Sabtu, 30 April 2011

Palestin : Bukan Isu Bermusim.

Bismillah
Assalamualaikum wmt wmt pembaca yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillahi robbil 'alamin
Segala puji selayaknya untuk Allah atas segala nikmat rezeki yang dilimpahkan buat seluruh makhluk-Nya.
Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa barik wasallim. 
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW serta selurub keluarga dan sahabat baginda.

Kawan-kawan dan pembaca yang dikasihi sekalian,
Bila kita katakan bukan isu bermusim maksudnya isu ini adalah isu yang perlu dititik beratkan setiap masa. Bukan bila menunggu kempen,mendengar ceramah..barulah kita cakna mahu ambil kisah.

Isu Palestin bukan isu bermusim.
Nasihat buat diri saya juga yang selalu update benda kurang bermanfaat.

Allah SWT berfirman di dalam al-Qur'an surah An-Nasr,ayat 1-3,juzu' ke 30 yang bermaksud:
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." 


Mesir akan membuka selama-lamanya pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dan Mesir. Demikian menurut Menteri Luar Mesir Nabil al-Arabi pada hari Jumaat. Beliau juga menyatakan bahwa keputusan negaranya menutup pintu sempadan itu selama ini adalah satu yang memalukan. Sumber Israel pula menyatakan "perkembangan terbaru yang berlaku adalah suatu yang amat membimbangkan".

Allahuakbar!Alhamdulillah,segala puji selayaknya untuk Allah.Astaghfirullah,moga hati kita tidak terlalai sehingga menyebabkan kita bersenang lenang apabila satu demi satu pertolongan mahupun kemenangan yang Allah berikan.

Islam itu akan kembali menjulang ke atas. Islam akan kembali gemilang. Benda ini adalah pasti!
Cuma masa sahaja kita tidak ketahui bila.
Mari kita sama-sama menjadi batu bata yang menaikkan Islam.
Hakikatnya,Allah tidak rugi sedikit pun sekiranya kita tidak mahu membantu agama Allah. Namun diri kita lah yang rugi kerana membiarkan diri terus terleka dengan dunia. Astaghfirullah~





p.s: Dah nampak harapan yang sangat besar! salah satu cita-cita saya sejak sekolah..apabila sudah menjadi doktor insyaAllah, mahu menyertai bantuan kemanusiaan dan menolong penduduk di Palestin ;D dengan izin Allah. moga dimakbulkan.

Jumaat, 29 April 2011

Ibtida' diperbetulkan.

Bismillah.

Ibtida' itu ertinya permulaan/langkah pertama.
Wahai dai'e, syaitan tidak lagi menggunakan taktik biasa ketika berhadapan denganmu, kerana kau lebih kebal daripada manusia biasa. Berwaspadalah dengan taktik liciknya, ia bersembunyi di sebalik nama dakwah, ia buat kau terasa baik dan mulia melakukannya, pada hakikatnya ia sdg merosakkan hatimu secara perlahan... Mulalah berlawan dgn syaitan secara sedar dan fahamilah surah anNas dan maksudnya.
[copy-paste daripada status facebook kawan.]

Astaghfirullah.
Sentiasalah kita membetulkan niat SETIAP KALI melakukan sesuatu pekerjaan.
Kelesuan,rasa lelah,rasa give up di tengah perjalanan dakwah adalah disebabkan salahnya ibtida' (permulaan)

Buat sesuatu biarlah KERANA ALLAH SWT semata-mata.
Buang jauh-jauh perasaan mahu dipuji,mahu kelihatan hebat,mahu dikenali dan apa sahaja yang membuatkan keikhlasan di hati kita hilang.

Biarlah manusia tidak tahu betapa penatnya kita bekerja walaupun kelihatan lambat hasilnya.
Biarlah seluruh makhluk di dunia tidak mengenali kita.
Asalkan...
Allah mengenali dan tahu apa yang kita buat.

Apa gunanya kita buat amalan penat-penat tapi hanya dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk dan akhirnya pahala pun hilang kerana buat bukan kerana Allah.
Seolah-olah umpama fartamogana. Terasa macam buat banyak pahala, tapi hakikatnya kosong!
Terasa seperti sudah meraih redha Allah,rupanya silap. Kita hanya sekadar meraih redha manusia.
Terasa seperti diri paling mulia,paling hebat. Tapi di sisi Allah, darjat kita yang paling rendah. Astaghfirullah.

Tapi perlu diingat, biarlah setiap amalan yang kita lakukan semuanya adalah yang terbaik!
Bila belajar kita ALL OUT!
Bila berusrah,berdaurah,berkhemah kita paling aktif!
Bila bersama masyarakat mahupun bersendirian kita tetap berakhlak mulia!
Bahasa mudahnya, dalam apa jua pekerjaan yang kita mahu lakukan..semuanya adalah yang TERBAIK!

InsyaAllah. Moga Allah mudahkan segala urusan kita.
Moga Allah menguatkan jiwa-jiwa kita.
Kerana Allah itu tidak akan mengecewakan hamba-Nya,maka bergantunglah kepada-Nya!
Allahu Somad [surah al-ikhlas:2]. Allah itu satu-satuNya tempat kita bergantung.
Ya, hanya pada Allah.

