog!"


Mari kita tulis beramai-ramai di shoutbox beliau. Oh ye, tiada unsur paksaan ye. Blog kawan saya ni best,kan? Penulisan dia sempoi. Saya pula skema. Susah nak tulis bahasa sempoi-sempoi ni (yelah tu~)


Okey semua. Be happy!
Wassalam


p/s: Bukan mudah nak korek pengalaman 2 tahun lepas dan berkongsi perasaan duka yang dah tak duka lagi. :)

Ini Cerita Result SPM yang Tak Gempak (2)



"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang Malaikat mencatat amal perbuatannya. Seorang duduk disebelah kanan dan yang lain duduk disebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya Malaikat pengawas yang selalu hadir” [Qaf : 16-18]


Bismillah.
Assalamualaikum wmt wbt

ALLAH TAHU YANG TERBAIK


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(QS Al-Baqarah : 216)

Orang di sekeliling kita senang untuk menuturkan "Sabar. Sabar. Allah tahu yang terbaik". Kita pun angguk-angguk sahaja tanya memahami. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya perasaan menerima ujian mendapat result SPM tak gempak.


Terbit satu perasaan diri. Tidak tahu mahu tafsirkan perasaan itu sebagai apa.

Apabila melihat kawan-kawan mula mengisi borang-borang untuk apply biasiswa. Melihat kawan yang bertanya pada kita tentang isu semasa agar mereka bersedia untuk sesi temuduga. Sedangkan kita, hanya mampu melihat. Kita cuba untuk mengisi borang-borang tersebut. 

"Eh,keputusan SPM aku boleh apply. Hmm..tapi bukan course yang aku mahukan"
Akhirnya,kita menarik seyuman segaris. Cuba untuk menahan rasa pedih di hati. Menenangkan jiwa yang kembali bergolak. CUba sedaya upaya menyeka air mata agar tidak jatuh.


Allah. Berat sungguh ujian ini.


ORANG SEKELILING MENEKAN JIWA DIRI


Bila saudara-mara, pakcik makcik, sepupu-sepupu, nenek datuk, jiran tetangga mula telefon dan bertanya,


"Berapa result awak?"


ya Allah. Apa yang harus aku jawab? Sudahlah result SPM tak gempak.
Ada antara kita yang berani untuk menyatakan result SPM secara berterus terang. Namun ada antara kita yang mengambil langkah menjawab gaya artis.



"No komen. Adalah. Alhamdulillah,not bad lah result"
Kadang-kadang siap ada orang keliling yang membandingkan result kita dengan anak Mak Leha, Mak Jah, Pak Abu, Pak Ali, Nek Mah, Tok Wan dan macam-macam lagi. Kita rasa macam nak jerit


Berhenti! Berhenti! Jangan bandingkan aku dengan siapa-siapa. Tahulah aku ni lembab. Result tak bagus.
Terasa hak manusia macam dicabuli bila sesuka hati orang nak bandingkan result kita dengan anak makcik pakcik nenek datuk mana entah. Oh,sayunya hati ketika ini.

Tapi kita bertindak bijak dengan berdiam diri. Adik-adik,melawan orang tua tak baik ya. Usah orang label kita 'BIADAP' (biadap ke biadab ye.maaf,lupa ejaan)



KEMBALI PADA ALLAH


Saya yakin, sangat yakin bahawa Allah tidak akan tinggalkan hamba-Nya. Allah sentiasa dekat dengan kita. Setiap rasa hati kita Allah tahu. Allah tahu betapa sakitnya perasaan kita ketika ini. Allah pencipta kita. Dia lebih tahu apa yang dirasai oleh diri hamba-Nya.


REDHA DAN SABAR


Nasihat saya kepada adik-adik, sabar dan redha menerima ujian ini. Percayalah kata saya, disebalik terowong gelap itu pasti akan ada sedikit cahaya yang menerangi.

