Selasa, 26 Julai 2011

Jalan ini sulit dan panjang. Sabarlah duhai hati.

Bismillah


Berat untuk saya menulis post kali ini lantaran payahnya untuk mencari bait-bait perkataan yang boleh dijadikan ayat bagi menzahirkan perkara yang mahu saya nyatakan.

Rasa lelah dan lemah dalam perjalanan dakwah dan tarbiyyah itu adalah perkara yang seringakali membelenggu para daie'. Namun,adakah itu mahu dijadikan alasan untuk memilih jalan keluar daripada dakwah dan tarbiyyah?

Adakah kita lupa apa yang kita mengimani [percaya] selama ini dimana memang jalan dakwah dan tarbiyyah ini sulit,panjang dan payah. Cukuplah sirah nabawiyyah menjadi bukti akan hal ini.
Biarpun Rasulullah SAW hanya mahu menyampaikan risalah Islam yang suci lagi benar, baginda dituduh gila. Pernah juga baginda dibaling batu pleh penduduk di Thaif hanya kerana untuk menyebarkan Islam.
Namun, tidak pernah Rasulullah SAW berhenti untuk teruskan menyebarkan dakwah dan menyantuni para sahabat dengan tarbiyah. Tidak pernah sekali.

Bila kita mahu meneruskan perjuangan Rasulullah SAW yang mulia di mana mahu menyantuni masyarakat sekeliling dengan dakwah dan tarbiyyah, pasti akan datangnya godaan.
Si syaitan yang licik itu akan terus menggoda kita agar kita meninggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini.



Pernah sekali, malahan berkali-kali..perasaan kuat tidak mahu join dakwah dan tarbiyyah termasuklah usrah itu datang menerpa saya. Jiwa saya bergolak di saat itu. Saya rasa sangat kecewa. Saya percaya bahawa jalan dakwah dan tarbiyyah ini sememangnya payah. Tetapi tiba-tiba muncul perasaan di mana saya merasakan diri saya terlalu jijik dan hina lantaran banyaknya dosa saya. Lepas itu dalam masa yang sama mahu menggalas amanah dakwah dan tarbiyyah yang suci ini.

Sungguh,ujian ini adalah ujian yang sangat hebat untuk saya.
Ah. Siapa saja manusia di muka bumi ini yang benar-benar suci. Setiap orang pasti melakukan dosa. Cuma Allah itu Maha Penyayang menutup keaiban kita.
Saya boleh sahaja untuk mengambil keputusan untuk meninggalkan jalan dakwah dan tarbiyyah ini, namun di sebalik sudut hati saya..entah kenapa masih ada lagi sinar sayang dan cinta pada jalan ini. Entah. Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh munculnya perasaan itu.

Bila saya sudah rasional pada keesokan harinya, saya mula berfikir, sekiranya saya memilih jalan keluar daripada dakwah dan tarbiyyah. Saya akan memilih jalan apa untuk terus menyebarkan risalah Islam pada masyarakat? Mustahil saya boleh lakukan perkara ini bersendirian tanpa adanya kekuatan secara berkumpulan.

Selepas beberapa ketika, membaca pandangan kak Aisyah Muharikah dalam postnya yang bertajuk saya sudah bosan dengan usrah, saya tak dapat apa2 dari usrah. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk tetap berada di jalan dakwah dan tarbiyyah. Ketika saya mengambil keputusan untuk memilih untuk terus berada di jalan ini, saya tidak pun mendapat belaian daripada sesiapa. Tiada sesiapa yang mahu memujuk pun. Sebab saya mengimani [percaya], jalan dakwah dan tarbiyyah ini bukanlah jalan untuk mereka yang manja.

Saya bertekad untuk berada di jalan ini, biarpun ada insan yang memilih untuk keluar.
Istisyarah [berbincang] da istikharah itu adalah penting sebelum membuat sesuatu keputusan.

Kini, saya cuba untuk menguatkan diri. Saya juga mahu meleparkan sedikit tempias buat mereka yang berada di jalan dakwah dan tarbiyyah.

Memang rasa lelah, rasa penat, rasa tak mampu mahu menggalas amanah ini. Tapi lupakah kita bahawa Allah tidak akan membenani hamba-Nya melainkan perkara yang hamba-Nya mampu?
Kadang-kadang rasa leceh nak buat plan itu,plan ini, nak buat daurah itu, usrah untuk adik tu, usrah untuk adik ni, nak kejar adik sana, kejar adik sini. Tapi kita tahu bahawa kita buat semua ni bukan saje-saje. Tapi kita nak orang di sekeliling kita turut mendapat kefahaman Islam sepertimana yang kita faham!
Dengan kesibukan belajar, dengan komitmen dengan kerja-kerja lain..pastinya membutuhkan tenaga kita sepenuhnya.
Kerana itu dalam senarai 10 muwasofat tarbiyah, kita diajar untuk susun masa dengan sebaiknya dan menjadi seorang yang kemas!



Hakikatnya,bukan kita seorang sahaja yang merasakan betapa payahnya perjalanan ini. Ramai lagi (:
Ayuh kita lakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah ini dengan rasa cinta. Kerana cinta itu mampu mengubah perkara yang sukar menjadi senang.
Apakah salahnya kita membuktikan tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW  agar impian tertinggi kita di dunia ini iaitu untuk memastikan seluruh makhluk tunduk kepada Allah tercapai.Maksud saya, sistem Islam digunapakai dalam semua aspek baik daripada segi perundangan,ekonomi,pendidikan,politik dan sebagainya.