Nasihat buat diri saya dan sesiapa yang mahukan nasihat :)


Rabu, 27 April 2011

Wasilah Ketenangan

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt pembaca yang dikasihi sekalian ^_^

Alhamdulillah,mid semester exam saya pada 26/4/2011 selama 1 jam telah berjalan dengan jayanya. Hari ini 27/4/2011 result mid sem exam sudah pun dikeluarkan.

Alhamdulillah,alhamdulillah. Walaupun target saya tidak capai, pasti ada hikmahnya yang sangat besar. Mungkin Allah mahu saya berusaha lebih kuat untuk final exam nanti. Mid sem exam kali ini benar-benar menguji erti kefahaman saya pada maksud Tawakkal. 

Tawakkal yang ertinya kita menyerahkan segalanya kepada Allah tanpa sebarang keraguan sedikit pun. Serta kita tidak sedih apabila kita menerima sesuatu yang bukan kita inginkan.
[lebih lanjut boleh rujuk buku Islahul Quluub "Hati Sebening Mata Air" karya Amru Khalid]

Allah. Allah. Allah.


video

MasyaAllah. Benarlah kata-kata Allah di dalam al-Qur'an yang bermaksud hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Pasti ada antara kita yang tahu bahawa seorang saintis di Jepun telah menjumpai satu maklumat yang menunjukkan bahawasanya particles air akan berubah mengkikut music yang dimainkan.
Sekiranya dipasangkan ayat-ayat al-Qur'an, music klasik.. particles air tersebut akan berubah menjadi cantik. Cantik sangat! Secantik kristal. Subhanallah.

Sekiranya dimainkan music heavy metal,lagu yang tidak mengingatkan pada Allah. Lagu yang tidak menambah iman. Maka particle air itu akan berubah serta merta menjadi bentuk yang buruk!

MasyaAllah.Subhanallah.

Kawan-kawan,
Sedar atau tidak. Rasulullah SAW telah meninggalkan kepada kita 2 benda yang besar dimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud sekiranya kamu berpegang kepada 2 benda ini iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah, kamu tidak akan sesat selamanya.

Astaghfirullah. Adakah kita benar-benar sudah berpegang teguh kepada al-Qur'an dan as-Sunnah dan mengaplikasikannya kepada kehidupan kita? Atau kita hanya membuka al-Qur'an dan Hadis bila ada majlis-majlis agama?

Seringkali kita cuba mencari ketenangan melalui enjoy bersama kawan-kawan, meluahkan pada boyfriend/girlfriend, melepaskan melalui sukan, membaca novel, menonton wayang/TV/movie dalam hard disc.. kita cuba untuk menenangkan diri kita melalui segala benda duniawi semata-mata.

Kita meletakkan Allah jauh ke belakang. Kita berlagak yang jiwa kita,diri kita mampu untuk berdiri kuat tanpa Allah yang bersifat ar-Rahman (Maha Penyayang). Kita melupakan bahawa Allah itu as-Sami' (Maha Mendengar). 

Namun jiwa ini,hati ini,diri ini hakikatnya rindukan pada Rabb nya iaitu Allah.
Allah yang Maha Agung.Allah yang mendengar segala rintihan hamba-Nya. Allah yang Maha Penyayang. Allah yang tidak memberikan sesuatu ujian kepada hambaNya dengan sia-sia.


Kawan-kawan yang disayangi,

70% badan kita terdiri daripada air. Particle air itu akan berubah menjadi cantik sekiranya kita senantiasa baca ayat-ayat suci  al-Qur'an. Kesannya,jiwa kita akan menjadi tenang (dengan izin Allah). Oleh itu tidak hairanlah sekiranya kita pernah berjumpa dengan orang mahupun terbaca di artikel orang yang wajahnya kelihatan bercahaya dan kita berasa sangaaaat tenang apabila melihatnya! MasyaAllah.

Kadang-kadang muka orang tu tak kacak pun, tak cantik pun. Tapi kita rasa sangat tenang dan senang bila bercakap dengannya. 

Akhir kalam,

Allah itu Pencipta kita. Pencipta segala isi langit dan bumi ini. Allah telah menyatakan bahawasanya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang!
Tidak kiralah mengingati Allah dalam solat, dalam zikir, dalam setiap jejak langkah, dalam usrah. Yang pasti,ingatlah Allah!
Kerana Allah tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya :)

Tema Blog.

Bismillah.

Astaghfirullah.Astaghfirullah.Astaghfirullah.
Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim.

Payah saya mahu mereka tajuk untuk post kali ini.......................dan post yang sebelum,sebelum,sebelum ni juga.

Baiklah,saya  mahu beritahu :)

Lagu tema yang berlatar belakangkan blog ini adalah lagu yang saya cari hampir 3 bulan.

Bila kali pertama terdengar ringtone Kak Kausar (Puan Kausar ^_^) tiba-tiba saya terdiam. Senyap. Hati saya diruntun sayu.