Saya tak melarang adik-adik untuk berduka cita mahupun sedih. Lumrah sebagi manusia untuk kita bersedih atas sesuatu yang tidak kita inginkan. Tapi usahlah lama. Cukuplah sehari sahaja. Kemudian bangkit ! 

Hidup ini masih panjang,adik-adik.

Adik-adik,
Hakikatnya kita bukan gagal cuma Allah tangguhkan kejayaan kita pada satu masa yang terbaik untuk kita.

Adik-adik cuba bayangkan sekiranya diri sendiri dapat semua A atau mungkin 1 atau 2 B. Kita akan apply course yang best-best. Mana tahu sebenarnya course itu tidak sesuai dengan jiwa kita tapi disebabkan kita nak ikut kawan,kita main apply. Bila tidak serasi dengan jiwa, mulalah rasa subjek di universiti berat. Lepas tu gagal dalam exam. Malu je dulu-dulu result SPM gempak tapi bila di universiti disebabkan main-main terus gagal. Tak kira kita berada di tahap apa sekalipun, pastikan kita bersungguh-sungguh!


Mungkin Allah nak suruh kita masuk matrikulasi mahupun asasi atau diploma. Kuatkan basic subjek-subjek tertentu dan usaha bersungguh-sungguh kemudian insyaAllah (dengan izin Allah) andai dapat result gempak, kita boleh apply biasiswa semula.


This is not end of the world, my brothers and sisters ^_^


Satu benda yang paling indah saya dapat ialah saya kenal erti sabar dan redha ketika usia 18 tahun. Ya, selepas mendapat result SPM. Betapa sweetnya Allah.
Nak tahu apa itu redha dan sabar, boleh klik di sini. Maaflah,saya bukan ustazah mahupun ulama' yang arif untuk tafsirkan.


Bagi saya berdasarkan apa yang telah saya lalui,
Redha ialah kita berlapang dada dan terima dengan apa jua takdir yang Allah telah tetapkan. Kita terima dengan sepenuh hati dan tidak mempersoalkan,

 "aku dah study kuat kenapa result aku teruk?"
Sabar bukan bererti kita hanya duduk berdiam diri SAHAJA. Dalam masa kita tenang untuk menerima ujian Allah ini, kita melakukan plan baru bagi mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik.


TRANSFORMASI DIRI


Sekiranya semasa zaman SPM kita asik mengadu kepada pakwe/makwe, kali ini kita ubah diri kita kepada Allah.
Sekiranya semasa zaman SPM kita asik dating dengan pakwe/makwe, kali ini kita ubah diri kita kepada dating dengan Allah dengan solat pada awal waktu dan banyakkan solat sunat.

Tingkatkan hubungan dengan Allah.
Sekiranya zaman SPM kita asik baca novel aje, kali ni kita ubah diri kita dengan banyakkan baca al-Qur'an dan baca sekali maksud ayat al-Qur'an itu.



Percayalah adik-adik, satu ketenangan yang luar biasa akan adik-adik rasai. Satu perasaan yang sukar diungkapkan tatkala adik-adik mendekatkan diri pada Allah. Sangat manis dan dada terasa sangat lapang. Selapang langit yang terbentang luas di atas. 


BILA PERASAAN DUKA MAHU HILANG?


Bagi saya mengikut orang. Tetapi saya yakin bahawasanya masa adalah mengubat duka. Sampai satu tempoh duka result SPM ini akan hilang jua. 


Oh ye, I love this song. klik sini untuk versi penuh. Kena dengar,ok! 



"ujian adalah,tarbiyah dari ALLAH,apakah kita akan sabar,ataupun sebaliknya,kesenangan yang datang,selepas kesuusahan,semuanya adalah nikmat dari tuhan"

InsyaAllah,ini bukan post terakhir. Ya, memang sebelum ini ada post yang kata saya mahu berundur diri seketika. Tapi 4 hari je saya undur diri =_=
Sebenarnya saya nak lama lagi. Tapi saya terpanggil untuk menulis bila melihat adik-adik di sekeliling saya yang sedang sedih. Habis post tajuk ini. Saya undur diri semula.
Maaflah saya tulis sikit-sikit post ini. 



