Sabtu, 28 Mei 2011

Update tentang Palestin [lagi]

Bismillah

Alhamdulillah. Alhamdulillah.



Mesir akan membuka selama-lamanya sempadannya dengan Semenanjung Gaza pada Sabtu ini walaupun mendapat tentangan Israel. Demikian disahkan oleh kerajaan peralihan Rabu lepas. Pembukaan ini dijangka akan memperkukuhkan perjuangan Palestin dan pada masa yang sama melegakan kehidupan 1.6 juta penduduk Gaza.


Bila laluan Gaza akan dibuka, Naib PM Israel, Silvan Shalom menhentam rancangan itu sebagai "membahayakan" dan mengesa masyarakat antarabangsa menghalangnya. Pegawai Israel pula memberi amaran bahwa rancangan itu akan membawa kepada peningkatan aliran senjata dan penganas dari Mesir ke Gaza.

Serius, part ni saya nak gelak dalam hati kuat-kuat. Come on PM Israel! Tak payah nak berdalih, tak payah nak menipu. Siapa yang membahayakan siapa? Siapa yang pengganas sebenarnya? Siapa yang rampas negara siapa secara haram? Siapa yang bina tembok pemisah di Palestin? Siapa yang bom siapa?


mahu update lebih banyak? mari join facebook Aqsa Syarif (klik sini)

Jumaat, 20 Mei 2011

7 Jiwa di Cup of Cure ^_^



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah :)



CUP OF CURE

7 jiwa pernah disentuh oleh murobbiah yang sama.
Murobbiah yang gigih,kuat dan tekun dalam mendidik dan mencorakkan jiwa-jiwa anak didiknya (mutarobbiah) dengan kecantikan Islam.
Dari jauh murobbiah itu sanggup datang hampir setiap minggu berbekalkan dengan kasih sayang biarpun anak-anak didiknya adakalanya menemuinya dengan kemalasan.

Sungguh! Murobbiah itu sangat sabar mendidik kami.
Sehingga kini aku masih terfikir,bagaimana dia mendidik kami dengan penuh kesabaran.
Tidak ada rasa kecewakah dia tatkala kami bermain tarik tali untuk menggalas amanah memakmurkan bumi Mansurah dengan Dakwah dan Tarbiyyah?
Jatuh bangunnya 7 jiwa ini, murobbiah itu masih terus menerus teguh mendidik 7 jiwa ini.

7 jiwa yang dahulunya tidak tahu tujuan hidup. 7 jiwa yang dahulunya terombang ambing dalam kehidupan.



7 jiwa yang dahulunya ZERO. Alhamdulillah,kini proses ke HERO!

Proses perubahan 7 jiwa ini diriku saksikan depan mata! Bagaimana mereka daripada HERO mampu berubah menjadi hebat. Sehingga diriku juga malu dengan mereka.

Biarpun 7 jiwa ini akan bertebaran di mana jua.
Namun ianya tetap akan bertemu dalam 1 doa rabithah. 1 blog. 
7 jiwa ini amatku sayangi. Sangaaat sayang sehingga tiada satu aksara yang mampu untuk menzahirkan perasaanku. Setiap kali jari-ari ini mahu menari-nari di atas keyboard laptop untuk menceritakan tentang 8 jiwa ini (7 mutarobbiah+1 murobbiah), jari dan hati ini mudah tewas. Tiada ayat yang mampu untukku susun untuk menggambarkan bagaimana bersyukurnya diri ini, bahagianya diri ini tatkala dipertemukan dengan mereka.

7 jiwa ini dikenali sebagai lollipop :)

Dan kini, 7 jiwa digabungkan dalam 1 blog CUP OF CURE!


Dan sekiranya blog Bicara Medical Student ini tidak berupdate, maksudnya..dia sudah beralih hati untuk menulis di CUP OF CURE ^_^ |




Dijemput pembaca sekalian ke CUP OF CURE! :D
Khas kasih sayang kami dari bumi Mesir!


Selasa, 10 Mei 2011

Dua Dekad (10:5)

Bismillah.


20 tahun atau sebutannya dua puluh tahun.
Bermula daripada 10 Mei 2011, 8.07 pagi. Sudah tiada istilah belas dalam usia saya. Tiada lagi ungkapan "seventeen".Perkataan yang ingin saya tekankankan ialah teen.
Bagi saya,teen itu mungkin berasal daripada perkataan teenager atau dalam Bahasa Melayu kita katakan sebagai remaja.