Rasulullah SAW :)

Syafaatkanlah kami di akhirat kelak. Kenalilah kami sebagai umatmu.

Lagu tema ini dalam bahasa Arab campur dengan bahasa Inggeris.

Ini terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Ayuh, didik jiwa selawat kepada Rasulullah setiap hari!




طلع البدر علينا
Di saat tiba bulan purnama
من ثنيات الوداع
dari lembah perpisahan
وجب الشكر علينا
Wajiblah kitapun bersyukur
ما دعى لله داع
Terkabullah doa nabi
أيها المبعوث فينا
Wahai yang diutus untuk kami
جئت بالأمر المطاع
Pembawa amanat suci
جئت شرفت المدينة
Telah Kau muliakan kota ini
مرحبا يا خير داع
Selamat datangnya nabi

Ahad, 24 April 2011

Dia antara orang yang dijamin masuk ke syurga :)

Dia antara orang yang dijamin masuk ke syurga oleh Rasulullah SAW.

Bismillah.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga kisah hamba-Mu yang dijanjikan syurga mampu membangkitkan jiwa yang sedang dibuai mimpi agar kami mengetahui bahawa nilai syurga-Mu bukanlah boleh dijual beli dengan hidup bersenang lenang di muka bumi.


Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda yang rela berkorban demi agama Islam. 


( Taba, Mesir)




Kawan-kawan yang dikasihi,
Pasti ada antara kita yang pernah mendengat satu kisah dimana Umar Al-Khattab telah menampar suami Fatimah al-Khattab dan juga Fatimah Al-Khattab (adik kepada Umar) apabila mengetahui mereka telah memeluk agama Muhammad SAW iaitu agama Islam. Kisah ini berlaku sebelum Umar al-Khattab memeluk agama Islam/


Persoalannya kawan-kawan. Pernahkan kita terfikir siapakan suami Fatimah Al-Khattab?


  _*****_*****_*****_*****_*****_*****_

Kawan-kawan, mahu tahu tak..
Suami pada Fatimah Al-Khattab  adalah orang yang penting dalam sejarah Islam kerana dia adalah antara orang yang dijamin masuk syurga.

Nama lelaki yang bertuah itu ialah Said bin Zaid

Baiklah, kita mulakan kisah Said bin Zaid dengan berta'aruf sebentar sedikit kisah ayah kepada Said dalam mencari agama yang benar.
Nama ayah Said ialah Zaid bin Amru bin Nufail.

Kisahnya begini...

Suatu hari, Zaid sedang duduk di satu sudut di Mekah. Zaid memerhatikan kaumnya, orang Quraisy yang sedang sibuk berpesta. Orang lelaki memakai serban Sandusi yang dikatan kelihatan seperti kerudung Yaman yang mahal.Wanita pula memakai pakaian bergaya berwarna terang menyala. Orang-orang Quraisy menghiaskan ternakan mereka kerana mahu bawa dan persembahkan kepada Tuhan. 

Zaid sandarkan badannya di Ka'abah. Lantas Zaid berkata:

"Wahai orang-orang Quraish. Kambing-kambing itu ciptaan Allah. Allah yang menurunkan hujan. Kambing itu minum daripada hujan itu. Allah tumbuhkan rumput-rumput dimana kambing-kambing itu makan rumput tersebut sehingga kenyang. Kemudian kalian sembelih binatang itu tanpa menyebut nama Allah. Aku nampak kalian adalah orang-orang yang sesat dan jahil."

Al-Khattab (ayah kepada Umar Al-Khattab) yang berada di situ lantas bangun dan menampar Zaid kerana marah dengan kata-kata Zaid tadi. Dengan lantang al-Khattab berkata:

" Engkau kurang ajar! Aku dah dengar banyak kali engkau cakap seperti ni. Dah lama kami sabar. Tapi aku dah hilang sabar."

Kemudian al-Khattab yang merupakan orang berpengaruh  pergi menghasut orang Quraisy supaya menyakiti Zaid lantaran sikap Zaid yang membenci dan mencela agama mereka. Lalu,orang-orang Quraisy pun menyakiti Zaid. Orang-orang Quraisy telah menyakiti Zaid sehingga Zaid pergi memencilkan diri di Gua Hira'.

Digambarkan betapa teruknya  orang-orang Quraisy menyakiti Zaid sehingga Zaid tidak boleh pulang ke Mekah melainkan secara rahsia.  

Suatu hari,Zaid pulang ke Mekah secara rahsia dan berjumpa dengan 4 orang untuk berbincang masalah kaum mereka yang sudah jauh tersesat daripada agama Nabi Ibrahim. 4 orang tersebut ialah:

1) Waraqah bin Naufal
2) Abdullah bin Jahsyi
3) 'Uthman bin Harith
4) Umaimah binti Abdul Muthalib

Mereka berlima duduk berbincang dan Zaid berkata,

“Demi Allah! Sesungguhnya kalian sudah maklum bangsa kita sudah tidak mempunyai agama. Mereka sudah sesat dan menyeleweng dari agama Ibrahim yang lurus. Oleh itu marilah kita pelajari suatu agama yang dapat kita pegang jika saudara-saudara inginmenjadi orang yang beruntung.”