Saya rasa,mungkin akan ada post yang akan menyusul kemudian.
Entahlah, saya rasa mungkin sudah tiba masanya saya berkongsi pengalaman setahun jagung dalam dakwah dan tarbiyyah ini untuk kita sama-sama merasai dan berkongsi pengalaman.

Tapi sebenarnya pengalaman daripada pakcik makcik yang sudah berpuluh tahun itu adalah lebih indah untuk dikongsi. Namun,saya mahu coretkan kenangan ini agar boleh menjadi tatapan bagi mereka yang mengalami situasi seperi saya.

Setakat ini sahaja dahulu.

Wassalam.

nota kaki: ini merupakan post pertama saya mengenai DnT secara serius. Saya tahu ada kekurangan dalam post ini. Maafkan saya. Ini sekadar perkongsian rasa bagi mereka yang mungkin merasakan hal yang sama dengan saya. (:

Ahad, 24 Julai 2011

Thabat, Medan & BM

Bismillah.

Sejak kebelakangan ini thabat merupakan topik yang selalu mengganggu pemikiran saya.

Baru-baru ini saya baru menghadiri majlis ilmu yang menyentuh tentang thabat.

InsyaAllah, dari pengisian ilmu itu saya menemui jawapannya.

Saya turut didedahkan dengan medan yang perlu saya fikirkan dari sekarang. Medan yang bakal saya ceburkan diri dalamnya untuk terus spread the words of Islam di Malaysia kelak.

Saya turut diketuk dengan lompongnya amalan fardhi saya.
Qiammulail saya bagaimana?
Surah-surah hafazan saya bagaimana?
Solat sunat saya bagaimana?
Solat fardhu di awal waktu saya bagaimana?

Aduh. Saya terus diketuk-ketuk berulang kali.

Tak usahlah nak mempersoalkan,"macam mana nak thabat di jalan dakwah dah tarbiyyah" sekiranya amal fardhi sendiri pun berlompong-lompong.

Pada majlis ilmu itu juga saya didedahkan dengan Baitul Muslim [BM]

Mungkin ada antara kita yang faham tentang BM dan mungkin juga tidak tahu.

Saya sebenarnya tidak pernah terfikir tentang BM, saya cuma tahu mengusik senior-senior saya dan kawan-kawan saya tentang BM. Memang hobi saya suka menyakat orang (:

Tidak kira jodoh datang cepat atau lambat, persiapan diri perlu dilaksanakan.

Oh ye, penceramah itu ada beritahu, "usah bayangkan bakal jodoh kita itu seorang yang ideal. Dia juga manusia, ada masa imannya turun naik"

Thabat,medan dakwah & BM membuatkan post ini menjadi pendek.

Pendek sebab memikirkan betapa banyaknya 'amal yang perlu dilaksanakan dalam mencapai mardhotillah [keredhaan Allah].

Wassalam.


nota kaki: minta maaf untuk yang anti perkataan dakwah (:
saya tak temui kejahatan dalam dakwah pun. sebab tu saya sayang DnT (dakwah dan tarbiyyah)

Rabu, 20 Julai 2011

empat tahun ++


Bismillah

Doctor to be. InsyaAllah.
MBBCh [Bachelor of Medicine&Surgery]
Mansoura-Manchester Programme, Mansoura University,Egypt.

Allahumma yassir wa laa tu3assir
'ya Allah, mudahkan usah sukarkan'

1st year.2nd year - alhamdulillah! selesai.
3rd year.4th year.5th year. 6th year - fighting! :D

**********************************

4 tahun++ lagi di Mesir


4 tahun++ saya menulis di blog [2007-2011]

*********************************
4 tahun++ sudah usia kelab debat [kelab de'pikir] secara rasmi
[2007 - 2011]

dulu macam mimpi untuk bawa piala johan pertandingan debat UIA ke sekolah.
alhamdulillah. sekarang ini semuanya terlaksana
2009 - piala johan bahasa melayu
2010 - piala johan bahasa arab
2011 - piala johan bahasa inggeris

dulu macam mimpi je kalau ada pendebat hidayah yang dapat top 10 best speaker.
alhamdulillah. sekarang ini semuanya telah terlaksana.
2010 - 2 pendebat bahasa arab, 2 pendebat bahasa inggeris
2011 - 2 pendebat bahasa inggeris, 1 pendebat bahasa arab, 1 pendebat bahasa melayu

we aim for the sky!
bermimpilah! bercita-citalah!
berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh ke arah mimpi dan cita-cita itu.

InsyaAllah, Allah pasti akan perkenankan pada saat yang terbaik.

Selasa, 19 Julai 2011

Tempat Kembaliku


sumber: Google


Bismillah


Satu batang pen takkan dibawa bila aku diletakkan di dalam tanah kubur kelak.
Apatah lagi harta yang lain.

Mati merupakan nasihat yang paling berkesan.
Untuk mengingatkan dunia ini hanya sementara. Sementara sahaja.
Dunia ini adalah tempat persinggahan yang melalaikan.

Untuk aku,
Kematian adalah satu nasihat yang paling berkesan untuk aku thabat di jalan dakwah dan tarbiyyah.

Andai aku mati, maafkanlah segala salah silapku.

Wassalam.

Ahad, 17 Julai 2011

Kisah Aku & D

Bismillah.


Logo yang selalu membuatkan aku rindu pada satu kelab.