Baiklah sampai di sini sahaja dahulu. Wassalam.

Secebis nasihat daripada orang yang result SPM dia tak gempak,
Doctor-to-be,insyaAllah ^_^



Khamis, 24 Mac 2011

Ini Cerita Result SPM yang Tak Gempak (1)



If Allah helps you,none can overcome you & if He forsakes you,who is there after Him that can help you?& in Allah (Alone) let believers put their trust" (3:160)


Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt


Ini Cerita Result SPM yang Tak Gempak (1)  
Panjang sungguh tajuk post kali ini. InsyaAllah,kali ini saya terbuka hati untuk berkongsi pengalaman dengan adik-adik. Alhamdulillah. Allah beri kesempatan masa untuk menulis.

Eh,sekejap..sekejap. Awak yang tengah menangis sebab result SPM tak berapa best, lap dulu air mata.
Haa, sudah-sudah. Tak usah menangis. Menangis itu tidak dapat mengubah slip result SPM jadi semua A+.
Tarik nafas, hembus nafas dan relaks. Okey?

Cuba senyum.

Dan teruskan senyum ^_^


Result SPM

Saya ambil SPM pada tahun 2008.Result SPM saya tidak gempak. Tidak memenuhi kriteria pihak sekolah bagi naik pentas untuk dapat piala,sijil dan hadiah duit. Saya sejak dari darjah 1 sehingga tingkatan 3 sentiasa naik pentas untuk mengambil anugerah kecemerlangan akademik atau anugerah akhlak mulia.Saya tak tahu awak faham atau tidak perasaan saya macam mana perasaan rasa macam 'looser' bila tak dapat naik pentas selepas bertahun-tahun awak naik pentas!

Kiranya ini kali kedua saya tidak dapat naik pentas selepas tidak berjaya naik pentas ketika di tingkatan 4 kerana keputusan final exam tingkatan 4 saya yang kurang memuaskan. Kiranya masa zaman upper form, zaman kejatuhan saya.

Eh, sebentar! Astaghfirullah. Saya naik pentas lah! Tapi bukan untuk anugerah kecemerlangan SPM, sebaliknya untuk anugerah ECA (Extra Curriculum Activities). Tapi ECA tu pun bukannya membantu kalau nak apply biasiswa andainya result SPM tak gempak =_=.

]Masa dapat result SPM, saya tersenyum. Sehingga kini, alhamdulillah, saya tidak menangis kerana result SPM saya yang tidak segempak kawan-kawan lain.

Sabar dan Redha
Masa ni, saya telan rasa pahit bersendirian. Ya, sangat pahit tetapi dari sini saya mengenal erti redha dan sabar.

Semasa di sekolah, beria-ia belajar tentang sifat sabar dan redha. Jadi semasa kita dapat sesuatu benda yang kita tak suka, kita cuba untuk praktikkan sifat sabar dan redha. Betul tak?

Walaupun ketika ini saya rasa seolah-olah this is end of the world, tapi saya cuba sedaya upaya untuk redha. Hakikatnya, this is not end of the world!

Yakin
Result saya tak memenuhi kriteria untuk apply biasiswa JPA/MARA untuk bidang perubatan. Tapi saya yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa Allah akan bantu saya. Saya sangat buntu pada masa ini, apakah course yang perlu saya ambil. Saya sangat keliru untuk memilih masa depan saya.

Cita-cita VS Cinta 
Alhamdulillah,kini saya telah berada di tahun terakhir tahun 2 bidang perubatan. Alhamdulillah.
Sehingga sekarang saya masih tidak jangka bahawa Allah membantu saya merealisasikan impian saya.

Saya mahu adik-adik yang baru sahaja mengambil result SPM tahu bahawasanya kita sebagai manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya ^_^

Apa yang kita dapat itulah yang terbaik untuk kita. Terima, Sabar dan Redha.