Lantas, empat orang lelaki itu pergi menemui pendeta-pendeta Yahudi, Nasrani, dan pemimpin-pemimpin agama lain untuk menyelidiki dan mempelajari agama Ibrahim yang sebenar. 

Dia akhir pencarian tersebut, Waraqah bin Naufal meyakini agama Nasrani. Manakala ‘Abdullah bin Jahsyi dan 'Uthman bn Harith tidak menemukan apa-apa. Sedangkan Zaid bin ‘Amr bin Nufail mengalami kisah tersendiri. 

Kisahnya begini ye kawan-kawan:

Zaid berkata:

“Saya pelajari agama Yahudi dan Nasrani. Tetapi keduanya saya tinggalkan karena saya tidak memperoleh sesuatu yang dapat menenteramkan hati saya dalam kedua agama tersebut. Lalu saya berkelana ke seluruh pelosok mencari agama Ibrahim. Ketika saya sampai ke negeri Syam, saya diberitahu tentang seorang Rahib yang mengerti Ilmu Kitab. Maka saya datangi Rahib tersebut, lalu saya ceritakan kepadanya pengalaman saya belajar agama.
 Rahib itu berkata:

"Aku nampak kamu ni mahu agama hanif iaitu agama Nabi Ibrahim"
Zaid pun menjawab:

"Ya,memang aku mahu mencari agama hanif"
Lalu Rahib pun berkata:

"Kamu ni sedang mencari agama  "la tujad al-yaum" ( tiada pada zaman sekarang) . Tetapi pulanglah kamu ke negerimu. Allah akan membangkitkan seorang Nabi di tengah-tengah bangsamu untuk menyempurnakan agama Ibrahim. Maka bila kamu bertemu dia, tetaplah kamu bersamanya"
Zaid berhenti mengembara mencari agama yang hak. Zaid kembali ke Makkah  untuk menunggu Nabi yang dijanjikan. 

Ketika Zaid sedang dalam perjalanan pulang, Allah mengutus Nabi Muhammad menjadi Rasul dengan agama yang hak . Zaid masih belum sempat untuk  bertemu dengan Nabi Muhammad. Ditakdirkan Allah, dalam perjalanan ke Mekah dia dihalang perompak-perompak Badwi di tengah jalan lantas terbunuh sebelum dia sampai kembali ke Makkah. 

Sewaktu Zaid inginmenghembuskan nafas yang terakhir,Zaid memandang ke langit dan berkata:

 “Wahai Allah! Jika Engkau mengharamkanku dari agama lurus ini, maka janganlah anakku Sa ‘id diharamkan pula daripadanya.”


  _*****_*****_*****_*****_*****_*****_

KISAH SAID BIN ZAID


Allah SWT telah memperkenankan doa Zaid bin Amru.

Bila Rasulullah SAW diutuskan di Mekah, Said merupakan antara golongan pertama memeluk Islam.
Said ialah orang yang beriman dengan Allah dan membenarkan ajaran Nabi Muhammad SAW. 

Said diasuh di rumah yang mengingkari kejahatan dan kesesatan yang orang Quraish. Said diasuh dalam kamar ayahnya (Zaid bin Amru) yang hidup dalam mencari kebenaran.Bahkan ayahnya menghembuskan nafas terakhir ketika sedang mencari dalam kepayahan untuk mengejar agama yang benar. 

Zaid tidak memeluk Islam sendirian, malahan Zaid memeluk Islam bersama dengan isterinya, Fatimah Al-Khattab (adik kepada Umar Al-Khattab).

Kawan-kawan yang disayangi,

Sepertimana Sumayyah yang syahid disula, Bilal bin Rabah yang diseksa di tengah padang pasir yang panas ditambah dengan diletakkan batu yang besar di dadanya, Khabab bin Arat yang dipanggang di atas bara api sehingga bara api itu terpadam lantaran lemaknya mencair...
Begitulah juga dengan Said bin Zaid yang tidak terlepas daripada seksaan orang-orang kafir.

Kawan-kawan yang dikasihi,

Sepertimana golongan Islam yang terawal mempertahankan agama Islam dan aqidah mereka agar tertegak di muka bumi, seperti itulah kita perlu mendidik jiwa-jiwa kita agar terus sabar dan tabah dalam mempertahankan agama Islam.InsyaAllah :)

Walaupun Said diseksa, namun itu tidak menjadi alasan untuk Said menarik orang-orang luar memeluk Islam. Sehingga Said menjadi antara sebab islamnya Saidina Umar Al-Khattab.

Said sepanjang hidup pemudanya berbakti  untuk Islam. Said masuk Islam sebelum usianya 20 tahun. Said dapat bersama dengan Rasulullah SAW dalam semua peperangan kecuali perang Badar kerana Said diberi tugas lain oleh Rasulullah SAW.

Said juga mengambil bahagian dalam menjatuhkan kerajaan Qisra,Parsi dan Qaisa,Rom.