Kisah 1

Aku tersenyum melihat kotak-kotak senarai juara dan naib juara pertandingan itu.
Nama sekolah aku ada di situ.
SM Islam Hidayah.
[dalam gambar di bawah salah taip nama sekolahku. Bukan Al-Hidayah, tapi Hidayah!]

sumber : http://www.iium.edu.my/spice/idc/results.html


Untuk berada pada tahap ini bukan mudah.
Daripada zero mahu berubah ke hero bukan sedikit usaha dan pengorbanan yang dilakukan.
Bukan sedikit kisah duka yang lahir.
Bukan seciput pengajaran yang dijadikan bekalan sepanjang menuju gelaran juara.

Semenjak tahun 2009,segalanya berubah.

Tahun 2009 melakarkan sejarah.
Bilamana pasukan SM Islam Hidayah menggondol juara bagi kategori Bahasa Melayu dan naib juara untuk kategori Bahasa Inggeris.
Alhamdulillah.Allahu Akbar.Astaghfirullah.

Aku sendiri tidak menjangkakan secepat ini rupanya impianku tercapai.
Secepat ini Allah memakbulkan permohonanku sebelum aku fly  ke Mesir untuk belajar bidang perubatan.

Alhamdulillah, berkat doa semua pihak.

Alhamdulillah!

Kisah 2
Suasana pada malam ini sangat dingin. Sementara menunggu bas datang untuk bawa aku pulang ke dorm,aku membelek sebuah mini book . Aku belek gambar yang ada di buku mini itu, aku membaca catatan mereka.

MCKK
SSP
TKC
SDAR
STAR
MRSM
SBPI

Ah..hebatnya sekolah-sekolah itu.
Aku membaca senarai sekolah yang memenangi pertandingan, aku meneliti satu persatu. Hatiku berbisik,
"Suatu hari nanti, nama Sekolah Menengah Islam Hidayah akan ada dalam senarai ini juga!"
Lantas aku mengambil pen dan tulis di ruangan kotak yang kosong, juara tahun ini SMI Hidayah.

Hati aku puas!
Sangat puas.
Sama ada menjadi juara atau tidak,itu persoalan kedua.
Paling penting, optimis! Yakin!
Tugas kita berdoa dan usaha..biar Allah yang menentukan sama ada layak atau tidak untuk kami bergelar juara.

" We aim for the sky!"
Terngiang-ngiang pesan sifu debatku ketika latihan dijalankan di perpustakaan sekolah. Beliau cuba menaikkan semangat adik-adik didikannya untuk sentiasa optimis! Gantungkan cita-cita setingginya.

Aku memandang muka-muka juniorku.
Aku tunduk terdiam.
"Maafkan akak.."
Itu sahaja detik hatiku. Aku berimpikan agar pasukan aku mendapat gelaran johan, tapi melihatkan kepada pasukan lawan yang lebih handal, entah mengapa keyakinanku sedikit menurun.

Aku memandang mereka sekali lagi.
Aku yakin wajah-wajah ini mampu untuk dididik dan dilatih lagi untuk menjadi hebat.

Aku sendiri tidak tahu macam mana aku ada kekuatan untuk terus bersama dengan pasukan aku sedangkan aku ketika itu tingkatan 5 yang lainnya tingkatan 3.
Aku tak tahu bagaimana aku boleh yakin bahawa SMI Hidayah suatu hari nanti akan bergelar juara.

Ditakdirkan Allah, pada tahun itu... pasukan aku sekadar meraih top 60.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Ranking pasukan menjunam jatuh.
Menjunam jatuh yang sangat mendadak.

Ujian apakah ini,ya Allah?
Aku cuba tenang dan sabarkan hati.

Mataku berkaca. Aku tidak dapat tahan air yang pantas memenuhi ruangan mataku. Akhirnya air mataku tumpah juga.

***********************************************

Buat yang tertanya-tanya,kisah apakah yang sebenarnya saya ceritakan ini.
Segala kisah di atas adalah berkisar pengalaman saya tentang Pertandingan debat antara sekolah anjuran UIA,Gombak.

Sekarang ini sedang berlangsung pertandingan debat antara sekolah anjuran UIA.

Oh ye,
kisah 2 berlaku dahulu baru kisah 1.
kisah 2 itu berlaku pada tahun 2008. Setahun sebelum pasukan debat Bahasa Melayu bergelar juara.
[Tambahan:Pada tahun 2008, pasukan debat Bahasa Inggeris dapat mara sehingga pusingan octo final]

Cerita sekarang?

Alhamdulillah, tahun kedua di luar negara mendidik saya untuk menjadi tenang dan bijak membezakan antara perkara yang penting dan kurang penting berdasarkan keadaan semasa.
Kalau tahun lepas saya rasa macam separuh tak betul sebab rindukan debat, alhamdulillah tahun ini saya dapat kawal.

Bukannya saya tak mahu balik ke Malaysia pada cuti panjang musim panas tahun ini untuk latih junior-junior, tapi kerana masih banyak ilmu yang perlu saya kutip di bumi anbiya',Mesir ini dimana andai saya lepaskan..saya akan rugi dan menyesal.

Alhamdulillah, masa saya pulang ke Malaysia sekitar januari 2011 disebabkan evakuasi, saya sempat menyantuni adik-adik debatku.

Saya hanya mampu berdoa dan membaca perkembangan terkini mengenai debat di Facebook :') Terubat sikit rinduku.

Tidak dilupakan, pada tahun 2010.
Pasukan debat Bahasa Arab menggondol gelaran juara [untuk pertama kali debat Bahasa Arab antara sekolah anjuran UIA ] dan ada 4 pendebat [jika tak silap] yang dapat anugerah top 10 best speaker

Saya rasa, saya perlu hentikan post ini.
Kalau menulis tentang debat, memang berjela-jela cerita.
Mana tak nye, debat mengajarku banyak benda. Debat telah mendidikku untuk melihat dunia dari satu sudut perspektif yang berlainan.