Tatkala menginjak ke usia 20 tahun. Satu perasaan lain hadir dalam diri. Perasaan yang aneh yang sukar diungkapkan oleh kata-kata mahupun dilakarkan melalui penulisan. Apabila saya membandingkan diri dengan umat Islam dahulu seperti Sultan Muhammad Al-Fateh,Imam Bathutah dan ramai lagi, saya merasakan bahawa hidup saya selama 20 tahun ini seperti tiada apa-apa yang berharga yang sudah saya tawarkan dan korbankan untuk agama Islam mahupun negara.

Bagi saya apabila usia sudah mencecah ke angka 20. Manusia itu sudah dikira sebagai dewasa. Apabila kita katakan sebagai dewasa, seharusnya pada manusia tersebut baik daripada segi ilmu,emosi,rohani dan jasad sudah mampu untuk bergerak untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara mahupun agama.

Tahun ini, perasaan untuk menyambut hari lahir tidaklah seperti zaman "teen". Ulangtahun kelahiran tahun ini lebih kepada sesi muhasabah diri. Semasa dalam perjalanan dari makan malam di luar semalam, saya terfikir sesuatu. Sekiranya salah satu anggota badan yang Allah berikan kepada saya ini ditarik, contohnya, tangan kiri saya tiada, di akhirat kelak apabila Allah SWT bertanya kepada saya apakah yang telah saya lakukan pada tangan kiri saya selama 20 tahun? Apakah jawapan yang mungkin saya ada?
Sekiranya ada pun. Mungkinkah jawapan itu boleh meraih redha dan rahmat Allah?
Astaghfirullah.

Suka untuk saya memetik surah ke 10 ayat ke 5 dalam alQur'an sebagai simbolik tarikh hari lahir saya:

"Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda kebesaran-Nya kepada orang-orang yang mengetahui" (Surah Yunus : 5)

Dua dekad sudah di dunia ini.
Saya kira satu kehinaan yang besar buat diri sendiri sekiranya bertambah umur,namun tidak bertambah amal. Lagi hina sekiranya makin berkurangnya amal dan bertambah jauh daripada Allah.

Berdasarkan ayat dalam surah Yunus ayat 5 mengenai matahari bersinar dan bulan bercahaya. Saya teringat kata-kata seorang ukht yang seangkatan dengan saya dalam jalan DnT ini dimana beliau menyatakan;

"Macam yang kita tahu, matahari tu Allah ciptakan dia bercahaya. Manakala bulan tu kalau kita tengok dekat, takdelah cantik manapun sebab banyak lubang-lubang. Tapi cantiknya bulan itu disebabkan bulan itu bercahaya kerana pantulan cahaya daripada matahari. Jadi dari sini kita boleh dapat satu pengajaran dimana ISLAM itu umpama matahari dimana ianya bersinar dan cantik. Bulan pula diibaratkan seperti DIRI KITA SENDIRI dimana sekiranya kita tidak mendapat cahaya daripada matahari, maka diri kita ni tidaklah cantik manapun. Islam itu yang mencantikkan kita. Orang yang tak cantik,tak kacak..namun apabila akhlaknya baik,maka semua orang di sekeliling akan sayang akan dirinya."


Islam dan kehidupan seharian kita. Usah pisahkannya!

Wassalam.

Isnin, 9 Mei 2011

Langkah Baru 10 Mei 2011

Bismillah


Menunggu detik 10 Mei 2011. 
Satu tarikh yang sungguh bermakna.
Seiring dengan tarikh tersebut, pelbagai azam sudah dibuat dan pelbagai amalan untuk merealisasikan azam tersebut sedang berjalan.



Alhamdulillah,Saya di sini masih lagi teguh berdiri biarpun seribu satu ujian datang silih berganti.
Ujian untuk menguji sejauh mana pergantunganku pada Allah SWT.



Saya tak sabar nak ucap secara rasmi pada diri sendiri
Bye-bye zaman jahiliyyah. Walaupun mungkin masih ada sisa baki, tidak mustahil sisa-sisa itu akan hilang dengan usaha yang kuat!
Bye-bye dunia kelabu yang selalu menjerumuskan saya pada dunia kekeliruan.


Saya tak sabar nak ucap secara rasmi pada diri sendiri
ahlan wasahlan ke dunia mujadihah solehah.
Bak kata kak Khadijah CR, kita sebagai orang yang nak sampaikan Islam,kenalah ada ciri-ciri tamayyuz (pembeza). Takkanlah akhlak kita nak sama dengan orang yang tidak faham Islam. Betul tak?