Dalam banyak-banyak peperangan yang Said sertai,ada satu perang yang kisahnya menarik untuk dikongsikan iaitu di dalam perang Yarmouk dimana ketika ini Rasulullah SAW telah pun tiada (wafat).

Kisahnya begini, Perang Yarmouk telah mempertemukan pasukan umat Islam dan juga orang kafir Rom.
Jumlah tentera umat Islam ialah 24,000 manakala tentera kafir Rom ialah 120,000.

24,000 vs 120,000

Said menceritakan suasana Perang Yarmouk yang sungguh menggerunkan itu.

"Musuh bergerak ke arah kami dengan langkah-langkah yang mantap bagaikan sebuah bukit yang digerakkan tangan-tangan tersembunyi. Ditambah lagi orang kafir Rom meletakkan di barisan hadapan mereka golongan pendeta,perwira dan paderi salib-salib dengan memegang salib dan berdoa. Tentera-tentera di belakang mengaminkan. Suara itu bergema"

Waktu itu, tatkala melihat tentera-tentera Islam yang dilanda ketakutan Abu Ubaidah pantas bangun dan bangkitkan semangat jihad kaum muslimin.

“Wahai hamba-hamba Allah! Menangkan agama Allah! Pasti Allah akan menolong kamu, dan memberikan kekuatan kepada kamu!“Wahai hamba-hamba Allah! Tabahkan hati kalian! Karena ketabahan adalah jalan lepas dari kekafiran; jalan mencapai keridhaan Allah, dan menolak kehinaan.“Siapkan lembing dan perisai! Tetaplah tenang dan diam! Kecuali dzikrullah (mengingat Allah) dalam hati kalian masing-masing.“Tunggu perintah saya selanjutnya! Insya Allah!”


Pesanan yang ringkas namun cukup untuk memotivasikan jiwa-jiwa yang beriman kepada Allah.

Tiba-tiba ada seorang tentera Islam meluru ke depan dan berkata:

"Aku mahu ber jumpa Rasulullah. Ada kalian mahu sampaikan pesan?"
MasyaAllah! Kawan-kawan lihatlah tingginya semangat mahu syahid tentera Islam ini!  

Abu ubaidah menjawab.

"Ya,sampaikan salam kami dan salam-salam orang Islam dan sampaikanlah pesan kepada Rasulullah bahawa kami telah mendapati apa yang Allah janjikan itu benar-benar terbukti (Qaisa akan dimiliki)."

Lantas semangat jihad terus membara dan perasaan takut pun hilang.

Di akhir peperangan Yarmouk,Allah menetapkan kemenangan pada orang Islam! Allahu Akbar!


Said bin Zaid  juga telah terlibat dalam pembukaan kota damsyiq dan menjadi wali damsyiq (Dilantik oleh Abu Ubaidah)

_*****_*****_*****_*****_*****_*****_


Hidup manusia memang tidak akan lari daripada ujian. Begitu juga dengan Said bin Zaid.

Semasa pemerintahan Bani Umaiyah, Arwa  mengatakan Said merampas tanahnya yang bersebelahan. Arwa jumpa dengan Marwan bin Hakim yang merupakan hakim zaman itu. Arwa menceritakan masalahnya pada hakim tersebut. Said pun berkata,

 " Engkau kata aku menzalimi engkau. Macam mana aku nak menzalimi engkau sedangkan aku pernah mendengar Rasulullah bersabda  bahawa siapa yang mengambil tanah orang walaupun sejengkal,di akhirat kelak Allah akan pikulkan 7 lapis bumi kepadanya"


Maksudnya di sini, betapa beratnya hukuman orang yang mengambil tanah orang yang bukan haknya.

Lalu Said berdoa kepada Allah;

"Ya Allah, sekiranya dia menuduh aku menzalimi dia tetapi dia menipu. Ya Allah,butakanlah matanya dan jatuhkanlah dia dalam tanah yang dia katakan aku merampasnya. Buktikanlah kepada kaum muslimin sejelas-jelasnya bahwa tanah itu adalah hakku dan aku tidak pernah menzaliminya.”

Tak sampai beberapa ketika, jadilah banjir di Madinah. Allah telah menzahirkan  batasan tanah milik Arwa dan Said yang mereka perselisihkan. Orang-orang Islam mendapat bukti bahawa Said berada di pihakyang benar manakala tuduhan Arwa adalah palsu.

 Beberapa ketika selepas itu, Arwah menjadi buta. Ketika Arwa sedang berjalan di tanah yang dipersengketakannya, dia pun jatuh ke dalam sumur lalu mati.

'Abdullah bi 'Umar berkata:

“Memang, ketika kami masih kanak-kanak, kami mendengar orang berkata bila mengutuk orang lain, ‘Dibutakan Allah kamu seperti Arwa.”

Kawan-kawan, perkara seperti ini iaitu doa hamba Allah dimakbulkan bukanlah suatu perkara yang  pelik kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Takutlah doa orang yang dizalimi kerana doa orang yang dizalimi dengan Allah tiada hijab"

Apatah lagi sekiranya doa itu adalah salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga.