Akhir sekali,
Saat saya menulis ni, ada seorang junior melaporkan bahawa pasukan debat Bahasa Melayu tengah berdebat tajuk Justin Bieber Wajar Menjadi Idola Remaja
Woooooow! Menarik.
Dan pasukan debat SMIH, menjadi pihak kerajaan.

Setakat ini pasukan debat English dan Arab sudah memenangi kesemua 5 round. Pasukan Melayu memenangi 4 daripada 5 round!

Semoga dimudahkan!

Tamatlah 'Kisah Aku&D'
D untuk Debat (:

nota kaki : Kelab De'PiKir adalah nama rasmi kelab debat sekolahku! (:

Rabu, 13 Julai 2011

Jodoh




Sayang,

Andai sudah tersurat

kita tak pernah akan terikat

sampai syurga kelak

berselisih pun belum tentu

************************************

cukup makan dalam puisi pendek ini. Sumber : klik sini

baru lepas baca sesi soal jawab tentang jodoh di sini


nota kaki: 




Ramai senior di tempat  saya belajar bakal mendirikan rumah tangga,insyaAllah!
termasuk teman seusrah saya :D
Barokallahu lakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khayr
[doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk bakal pengantin]
Terima kasih kepada Maher Zain, disebabkan lagunya saya boleh hafal doa ini ^_^

Selasa, 12 Julai 2011

Tegurlah rakanmu walau hanya sekadar untuk bertanya khabar.

Bismillah

Tegurlah.
Walau untuk bertanya khabar.
Mungkin saat itu dia sedang membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik.

Tegurlah. 
Tegurlah dia,walau hanya sekadar soalan, "sudah baca Al-Qur'an hari ini?"
Mungkin saat itu dia sedang membuat keputusan untuk keluar daripada jalan dakwah dan tarbiyyah.

Tegurlah dia melalui Facebook,Twitter,Formspring,Yahoo Messenger,Myspace,Blog,SMS,call dan sebagainya.
Bila rasa hati terdetik nak tegur dia, tegurlah dia.
Tak mungkin Allah ilhamkan perasaan nak menegur itu tanpa bersebab.

Sekuat mana pun dia dalam pandangan kamu. Dia juga adalah manusia biasa. Ada masa iman naik dan turun. Ada masa nikmat dunia ini terlalu menggoda dia.

Setiap kali aku rasa lelah.Aku rasa penat. Aku rasa jemu. Aku rasa down untuk meneruskan perjalanan dalam dakwah dan tarbiyyah, aku akan jadi slow dalam perjalanan dakwah dan tarbiyyah aku.

Thabat
Ya muqollibal quluub, thabit quluubana 'ala deenek wa 'ala tho'atik.
Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada jalan agama-Mu [Islam] dan ketaatan kepada-Mu

Sungguh. Dunia ini hanyalah sekadar persinggahan sementara.
Dunia ini dihiasi dengan hiasan yang cukup menarik perhatian hati untuk mengejarnya.
Seandainya tidak dicekalkan hati, mahu sahaja hati ini untuk gapai hal duniawi semata-mata.
Tambahan lagi, ditambah dengan pandangan-pandangan manusia yang lebih kepada duniawi.
Aduh. Makin serabut lagi diri ini.

Islam ini tak pernah rugi kalau aku tidak mahu menolong membina jiwa-jiwa individu muslim daripada zero kepada hero.
Sebaliknya,aku lah yang rugi.

Dan,
Setiap kali aku terasa mahu keluar daripada jalan dakwah dan tarbiyyah.
Tiap kali itulah ada sahaja teman seperjuangan yang menghantar SMS,tegur di Facebook, tegur di YM, beri SMS yang best-best.
Sedangkan aku tak pernah beritahu pun yang aku tengah tak ok masa itu.
Walaupun rasa macam rimas dengan teguran-teguran itu.
Alhamdulillah, cukup sedikit teguran itu terus thabat [tetap] kan aku di jalan dakwah dan tarbiyyah.
 Jalan dakwah dan tarbiyyah adalah jalan yang aku pilih berbanding dengan jalan kelalaian.
Jalan yang aku pilih ini,jalan yang aku tidak tahu penghujung aku macam mana.
Adakah aku akan terus thabat atau tidak ?

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati kami pada jalan dakwah dan tarbiyyahmu.

Tegurlah rakanmu walaupun hanya sekadar untuk bertanya khabar!
Boleh jadi teguran kamu yang ringkas itu kamu baru tahu dia baru kehilangan orang tersayang, dia baru sahaja mengalami kemalangan, dia baru sahaja putus cinta, dia baru sahaja gagal dalam exam.
Peluang besar untuk engkau tarik dia dekatkan diri pada Allah. Besar pahala kau !



Akhir sekali, sejak zaman sekolah lagi..
setiap kali aku rasa macam down dan bila down memang aku tak boleh fikir apa-apa dah.
Aku akan belek tafsir al-Qur'an untuk baca janji-janji Allah. Aku suka pergi Youtube dan buka lagu kumpulan Izzatul Islam atau Shotul Harakah.

Wassalam.

p.s: post ni takde kaitan dengan kondisi penulis sekarang. sekian.

Jom pergi JOM [UK & Ireland]



Bismillah.

MasyaAllah! Awesome!
Video program pre-departure untuk pelajar yang bakal fly ke UK dan Ireland tahun ini.

Video ini sangat-sangat menarik perhatian saya.
Baru tengok sekali, dah rasa sangat teruja.
Rasa nak pergi sangat100x program pre-departure ni!
Video ini sesiapa sahaja boleh tengok. Dari video pendek ini,anda boleh bezakan sedikit perbezaan kehidupan di Malaysia di UK.