Azam yang ayu-ayu gitu yang boleh saya kongsikan.


Saya nak didik selepas ini, dalam penulisan saya. Dalam percakapan saya. Penuh dengan kalimah memuji Allah apabila melihat sesuatu yang cantik dan menakjubkan dan kalimah keampunan kepada Allah apabila melihat sesuatu yang tidak disukai. 

Contohnya;

1. MasyaAllah! cantiknya baju awak.
2. Alhamdulillah. Kullu min fadhli rabbi (Semuanya daripada Allah)

3. Astaghfirullah...
4. Subhanallah! Cantiknya awan tu.
5. InsyaAllah,kheyr (dengan izin Allah,semuanya ok)


okey.tiba-tiba saya keliru beza penggunaan masyaAllah dan subhanallah.Mungkin post seterusnya kita akan bincang tentang penggunaan kalimah-kalimah ini dalam situasi yang betul.insyaAllah


Saya kena mulakan segala perkara dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim :) 
kalimah yang membawa maksud dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Saya kena jaga adab pergaulan saya dengan orang yang berlainan jantina (spesifik:lelaki)
Tak perlu cakap dan bincang perkara yang tidak penting.
Kekalkan usaha dan prinsip tiada lelaki dalam facebook kecuali keluarga ,saudara mara.

Ini adalah bagi menjaga hati daripada membazir masa dan mengurangkan iman dengan membaca wall facebook dan lihat gambar-gambar mereka tanpa tujuan.
Nama pun laman sosial. Kadang-kadang tak plan pun nak tengok gambar, tapi macam biasalah..TERtengok.



Saya kena jadi seorang yang pembersih dan pandai menguruskan diri.
Pandai mengurus masa,mengurus meja belajar,mengurus basuh pakaian, mengurus hal memasak,mengurus hal-hal dakwah dan tarbiyyah,mengurus emosi, mengurus fizikal.
Saya kena jadi seorang yang pembersih baik dari sudut diri sendiri mahupun sekeliling saya seperti bilik,meja belajar,rumah dan lain-lain.



Saya kena jadi seorang yang sangat pentingkan masa macam zaman sekolah dulu-dulu. 


Dan hakikatnya, semua benda yang saya tulis "saya kena" bukanlah akan bermula 10 Mei 2011. Sebaliknya,latihan untuk mendidik ini memakan masa hampir setahun lebih untuk membiasakan diri. Saya tahu apabila kita merancang untuk berubah ke arah kebaikan, pasti akan datang ujian. Ujian ini adalah untuk menguji sejauh mana kita benar-benar mahu berubah.


Bye-bye zaman jahiliyah. Terima kasih kerana dah mengajarku banyak benda! 


Saya takkan lupakan sakitnya bila meninggalkan segala benda jahiliyyah seperti menonton movie (macam mana boleh ada masa menonton movie yang tidak berfaedah sedangkan kerja dakwah dan tarbiyyah masih banyak?), bersangka buruk, bila ada lelaki jadi friend di facebook..balas-balas comment di gambar. komen di wall facebook benda yang tak penting. tengok gambar-gambar yang tak meningkatkan iman. Bergantung pada manusia melebihi bergantung pada Allah dan banyak lagi. Astaghfirullah.


Saya takkan lupakan benda ini sampai mati.insyaAllah. Saya akan ingat supaya tak berulang lagi benda-benda jahiliyyah ini.


Benda-benda jahiliyyah ni ada dalam kalangan kita yang pandang biasa. Tetapi sekiranya kita menghayati benar-benar sifat haya' (malu) dan memahami erti masuklah Islam secara kaffah (keseluruhan total 100%) sepertimana yang termaktub dalam surah Al-Baqarah ayat 208, pasti awak akan faham pemahaman saya.
Atau awak nak saya terangkan tentang pemahaman saya? ;)


Saya tak kisah ada orang nak panggil saya ustazah.
Saya tak kisah ada orang nak panggil saya skema.
Saya tak kisahlah awak nak cakap apa-apa tentang saya.
Cuma saya nak awak tahu satu sahaja.


Saya tak nak lagi jauh daripada Allah. Itu sahaja.



Saya sengsara selama 3 tahun apabila jauh daripada Allah. Tak percaya? Lihat penulisan saya sebelum-sebelum ini yang tak menggambarkan imej seorang muslimah yang faham Islam! Bukankah hati itu adalah raja? Sekiranya hati kita baik,maka segala bentuk amalan kita termasuklah penulisan akan menulis perkara yang baik-baik juga.