Masa di matrikulasi / diploma/ ijazah, buat yang terbaik bagi menebus kegagalan. InsyaAllah,boleh!

Cerita pendek. Hadiah pelangi

Ini cerita pendek saya. Cerita panjang insyaAllah sekiranya ada kelapangan saya akan kongsikan betapa sebenarnya di sebalik sesuatu ujian yang Allah timpakan pada kita, ada sesuatu yang lebih berharga yang Allah mahu hadiahkan.

Ibaratkan kita sedang bergembira bermain di luar rumah dengan kawan-kawan ditambah dengan cuaca yang tenang. Tiba-tiba guruh dan hujan datang. Kita sedih sebab tak dapat bermain. Tiba-tiba hujan berhenti. Sang mentari (matahari) menerbitkan dirinya di celahan awan yang bergumpalan di atas langit. MasyaAllah! ada pelangi! Rupanya Allah mahu hadiahkan kita pelangi yang sangat indah dan cantik ditambah dengan cuaca yang kembali tenang.

InsyaAllah, saya mahu sangat berkongsi pengalaman.
Saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis.........................................................................................
.
.
.
.

selepas habis buat nota neuroanatomy (2 lectures), anatomy (1 practical),lecture :)
insyaAllah,doakan kerja saya dimudahkan. lepas itu andai nyawa masih ada, saya share untuk tatapan mereka yang hampir berputus asa. ^_^

Ahad, 20 Mac 2011

Undur Diri Seketika

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt

Obses!
Ya! saya obses dengan cita-cita kerjaya saya. 


Dr. Wani Nasir vs Dr.Azwa Nasir

Dr.Wani Nasir
tapi macam lagi sedap guna...
Dr.Azwa Nasir 


takpe. bab-bab nama supaya pesakit ingat siapa doktor yang merawatnya, kita ketepikan dahulu.
alhamdulellah.alhamdulellah.alhamdulellah.
 pada 16 Mac 2011 (Rabu), saya telah memulakan sesi pengajian semester ke-4 (tahun kedua) perubatan. Semester yang bakal menentukan saya dapat naik tahun 3 atau pun tidak.
ya Allah,mudahkan. Kalian semua, doakan yang terbaik untuk saya! :)

Semester 4 kali ini subject nya mencabar saya. Major subject kali ini ialah anatomy of head and neck dan neuroanatomy. Kali ini saya belajar kekuasaan Allah menciptakan organ kepala,otak,tulang belakang dan saraf tunjang. Tulis macam senang =_=. Tapi seksanya nak belajar hanya Allah yang tahu.

dr_wani91[at]yahoo[dot]com

Di atas ini adalah email saya. Email yang saya reka semasa saya berada di tingkatan 4. Betapa obsesnya saya untuk menjadi seorang muslimah dokturah.

Sejak dari darjah 6. Cita-cita saya mahu belajar di Mesir dalam bidang perubatan. Titik.
Sebutlah pekerjaan apa yang paling boleh dapat banyak duit di dunia ini, saya tetap mahu jadi doktor.
Ceritalah macam mana seksanya jadi medical student yang kononnya kena jadi ulat buku 24 jam, saya tak kisah.
Pengaruhlah saya untuk ambil bidang lain dengan cerita kalau perempuan jadi doktor, keluarga terabai.....
YA! SAYA KISAH! walaupun saya pura-pura tak kisah depan orang. Tapi saya yakin, sekiranya niat kita betul buat pekerjaan kerana Allah semata-mata, Allah akan mudahkan urusan kita. Ya,saya yakin Allah akan bantu saya. 

Hakikatnya, saya sangat jatuh cinta dengan pekerjaan doktor kerana ketulusan,kesabaran dan pengorbanan doktor untuk membantu pesakit. Setiap hari dalam hidupnya adalah himpunan pahala. Subhanallah! Malahan saya rasa sangat dekat dengan Allah. Saya melihat kekuasaan Allah dalam setiap subject yang saya belajar.
Dan saya langsung tak pernah fikir persoalan kaya apabila menjadi doktor.Ini statement saya yang jujur.