Untuk mereka yang bakal ke UK dan ke Ireland tahun ini, 2011.
Jom,pergi JOM ! (:
Bukan senang tau nak dapat senior yang baik hati nak ajar semua benda ni >_<
Ajar macam mana situasi sebenar di negara orang,cara nak solat,tempat membeli belah dan lain-lain.

Tiba-tiba saya yang teruja pula. Macam mana tak teruja, ada program yang bermanfaat,mestilah nak ajak orang kan.
[walaupun diri sendiri tak pergi sebab ada di Mesir]

Program ni dah laa FREE
 
Maklumat detail :





 


Name: Journey Of a Muslim (JOM!)
Date: 22-24 July 2011.
Venue: Kem BTN Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.
Open for: Future Undergraduate students of United Kingdom and Ireland.

Food, accommodation, and transportation will be provided.

Best of all, it's free of charge!

For more info, do visit www.jom2011.com



student Mesir yang teruja dengan iklan promosi JOM [UK&Ireland].

Isnin, 11 Julai 2011

1 cerita 1001 versi

Bismillah

Saya tak tahu bahawa rancangan ini pernah ada di Malaysia.
Sekitar awal 2011, ada orang yang bagi link video pendek di bawah ini pada saya.

Mungkin video di bawah ini lawak bagi sesetengah orang. Namun isu yang saya mahu ketengahkan,

bagaimana 1 cerita boleh ada 1001 versi.

Kerana itu tidak boleh bergantung pada satu sumber sahaja dalam mempercayai sesuatu cerita. Serta tidak boleh percaya bulat-bulat bila sesuatu berita diterima.

Video 1 - Mendidih bersama Sharifah Amani [dalam 10 minit]




Video 2 - Mendidih bersama Shanie [dalam 6 minit]



Banyak lagi video sentap ini boleh ditonton di Youtube. Usahlah tengok sebab nak gelak sahaja. Video ini cukup bijak sebagai sindiran untuk menunjukkan situasi media massa sekarang (:

Ingat. Ambil pengajarannya dan aplikasikan dalam kehidupan. Nasihat untuk saya dan awak (:
 

Politik : Persediaan sebagai remaja.

Bismillah
Assalamualaikum wmt wbt

Ini pandangan saya, anda ada hak untuk memberi pandangan anda tapi gunakan bahasa yang sopan untuk menegur,ok? :D
Budi bahasa budaya kita.


Ada yang bertanya dan pelik dengan sikap saya.
Sebagai seorang bekas pendebat yang minat isu politik, mengapa saya tidak menulis perkara yang berkaitan dengan politik. Mengapa perlu tulis perkara yang simple.


Baiklah,tidak perlu label sebagai seorang bekas pendebat. Cukup sebagai seorang insan biasa. Baiklah,mari sini saya menulis sikiiiiit je berkisar politik. Sekarang kan tengah mood BERSIH. Tapi ini tak bermakna saya sokong BERSIH dan juga tidak bermakna saya tidak sokong BERSIH.


Hidup ini perlu adil. Tidak boleh bergantung pada satu sumber sahaja untuk mencari bukti.
Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada berita di kaca televisyen. 
Kita perlu membaca surat khabar.
Bila membaca surat khabar, bukan baca satu jenis surat khabar. Tetapi baca semua jenis surat khabar. Ayah saya sejak kecil mendidik keluarganya untuk membaca semua jenis surat khabar kecuali surat khabar bahasa cina dan bahasa india sebab kami tak faham bahasa cina dan bahasa india.
Rasanya kalau ayah saya faham bahasa cina dan bahasa india, memang dah beli semua jenis surat khabar di malaysia.


Beli banyak surat khabar selepas itu  kita perlu baca dan fikir.
Beli Berita Harian,Utusan Malaysia,Harakah,Harian Metro,Berita Mingguan,Sinar,Harakah,The Star,New Straits Times.
Baca semuanya dan nilai sendiri.
Ya, saya akui duit yang perlu dibelanjakan untuk beli semua akhbar ini boleh mencecah sehingga RM 15. Tapi antara kebenaran dan kejumudan, mana satu pilihan anda?
Eh,lupa pula. Sekarang kan dah boleh baca akhbar melalui internet :D


Selepas itu, media cetak seperti majalah dan buku-buku ilmiah juga seharusnya dibeli. Belilah buku tulisan Tun Mahathir ke Nik Aziz ke. Kalau tak nak beli pun, belilah buku yang berilmiah.
Bila dah usia semakin meningkat, takkan masih baca komik dan majalah gosip MANGGA kot?
Sila jadi matang!
Bila dah asik layan majalah gosip [gosip=fitnah, fitnah tu dosa], layan buku komik yang tak bermanfaat.. jadinya minda tak terbuka. bila minda tak terbuka,otak malas nak berfikir. Bila malas nak berfikir, bila orang sibuk cakap tentang politik, orang sibuk cakap pasal ekonomi negara, orang sibuk memikirkan masa depan negara, kau pergi hidup dalam dunia sendiri-sendiri. Pergi hentam orang sana, pergi hentam orang sini, tapi diri sendiri tak tahu kisah sebenar.
Bila orang tanya apa yang kau tahu tentang benda ni? Terus tergagap-gagap nak jawab.Aish.

Menambahkan ilmu pengetahuan terutama ilmu politik melalui sumber mulut ke mulut tanpa mencari sumber lain melalui media cetak dan media eletronik  lepas tu sesuka hati main hentam orang adalah perkara yang menjelekkan.