Saya mengambil masa satu tahun setengah untuk meninggal semua jahiliyyah saya dan kembali pada Allah SWT serta kembali yakin untuk berada di jalan dakwah dan tarbiyyah :')
Saya tahu betapa sakitnya nak berubah sehingga sudah berapa kali saya tutup blog ini kerana rasa sangat tidak selesa dengan penulisan yang tidak membangunkan jiwa dan ruhi orang yang membaca.


Penulisan ini adalah perkongsian daripada saya untuk mereka yang mahu berubah.
Tak perlulah risau sekiranya awak kehilangan perhatian manusia kerana awak akan dapat satu ketenangan yang mendamaikan tatkala hati terpaut bergantung pada Allah SWT :')


Cinta manusia,perhatian manusia takkan bawa ke arah ketenangan yang abadi.Hanya sementara.


10 Mei 2011. Semoga tarikh ini jadi satu titik perubahan yang laju.


Jazakunnallahu khairan katheera buat;
1.Ukhti Fadzilah Hanim yang memberi daurah Sayonara Jahiliyyah yang merupakan titik pertama perubahanku.
2. Ukhti Husna A dan Nusaibah R yang menjaga dan melayan saya selama setahun setengah.
3. Akhawat Badar 313, Kausar yang menjadi titik tolak saya melihat dan memahami erti Islam yang sebenar ketika kali pertama kaki jejak ke Kaherah.
4. Akhawat Cairo,Mansourah,Alexandria,Tanta,Zagaziq yang terus menjadi pemacu perubahan diri

5. Pada semua-semua nya! :)
6. Oh ye. Ukhti Aisyah Z / Aisyah Muharikah yang memberi daurah dimana jadi titik penolak bermulanya kelajuan saya bertambah-tambah dalam dunia dakwah dan tarbiyyah.insyaAllah.


Tidak dilupakan kepada Allah yang masih memilih saya untuk terus berada di jalan dakwah dan tarbiyyah yang suci ini biarpun pernah beberapa kali saya bertekad sudah malas nak ikut jalan ini.


Buat mama,papa,adik beradik dan saudara mara yang memberikan sokongan!


Alhamdulillah.
Moga hati-hati kita terus dipimpini.InsyaAllah.



edit: 9 Mei 2011. Buang perenggan yang macam tak best untuk dikongsikan.

Khamis, 5 Mei 2011

Semua Masa Kecil Bila Sentiasa Allahuakbar

Bismillah

Azwa Nasir

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut". (Riwayat al-Hakim)
Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada Allah. Bukan setakat di mulut sahaja.
Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya :
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," 

(Surah al-Insyirah : Ayat 5)

Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Dalam permulaan solat, kita sentiasa membesarkan Allah Swt, mengagungkan Allah Swt dengan kalimah Allahuakbar, tetapi apakah kita masih terus "Allahuakbar" apabila berhadapan dengan masalah? adakah masalah itu lebih besar atau Allah swt?



Sama-sama kita renung dan menginsafi diri. 

*******************************
Point di atas yang saya bold kan membuatkan saya  teringat ada satu buku tajuknya Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah karya Fathi Yakan yang saya tak habis baca lagi. Baru saya ingat bahawa saya tiba-tiba saya terus loncat baca buku lain. Sedangkan buku Bahtera Penyelamat tak habis baca lagi walaupun penulisannya sangat best :)

Ini semua gara-gara mid-semester exam seminggu yang lepas yang menghayutkanku dalam timbunan buku medic. *cuba salahkan diri sendiri,cik kak. ni salahkan orang.*
Nasihat yang disampaikan oleh Fathi Yakan berpijak di bumi yang nyata.


Untuk Guest yang bertanya di bahagian shoutbox

 "mane nk dapatkan buku mnjd murabbi sukses tu ye?"

Sebenarnya, buku Menjadi Murabbi Sukses pun saya pinjam daripada kawan.

Minta maaf sangat-sangat.
Tapi, awak atau sesiapa sahaja yang teringin.. bolehlah dapatkan softcopy di link bawah ini dalam bentu PDF.

InsyaAllah,saya harap PDF ini membantu kalian untuk menjadi murobbi yang sukses! Saya baru sahaja sempat membelek buku ini.
Buku ni pada pandangan saya,menarik ! Sebabnya,masa saya ternampak buku ini di atas meja seorang ukht, saya belek buku tersebut lantas mintak izin "Kak R, pinjam eh!"
Kak R pun balas "Untuk awak. Apa-apa je boleh"

So sweet! Jazakillah Kak R.
Okey,nak katanya di sini..saya jatuh cinta pandangan pertama dengan buku ini. Cover buku ni takdelah cantik sangat. Tapi isi-isi yang disampaikan (setakat yang saya sempat belek),agak menarik.