Dr.Wani/Azwa Nasir. MBBCH (bachelor of medicine,bachelor of surgery) Mansoura-Manchester Programme,Mansoura University,Egypt.

Total semester course saya adalah sebanyak 12 semester. Maksudnya berbaki lagi 4 tahun lebih atau mungkin 5 tahun untuk saya menggenggam ijazah bidang perubatan,insyaAllah.

"Huh.Kalau macam ni, lama lagilah nak kahwin." [kata orang luar]

Macam lah tak boleh kahwin masa study :p [boleh kan,Mama ^_^ *wink,wink*]
Tak payah tanya pun.. Mama memang dah bising kat rumah pun =_=. [kakak! cepatlah kahwin!]

Saya tak sabar mahu gunakan title nama sebagai DR. Title yang bukan untuk dibanggakan tetapi title yang secara rasminya saya sudah boleh merawat pesakit.

Kembali belajar

Blog ini mungkin akan sunyi beberapa ketika kerana tuntutan semester 4 yang sungguh mencabar. InsyaAllah,ada masa saya akan update.

Saya mahu menanam beberapa azam untuk post selepas ini:-

1. Menulis menggunakan bahasa yang tersusun. 
2. Banyakkan update tentang Mesir.
3. Menulis benda yang berfaedah untuk diri sendiri dan orang yang membaca.
4. Jangan post benda yang merepek! :)

Baiklah, saya undur diri dahulu.
Wassalam

"Kita merancang dengan cita-cita. Allah merancang dengan cinta-Nya" ^_^



Sabtu, 12 Mac 2011

Sudut dunia mana yang selamat ?


Bismillah.
Ini contengan penulisan saya. Saya menghamburkan benda yang berselirat di minda ketika ini. Muhasabah diri kembali.

*****************************************


Semalam (Jumaat,11/3/2011) Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami. 2 bencana alam sekaligus.
Negara-negara Islam seperti Mesir, Tunisia, Bahrain dan yang paling dahsyat terkini Libya mengalami ujian daripada aspek kepimpinan negara mereka.
Di Negara kita iaitu Malaysia  mengalami banjir di kawasan selatan ketika kerajaan Malaysia sedang berjuang membawa balik rakyat Malaysia di Mesir pulang ke tanah air. Peristiwa ini kira-kira sebulan yang lepas.
Dua minggu lepas juga di satu kawasan di New Zealand mengalami gempa bumi.

Orang kata Negara-negara Islam seperti Mesir mundur. Kepimpinan Negara mereka teruk. Negara huru hara semasa demonstrasi jalanan diadakan.
Okey, kalau begitu.. kita pindah ke salah sebuah Negara yang sangat cantik pemandangannya, dengan kehijauan gunung ganangnya iaitu New Zealand.
Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.. rupanya New Zealand dilanda gempa bumi.

Kalau macam tu kita pindahlah ke Negara yang berteknologi canggih,Jepun.
Innalillahi wa inna ilaihi roji’un..rupanya Jepun dilanda gempa bumi ditambah pakej tsunami. Lagi hebat!

Allahu Akbar!
Allah itu Maha Besar!



Muhasabah diri
Pergilah kamu merantau ke sudut dunia ini yang kamu sangkakan megah,hebat,selamat.
Ketahuilah! Tatkala Allah memerintahkan sesuatu bencana menimpa ke atas sesebuah kawasan, ketika itu harta kamu yang menimbun tinggi, rumah kamu yang sebesar istana langsung tiada gunanya lagi.
Ketika ini baru kamu mahu ingat dosamu yang setinggi gunung, hutangmu yang menimbun, salahmu yang banyak.
Ketika itu hanya Tuhan kamu iaitu Allah sahajalah tempat satu-satunya kamu bergantung.
Ya, Allah! Tuhan yang kamu lupakan ketika senang. Dan kamu ingat semasa susah.