Tak kisahlah sama ada kamu pro-kerajaan atau pembangkang, hidup ini kena adil !
Sekalipun kita yakin parti yang kita ikut itu benar, tapi bila parti tu buat salah..benda tu tetap salah dan kena dibetulkan. Tolong jangan butakan mata. Semua benda akan disoal di akhirat kelak.

Sekarang ini dah ada internet. Segala benda boleh cari di hujung jari. Ada forum,ada blog,ada facebook dan lain-lain.Cumanya, kena rasional ! Kita tak boleh nak hentam sesuka hati. Tak semestinya benda yang disebarkan itu benar.Kalau dah yakin benar, kalau nak nasihatkan,nasihatkanlah. Tapi ingat, jaga adab sopan dalam penulisan.


Oh ye, lupa pula. Bila mahu buat pencarian di internet atau apa sahaja berkaitan dengan politik ni. Kita harus adil. Kita perlu dengar pendapat dua-dua pihak. Bukan satu.
Walau macam mana kau benci dekat parti politik tu, nak tak nak kena dengar pendapat daripada pihak dia. Tak perlulah saya beri contoh.Nanti post ini jadi panjang. Serius.
Cukup ingat pesanan saya [untuk diri saya juga], dengar pendapat 2-2 pihak.
Kalau kau peminat Tun Mahathir dan minat baca blog Tun, tak bermakna kau tak perlu dengar pendapat pihak pembangkang. [teguran untuk saya]

Dulu saya pun sangsi apa ke pasalnya isteri Anwar Ibrahim,Wan Azizah tak mahu tunjukkan jam omega Anwar yang dikatakan dalam simpanannya. Kalau dah ada,tunjukkan jelah! Tapi bila baca blog seorang kawan saya yang belajar di Yaman, saya rasa terketuk sedikit di situ. Salah saya pada mulanya sebab percaya pada satu sumber. Dah lama saya nak kongsikan artikel di blog itu, tapi masa tu macam agak kurang rajin nak tulis tentang politik dalam blog ini.

Sebagai seorang remaja yang berusia 20 tahun lebih dan bakal 21 tahun pada tahun 2012, saya rasa sangat tak suka dengan kelakuan menggunakan bahasa yang tidak sopan. Sekalipun kita benci dengan orang itu, please..guna bahasa yang sopan.Ok?
Tolonglah jangan guna perkataan BABI,BODOH,AHLI NERAKA,JAHANAM,FUCK dan seumpamanya.
Tengok,habis blog ni tercemar dengan bahasa kurang sopan. Astaghfirullah.Maaf,saya terpaksa senaraikan sebab nanti ada yang buat-buat tak faham apa itu bahasa kurang sopan.


Dan jangan lupa,
berbincang dengan orang itu juga penting. Untuk menilai perkara yang benar dan yang salah.
Orang itu bukan sebarang yang orang. Orang itu seharusnya seorang yang rasional. Bincanglah dengan peguam ke,ahli politik ke, penganalisa politik ke, ahli ekonomi ke, ustaz ustazah ke,nenek-nenek dan atuk-atuk ke, datuk dan datin ke, kawan-kawan yang ambil course berkaitan dengan politk,ekonomi ke, tak kisahlah sesiapa. Tapi sekiranya berbincang dengan seseorang yang bila baru sebut nama parti politik yang dia benci pun dah naik marah, baiklah tak usah bincang dengan dia. Tapi kalau kau jenis yang penyabar dan sanggup nak dengar pendapat dia, no hal. Boleh aje.


Dulu saya sangat suka politik. Bila ada debat tajuk politik, saya amat suka. Politik ni dia menarik sebab dia boleh membuatkan orang pening kepala. Percayalah.
Saya kagum dengan mereka yang jadi penganalisa politik. Macam manalah agaknya mereka boleh bersabar.


Selepas itu,saya tak suka politik. Sebab banyak sangat benda kotor dimainkan. Isu seks, isu fitnah. Tolonglah! banyak lagi isu yang boleh dibincangkan. Ini pergi kecohkan hal yang tiada manfaat. Apa yang rakyat boleh dapat bila tengok video seks dan fitnah? 

Dan selepas itu, saya minat politik kembali. Tapi bukan sebab nak menghentam mana-mana ahli politk. Sebaliknya kerana saya amat merasakan tanggungjawab yang besar untuk mengundi parti politik yang bakal mengepalai negara pada pilihanraya akan datang. Tahun 2012,usia saya sudah 21 tahun. Umur mengundi.InsyaAllah,saya tidak akan meng'khinzir' buta mengundi parti yang orang kata kena undi berdasarkan dari mulut ke mulut. Kajian perlu dilakukan.


Yes. memang penat nak mengkaji. Tapi, sementara cuti 3 bulan ni. Takde hal nak buat kajian. Tak mengapa penat sekarang, jangan diseksa di akhirat kelak sebab undian yang tidak bersih sudah (:


Dan anda,remaja yang mungkin sedang membaca post ini.
Kita bakal menentukan masa depan negara. Ingat! (:


Minta maaf sekiranya ada terkasar tulisan dan bahasa.

Wassalam.

daripada remaja yang bukan bukan pro-kerajaan dan bukan pembangkang. orang tengah-tengah.hee~


p.s: saya akui gelanggang debat sangat membuka mata untuk mengetahui banyak benda berkaitan dengan negara. Terima kasih debat.

Rabu, 6 Julai 2011

Bila dunia kamu gelap,itulah masanya kamu mencari-cari terang

Bismillah.