Alhamdulillah.Selesai.

| 22 April 2011| 10.27 pm|
Mansoura,Mesir


Selasa, 19 April 2011

Alhamdulillah. I have FULLY RECOVERED :)(:

" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. "


Bismillah.
Assalamualaikum wmt wbt

(p.s: post kali ni campur-campur bahasa. Maaf. Sorry. Asiif. Ma3alish)


Semalam,saya beranikan diri untuk mencabar hati saya,saya tanya hati saya,saya cuba ingat kembali benda 'itu'. Hari ini saya try sekali lagi untuk lihat berdepan dengan satu benda untuk test sama ada hati saya benar-benar masih tersangkut dengan rindukan 'itu' atau tidak.


Proses untuk membuang sikap jahiliyyah sangat menyakitkan. Lebih-lebih lagi apabila berkait dengan perasaan. Apatah lagi jika perasaan itu datang setiap detik. Saya rimas! Rimas!

Dan semuanya bermula ketika saya menghadiri daurah SAYONARA JAHILIYYAH (selamat tinggal jahiliyyah) di Ma'adi,Cairo sekitar bulan Disember 2009. Ya, dari situ saya bertekad untuk berubah.


I take a year and half to fully recover. Panjang kan =_=. Alhamdulillah,segalanya selesai! :)





Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah :)(:


I am now is a new person
I have FULLY RECOVERED!




It is one of my biggest achievements. It is not easy to be recovered as I am now, it took a lot of times, energy and lots more. However, it worth a thousand mile. To be in that situation, I have no regrets with, but thankful that it helps me in searching who am I. Indeed, it thaught me the real meaning of life and feelings :)(:




Alhamdulillah, I am stronger than yesterday.InsyaAllah!




Salah seorang yang menjadi sumber kekuatan saya untuk berubah. Dia langsung tak tahu saya jadikan dia sebagai kayu ukur untuk berubah seperti dia yang mulanya saya fikir sangat mustahil!


Sebab itulah kenapa akhlak itu memainkan peranan yang penting. right? Melalui akhlak, ada orang sekeliling yang boleh tersentuh.

Qudwah bil hal yang ditunjukkan oleh tokoh pelajar perempuan SM ISlam Hidayah pada ihtifal 10 April 2011.



Ya,mungkin ada orang yang tak setuju. Biasalah,manusia, tak semuanya sempurna,bukan? ^_^


Tapi saya orang yang paling setuju.
Dia antara orang yang menunjukkan jelas di hadapan saya apa erti Islam yang sebenar melalui qudwah bil hal (contoh melalui akhlak) yang ditunjukkan olehnya.



Akhlaknya,facebook nya, blog nya..saya suka tengok hampir setiap hari bila ada kelapangan :)(:

Semoga kamu terus thabat dan istiqamah, ISS! :)(: blog beliau. klik sini
Love u soo much :)

NLZ dan NSN juga. kalian banyak mengajar akak! Sangat banyak!


p.s: Smeoga penulisan selepas ini lebih kepada manfaat untuk orang sekeliling.insyaAllah.

Jumaat, 15 April 2011

Kupinta Keberkatan Masa.

Bismillah.
Post ringkas untuk menutupi kesunyian seminggu tanpa post.


Sedikit tetapi mencukupi.

Itulah BERKAT.

Saya senantiasa berdoa dan mengharapkan kalian mendoakan untuk saya agar masa saya diberkati Allah. Kita doakan bersama semoga masa kita diberkati.

Andai kawan-kawan di sekeliling boleh study 6 jam sehari dan ada masa untuk menonton cerita korea,hindustan,cina dan lain-lain. Ada masa untuk bershooping lama-lama.

Tetapi saya selalunya mempunyai 3 jam (waktu malam tak termasuk pagi). Selama 3 jam,saya mengharap setinggi-tinggi pengharapan pada Allah agar keberkatan masa itu menyebabkan saya boleh faham cepat apa yang saya belajar dan terasa masa itu sangat panjang~ Inilah keberkatan masa yang senantiasa saya harapkan.Sentiasa saya doa. 

Tak mengapa pun seandainya saya langsung tak pernah menonton movie, Tak mengapa pun sekiranya saya langsung tiada masa untuk lama-lama memanjakan diri. Tapi saya mahu setiap hati-hati di tempat saya belajar merasai nikmat keindahan Islam yang sebenar.
Saya mahu mereka rasakan betapa al-Qur'an dan hadis itu adalah sumber rujukan kita yang utama!

Allah.