Kembalilah kepada Allah sekarang kerana bencana dan musibah akan datang tanpa dijangka, tanpa diundang.

Saudaraku yang dikasi,
Sudut dunia mana yang selamat tatkala Allah berkuasa itu mampu memerintahkan dunia ini untuk hancur ? 

Yakinilah kiamat itu pasti akan datang.
Kematian itu suatu kepastian.
Mari kita berubah ke arah kebaikan, meninggalkan kejahatan.

Khamis, 3 Mac 2011

Kayu Ukur

bismillah
assalamualaikum wmt wbt


Benarlah,bahawasanya kita merancang dan Allah juga merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
Saya ingatkan semalam saya dapat habiskan baca SEMUA post dekat blog yang saya suka.
Tapi semalam migrain menyerang bertubi-tubi dan mata belah kiri sakit tanpa diketahui sebabnya.
Peliknya,mata tak warna merah.


Oleh itu saya minta maaf. InsyaAllah, I'll try my best untuk habiskan baca as soon as possible dan lepas tu saya kongsikan ye :D

*********************************************

Dari dulu, sejak sekolah rendah saya selalu letak "kayu ukur" untuk megukur setinggi mana tahap kejayaan saya.

Dah lama saya nak buat post tajuk ni, tapi masih tak berkesempatan nak buat. So, ni dikira macam intro laa ^_^

Saya mahu jadi seperti mereka. Malah yang lebih hebat mahupun setanding dengan mereka.
Saya sangat teruja dengan mereka yang berjaya dan boleh bahagikan masa dengan masyarakat agar masyarakat dapat merasai kemanisan Islam :D
Saya mahu jumpa mereka, duduk berdepan dengan mereka dan berbual dengan mereka.
Saya mahu jadi anak didik mereka walaupun saya hanya dapat sebaris ilmu sahaja.





Dr. Raha Mohd Daud

bagi saya, no post = no mood :D hikhik
sorry, kesihatan kurang sikit sejak semalam. Nak explain dan duduk depan laptop rasa berat sangat :)

semoga pembaca semua berada dalam rahmat kasih sayang Allah! ^_^
ingat Allah selalu.

jap,jap..
jomlah kita sebut sama-sama.

subhanallah. alhamdulillah. laila ha illallah. allahu akbar
allahumma solli 'ala saidina muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wassalam.

oret, take care semua! :D

Rabu, 2 Mac 2011

Allah certainly has unique ways to show His love.


"ALLAH CERTAINLY HAS UNIQUE WAYS TO SHOW HIS LOVE. I HOPE I WILL NOT LOSE MY CHANCE" :)))


bismillah
assalamualaikum semua! :D
1....2....3.... senyum ^_______^


Sekarang ini saya dalam proses untuk habiskan baca 8 + 45 + 41 + 1 = ________ ( kira kan,please) post sebuah blog yang menyebabkan saya rasa sangat-sangat-sangat insaf.
Kekuatan beliau. Ketabahan beliau. Memang menyebabkan hati saya dirobek-robek kerana selama hampir 20 tahun, entah berapa banyak nikmat Allah yang saya syukuri.


Bila susah ingat Allah, Bila senang jarang-jarang ingat Allah. Astaghfirullah.


Saya jatuh hati dengan header blog beliau.


Sekejap, saya copy-paste kan.


Not the primrose path...

InsyaAllah,lepas saya habis baca. Saya kongsikan link blog ini. Kejap je saya baca.. insyaAllah ^_^

Saya suka ayat dia..

"ALLAH CERTAINLY HAS UNIQUE WAYS TO SHOW HIS LOVE. I HOPE I WILL NOT LOSE MY CHANCE"


Melalu ayat yang simple dan padat ni, memberi kesan dalam hati saya. Cara Allah deliver atau menzahirkan rasa cinta pada hamba-hambaNya mempunyai cara yang tersendiri yang berbeza dengan manusia. 