Video 4 minit di bawah ini sangat menyentuh hati :')
Saya rasa sangat terkesan dan mengakui akan ayat
"Bila dunia kamu gelap,itulah masanya kamu mencari-cari terang"

Benarlah, Allah itu menguji kita pasti bersebab. Dia tidak mahu kita terus leka dengan dunia.
Selamat menonton!


Perjalanan kamu masih lagi jauh. Tuhan sebenarnya ingin menguji kamu kerana bila dunia kamu gelap,itulah masanya kamu mencari-cari terang

Ada orang sedaya upaya bertarung untuk hidup tapi ajal pula datang menghinggap. Sedangkan aku semahunya cuba untuk menghilang

Walau sejauh mana aku melangkah,aku percaya dalam setiap kegelapan masih ada sisi terangnya

Wordless : Alex - Fayoum - Cairo





 









Selasa, 5 Julai 2011

Sebelum mengembara ^_^

8 kawan yang ditakdirkan untuk mengembara bersama-sama selama 3 hari
ALEX-FAYOUM-CAIRO




Bismillah
 
Mengembara = Musafir = Trip = Travel

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.”
[ Al - An'aam : 11 ]

Saya sangat suka mengembara. Bukan mengembara yang biasa-biasa tetapi mengembara sambil mengambil pengajaran. Saya akui bahawa banyak-banyai trip yang saya sertai, inilah trip yang paling AWESOME pernah saya ikut.

Biarpun orang kata mengembara/trip/travel/musafir ini membazir duit, bagi saya tidak!
Kesan dan hikmah daripada sebuah pengembaraan tidak tertanding dengan nilai mata wang.

Lain orang, lain cara untuk dididik hatinya. Hati saya mudah tersentuh melihat kekuasaan Allah di sebalik sesuatu kejadian. Saya tidak pernah mahu pergi ke sesuatu lokasi sebab mahu enjoy yang bukan-bukan  atau shooping. Saya jenis yang suka mengembara ke sebuah tempat, lalu mengambil pengajaran dan kaitkan dengan kehidupan sendiri.

Sebelum saya dapat gambar sepanjang perjalanan kami ke alex,fayoum dan cairo. Lebih baik saya ceritakan serba sedikit persediaan trip saya. Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi mereka yang mahu berjalan,melihat dan mentafsir kekuasaan Allah di muka bumi ini.


Persediaan sebelum

Bincang bersama dengan kawan-kawan yang mahu ikut trip mengenai tempat yang nak pergi, rough badget [bajet secara kasar], tempat tidur.

Berikut adalah antara perbincangan kami di bahagian nota Facebook cik Mahirah.
Sampai 181 komen di bahagian nota Facebook sebab nak berbincang mengenai trip ini.
Tapi, saya langsung tak dapat notis daripada Facebook semasa kawan-kawan saya berbincang.  [ada hikmahnya, insyaAllah saya cerita next time]
Sepanjang proses sebelum trip, doa kepada Allah moga dipermudahkan urusan ^_^

Peace be upon you all my dear friends! ^^ so, we are all closer to our special date! hehe
may Allah help us easens our matters. ameen :)
date agreed: 30 june, 1july , 2 july. (ulang-alik trip) meaning from arma-fayyoum-arma, arma-alex-arma.
rough budget each person: 200 genih (without food and without accomodation)- so far agreed to stay at arma
____________________________________________________________________________
  • very briefly about fayyoum: http://ceumimin.multiply.com/journal/item/62/Al_Fayoum
  • video ttg Nabi Yusuf A.S : http://youtu.be/CbRPnDadgR8 
____________________________________________________________________________

FAYYOUM, ALEX, CAIRO

HARI KE-01 - FAYYOUM
• Padang Gurun Pasir,
• Late Qarun,
• Istana Qarun, Wadi , Syalalat, Kincir/Syawair air nabi Yusuf,
• Ain Shilin, Kebun Mangga Mesir, Pasir Putih, Masjid Qaitbey.

HARI KE-02 - ALEXANDER
• Masjid dan Qal’ah Qaitbey. Marsyah Rumani,
• Makam Abu Abbas Al-Mursi.Pustakaan /Maktabah Terbesar di Africa.
• Makam Abu Darda Sahabat Rasullullah .Makam 14 Penulis hadis.
• Masjid dan Makam Abu Abbas Al-Mursi.
• Makam Nabi Daniel dan Lokman Al-Hakim.
• Mumtazah , istana Sultan Farouk .
• Qaryah Asad/ Kampung Singa.

HARI KE-03– KAHERAH
• Makam Imam Syafie –Pengasas Mazhab Imam Syafie • Masjid Ali Fasha, Muzium Tentera , Muzium Polis.
• Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi , Masjid Sultan Hassan.
• Masjid Rifa’i pengajian 4 Mazhab.
• Masjid Al-Azhar dan Makam Saidina Hussain.
• Membeli belah di Khan khalili Hussaein.
• Taman Al-Azhar.



Total keseluruhan bajet secara kasar trip saya [saya kira selepas habis trip]:

Duit bayaran untuk ustaz yang bawa jalan-jalan : LE 175
Duit pengangkutan dari Mansoura ke Cairo [pergi dan balik] : LE 50
Duit makanan berat [sarapan dan tengah hari] : LE 200
Duit makanan ringan [air mineral,coklat] : LE 150
*air mineral sangat penting untuk elakkan badan daripada kekurangan air*
Duit hadiah untuk keluarga : LE 30 [saya memang tak minat shooping T_T ]
Duit penginapan : LE 12
[ kami menginap di dorm ARMA. sehari LE 3. murah! Kalau nak menginap di bilik tetamu pun boleh, harganya..sehari LE 80. Jika nak selesa,maksimum 4 orang untuk satu bilik. Jadinya LE 80 bahagi 4 = LE 20 untuk seorang ]
Duit tiket : LE 90

TOTAL : LE 707

Ini bajet kasar. Kalau anda jenis yang kuat shooping, mungkin harga boleh mencecah LE 1000.