Saya yakin dengan janji Allah:-
"Sekiranya kamu membantu agama Allah,maka Allah akan membantumu...." (Muhammad:7)
p.s: Apabila hujung minggu seorang medical student yang menyedari bahawa dirinya daie' jauh berlainan dengan cuti hujung minggu kawan yang lain...............................
(Saya tak mampu cari perkataan yang sesuai untuk menzahirkan perasaan saya sekarang)

Allah itu ada! Yakin! :')


Khamis, 7 April 2011

Buat diri-diri yang masih sendiri dan mencari-cari ^__^

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamu'alaikum wmt wbt pembaca yang dirahmati Allah~



Baliknya daripada makan tengah hari selepas habis kuliah, saya buka facebook untuk melihat sebarang notis penting yang perlu dibalas.
Ketika menjengah "wall" atau bahasa Melayu nya bermaksud dinding di Facebook (muka buku) saya. Saya tertarik dengan satu video yang kakak sulong saya beri.
Lantas saya melihat video yang pendek namun sangat menarik!
Saya ulang video ini 5-6 kali. Rasanya seperti ulang 10 kali.

Saya antara orang yang masih "sendiri" namun saya masih belum lagi "mencari-cari"
Tapi saya sangat terpikat dengan video ini kerana mesej yang diberikan menenangkan jiwa.
Malahan penyampai nya adalah guru di sekolah menengah saya, ustazah Muhaini.
ustazah Muhaini ini adalah bekas guru debat saya. Antara guru yang saya contohi dari segi akhlaknya serta hammasah (semangat) beliau dalam kerja DnT (dakwah dan tarbiyah).
Beliau adalah antara orang yang meyakinkan saya bahawa tudung labuh bukanlah penghalang untuk rapat dengan mad'u (orang yang ingin kita ajak agar mengenali Islam dengan lebih dekat) tatkala saya ragu-ragu untuk memakainya ketika latihan debat suatu ketika dahulu.

Jenuh saya mencari di Youtube video ini untuk berkongsi dengan pembaca blog "BICARA Medical Student"
Lantas,saya mengambil langkah inisiatif dengan merakam menggunakan handphone saya, lalu saya uploadkan di blog ini.

Nasihat ini khusus untuk para wanita (lelaki pun boleh join),
hayatilah nasihat di dalam video ini dan teguhkanlah keimananmu.


[video terpaksa dibuang kerana terdapat kesilapan]
edit pada: 11/6/2011


sekiranya tidak dapat lihat video, berikut adalah kata-kata ustazah Muhaini. Maaf suara video kurang kuat.Pastikan suasana anda tidak terlalu bising untuk melihat video ini. Sekiranya kurang jelas, sila gunakan headphone :)


Buat diri-diri yang masih sendiri dan mencari-cari,


BERSABARLAH!


Yakinlah di sebalik keseorang itu punyai hikmah yang hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Meski waktu terus berlalu tapi tiada orang meminang namun tidak bermakna penantian itu adalah sia-sia.



Saat perjalanan dalam kehidupan ini adalah  pencarian hakikat diri.
(maksudnya sebelum kita dipinang itu, itu adalah masa untuk mencari hakikat diri kita)
Justeru itu gunakan waktu itu sebaik-baiknya.
Muhasabahlah diri kita, tarbiyah lah diri kita dan perbaikilah diri kita.
Moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu.


Bersabar dan berdoalah agar kita diperteguhkan iman sehingga sampai saat kita dipinang.
Sesungguhnya kita tidak sendiri kerana dia sentiasa di sisi kita.
Yakinlah Allah sentiasa bersama dengan kita dengan ganjaran Allah di sana nanti .(akhirat)
Kerana hanya dia yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita.
mungkin lama-lama kita tunggu sebab Allah nak beri kita yang terbaik. :)

kredit kepada video facebook Pertubuhan IKRAM Malaysia (sumber asal video ini)

"M" Sedang Berubah :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat-Nya kepada kita.

*************************************************
 M untuk Mesir

Mungkin Mesir tidak secantik Malaysia, tidak gah seperti negara Eropah. Namun di bumi Mesirlah telah terlakarnya pelbagai sejarah tanpa kita sedari.

Kisah Asiah,Fir'aun,Yukabid,Nabi Musa,Nabi Yusof,Qorun (harta karun) dan sebagainya terlakar di bumi Mesir. Malahan nama "Mesr" itu disebut di dalam al-Qur'an juga! Ayat al-Qur'an yang mana? Ha..cari-cari :)



 Sayang saya kepada Mesir semakin bertambah semenjak balik ke Mesir selepas cuti musim sejuk hampir sebulan. Cuti kerana perjuangan penduduk di Mesir untuk menjatuhkan presiden mereka, Hosni Mubarak. Oh, bukan itu sahaja. Mereka ingin memperjuangkan hak-hak mereka selepas banyak korupsi yang berlaku selama hampir 30 tahun.

Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar yang membuatkan saya tersenyum ketika mahu pulang ke Mansoura dari Kaherah ( atau Cairo)


Gambar dalam METRO atau di Malaysia kita panggil sebagai KTM atau mungkin juga LRT? Saya tidak tahu mahu kategorikan KTM atau LRT. Paling penting,harga tiketnya murah! hanya 1 genih walau anda turun perhentian yang terakhir. Di Malaysia, harga tiket bergantung pada jauh kan? Di Mesir, untuk METRO, lokasi yang anda ingin tuju sama ada dekat mahupun jauh, harga tetap 1 genih ^_^

1 genih bersamaan dengan berapa ye? lebih kurang 40-60 sen.
Murahkan? ^_^
Alhamdulillah.