Sekiranya manusia mencintai manusia, hadiah,wang,kemewahan,cuti di luar negara mahupun di dalam negara menjadi tanda cinta. Tetapi salah satu Allah SWT memberikan ujian seperti sakit yang memang tiada harapan untuk hidup sebagai tanda cintaNya pada hamba-Nya kerana sakit itu penghapus dosa. Maka,dosa-dosa hambaNya diampunkan dan semoga hambaNya yang sakit itu semakin mengingati Allah. 
Kadang-kadang benda yang kita tak suka itulah yang menyebabkan kita semakin ingatkan Allah.


Benarlah,Allah ada cara tersendiri untuk menunjukkan rasa cinta dan sayangNya pada kita :)


Saya mahu sambung baca blog.

p/s: Baru saya tahu sekarang, betapa pentingnya blog sebagai amal jariah bila digunakan sebagai tempat menyebarkan ilmu dengan sebaiknya.

Wassalam.


Selasa, 1 Mac 2011

Nawal Saudah ^_^

´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´





Nawal Saudah yang kasi gambar ni masa saya bual-bual dengan dia kat 'mukabuku' atau nama popularnya Facebook.
Nawal Saudah nielah antara atau kawan sebatch saya yang sanggup layan saya bila saya gembira,sedih,down,terejal,pening tentang dunia DnT (dakwah dan tarbiyah) di bumi Mansurah,Mesir.


Kami skype lama-lama. berchatting di YM lama-lama. hikhik.

Masa kat sekolah dulu-dulu takdelah rapat. Biasa-biasa aje.
Bla dah keluar sekolah baru rapat.

Dan duduk dalam DnT semakin merapatkan lagi hubungan kami :)


Saya suka baca blog dia walaupun dia jarang update. Ayat dia senpoi dan rasa macam dia tengah cerita kat saya.
Kiranya saya ni silent reader dia.

Rasanya semua blog kawan sebatch saya masa sekolah menengah, saya jadi silent reader.
Malu lah nak komen kat blog mereka.



Nawal Saudah ni anak bongsu. Tak nampak sangat kemanjaan dia walaupun dia anak bongsu. :)


Saya masih ingat masa saya cuti summer 2010.Ada satu hari tu Nawal ambil saya di rumah saya.
Lepas tu kami pergi pusat membeli belah Angsana berdua-duaan. 

Kami singgah di Badan Cemerlang.
Saya pun macam biasalah.. saya round belek-belek buku, tengok-tengok buku.. last-last cuma beli sebuah buku je.
Kesian Nawal kena layan saya. hikhik.

Takpe, Nawal dah jumpa pin spongebob dia untuk letakkan kat kasut dia.
Lepas tu dia happy laa.




Habis kisah tentang Nawal Saudah :)
Tak tahu kenapa tiba-tiba nak tulis tentang dia.
Agaknya sebab terharu kot. Nawal sanggup bersengkang mata depan skype dan YM bila saya borak-borang dengan dia.
Kadang-kadang sampai pukul 1,2,3 pagi kat Malaysia pun dia sanggup layan saya.
Macam manalah saya tak terharu.
Kalau sekali takpelah. Nie dah berkali-kali.



Kepada Nawal Saudah.
Thanks alot sis! Jazakillahu Khairan Kathira :)

Luv u more <3
Kalau kamu minta delete post ini,saya takkan delete! Saya nak buat kenangan :D


Saya pasti semua orang pasti ada kawan yang dia sangat baik kan.
Sampai buat kita rasa terharu.
Jangan lupa ucapkan rasa sayang awak pada kawan awak tu sebelum terlambat.



p.s: Nadhirah MK dan Fadzilah Zainal tetap berada di hati saya. Akhawat Xgen yang lain juga tetap berada dalam kedudukan teratas di hati saya walau berapa ramai kawan baru yang bakal saya kenal.