Senarai barang-barang yang dibawa

- Berus gigi dan ubat gigi
- Sabun mandi
- Shampoo
- Pakaian jalan [ 4 helai ] , pakaian tidur [1 - 2 helai. Sebenarnya 1 helai pun dah cukup]
- Pakaian dalam *rasanya tak perlu saya spesifikkan, lain jantina.. lain pakaian nya*
- Panty liner *untuk perempuan*
- Charger handphone
- Salinan pasport
- Sikat
- Kernih [kad universiti] -- sangat penting sebab nak dapatkan harga diskaun!
- Cermin mata hitam
*bagi sesiapa yang ada, kalau tiada.. bawalah topi. Ini kalau nak berjalan pada musim panas*
- Minyak gamat atau minyak angin
- telekung
*bagi perempuan,kalau taknak bawa tak mengapa.pastikan pakaian menutup aurat untuk solat*
-Tuala
-Al-Qur'an *penting*
-Al- Mathurat
-Buku bacaan

Tambahan

- Pencuci muka *sekiranya anda jenis yang mencuci muka*
- Lotion badan dan muka
*sekiranya anda jenis yang sangat peduli jika skala kegelapan kulit bertambah, lebih-lebih lagi berjalan pada musim panas*
- Tisu
- Perempuan yang datang bulan, bolehlah bawa pad.
- Kamera *menyesal tak bawa kamera*



Tips agar trip anda tidak sia-sia dan menjadi AWESOME!

1. Sesuatu tempat itu menjadi tempat yang menarik untuk kita ziarah pasti ada sebabnya. Oleh itu pastikan anda cari kisah-kisah disebalik tempat yang anda mahu ziarah di Google/Youtube/blog.

-bagi saya, benda inilah yang membezakan sama ada trip itu akan jadi menarik atau tak. Trip itu akan jadi bosan sekiranya kita tidak tahu sejarah sesuatu tempat yang kita lawat. Saya mengaku,trip kali ini sangat AWESOME sebab inilah trip buat julung-julung kalinya saya buat research dahulu sebelum ziarah tempat tersebut. Ditambah lagi sekiranya tempat yang kita nak ziarah itu tercatat di dalam sejarah Islam ataupun Al-Qur'an! Lagilah rasa zuuuup nya ^_^

2. Bagi yang beragama Islam,pastikan anda buat ulangkaji mengenai solat jama' dan qasar!
Lagi bagus kalau rujuk buku feqah. Lagi bagus sekiranya anda buat solat sunat musafir juga!

Peringatan

Tak semestinya apa yang kita plan akan terlaksana sepenuhnya. Macam dalam perbincangan sebelum kami trip. Kami plan hari pertama pergi Fayoum, rupa-rupanya pergi ke Alex dahulu.
Sebab itu pentingnya doa! Doa moga Allah mudahkan urusan dan besarkan iman kita dalam hadapi apa jua ujian sepanjang trip/ pengembaraan

Bagi saya, sekiranya tak bawa laptop untuk menonton movie pun tak mengapa. Sekiranya tak bawa,lagi baik! Buku bacaan dan Al-Qur'an yang anda bawa itu cukup untuk mengisi masa lapang anda sekiranya bosan. Kalau boleh, biarlah pengembaraan/trip itu mendekatkan diri kita pada Allah serta boleh menjadi titik tolak perubahan kita ke arah kebaikan.


Baiklah,saya rasa sampai di sini sahaja dulu.
Minta maaf sekiranya ada kesilapan dan menyakiti mana-mana pihak.
Wassalam.

Isnin, 4 Julai 2011

satu perkataan : alhamdulillah


bismillah

29 jun 2011 - 3 julai 2011
trip selama 5 hari termasuk perjalanan pergi dan balik. 
mansoura-cairo-alexandria-fayoum.
trip yang sangat awesome!

saya akui, inilah trip yang paling menarik dan sangat memberi kesan pada saya.
sepanjang perjalanan, saya diketuk dengan nasihat yang sangat terkena pada diri.


alhamdulillah.

proses mengumpulkan gambar dan catatan pengalaman dalam proses.

sudahkah kita mengucapkan "alhamdulillah" di atas segala nikmat yang Allah berikan hari ini?

nikmat kesihatan
nikmat air untuk mandi,basuh pakaian,basuh tangan,mengambil wudhu'
nikmat makanan untuk beri kita tenaga
nikmat penglihatan untuk melihat dan membaca
nikmat pendengaran untuk mendengar
nikmat tangan untuk menulis,menaip,memotong makanan
nikmat kaki untuk berjalan ke destinasi yang kita mahukan
nikmat keluarga [mak,ayah,kakak,abang,adik,pakcik makcik,nenek atuk] yang masih sayangkan kita
nikmat kawan-kawan yang sudi membantu kita
dan banyak lagi nikmat yang Allah berikan untuk kita.

Rasanya, tak perlulah kita tergolong dalam golongan yang bilamana nikmat ditarik, baru mahu belajar untuk bersyukur.

mari menjadi hamba yang bersyukur.

hari ini,4 julai sehingga 6 julai, dari 10 pagi sehingga 10 malam di GMN centre,Mansoura akan diadakan karnival buku!!
mari borong buku banyak-banyak ^_^