Sedang naik metro dari Sayyeda Zainab untuk menuju ke Mubarak, saya mencari-cari di atas pintu METRO untuk melihat perhentian Mubarak. Mata saya terkebil-kebil. Dalam hati terdetik "biar betul?" dan saya tersenyum..

Mari kita zoooom perkataan itu!


 Yeah,itu dia! Perkataan Mubarak dipadamkan oleh ___________ saya pun tidak tahu siapa padam dan digantikan dengan perkataan Syuhada' (orang-orang yang syahid)

p.s: sekiranya anda tidak ambil berat kisah umat Islam di Mesir,anda mesti pelik kenapalah saya tersenyum melihat perkataan ini. (silalah terasa!)


Saya suka METRO di Mesir kerana tempat lelaki dan wanita diasing-asingkan. Alhamdulillah,rasa sangat terjaga.

Dalam perjalanan menaiki tremco ke Mansoura. Di Malaysia, tremco itu macam van. Saya cepat-cepat keluarkan handphone saya dan snap gambar yang memikat hati.

Ya! 10 Muwasat Tarbiyah yang ditulis dalam bahasa arab. 10 Muwasafat tarbiyah ni secara mudahnya ciri-ciri mahu jadi individu yang gemilang dan yang dituntut oleh Islam.

Apa 10 muwasafat tarbiyah? Mari saya share:

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang soleh
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat kepada orang lain


Mesir sedang berubah menuju ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah.
Dan untuk diri saya dan awak yang sedang membaca. Ayuh berubah ke arah yang lebih baik!
Mari mantapkan 10 muwasafat tarbiyah. Mari-mari! Mari menjadi yang terbaik di pandangan Allah ^_^

12.28 a.m | 7 April 2011 | meja belajar
sumber gambar : sekitar perjalanan dari Kaherah ke Mansoura, menggunakan handphone sendiri

nota kaki: penulisan masih tak hilang karatnya =_= Teruskan menulis untuk menghilangkan karat-karat.

Rabu, 6 April 2011

Pada alam, adanya hikmah.

Dengan nama-Mu ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi (kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. 
(Al-Baqarah:255)


Hawa dingin yang dahulunya mencengkan tulang kini sudah meninggalkan bumi Mansoura. 
Biarpun masih ada insan-insan yang merindukan hawa dingin itu, 
namun ia tetap patuh pada arahan Allah untuk memberikan laluan kepada musim bunga.

Bunga-bunga yang dahulunya segan silu mempamerkan keindahan dirinya tatkala musim sejuk, 
kini telah berkembang mekar.
Mewarnai setiap jalan.
Menyebarkan haruman yang menenangkan
Menceriakan hari-hari manusia.
MasyaAllah. Cantiknya ciptaan-Mu ya Allah.


Pasangan suami isteri berjalan berpegangan tangan di taman bunga
Sahabat-sahabat belajar secara berkumpulan di bawah pohonan yang rimbun
Si gadis memetik bunga harum untuk dijadikan hiasan kamar tidurnya.

Sungguh, ciptaan Allah itu sangat indah. Subhanallah! 



Musim bunga telah kembali.
Musim sejuk telah meninggalkan penduduk Mansoura.
Musim panas pula bakal tiba.

Walau seindah mana pun bunga itu, ia akan layu juga.
Bunga yang dahulunya menceriakan hari-hari manusia juga bakal lenyap.


Segala ciptaan Allah mempunyai hikmah tersendiri dan beruntunglah bagi mereka yang suka berfikir.
Bunga yang segar dan akhirnya menjadi layu,musim yang silih berganti,manusia yang hidup dan yang mati, membuktikan tiada benda dalam dunia malahan alam galaksi ini yang akan kekal.

Hakikatnya, hanya satu yang akan kekal selamanya iaitu Allah!


ya, Allah!
Tuhan sekalian alam
Tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah
Hanya kepada Allah tempat meminta pertolongan dan pergantungan.


Percayalah. Sehingga satu masa tatkala talian telefon terputus.
Perkhidmatan SMS terhenti.
Internet terputus.
Semua kedai tutup.
Stok makanan dan minuman habis.
Perkhidmatan air dan elektrik dipotong
Keganasan berleluasa di sekeliling.

 Kau ada seribu kawan sekalipun.
Kau ada harta berjuta mana sekalipun.

Saat ini,kau akan percaya kataku bahawa Allah lah satu-satunya tempat kita bergantung!
Maka, gantungkanlah pergantungan harapanmu,doamu,mengadumu hanya pada Allah.

Pada alam,adanya hikmah.
Hikmah untuk mereka yang gemar berfikir.


Azwa Nasir
|5 April 2011| 11.51p.m|meja belajar
sumber gambar: sekitar universiti Mansoura,Mesir. Ketika musim bunga :)


nota kaki : Sedang melatih untuk kembalikan penulisan saya yang basah suatu ketika dahulu. Sedang membuang karat-karat dalam penulisan. Doakan! :)