Keadaan saya sekarang? *untuk pengetahuan keluarga dan kawan-kawan yang nak tahu*

Alhamdulillah,masih okey. Semalam sudah masuk case ke-7. Banyak SANGAT benda kena cover dan sebab itulah saya baca buku tambahan pun lambat. Kalau dulu 1 buku boleh habis dalam masa 1-3 hari. Sekarang ni, 2 minggu pun tak tentu habis lagi.

Masalah yang dikenalpasti: Pembahagian masa



Cara atasi:

1. Buka facebook 15 minit sehari (untuk download slide lecture dan reply apa-apa yang penting)
2. Buat draft benda yang nak post di blog di microsoft word dan bila buka www.blogger.com..terus tinggal copy-paste! 


3. DISIPLIN! Setiap hari ulangkaji! Jangan mudah putus asa! :) Allah kan ada. InsyaAllah,masih sempat nak cover :)

4. Baca buku-buku tambahan 10-30 minit waktu petang atau sebelum tidur atau pun masa nak hilangkan ngantuk waktu pagi
5. Tolonglah lawan rasa ngantuk waktu pagi. 1 jam waktu pagi tu sangat berharga!
Tindakan: Bermula dari sekarang! insyaAllah
p.s: Macam mana nak jatuh cinta dengan library?

Selasa, 3 Mei 2011

Every leader is a reader.

Bismillah

Update ringkas.
Saya rasa bersalah sekiranya tidak share. Maaf,saya tak dapat update panjang.

"Every leader is a reader"
Inilah kata-kata ustazah Sya, seorang guru yang mengingatkan saya semasa di tingkatan 4 betapa pentingnya untuk menambahkan kefahaman kita dengan membaca.
Membaca.. dapat mengubah paradigma kita kepada dunia :)
Membaca.. dapat membuatkan diri kita lebih dekat kepada Allah.

s

Pandangan saya: 

Buku ini menggunakan bahasa yang sangat sempoi dan mudah difaham. KENE BACA! 
Masa saya baca, memang meremang bulu roma.
Sebab buku ini merakamkan kisah sebenar yang berlaku terhadap sukarelawan Malaysia yang mahu memberikan bantuan kepada Palestin dalam  Misi Lifeline 4 Gaza.
Serius wajib baca! Sekiranya tak best,tak menarik, tak penting..takdenye saya baca. Lebih baik saya baca buku medic 24 jam :)(:

Misi Lifeline 4 Gaza boleh anda tahu lebih lanjut di Youtube ataupun Google :)

Saya baru habis tengok video ini. Mahu kongsi dengan anda,awak,kalian yang sedang membaca post ini


ini video part 1 daripada 2.
part ke-2 boleh buka youtube dan tulis 

LL4G Public Forum: Ust Hasanuddin (part 2 of 2)


sekarang beralih kepada buku..




dan...

buku Neuroanatomy yang kene cover :)


p.s: InsyaAllah.InsyaAllah.InsyaAllah. Dengan izin Allah. Dengan ilham-Nya..saya akan cuba sedaya upaya untuk update apa yang saya dappat daripada buku "Detik Cemas Mavi Marvara, Palestin Kami Datang"

Bagaimana dengan KITA?



Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, sahabat serta keluarga baginda SAW.


Pada usia muda-17 tahun,Al-Maududi sudah mula berjuang dgn penanya dlm Akhbar di India utk membangkitkan kesedaran Islam, serta memperjuangkan kemerdekaan Pakistan. 

Usamah bin Zaid sudah menjadi Panglima perang yg memimpin tentera Islam seawal usia 19 tahun. 

Constantinople ditakluk oleh Sultan Al-Fateh semasa dia hanya 21 tahun. 

Pada usia yg sama, Ibnu Batuttah telah memulakan pengembaraannya menjelajah dunia. 

Nabi Daud pula telah menewaskan seorang general ketika hanya berumur 15 tahun! 

Mereka semua adalah pemuda! Tetapi telah mengubah dunia! 


KITA ? 




Apakah kisah kita,pengorbanan kita yang mahu kita bentangkan di hadapan Allah ketika Yaumul Hisab di akhir kelak? Yaumul Hisab. Hari yang amalan kita bakal ditimbang. Mungkinkah pahala yang berat? Ataupun dosa yang berat?